Seminggu berlalu,keadaan Z bertambah sehat. Z betul betul rindu akan Zie, Tak tertahan rasanya untuk menatap wajah Zie... Sepanjang dia dirumah. Z dan Zie hanya berhubung melalui pangilan talifon sahaja. Bukan Zie tidak mahu berjumpa Z. Tetapi Zie mahu Z banyak berehat.
"Hari ini aku mesti jumpa Zie. Asik duduk rumah sahaja. Zie pula tak datang melawat aku".
Bisik Z sendiri. Z mengambil kunci kereta ayahnya dan terus memandu ke rumah Zie... Sampai dirumah Zie, Z duduk dipangkin bawah pokok mangga sambil memandang Zie keluar dari rumah. Dengan wajah yang berkerut.
"Kau dah sehat ke sayang. Kenapa tak bagi tau nak datang?".
Tanya Zie.
"Zie aku rindu kau! Kau tak rindu aku ke?".
Sambil memegang tangan Zie. Zie tersenyum memandang Z.
"Aku pun rindu kau sayang".
"Zie, aku nak tanya kau. Maaf kalau kau marah.
Macam mana dengan Kahi?... Aku tengok dia betul betul suka kau. Cara dia pandang kau.
Cara dia layan kau... Aku sebagai seorang lelaki aku tau, perasaan dia... Kau pun suka dia ke?".
Tanya Z. Zie tunduk pandang kebawah. Ingatanya kepada Khai mula wujud. Bila Z menggingatkan kembali tentang Khai.
"Z, Maafkan aku . Aku tipu kau, Masa hari yang aku tak angkat handphone tu... Ye, memang aku ada ikut Khai ke resort. Aku mula suka dekat dia Z. Dia pandai buat aku terhibur. Dia pandai mengusik jiwa. Maafkan aku Z. Aku tak mahu ada penipuan dalam cinta kita. Aku nak jujur dekat kau. Tapi kau jangan bimbang. Kau tetap yang teratas duduk didalam hati ini".
Zie merenung Z dan Z juga merenung Z.
"Malam yang aku nampak Daya keluar dari bilik kau, Aku tak fikir orang lain kecuali Khai.
Tapi, aku memang tak bagi tau Khai aku ada dekat resortnya. Khai juga tak sangka, aku ada disana. Maafkan aku sayang. Hati aku mula berbelah bahagi disaat itu. Aku mula suka dia.
Tapi aku sayang sangat dekat kau. Aku takut masa itu Z. Aku mula bercelaru. Sampai aku membuat keputusan yang mengecewakan kau.
Maafkan aku Z".
Mata Zie mula berkaca.
"Aku faham Zie, Cinta datang dan pergi. Cinta boleh datang dengan tiba tiba. Tapi aku berterima kasih kepada Khai, kerana buat aku sedar... Aku kena lebih memberikan kau perhatian dan kasih sayang yang lebih... Khai juga bertuah Zie. Kerana berjaya masuk dalam hati kau. Aku kenal kau sejak kecil Zie. Mendapatkan kau adalah sesuatu yang sukar".
"Kau jangan risau Z, Aku dah berjanji dengan diri aku. Lepas ini aku ada kau sahaja. Aku sudah kuat. Aku dah boleh terima, Khai bukan untuk aku. Aku doakan dia berjumpa pasangan yang lebih bagus dari aku".
Kata Zie.
"Mula sekarang aku nak kau jangan cuba cuba curang dengan aku lagi... Kalau kau tak nak aku curang dengan kau".
Kata Zie, Sambil mencubit perut Z. Z tersenyum dan memeluk Zie.
"Jom esok kita keluar, aku dah lama tak jalan jalan! Rindulahh nak keluar dengan kau".
Z mencubit hidung Zie.
"Wahh suka suka! nak... Lama tak keluar jalan jalan dengan kau".
Zie terseyum riang, bila sebut pasal jalan jalan.
"Ok nanti aku datang esok ye Zie... Kita keluar belah petang".
"Ok sayang, nanti aku siap.. Aku nak makan western tau Z?".
Kata Zie sambil tersenyum.
"Kau ni ada ada je tau, Suka sangat dengan western food".
Sambil Z mencubit pipi Zie, mereka berdua bersama sama.
........…....................................
*Assalam abang, boleh kita jumpa ke?".
Tanya Tina, melalui watsap.
*Esok saya last di KL. Saya kena balik semula ke Johor. Saya berharap sangat, saya dapat berjumpa dengan Abang. Ada benda yang mahu saya bincang kan dengan abang".
"Hurmmm, Apa yang aku nak balas ni?".
Bisik hati Khai.
"Ahaaaa, jumpa jelah. Bukan luak pun".
Lafas Khai dan membalas watsap dari Tina.
*Ok Tina, kita jumpa esok petang ye. Nanti abang ambil awak".
