Cinta buat Z

Romance Completed 40494

Bila pintu di buka, aku terus masuk kedalam rumah. Z terus ke ruang tamu. Untuk mengambil tisu.

"Ehhh kenapa tangan kau ni Z?".

Tanya Sham. Bila Sham ternampak tangan Z yang berdarah.

"Kau bergaduh lagi ye?".

Tanya Sham lagi.

Masing masing membuat muka terperanjat dan memandang kepada Z dan aku.

"Mana ada aku bergaduh Sham! Aku terjatuh tadi. Tangan aku ni tergesel dekat jalan raya".

Z mula menipu. Nasib Z tak buka rahsia aku.

"Banyaknya darah Z, dah pergi cuci". Kata Yana.

Z lantas pergi kedapur, untuk mencuci lukanya. Aku yang masih setia berdiri didepan pintu bilik. Tidak sampai hati melihat Z begitu. Aku mengikut Z dari belakang... Sampai kesingki, Z membuka paip dan mengenakan jarinya ke air. Z berdengus kesakitan, bila luka terkena air.

"Meh aku tolong kau Z".

Kata aku sambil aku memegang tangan Z. Z hanya merelakan aku membantunya.

"Sakit ke Z?".

Z hanya mengangukkan kepalanya sahaja.

"Itu lahh siapa suruh bodoh sangat. Kan dah sakit. Lepas ni lepak bilik aku ya! Aku letakkan krim luka. Aku ada bawa".

Z menganguk lagi, tanpa bersuara. Kami melangkah masuk kedalam bilik. Aku keluar kembali untuk mengambil tisu untuk Z.

"Zie, tolong jangan gaduh gaduh lagi ya". kata Lin.

"Ok lin, jangan risau. Semua dalam terkawal".

Kata aku sambil memandang kepada Daya. Daya hanya tersenyum. Seperti rela, Z bersama aku. Aku bergegas masuk kedalam bilik dengan membawa kotak tisu dan mengambil krim luka didalam bag tangan aku. Aku duduk diatas katil bersama Z dan melakukan proses membersih luka. Aku meletak ubat di jari Z. Dah macam kerja dekat klinik aku rasa.

"Sakit ke Z".

Aku bertanya lagi soalan yang sama.

"Sakit dijari aku ni, tak sama dengan sakit dihati aku Zie. Luka dekat tangan aku ni tak sakit Zie. Tapi sakit dihati aku ni, terasa pedih sangat". Kata Z. 

Aku terhenti seketika, bila mendengar kata kata Z. Nada sayu Z, membuatkan aku tersentuh hati. Aku memandang tepat kemata Z... Z pula menyelak rambut aku yang terjuntai, menutup separuh muka aku. Z selitkan ditepi telinga aku.

"Ehhh ya lah! Aku lupe getah rambut aku". Bisik aku.

"Cantik kau lepaskan rambut Zie. Aku suka tengok kau macam ni. Nampak ayu sangat". Kata Z, yang cuba menukar tajuknya tadi.

"Terima kasih Z".
Aku tersenyum malu.

"Getah rambut aku tertingal dekat tempat tadi. Itu lah satu satunya getah yang aku bawa". Kata aku kepada Z dan Z tersenyummm.

"Tak apa esok beli ya". Kata Z. Aku menganggukam kepala aku.

"Ok dah siap".

Aku terus bangun dari atas katil dan pergi ke meja makeup, kalau kalau ada getah rambut yang tersesat. Rimas sangat bila biarkan rambut yang terlerai dari ikatan. Aku keluar mengambilkan selimut Z yang terlipat di kerusi sofa dan mengambil satu toto yang tuan rumah sediakan dibilik utama. Sempat juga aku bertanya Lin getah rambut. Nasib lin ada bawa lebih getah rambut. Lin memberi aku getah rambutnya. Baru lah rasa lega dapa diikat tinggi rambut. Bernafas sikit tengkuk aku ni. Aku membawa selimut dengan toto Z di bilik aku. Aku lipat toto itu menjadikan dua lipatan, Agar tidak terlalu nipis dilantai. Lalu aku meletakkan selimut Z di atas toto itu.

"Hari ni kau tidur sini ya. Banyak benda aku nak certakan". Kata aku kepada Z.

Z tersenyum melihat gelagat aku. Kemudia aku keluar lagi untuk mengambil bantal Z. Aku betul betul sebuk sangat. Aku tau, pasti kawan kawan aku rimas tengok aku kehulu kehilir.

"Korang, malam ni Z tidur dengan aku ya".

Kata aku kepada semua. Masing masing memandang kepada aku dengan berkerut wajah.

"Ehh jangan fikir lain pula".

Kata aku lagi, sambil aku mencapai bantal Z.

"Aku bukan nak buat apa pun dengan Z. Malam ni dia tidur dengan aku. Tapi aku tak tutup pintu bilik. Aku biarkan terbuka. Korang boleh buat sportchek setiap saat".

"Ok boleh! Tapi jangan tutup pintu".

Kata Sham.

"Baik bosss".

Aku memberikan seyuman kepada yang lain.

