"Kau tengok Lin, mana ada Z cari aku. Pada hal aku dah lama hilang dari pandangan mata dia. Kau rasa aku penting ke? dalam hidup dia".
Tanya aku dan Lin. Lin hanya berdiam diri... Kami membuka pintu bilik karaok dan masuk ke dalam. Aku mencari cari dengan anak mata, bila melihat kelibat Z tidak ada disitu... Hanya cahaya dari television sahaja melihatkan muka muka kawan kawan. Bilik tu agak gelap. Terutama bahagian hujung hujung kerusi. Tambah pula banyak kerusi sofa didalam bilik ini... Aku berjalan menuju kearah tempat yang gelap itu untuk mancari Z. Kalau Z tak ada, pasti dia ketandas... Tiba tiba aku ternampk satu kelibat disudut hujung penjuru bilik yang paling hujung. Apa yang aku nampak, sungguh menyakitkan hati. Seorang lelaki yang aku betul betul kenal dipeluk oleh seorang gadis, yang aku paling aku sangat benci. Mereka berpelukan dan berciuman antara satu sama lain. Aku menarik nafas panjang, bila melihat semua itu didepan mata. Dada aku berdegup kencang... Patutlah mereka hilang tiba tiba. Jadi aku dah tau. Siapa aku di hati dia dan siapa perempuan itu di hatinya. Aku betul betul tidak sabar lagi. Aku pergi kepada mereka dan menyaksikan segalanya dari dekat, tanpa disedari oleh mereka.
"Tahniah, dah bahagia".
Ayat itu yang keluar dari mulut aku. Z terperanjat bila terpandang aku disitu. Z menolak Daya. Manakala Perempuan yang aku benci itu, boleh pula buat muka selamba. Macam tak ada apa apa berlaku antara mereka. Tangan aku yang terasa ringgan terus melepaskan satu pelempang di muka betina itu. Nasib aku bagi pelempang, kalau aku bagi penumbuk, patah gigi dia. Kemudian aku melepaskan satu tamparan ke pipi Z pula. Terkedu Z, bila aku buat begitu.
"Korang memang SIAL!... Betul betul tak guna".
Kata aku dengan nada yang menjerit. Muzik yang berkumandang, tiba tiba distopkan dan lampu terang dipasang semula oleh Sham.
"SIAL punya jantan... Kau tau Z, kau mana layak untuk aku. Kau hanya layak untuk perempuan murah macam dia aja. Kau tau Z, kalau ikutkan hati ni, aku dah pijak muka korang berdua".
Jerit aku, sambil menahan amarah yang amat sangat.
"Kau tau Z, perangai kau ni, tak ubah macam jantan sial. Depan aku kau cakap lain. Tapi belakang aku kau buat aku macam tak wujud. Aku tak tahu, kenapa aku pilih kau dan aku tak pilih Kid". Kata aku lagi.
Z hanya berdiam diri. Mana kala Daya memandang aku dengan sinis, sambil memegang pipinya yang baru sahaja aku tampar tadi.
"Aku tak tahu nak cakap apa lagi dengan korang berdua ni. Dari hati aku sakit melihat sandiwara kau berdua. Baik lah aku pergi".
Kata aku dan terus berjalan laju. Sempat aku memandang kepada Lin... Wajah sedih, aku tujukan untuk Lin dan aku keluar dari bilik itu. Kelihatan wajah Lin kecewa dengan Z. Z mengikut aku dari belakang dan memanggil manggil nama aku. Aku tidak mempedulikan pangilan Z. Aku tetap berjalan laju. Z memintas ada memegang lengan aku.
"Tunggu dulu sayang! Maafkan aku Zie. Tolong maafkan aku sayang. Aku tak sangka perkara macam itu akan terjadi... Aku bodoh Zie. Aku bodoh kerana terjebak dengan dia. Tolong maafkan aku sayang".
Z cuba merayu kepada aku. Aku menarik lengan aku dari dipegang oleh Z.
"Pergi mampus dengan semua tu. Aku peduli apa dengan cerita kau. Kau yang main gila belakang aku. Sekarang kau nak merayu minta maaf. Pergi mampuslah dengan kau Z".
Aku betul betul marah terhadap Z, sehinggakan aku mengelurkan kata kata yang tidak sepatutnya kepada Z. Z cuba memegang aku lagi sekali. Aku berundur kebelakang, agar Z tidak dapat memegang aku.