*Wahh, bestnya. Thanks abang sudi keluar dengan Tina. Nanti Tina share loc rumah kawan Tina".
Tina begitu gembira, bila Khai sudi keluar dengannya.
*Ok bye abang kita jumpa esok. Bye".
Sambil membuat emoji Love.
*Ok, bye Tina.
Balas Khai.
............................................................
"Apa yang kau tengah buat agaknya Khai?".
Zie baring diatas katilnya. Susah untuk melelapkan mata. Suasana sepi, menggingatkan kembali kepada Khai.
"Terus terang aku rindu kau Khai. Tapi aku tak boleh bersama kau. Aku sayang Z. Aku nak kau bahagia Khai. Tapi aku tak tau bagaimana?. Kalau aku dengan Z bahagai. Tapi kau tak bahagai. Itu tidak adil buat kau Khai... Hurmmm. Moga kau cepat cepat dapat peganti aku. Supaya aku dapat melupakan kau".
Keesokan petang, Z sudah sampai didepan rumah Zie. Seperti yang dijanjikan. Mereka akan keluar makan bersama sama. Zie keluar dari rumah dan terus masuk kedalam kereta Z.
"Sayang, kau nak pergi mana hari ini?".
Tanya Z.
"Aku nak pergi kehati kau hehehhe cia cia cia".
Z mencubit pipi Zie, bila Zie membuat lawak.
"Hiss nakal tau".
Kata Z sambil ketawa kecil.
"Mana mana aje lah Z, Aku tak kesah. Janji aku dapat Jalan jalan and dapat makan".
Balas Zie dengan senyuman. Bahagia hati Z, bila melihat Zie terseyum manja.
.................................................................
Khai sampai dihadapan rumah kawan Tina dan lantas membunyikan horn keretanya. Tina keluar dari rumah. Terpesona Khai melihat Tina. Kelihatan Tina lebih cantik malam ini.
"Mungkin malam itu aku buta. Kerana sentiasa menggingatkan Zie. Sampai tak nampak kecantikan orang lain".
Khai tersenyum di dalam hati.
"Maaf abang! Tunggu Tina lama".
"Ehhh! tak apa. Bukan lama pun. Kita nak ke mana?".
Tanya Khai.
"Saya tak kesah, ikut abang je".
Balas Tina.
"Ok, kita pergi jalan jalan dengan makan je lah".
Kata Khai, Tina hanya tersenyum.
"Mungkin senyumannya tak semanis Siti dan Zie, tapi dia ada keunikannya yang tersendiri".
Bisik hati Khai.
Zie dan Z masuk kesebuah restoran di dalam sebuah mall dan memesan makan dan minuman masing masing. Zie tetap setia dengan air tembikainya dan Z tetap air fresh orangenya.
"Cinta mati betul dia dengan air fresh orange".
Menjeling mata Zie, setiap kali nampak air orange tu.
"Hummmm! menyampah betul"
bisik hati Zie lagi
"Z, kau memang suka air fresh orange ye?. Bukan sebelum ni kau suka air apple ke?. Sejak bila pula suka air ni?".
Sindir Zie, Seperti tidak puas hati dengan pilihan minuman Z.
"Ehh, aku suka apple jugalah Zie. Tapi tekak ni, rasa nak minum yang masam masam sikit... Sudahlah tu Zie, tak kanlah sebabkan air ini, boleh jadi hal pula".
Kata Z yang betul betul tak faham dengan Zie.
Zie tersenyum sinis.
"Ok lah, kalau kau tak suka aku minum air ni aku tukar air lain ya"
kata Z.
"janji kau happy".
Balas Z lagi.
"Eh tak payahlah Z, hisss kau ni! Aku ok aja lah".
Sambil Zie mula tersenyum.
"Hurmmm malas aku nak bertekak dekat sini. Makan lebih baik. Rezeki jangan di tolak".
Bisik Zie
Khai dan Tina masuk kedalam restaurant dan memesan makanan masing masing sambil berborak borak kosong.
"Tina kata nak cakap sesuatu dekat abang, apa dia." Tanya Khai.
"Maafkan Tina abang, Ini pasal kita... Mak abang dan Mak Tina merancang sesuatu tentang masa hadapan kita... Saya tahu mereka nak satukan kita. Sehinggalah mak Tina begitau Tina".
Terang Tina.
"Abang rasa apa yang harus kita buat?".
Tanya Tina lagi.
Khai hanya diam. Tak tahu nak cakap apa kepada Tina.
"Kalau abang dah ada pilihan hati abang, Tina tak kesah. Kita masih boleh berkawankan Abang?".
Tanya Tina lagi, bila melihat Khai berdiam diri.
"Tina, Buat masa ini Abang memang ada sesorang yang abang cintai. Tapi hurmmm entahlah!".
Khai memutuskan ayatnya.