"Ok siap! Kau boleh baring dekat sini". Kata aku kepada Z.

"Aku tak nak tidur dulu. Aku nak duduk berborak dengan kau".

Kata Z, Z duduk diatas tempat tidurnya. Manakala aku duduk diatas katil.

"Z kau pusing sekejap!".

Kata aku dan aku bangun untuk menukar baju dan seluar. Aku memakai singlet dan seluar pendek untuk tidur.

"Ok dah!. pusing sini balik".

Aku duduk kembali di katil. Kaki aku, aku letak dipeha Z yang duduk bersila di bawah. Nampak macam kurang hajar aja tapi Z rela, bila aku buat macam tu. Z mengurut ngurut kaki aku, mengunakan tangannya yang tidak sakit.

"Z tolong tutup lampu meja. Lampu dari dapur pun dah terang, memancar masuk kedalam bilik".

Kata aku kepada Z. Z menurut dan sambung semula mengurut kaki aku.

"Sudahlah Z, nanti sakit pula tangan kau".

Aku menyuruh Z berhenti dari mengurut kaki aku. Z hanya menurut sahaja. Z meletakan tangannya dipeha aku dan mendagu.

"Z, aku nak tanya kau. Kenapa bunga kau bagi aku ni lebih dari Satu dozen? Kenapa bunga itu ada 13 kuntum".

Kata aku sambil aku mengambil bunga yang Z bagi diatas meja mekup dan mencium bauannya yang hampir hilang. Z tersenyumm.

"Kau perasan juga ya! Aku ingat kau tak perdulu tentang Apa yang aku bagi".

Kata Z, sambil memandang aku.

"Eh mestilah aku perdulu. Kau kan bestfrend aku".

"Haiii bestfriend aja. Bukan lebih dari best friend ke?".

Tanya Z, sambil tersenyum.

"Kau nak aku cakap jujur ke cakap tipu". Balas aku.

"Must be honest". Balas Z.

"Aku yang sebenarnya dah mula sayang kau Z. Memang dari kita kecik kecik lagi, aku dah sayang kau... Tapi, aku mula anggap kau lebih dari bestfriend aku... Kau tau sejak bila Z?"

Aku bertanya soalan kepada Z, Z mengelengkan sahaja kepalanya.

"Sejak kau ada dia saat aku rasa nak letopkan kepala hotak si Hafiz tu".

Kata aku dan kami ketawa. Aku mengosok gosok rambut Z, yang tadinya terurus menjadi kusut.

"Hiss habis rambut aku". kata Z.

lalu mengangkat kepalanya dari peha aku dan membetulkan rambutnya.

"Z meh aku tengok muka kau. Z mendongak memandang aku. Aku memegang bengkak dimuka Z.

"Aduhhh sakit lah Zie". Kata Z.

Aku lekas lekas tarik kepala Z dan aku letak dada aku.

"Ehhh sakit ya! Sorry sorry".

Aku terkejut bila Z mengaduh kesakitan.

"Hehehhe kau ni kannn".

Z mencubit pipi aku.

"Z aku nak tanya! Kenapa kau buat macam tu petang tadi?".

Kata aku kepada Z. Z berpusing membelakangkan aku dan bersandar di pembahagi katil. Z hanya berdiam diri.

"Apa agaknya ada dalam kepala Z  ya". Bisik aku.

"Kau marah ke? Aku tanya macam tu! Maaf kan aku ya?".

Aku bangun dari katil dan duduk dibawah bersebelah Z. Tiba tiba Z bersuara.

"Kau tau Zie, Aku buat macam tu sebab aku cemburu. Aku bukan cemburukan Daya. Daya dah lama mati dalam jiwa aku. Aku cemburukan kau. Aku cemburu bila kau pegang orang lain. Aku cemburu bila kau di sentuh orang lain. Aku cemburu kau ketawa bahagia dengan orang lain. Hati aku terasa pedih... Sejak bila timbul perasaan tu aku pun tak tahu. Tapi! Bila aku bersama kau sejak dari dulu lagi. Aku rasa berdebar debar. Tapi aku sorokkan perasaan itu. Supaya kau tak nampak yang aku sukakan kau. Mungkin kau tak perasan! Sebab kau sebuk dengan kawan kawan lelaki kau. Hinggalah kau bersama Hafiz. Aku ingat aku ada peluang, lepas kau putus dengan Hafiz. Tapi datang pula budak sebelah tu. Itu yang aku betul betul marah".

Terang Z sambil pusing memandang aku.

"Kau tau kenapa aku mula ada perasan cemburu dekat budak sebelah tu?".

Kali ini Z pula bertanya aku soalan. Aku pula yang mengelengkan kepala.

"Perasaan itu mula timbul bila kau kata, kau sayangkan aku lebih dari seorang sahabat. Lepas kau putus dengan Hafiz. Aku mula rasa bahagia dan mengharapkan kau terima aku. Itu yang aku tak dapat kawal emosi aku. Aku akan pergi belajar lepas ni Zie. Aku tak pasti, bila aku dapat berjumpa kau lagi. Antara aku akan terima kolej yang berdekat atau aku akan pilih kolej yang jauh. Sebab tu lah aku beria ria ajak kau ke sini. Aku nak simpan kenangan indah bersama kau didalam hati aku... Tapi aku dapat yang sebaliknya". Kata Z sambil memegang dadanya.

Aku berasa sebak mendengar luahan hati Z. Aku memelok Z dan merapatkan pipi aku di dada Z.

"I'm sorry honey. Aku mula faham perasaan kau sejak aku mengira bunga yang kau berikan kepada aku".

Aku mengcapai bunga di atas katil. Putih ada 6, merah ada 7... Bermakna cinta Z terhadap aku, lebih dari seorang sahabat. Aku petik satu bunga ros yang berwarna merah. Aku cium bunga itu, lalu aku berikan kepada Z.

"Nah untuk kau".
kata aku.

"Biarkan bunga itu jadi satu dozen semula. Baki satu bunga ditangan aku ini, umpama hati kau. Yang kau berikan dekat aku. Dan aku beri semula, kepada kau. Menandakan aku terima kau lebih dari sahabat bermula malam ini. Z mencapai bunga yang aku berikan dan mencium bunga itu, lantas mencium pipi aku terus menyusul ke bibir.

"Love u sayang".

Lafas Z... Buat pertama kali dalam hidup aku, malam ini lah malam yang buat aku sangat gembira. Baru aku dapat rasakan cinta sebenar yang selama ini aku tunggu.

"Thanks Zie".

"Love u too sayang. Moga lepas ni, cinta kita akan terus mekar dan merah macam bunga ni".

Kata aku dan Z memelok aku dengan lebih erat.

"Z, andai satu masa nanti kau dah bosan dengan aku, kau bagi tau ya. Aku tak nak kecewa kali kedua?... Jangan buat macam apa yang Hafiz buat dekat aku. Bila suka dia datang dekat aku, bila dia dah mula bosan, dia tinggalkan aku dan menipu aku... Menipu tu lah yang paling aku benci dalam hubangan cinta. Kau tau aku tak suka ditipukan". Kata aku kepada Z.

"Doakan aku bukan macam dia sayang".
Balas Z.

"Dah lah Zie pergilah naik ke katil kau, dah tengah malam ni". kata Z.

Aku banggu dan baring di katil. Berpusing memandang kepada Z. Ternampak Z memegang memegang bengkak di mukanya.

"Zie, kau tengok aku handsome lagi tak? Penat aku jaga muka aku ni". kata Z, sambil tersengeh sengeh.

"Kau ni Z, ada ada je lah hehhehe"...

Aku tergelak kecil.

"Mestilah masih handsome. Jangan risau lah. Ramai awek awek dekat luar tu tergila gila, walau pun muka bengkak macam ni". Kata aku sambil terseyum.

"Kau tau Z, kau sweet sangat. Dengan muka kau yang macam ni, dengan badan kau yang sedap sedap macam ni, tinggi pulak tu. Aku pasti kau ada ramai awek, kalau kau tak sombong". kata aku lagi.

"Not my taste lah Zie. Aku ni kalau nak cari perempuan boleh aja. Tapi aku tak ada hati. Hati aku untuk kau aja".

Kata Z sambil memegang tangan aku yang aku juntaikan kebawah dan di letakkan didadanya.

"Kalau dalam dunia ni ada kau dan aku sahaja pasti lebih seronokkan Zie".

Aku hanya tersenyummm.

"Kalau aku dan engkau sahaja dalam dunia ni, aku pula yang akan bosan nanti. Mau tak bosan! Kau hadap muka aku, aku hadap muka kau. pasti akan lebih membosankan. Apa lah dia ni. Silap silap setahun 1 anak hehehhe". Bisik aku sambil ketawa didalam hati.

"Kalaulah dalam dunia ni ada kau dengan aku sahaja Z. Aku nak kau selalu cium aku di mana sahaja kita pergi... Setiap 1 jam kena cium aku".

Aku melawak..

"Ehhh kenapa 1jam, bukan 5minit sekali ke hehehhe".

Kata Z sambil ketawa. Kami berdua berpandangan dan sama sama ketawa. Z mengangkat tanggan aku dah menciumnya bertalu talu.

"Z, aku nak tidur bawah dengan kau boleh?".

"Boleh, meh sini".

Aku turun ke bawah. Z berundur ke belakang sedikit dan memeberi aku ruang. Aku baring berbantalkan lengan Z dan tangan yang luka, aku peluk. Supaya aku lebih rapat ke badannya. Terasa kehangatan badan Z, sungguh selasa. Di saat sejuk sejuk begini.

"Z nanti esok kita jalan sama sama ye? Kau bawa aku keluar boleh? Aku nak jalan jalan tempat yang best disini. Aku nak beli strowbery coklat. Aku nak makan banyak banyak".

Kata aku kepada Z.

"Ok Sayang! Esok kita keluar ya".

Kata Z sambil mencium rambut aku dan memeluk aku dengan lebih erat. Dakapan Z membuatkan aku terlena sehingga kepagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience