Cinta mula berputik

Romance Completed 40494

Berbunga bunga hati aku, bila Siti membalas watsp dari aku. Dan lebih berbunga lagi hati aku, bila dia mengajak aku keluar. Ini pertama kali Awek ajak aku keluar. Kalau sebelum ni, hanya aku sahaja yang terhegeh hegeh ajak keluar... Tapi, Kali ni terasa lain pulak. Terasa sesuatu bila dapat berborak dengan dengan Siti. Aku dapat rasakan kebahagian itu pasti milik aku... Keesokan harinya, Siti datang seperti yang dijanjikan. Kereta viva merah berhenti betul betul didepan rumah aku dan membunyikan horn. Aku keluar dari rumah dan terus pergi ke kereta Siti. Dari jauh kelihatan Siti tersenyum...

"HAi wak!". Kata Siti.

Aku membalas hai juga dan aku masuk ke dalam kereta Siti.

"Wanginya, minyak wangi yang dia ni pakai". Bisik aku sambil menghidu dengan lebih dalam lagi.

Dia kelihatan lebih menawan, dan seksi dengan dress pendek yang menampakkan pehanya yang putih gebu. Seksi sungguh awek ni.Sesekali, mata aku yang nakal, mencuri pandang ke peha Siti.

"Awak nak ke mana kita?". Tanya Siti.

"Mana mana sahaja! Janji tempat yang tak boring".
Kata aku selamba.

"Jom tengok wayang nak?" Ajak Siti lagi.

"Hurmmmm boleh juga".

Aku menjawap ringkas. Aku malas nak fikir, Aku mengikut sahaja kehendak Siti. Kemana sahaja dia bawa, Aku follow sahaja. Janji dapat keluar dengan dia... Kami menuju ke mall. Sampai disana, banyak cerita yang best best. Kali ni aku membiarkan Siti yang memilih cerita yang dia mahu tengok... Awek awek aku sebelum ni, semuanya suka tengok cerita yang membosankan.

"Jom kita tengok cerita jumanji nak tak?".

Tiba tiba Siti bersuara, sambil menunding jari kepada gambar Jumanji.

"Wahhh memang citarasa aku". Aku berbisik sendiri.

"Ok bole boleh". Balas aku sambil terseyum bahagia.

Selesai menonton wayang, Kami membuat keputusan untuk pergi makan terlebih dahulu. Siti mengajak aku untuk lepak mamak aja. Selesa sikit katanya. Dari tempat makan yang berada didalam mall itu.

"Terbaiklah! Mamak adalah pilihan yang tepat. Kena roti canai, kuah banjir. pehhh syaduuu tuuu".

Aku menyeringai seorang diri. Bila Siti mengajak aku lepak mamak. Siti membawa aku pergi kekedai mamak yang berhampiran Mall.

"Awak, apa kata kita pergi ke tempat Lee, Lepas makan ni nak ke?... Malam minggu macam ni, selalu kami lumba motor. Itu pun kalau awak nak lah?". Tanya aku kepada siti.

"Hisss, tak bahaya ke berlumba, jatuh nanti macam mana?".

Kata Siti, sambil berkerut dahi.

"Kalau awak tak nak tak apa! Saya just tanya sahaja.Tapi kalau awak nak pergi saya boleh bawa"...
Balas aku, dengan harapan, Siti mahu ikut aku.

"Bolehlah khai, saya tak pernah tengok orang lumba motor, teringginlah pula".

Siti bersetuju, sepertinya ingin mengambil hati aku.

"Ok cun jommmm". ajak aku.

"Ehhh makan lah habiskan dulu. Baru lah kita pergi".

Ketawa Siti melihat gelagat aku, yang bukan main gopoh lagi. Aku duduk kembali dan menghabiskan roti canai banjir di dalam pinggan... Yang sebenarnya aku nak menunjuk dekat kawan kawan aku, yang aku keluar dengan Siti. Biar mereka semua tahu. Aku ada girlfriend baru.

"Tapi awak bawak kereta boleh ke? Saya tak tau jalan! Lagi pun dah malas pula nak bawa".
kata Siti sambil terseyum.

"Ok boleh sahaja. Tak jadi masalah pun". Jawap aku.

Kami menuju ke port kami. Seperti yang aku duga. Mereka semua ada game malam ni. Mula game selalunya pukul 12.30 pagi. Sekarang baru pukul 11.30... Maknanya mereka baru setting setting motor... Sampai sana, aku keluar kereta bersama Siti. Ternampak Lee dan Mus tengah tertunduk tunduk ditepi motor, sambil memegang enjin motor Mus, untuk di setting. Mus yang akan masuk berlumba malam ni.

"Woiii Lee, sebok benar kau".

Aku menegur mereka berdua yang tengah betul betul sebuk, tanpa menoleh kiri dan kanan. Lee dan Mus, menoleh memandang Aku dan Siti.

"Wahhh, dating ye?"

Kata Mus, sambil mengankat sebelah keningnya. Aku datang kepada Lee dan Mus, manakala Siti berdiri sambil bersandar dibonet keretanya.

"Peluang baik ni".

Kata Lee dengan nada berbisik.

"Hissss gila mu. Baru nak adjust". Aku ketawa.

Tiba tiba Nani datang kepada Lee.

"Lee, saya nak pergi tandas?".
Kata Nani kepada Lee.

Hummmm dah agak dah. Lee ni mesti dengan Nani. Asal ada Lee, mesti ada Nani.

"Ok, sayang jap ye! Nanti saya bawak awak".
kata Lee, kepada Nani.

"Apa lagi peluang". Kata aku.

"Hahahhaha bodohhlah kau Khai".
Balas Lee sambil ketawa.

Aku pergi kepada Siti dan mengajak Siti duduk di kerusi batu di bawah sebatang pokok. Semintara menunggu game mula.

"Wahhh meriah ya dekat sini".
Kata Siti.

"Ini lah port kita orang setiap malam jumaat atau malam sabtu. Orang bujangkan". kata aku lagi.

"Macam ni, bolehlah Siti selalu ikut awak dekat sini. Tak lah bosan duduk rumah".
Tanya Siti.

"Boleh aja kalau awak sudi nak ikut kami budak rempit ni".
Kata aku. Siti ketawa sambil mencubit peha aku.

"Hiss main cubit cubit pula Minah ni". Bisik aku.

"Siti, awak tak ada special boyfriend ke? Takut pula tengah lepak lepak ni kena serang."
Kata aku sambil tersenyum.

Siti menari tangan aku dan diletakkan diatas pehanya, sambil meramas ramas jari aku. Meremang bulu tengkuk aku, bila dia buat begitu. Dada aku juga, berdegup kencang...

"Khai, Kalau saya sudah ada boyfriend, saya tak ajak awak keluar. Baik saya ajak boyfriend saya yang keluar". Kata Siti sambil terseyum manis

Aku menarik nafas panjang. Lega rasa hati ni. Lebih lega bila siti mengaku dia masih lagi belum berpunya. Peluang aku masih ada.

"Khai, awak tau. Saya dah lama suka dekat awak. Tapi dulu awak sombong. Awak tak pandang saya pun. Saya sedih sangat masa tu. Sehinggalah saya berubah. Setelah saya berubah barulah saya dapat perhatian dari awak. Awak suka saya tak? bila saya dah jadi macam ni?".

Tanya Siti lagi, sambil setia meramas ramas jari aku. Terkejut juga aku mendengar pengakuan Siti. Aku hanya mampu tersenyumm.

"Khai, awak suka saya ke?".

Kali ke dua Siti bertanya, sambil merenung kedalam mata aku.

"Tentulah saya suka awak. Tapi saya minta maaf sangat, tentang kesah yang lalu itu. Moga awak tak simpan dalam hati".
kata aku sambil setia menyeringai.

Jari aku yang diramas ramas, ditari ke belakang badannya dan meletakkan tangan aku dipinggangnya pula. Lalu dia semakin rapat duduk di sebelah aku. Tertelan air liur aku, Bila Siti buat begitu. Aku tak bagi peluang, Aku terus peluk Siti denga lebih erat. Perkara macam ni, manalah boleh tunggu tunggu. Rasa macam menang lotri oiii. Sambil aku tersenyum bahagia dalam hati.

"Awak jangan takut, Saya tak ambil hati pun dengan kesah lama itu.Yang lepas biarkan lepas. Sekarang kita mulakan hidup baru dan cerita yang baru". Kata Siti lagi.

Tak lepas senyuman dibibir aku, bila bersama Siti. Game sudah mahu di mulakan, aku bangun dari tempat duduk dan mahu berjalan kepada Lee. Siti menarik tangan aku, minta dipimpin, dengan wajah yang manja. Aku mencapai tangan Siti dan terus pergi ke Lee dan Mus.

"Wowww wowwww couple baru mari".

Kata Mus, bila melihat aku memegang tangan Siti.

"Bodoh lah kau Mus! Pegang tangan takkan tak boleh?".

Kata aku sambil merenung nakal kepada Mus. Kami masing masing ketawa. SeLepas habis game, Siti mengajak aku balik. Sebab sudah pukul 2.30pagi. Aku menurutkan sahaja kemahuan Siti.

"Tapi awak bawa ya Khai. Sampai rumah awak nanti, baru kita tukar".
kata Siti lagi.

"Mana mana pun boleh".

Balas aku. Aku membawa Siti kerumah aku terlebih dulu. Sampai di rumah aku, kami bertukar tempat. Siti keluar dari tempat duduk penumpang dan berpusing ke tempat duduk pemandu. Siti masih berdiri di tepi pintu dengan senyuman manisnya lantas menarik tangan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience