SELAMAT PENGANTIN BARU

Romance Completed 40494

Part87

Masuk sahaja didalam kereta untung pulang, Tina menjadi tidak senang hati, memang sedari tadi lagi Tina mahu bertanyakan tentang Zie kepada Khai. Tapi Tina bimbang Khai tidak suka dan takut dimarah oleh Khai. Didalam kereta, Tina mula menyusun ayat. Agar tidak menyingung perasaan Khai.

"Abang, perempuan cantik tu siapa?".

Tanya Tina.

"Maaf kalau Tina bertanya".

Kata Tina lagi. Khai terseyum memandang Tina.

"Dia seorang yang sangat istmewa dalam hidup abang dan masih istimewa! Tapi dibukan untuk abang. Dia untuk lelaki tadi".

Cerita Khai kepada Tina.

"Ohhh".

Tina terus terdiam.

"Tina macam mana? Sudah ada kekasih?".

Tanya Khai.

"Saya tak pandai memilih pasangan. Itu yang saya suruh mak carikan. Saya takut tersalah pilih".

Kata Tina yang agak kekampungan. Khai tersenyum, sambil berkerut dahi.

"Ada lagi dizaman teknologi yang canggih ni, orang suruh keluarga carikan jodoh hehehe".

ketawa Khai di dalam hati.

"Ini mesti anak emak".

bisik hati Khai lagi.

"Kalau abang terima Tina dalam hidup abang,
Tina boleh ke terima abang dalam hidup Tina?
Walau siapa pun abang sebelum ni".

Tanya Khai, membuatkan Tina pula berkerut dahi.

"Hisss! Jangan sangka yang bukan bukan pula.
Abang ni, bukan orang jahat. Tapi abang banyak rahsia dalam hidup ni. Kalau Awak tak kesah, Terima abang seadanya... Abang tak mahu awak cemburukan abang, dimasa akan datang, kalau kita dah bersama nanti".

"Kenapa? Abang sudi terima Tina dalam hidup abang ke?".

Tanya Tina kepada Khai.

"Hiss kita tanya dia! Dia tanya kita balik".

Bisik Khai didalam hati.

Khai tersenyum memandang Tina.

"Kalau ini lah jodoh abang. Abang terima awak masuk ke dalam hati abang".

Khai terseyum macam kerang busuk.

"Tapi seperti yang abang cakap, Jangan pernah cemburu dengan cinta cinta lama abang. Kerana memori itu, abang tak akan padam sampai ke mati".

Kata Khai lagi.

"Sebelum Zie hadir dalam hidup abang. Ada seorang lagi wanita yang sentiasa dihati abang. Tapi Tina jangan bingbang. Wanita itu sudah tak ada didunia ini. Macam mana dia boleh pergi dari dunia ini, Jangan pernah tanya abang. Biarkan ia terus hilang dari mata. Tapi bukan hati abang... Harap awak faham betul betul, sebelum awak terima abang... Dan abang kena fahamkan awak betul betul. Abang tak mahu sesuatu yang buruk berlaku di belakang hari".

Tina tersenyum tanda faham.

"Banyaknya rahsia mamat ni. Ahhh tak apa lah. Yang penting mereka semua hanya tinggal memori silam".

Bisik Tina didalam hatinya.

"Abang tak nak tunggu lama lama, Abang dah penat bercinta. Kali ni, abang nak terus melamar awak. Nanti abang suruh ibu abang, masuk meminang awak. Awak sudah bersedia ke? Untuk jadi isteri abang yang sah".

Tanya Khai selamber. Tina tersenyum senyum malu bila Khai berhajat masuk meminangnya. Selepas 3 bulan berlalu, Segala persiapan sudah siap dibuat. Zie, Lin dan Yana akan dinikahkan bersama sama. Mereka menanti dengan debaran dimasjid berdekatan rumah mereka. Mereka memilih nikah pada hari jummat petang dan akan mengadakan majlis kecil kecilan antara keluarga dan kawan kawan. Selepas selesai angkat nikah nati. Majlis bersanding akan dibuat pada minggu yang akan datangnya. Kerana tak mahu terkejar kejar dan kepenatan. Khai juga akan bernikah, pada hari yang sama di Johor. Di rumah keluarga Tina. Masing masing menanti untuk dinikahkan dengan debaran. Macam nak tercabut nyawa Yun, Lee dengan Z. Debarannya sampai mereka terasa sesak nafas.

"Haaa ambil kau, nak menikah sangatkan. Hadaplah tok kadi tu". Bisik Z.

Pertama Yun dulu melafaskan angkat nikah. Alhamdulillah sekali lafas sahaja, Lin sah bergelar isteri Yun. Tersenyum bahagia Yun, Sambil memandang isterinya yang sah duduk disamping kawan kawan yang lain. Kemudian diikuti Lee pula. Yang sangat nervous. Boleh dapat dilihat, dari raut wajah Lee. Kerana nervous, suara Lee tidak dapat didengar dengan jelas. Lee haris melafaskan kali kedua angkat nikah. Bertambah berdebar Lee. Alhamdulillah akhirnya berjaya dan menarik nafas lega.