Tiba tiba dari jauh Zie ternampak Khai. Khai yang berada dipenghujung sudut didalam restoran.
Bersama sorang gadis bertudung.
"Z, Cuba kau tengok sana".
kata Zie, Sambil Z menoleh memandang ke tepi Zie.
"Ehh itu bukan Khai ke?".
Tanya Z.
"Ahaa, Kahi lah tu... Z boleh aku jumpa dia sekejap?".
Z tersenyum, memandang Zie dan menganggukkan kepalanya.
"Pergilah Sayang".
Jawap Z.
"Thanks sayang".
Balas Zie, dan terus melangkah pergi kepada Khai.
"Hai awak"
Tegur Zie kepada Khai, sebaik sahaja sampai dimeja makan Khai.
"Heii Zie".
Khai terperanjat dengan kehadiran Zie disitu.
"Awak dengan siap?".
Tanya Khai.
"Saya dengan Z".
Sambil menunding jari kepada Z. Z mengankat tangan dan tersenyum memandang Khai. Khai membalas senyuman Z.
"Zie, kenalkan ini Tina".
Zie bersalam dengan Tina. Tina tersenyum memandang Zie.
"Cantik".
Kata Tina kepada Zie, sambil terseyum.
"Terima kasih Tina, Tina pun cantik. Pandai Khai pilih"...
Tina tersenyum malu.
"Zie boleh kita duduk sekejap di kerusi tu".
Khai menujukkan kepada Zie kerusi yang kosong dibarisan hujung.
"Ok"
Balas Zie...
"Tina makan dulu ye! Abang ada hal nak cakap dengan Zie".
Kata Khai kepada Tina. Tina menggangukkan kepalanya. Khai lalu dihadapan Z dan bersalamman.
"Macam mana bro dah ok ke?".
Tanya Khai.
"Alhamdulillah dah sehat dan gagah".
Z melawak, sambil ketawa. Khai juga turut ketawa.
"Verry Good Bro... Pinjam sekejap awek kau".
kata Khai, Z hanya tersenyum sambil makan... Khai dan Zie duduk dimeja paling hujung.
"Khai, macam mana awak? Awak kelihatan sehat.
Saya gembira Khai".
Tanya Zie, Khai hanya terseyum dan merenung Zie.
"Zie sayang, saya rindu awak. Rindu sangat.
Tak tertanggung rasanya. Saya terpaksa menghiburkan hati saya sendiri. Tapi yang sebenarnya saya bersedih Zie".
Mata Zie mula berkaca, bila mendengar penjelasan dari Khai dan mengesat air mata yang hampir jatuh ke pipi.
"Khai, saya juga rindu. Rindu sangat, Rindu masa kita bersama dulu. Tapi saya tak boleh ingat semua kenangan kita...Tak bagus untuk saya. Kerana saya ada Z. Saya lebih memerlukan Z dalam hidup saya... Saya doakan awak bahagia dengan Tina... Tina nampak seperti seorang gadis yang baik Khai. Jangan sia siakan dia".
"Zie, dia pilihan keluaraga saya Zie. Saya tak pasti boleh terima dia atau tidak".
jawap Khai.
"Khai, selalunya pilihan keluarga adalah tepat... Awak kena terima dia Khai. Di mata saya dia orang yang baik baik. Jangan lepaskan peluang ini Khai". km
"Zie sayang".
Sambil mengengam jari Zie.
"Saya terima siratan takdir kita. Awak doakan saya bahagia ye. Saya juga akan cuba membahagiakan hidup saya. Walaupun tanpa awak disisi saya. Terima kasih Zie. Terima kasih untuk segala galanya... Mencintai awak adalah sesuatu yang indah. Walaupun hanya seketika".
Khai tak dapat menahan sebak. Air mata yang ditahanya jatuh juga kepipi.
"Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi ya Zie".
Kata kata terakhir Khai. Khai bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi kepada Tina. Zie juga berjalan longlai kepada Z. Sambil tersenyum memandang Z. Zie cuba menyorokan perasaan sedihnya kepada Z. Z membalas senyuman Zie.
Zie duduk dan terus sambung semula makan. Walaupun hatinya tak tenteram disaat itu.
"Terima kasih sayang, benarkan aku jumpa Khai".
"Sudahlah tu Zie! Mula sekarang kita mulakan hidup yang baru. Kenangan tetap kenangan. jangan kita lupakan kenangan itu. Dalam
masa yang sama, Masa hadapan mesti diteruskan".
kata Z kepada Zie.
Zie tersenyum dan terus memegang tangan Z.
"Terima kasih Z, Kerana sudi sayang aku selalu. Terima kasih juga, sentiasa ada disaat aku terluka dan bersedih. Kalau bukan sahaja kekasih aku, tapi kau juga sahabat baik aku dan bakal menjadi sebahagian dari hidup aku".
Z terseyum mendengar kata kata Zie.
Share this novel