"Kau tau Z, kau mana layak nak pegang aku, mahu pun memiliki aku. Aku sangka kau lebih baik berbanding teman teman lelaki yang aku pernah miliki dulu. Tapi rupanya kau pun sama sahaja. Tak berguna langsung buat aku".
Kata aku dan terus berjalan menuju ke mini bar didalam karaoke itu. Sampai disana aku duduk ditempat yang sama aku duduk sebentar tadi.
"Zie tolong jangan Zie! Aku tau tadi kau dah minum... Bila aku menyanyi dengan Daya tadi. Tolong jangan minum lagi Zie".
Z cuba merayu agar aku tidak minum lagi.
"Heii kau siapa? aku kenal kau ke?".
Kata aku kepada Z dengan nada yang tinggi. Z terus duduk disebelah aku, bila aku berpura pura tidak menggenalinya. Aku berpaling kepada budak bartender yang setia menunggu aku mesan minuman.
"Bagi i macam tadi ya".
Kata aku kepada budak itu.
"Tak nak ais kan?".
Tanya budak itu lagi.
"Ya".
Budak itu berpaling kebelakangnya dan mengambilkan aku segelas air beer dan memberikan kepada aku. Aku cuba meneguk air tersebut. Tetapi ditahan oleh Z lagi.
"Tolong sayang, jangan minum".
Kata Z, yang betul betul tidak putus asa dan berharap aku tidak meneguk air itu.
"Bla lahh! Kau buat aku bertambah semak".
Kata aku sambil meneguk separuh air didalam cawan. Z menarik nafas panjang bila aku meneguk air itu. Matanya setia memerhatikan aku.
"Zie! Tolong Zie! Jangan buat aku macam ni. Maafkan aku Zie".
Z hanya mampu merayu. Dia tunduk kebawah menahan air matanya, yang mula bertakung di kelopak mata.
"Sudahlah Z, Aku dah muak dengan semua ni. Kau bukan sayang aku. Aku tau semua itu Z. Kalau kau sayang aku, Kau dah cari aku. Masa aku hilang tadi. Ini tidak, kau boleh buat tak tahu sahaja, bila aku hilang. Itu ke tanda sayang kau dekat aku?".
Aku berpusing memandang kepada Z. Dari tunduk, Z mendongak memandang kepada aku semula.
"Aku bodoh Zie! Aku bodoh dan leka dengan rayuan dia. Aku betul betul tak sengaja".Â
"Sudahlah Z, apa yang aku lihat, bukan dia yang mengoda kau. Tapi kau yang merangkul dia sambil berciuman".Â
Berpusing budak bartender itu dan memandang aku dan Z, bila aku berkata begitu. Rupa rupanya dia memasang telinga bila aku dan Z berbicara. Kami bertiga berpandangan. Lantas budak itu, berpaling ketempat yang lain. Aku dan Z kembali merenung antara satu sama lain.
"Kalau ini takdir kau dan aku. Aku rasa lebih baik kau dan aku kekal sebagai seorang sahabat sahaja Z. Aku tak sanggup menderita lagi. Aku tak suka hidup macam ni".
Air mata sedari tadi aku tahan, mula mengalir dipipi.
"Aku tak tahan lagi Z. Aku betul betul sakit hati". Kata aku sambil memegang dada aku. Z menarik pelahan tangan aku dan diletakkan didadanya.
"Jangan menangis sayang! Hati aku sakit, bila lihat orang yang aku sayang menangis, hanya kerana perbuatan bodoh aku".
Aku menarik pelahan tangan yang dipegang oleh Z.Â
"Tolong Z, tinggalkan aku. Mata aku ni, asik terbayang bayangkan engkau dan Daya berpelukan antara satu sama. Aku betul betul rasa nak menjerit. Tolong tinggalkan aku Z. Sebelum aku bertindak lebih gila".Â
Z masih setia duduk disitu. Dia sedikit pun tidak mahu meninggalkan aku sendiri. Aku mehabiskan air didalam cawan dan ingin berlalu pergi dari situ. Bertambah lama aku dengan Z, bertambah sakit hati ini. Aku bangun dari tempat duduk dan mahu berjalan keluar dari situ. Z sempat menghalang aku dari keluar.Â
"Cukup lah Zie, kau nak kemana pula. Tolong lah Zie. Tolong jangan buat aku rasa bersalah sangat. Tolong aku Zie. Aku merayu kepada kau Zie".
Z tetap merayu. Aku tidak mempedulikan Z. Aku terus melangkah keluar tanpa menoleh kepadanya.
Share this novel