Yang terakhir Z. Z kelihatan sangat sangat nervous hingga berpeluh peluh. Walau pun masjid itu sudah pun di pasang aircone. Tersenyum Zie, melihat telatah Z.

"Mama nak tisu". Bisik Z sambil menoleh kebelakang.

"panas lah".

Kata Z kepada mamanya. Berkerut dahi Mama Z.

"Hiss kamu ni! Mana ada panas. Kan dalam ni aircond".

Sambil mama Z, mengelap peluh anak kesayanganya dengan tisu. Alhamdulillah, Sekali lafas sahaja, Zie kini sah menjadi isteri Z.

"Yesss berjaya".

Jerit Z di dalam hati.

"Terasa nak lompat bintang je".

Bisik Z lagi, sambil matanya memandang Zie. Zie juga memandang Z dengan senyuman malu malu. Selepas membaca doa. Masing masing bersusun untuk membatalkan air sembahyang.
Lee, Yun dan Z, menyarungkan Cincin isteri masing masing dan mengucup dahi isteri mereka. Mereka sekelurga berpelukan antara satu sama lain... Kecuali Yana. Yang hanya dipeluk oleh keluarga sebelah lelaki sahaja serta mak Minah. Menitis air mata Mak Minah, bila melihat Yana. Yana mengambil Tisu dan mengelap air mata Mak Minah dan mencium pipi Mak Minah. Terseyum Mak Minah... Ibu Zie, Mak Lin dan Mama Z datang kepada Yana dan memeluk Yana.

"Sayang jangan sedih. Ibu, Mak dan Mama ada dengan Yana. Kami sayang kamu semua. Dari kamu semua kecil hinggalah kamu semua sudah jadi isteri orang! Kami tetap sayang kamu semua".

Kata ibu Zie. Yana, Lin dan Zie berpelukan sambil menangis.

"Majlis kami bertiga nanti, kami akan berganding bahu untuk membuat majlis kamu bertiga. Ketiga tiganya akan naik pelamin bersama sama nanti".

Kata Mama Z sambil memeluk Yana. Selesai membatalkan air sembahyang, masing masing balik kedewan untuk menjamu selara. Mama Z, Mak Lin dan Ibu Zie. Mengambil dewan kecil disebuah hotel dan majlis makan makan itu diuruskan oleh pihak hotel itu. Lee, Yun dan Z
Berborak sesama mereka, seperti merancang sesuatu dan mereka bertiga terus datang ke Lin, Yana dan Zie. Yang juga duduk bercerita sesama mereka.

"Lepas ni, korang ikut kami ye?".

Kata Yun.

"Ehhh, nak pergi ke mana?".

Tanya Zie.

"Korang ikut je, janganlah banyak tanya".

Kata Yun lagi. Masing masing mengganguk tanda faham.

"Kemanalah mamat 3 orang ni nak bawa Kita?" Tanya Yana kepada Lin dan Zie.

"Hurmmmm ada ada jelah".

Bisik Zie... Selepas tetamu semua pulang. Mereka meminta kebenaran untuk membawa pergi isteri masing masing, ke suatu tempat dan mendapat restu dari ibu bapa masing masing. Zie menaiki kereta baharu Z. Yana menaiki kereta bersama Lee dan Lin pula bersama Yun. Tiga buah biji kereta menuju kesuatu tempat yang masing masing tidak tahu ke mana hala tujunya. Sampai disana sudah pun pukul 7.45malam. Tersentak hati Zie, bila kereta masing masing masuk kedalam Resort Khai.

"Apa semua ni Z?".

Tanya Zie.

"Kenapa bawa aku ke sini?".

Tanya Zie lagi. Z hanya tersenyum.

"Kita Check in sini dulu ye Zie".

Kata Z dan terus menarik tangan Zie, supaya keluar dari kereta. Zie mengikut kehendak Z dengan fikiran yang bercelaru. Sampai dilobi, Staff disana seperti sudah tahu kedatangan mereka dan sudah bersedia memberikan Z, Yun dan Khai kunci bilik. Amir datang kepada Zie.

"Tahniah Cik Zie. Cik cantik hari ni".

Kata Amir sambil memandang Zie yang masih lagi memakai baju nikahnya. Zie tersenyum memandang Amir.

"Semua kelihatan cantik".
Kata Amir lagi, Sambil memandang Lin dan Yana yang juga berpakaian baju nikah masing masing.

"Selamat pengantin baru untuk semua".

Amir terseyum.

"Tolong ikut saya dulu".

Kata Amir dan membawa mereka ketepi pantai. Terpegun masing masing bila melihat meja meja yang di hias cantik. Berserta lilin lilin dan kelopak kelopak yang di taburkan di bawah serta atas meja.

"Untuk awak Zie, maaf kalau aku bukanlah orang yang pertama buat begini dalam hidup kau. Tapi aku dah cuba yang terbaik untuk membahagiakan kau".

Kata Z sambil mengucup pipi Zie.

"Tak apa sayang. Aku bahagia sangat, bila berada disisi kau. Lepas ni kita akan tinggal bersama. Aku nak kau sentiasa sayang aku selalu... Hanya satu yang aku pinta dari kau Z. Jangan pernah buat lagi kesilapan yang sama, Kalau kau nak aku sentiasa disisi kau."

Pesan Zie kepada Z.

"Aku janji sayang, aku akan selalu ingat".

Balas Z. Masing masing duduk di atas kerusi yang di sediakan. berserta gambar masing masing di atas meja.

"Amir, kenapa ada 4 meja? Lagi satu meja untuk siapa?".

Tanya Zie, Kerana meja itu tidak mempunyai sebarang gambar.

"Sebentar lagi tuan meja ini sampai Cik Zie".

Kata Amir, Zie berkerutkan dahinya. Tiba tiba sepasang lagi pasangan pegantin sampai ditepi pantai. Kelihatan Khai bersama Tina. Hati Zie menjadi sayu. Sambil terbangun melihat Khai yang berjalan kemejanya... Khai tersenyum melihat Zie... Khai dan Tina berpegangan tangan dan duduk dimeja yang kosong itu. Amir meletakkan gambar Khai dan pasangannya diatas meja. Khai bangun dari tempat duduknya dan terus kepada Zie.

"Amacam bro, Rancangan kita".

Kata Khai kepada Z.

"Terbaik bro, Thanks bagi kita orang semua lepak resort kau malam ni dan thanks untuk semua rancangan kita yang berjaya ini".

Kata Z sambil terseyum memandang Khai. Khai memandang kepada Zie yang sedikit rungsing, melihat Z dan Khai.

"Maafkan aku Z, boleh aku bercakap dengan Zie sebentar".

Khai meminta izin Z untuk berjumpa isterinya sebentar. Z hanya tersenyumm. Khai memimpin tangan Zie ke tepi pantai dan berjalan jalan sambil berbicar.

"Zie jangan terperanjat Zie".
kata Khai.

"Saya datang bersama isteri saya. Kami juga baru bernikah tenghari tadi. Sama seperti awak Zie".

Terang Kahi kepada Zie. Zie merenung Khai.

"Kahi, awak bahangia ke?".

Tanya Zie.

"Saya nak tau itu sahaja. Sebab saya nak awak bahagia juga".

Kata Zie lagi.

"Zie, Saya sudah mula bahagia, Walau pun kami belum sempat bercinta. Tapi saya mula bahagai bersama dia".

Kata Khai sambil tersenyum. Mereka berjalan semula kepasangan masing masing dan duduk semula ditempat masing masing... Makan sudah pun dihidangkan diatas meja. Makan kegemaran Zie yang Z order bersama air tembikai. Z juga memilih makanan dan air tembikai yang sama dengan Zie, tersenyum Zie melihat Z.

"Lin awak bahagia ke bersama dengan saya?".

Tanya Yun kepada LIn.

"Saya bahagia sangat sayang. Awak sentiasa buat saya bahagia dan gembira".
jawap Lin, Sambil memegang tangan Yun.

"Yana sayang, maafkan saya. Kalau ini semua tak sempurna untuk awak. Saya akan cuba buat awak bahagia. Saya bukan orang yang kaya. Tapi saya janji akan sentiasa buat awak bahagia dengan saya. Saya berjanji, tak akan sia siakan awak. Ini janji saya Yana".

Kata Lee, Yana menagis sambil memegang tangan Lee.

"Terima kasih buat saya bahagia sayang. Ini pun dah terlalu sempurna buat saya. Saya tak pandang harta benda Lee... Semua saya dah ada dalam hidup ini. Cuma yang saya mahu, adalah Cinta dan sayang dari awak. Saya mahu awak jujur dengan saya selalu".

Kata Yana, lantas mengucup pipi suaminya.

"Tina, inilah tempat abang Tina! Tempat abang melepas rindu pada yang dirindui. Tempat abang menenangkan fikiran. Tapi kini abang sudah ada awak. Abang berharap dapat menjadi suami yang baik untuk awak".

"Tina pun berharap dapat menjadi isteri yang baik buat abang".

Sambil memegang tangan Khai. Sambil makan makan, Datang si permain violin dan si penangkap gambar. Tersenyum Zie, melihat mereka. Mereka bermainkan muzik yang sungguh romantik. Ditambah pula dengan tiupan angin pantai yang menghebus lembut.

"Jom menari".

Ajak Z. Lalu menarik tangan Zie dan memeluk erat Zie. Begitu juga mereka yang lain.
Menari bersama pasangan masing masing, mengikut kelembutan irama muzik, sambil berpelukan sesama mereka. Si pengambil gambar pula, sebuk mengambil gambar mereka dari setiap sudut. Tiba tiba Yun berteriak.

"Ayoh kawan kawannnnnnn kuuuuu..... INI MALAM KITA KERJA OVER TIME "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience