"Aku rasa, Z sesuai dengan engkaulah Zie. Z nampak gembira bila dengan kau dari zaman sekolah rendah lagi". Sambung Lin.
Aku hanya tersenyum sahaja, tak tahu apa ingin aku perkatakan kepada Lin.
"Sudahlah Lin aku nak mandi. Nanti kita sambung cerita lagi ya".
Kata aku dan terus berlalu masuk kedalam bilik air. Sebetulnya aku juga ada rasa yang sama. Kadang kadang sikap Z berlainan bila aku cerita tentang kekasih aku yang lepas lepas. Selesai bersiap, aku keluar dari bilik dan terus ke dapur. Melihat Lin tengah menjamu cekodok jagung hasih dari masaknya tadi.
"Lin, cantik tak? ok tak?"
Aku meminta pendapat Lin, tentang pakaian aku.
"Cantik cantik". Balas Lin.
"Aku pun ingat nak paki macam kau lah! Nasib aku ada bawak baju sport". kata Lin lagi.
"Cepatlah mandi Lin! Aku dah tak sabar nak masuk hutan ni".
Kata aku, sambil terseyum.
"Ehh, aku dah mandilah. Tinggal nak tukar baju je".
"Cepatlah kau tukar baju, aku pergi panggil jorang sarapan".
Aku betul betul tak sabar untuk keluar. Lepas sarapan kami semua turun ke kereta. Aku dan Yana paling last sekali kena tutup pintu rumah. Tengah mengunci pintu, Nua jiran depan, juga keluar dari rumah...
"Ehh nak ke mana tu?" Tanya Nua.
"Saya nak ke hutan, hari ini aktiviti jungle treking".kata aku kepada Nua.
"Oh bestnya". Balas Nua lagi.
"Zie! Malam ni nak keluar makan nak tak?"
Pelawa Nua, kepada aku.
"Insyallah, tak janji. Rasanya boleh aja. Nanti kalau jadi ajaklah Kid, Zul dengan Azhar sekali ya".
kata aku.
"Ok boleh aja, nanti jumpa malam ya... Cantik awak hari ni". Sempat Nua memuji aku.
"Thanks Nuar"...
Aku terseyum malu memandang Nuar, lantas turun bersama Yana dan terus ke kereta Z. Z sudah pun menunggu didalam kereta. Aku masuk dan duduk di sebelah Z.
"Z, aku nak ambil kasut sport dekat bonet kereta kau".
Z turun dari kereta dan membuka bonet, lalu mengambilkan aku kasut sport.
"Nah". kata Z.
Aku yang duduk didepan, mengambil kasut ditangan Z dan memberikan Z senyuman. Aku memakai kasut dan mahu keluar dari kereta Z.
"Ehh nak kemana tu?" Tanya Z.
"Nak naik kereta dengan Nani". Jawap aku.
"Tak payah! Naik kereta ni aja". Arah Z.
"Nanti Nani dengan Daya pun naik sini juga. Jorang kekedai, nak beli roti katanya".Â
Aku membuka pintu, untuk duduk diseat belakang.
"Ehhh nak ke mane tu Zie?". Tanya Z lagi.
"Nak duduk belakang, nanti Nani nak duduk depan... Malas aku nak gaduh".
Kata aku kepada Z dan membuat memek muka.
"Tak apa, kau buat tak tau je. Biar diorang duduk belakang. Aku kan datang dengan kau. Kenapa pula kau kena duduk belakang. Jorang yang kena duduk belakang".
Kata Z lagi sambil tersenyum memandang aku.
"Zie kau cantik hari ni". Puji Z. Z memang tak pernah lupa memuji aku.
"Kau ni Z, satu hari tak puji aku, tak boleh ya?".
Kata aku sambil mencubit pipi Z. Z pula memegang tangan aku sambil tersenyum.
"Mestilah kena puji selalu. Kau kan kekasih hati aku. Kalau tak dapat puji kau, aku boleh demam tau". Z melawak.
"Sweetnya lah kau ni Z. Untung Daya, dapat kau". Balas aku kepada Z.
"Hisss kau ni Zie! Tolonglah jangan sebut sebut nama dia, saat kita tengah berdua duaan. Benci aku mendengarnya".
Marah Z, sambil mengerutkan dahinya. Aku hanya mengangkat sebelah kening dan mencebikkan bibir sahaja, bila Z kata begitu... Dari jauh aku ternampak Daya dan Nani sedang berjalan kekereta Z. Tersenyum aku sendiri, bila melihat cara penampilan mereka berdua. Pakai skirt pendek dengan lagging.Baju body tshirt gambar kartun kartun, berkasut sport.
"Apa yang dia pakai ni! Dia ni nak ke mana tu Z?"
Aku tergelak sambil menyindir cara pakaian mereka.
"Entahlah Zie, bertambah pelik aku tengok. Dengan tergediknya hurmmm. Dia ingat cantik sangatlah tu. Tak pandai berfashion langsung". Z pula terseyum.
"Hurmm lantak lah jorang Z".
"Boleh tahan jugak Z ni! Mulutnya bukan main lagi, bila mengata cara orang. Entah entah cara aku pun dia tak suka". Bisik aku didalam hati.
"Aku pakai baju ni ok tak? Kau rasa ketat sangat ke baju aku ni? Seluar aku ok tak? Nampak besar tak, peha aku? Tak nampak bontot aku besar ke?"
Aku mengajukan bertubi tubi soalan kepada Z... Baru tadi dia mempertikaikan cara pakaian Nani dan Daya. Takut pula nanti, orang lain kutuk cara pakaian aku.
"Cantik dah Zie... Sesuai sangat dengan kau. Nampak seksi. Sedap mata aku memandang.Tak pernah jemu aku tengok kau".
Kata Z sambil terseyum gatal... Aku dengan Z memang tak pernah ada rasa malu. Apa yang aku rasa, aku akan terus bertanya Z. Walaupun benda yang memalukan. Kadang kadang masa datang bulan, aku minta Z belikan aku tuala wanita. Sudah tidak ada lagi perasaan malu bila dengan Z. Mungkin kerana, aku dan Z sangat rapat. Aku mengenali Z, pada usia kanak kanak lagi. Dia lah tempat aku luahkan perasaan. Bila aku gembira dan berduka. Selain dari Lin dengan Yana... Daya dengan Nani masuk kedalam kereta. Daya membuka pintu dihadapan. Dia tak perasan pun, aku berada dihadapan. Kerana kereta Z bercermin gelap.
"Kau duduk belakang".
Kata Z, dengan nada tinggi. Bila Daya membuka pintu hadapan, tempat dimana aku duduk. Berkerut wajah Daya.
"Yunk kau duduk belakang boleh?. Aku tak boleh nak duduk belakang, aku takut mabuk".
Kata aku kepada Daya, dengan nada lembut. Kesian pula aku tengok Daya. Bila Z sering memarahinya. Tapi mesti ada sebab, Z buat begitu.
"Oh! ok!".
Daya terus duduk diseat belakang bersama Nani.bAku mencapai cermin mata didalam bag dan memakainya. Aku tarik getah rambut yang aku ikat tinggi sedari tadi. Aku melepaskan rambut aku yang panjang dan jatuh terjurai. Aku membetul betulkan rambut, agar lebih kemas. Rambut aku yang berwaran kelabu. Menampakan aku lebih mengoda.Â
"For sure, minah dekat belakang tu mesti makan hati". Bisik aku
"Cantik!"Â
Bisik Z pelahan. Aku hanya tersenyum.
"Aku tak pernah tengok kau lepaskan rambut macam ni. Nampak lebih comel". kata Z, dengan nada yang agak berbisik.
"Aku yang sebenarnya memangvtak suka lepas rambut! Nanti rimas... Sebab tu aku tak pernah buka ikatan rambuat ketika aku keluar". Terang aku kepada Z.
"Cantiknya, kau lepaskan rambut Zie! Macam model. Kena pula cermin mata kau yang besar tu. Pandai kau bergaya Zie?". Nani tiba tiba bersuara.
"Biasa biasa aja lah Nani. Kau lagi cantik. Pandai mekup! Aku manalah pandai. Lipgloss aja pandailah hehehe". Balas aku sambil ketawa.
Nani tersenyum bila aku memujinya..
Sepanjang perjalanan Z tak habis habis berpusing memandang aku dan tersenyuman. Bila aku perasan dia asyik memandang kepada aku, aku mengerutkan dahi memandangnya. Dia sempat mengelipkan sebelah matanya. Terseyum aku dengan telatah Z... Sampai diparking kereta dihutan simpan, semua bersusun kereta sebelah menyebelah. Aku membawa bag silang belakang. keluar dari kereta. Segala harta pusaka aku, aku masukkan kedalam bag galas belakang. Air mineral tu harus. Bila aku keluar dari kereta, semua mata memandang kepada aku. Baik lelaki mau pun perempuannya.
"Apa hal jorang ni. Apa yang tak kena dengan aku, sampai mereka pandang aku macam ni. Seluar aku koyak bahagian bontot ke? Baju aku koyak ke? Ehhh tak selesalah". Bisik aku.
Terutama Hafiz,Hafiz berkerut dahinya memandang aku.
"OMG! cantiknye kau Zie. Lebih cantik bila kau lepaskan rambut. Fist time aku tengok kau lepaskan rambut. Dah macam princes. Selalu bersangul tinggi je rambutnya. Aku yang perempuan ni pun tergoda". kata Lin sambil tersenyum dan aku membalas seyuman Lin.
"Lah! pasal aku lepas rambut ke? Hurmmm aku ingat apalah tadi. Jorang ni buat suspen aja". Ngomel aku sendiri.
"Hisss kau ni Lin! Aku ingat apalah tadi. Kau puji puji aku ni, buat aku malu aja". Kata aku sambil ketawa.
Aku lalu dihadapan Hafiz. Sempat dia berbisik ditepi aku.
"Cantik awak Zie".
Aku hanya membalas dengan senyuman.
"Ehhh sudahlahh, jangan nak puji puji aku sangatlah... Jom masuk hutan. Aku nak naik motor hutan tu boleh ke Z". Aku menunjuk jari kepada motor lasak hutan yang beroda 3.
"Ohh tu motor lasak lah sayang. Nama dia motor lasak ATV... Kau nak naik ke Zie?"
Tersenyum Z menerangkan kepada aku yang sedikit bodoh pasal kenderaan bermotor lasak ni.
Share this novel