part101

Romance Completed 40594

Sampai di atas, kelihatan masing masing sebuk mengemas barang. Mereka bersedia untuk bertolak balik dan turun ke bawah bersama sama. Kelihatan Khai sudah menanti mereka dilobi. Zie melihat Khai dengan senyuman dan merapati Kahi.

"Khai, thanks untuk semuanya di sini".
Kata Zie.

"Betul tu Khai. Seronok dapat datang sini. Kami pasti akan datang lagi". Kata Lin pula.

"Korang boleh datang, bila bila korang nak. Tempat ni sentiasa terbuka untuk korang.
Korang adalah kawan kawan terbaik aku".
Balas Khai.

"Jangan pernah lupakan tempat ini".
Kata Khai lagi, sambil memandang Zie.

"Ok lah Khai, kami balik dulu".
Kata Yana dan berlalu pergi ke kereta diikuti Lin.

"Saya balik dulu ye Khai".

Sambil Zie memegang tangan Khai.

"Hati hati memandu ye Zie. Jangan lupakan saya dan tempat ni".

Kata Khai, yang sepertinya tidak mahu melepaskan Zie pulang kepangkuan Z. Zie terseyum dan berlalu pergi meninggalkan perkarangan resort...

"Hurrrmmmm berakhirlah percutian kita".
Kata Lin.

"Tak puas rasanya. Lepas ni kita akan kembali seperti biasa balik. Layan suami, layan anak anak".
kata Lin lagi.

"Tak tau lah, bila kita dapat macam ni lagikan".

Kata Yana.Mereka berpandangan dan terseyum.

"Lin, gambar gambar dari Cameron, Melaka dengan PD jangan lupa send dekat group kita".
Kata Yana...

"Video pun jangan lupa".
Balas Zie... Masing masing ketawa.

"Aku berkenan betul dengan Arvin tu.
Geram aku tengok". Tiba tiab Zie teringatkan Arvin.

"Dah lah macam melayu, cute pula tu".
Kata Zie lagi.

"Gambar gambar yang kau minta Taufiq tu nanti bagi aku juga tau Lin".

"Ok! ok! semua aku send sekarang".

Kata Lin yang duduk bersandar dikerusi belakang. Mana kala Yana memandu dan Zie duduk di sebelah Yana.

"Assalam sayang sayang".

Kata Zie sambil membuka pintu rumahnya.

"Hai sayang! Aku dah balik".

Zie, masuk kedalam rumah dan terus memeluk Z yang tengah mamai, akibat tidur petang. Z membalas pelukan Zie.

"Rindunya aku sayang".

Kta Z kepada Zie. Z mencium isterinya.

"Kau rehat dulu. Nanti malam kita keluar makan". Kata Z kepada Zie.

"Aku pun belum makan lagi ni... Tunggu kau balik, sampai terlelap". kata Z lagi dengan seyuman.

"Aloooo ciannya kau sayang. Kenapa tak keluar makan luar tadi. Ni dah petang. Nanti sakit perut pulak". Kata Zie kepada Z.

"Aku malaslah nak keluar... Bila dah ada kau, baru lah semangat nak keluar".

Kata Z sambil menarik hidung Zie.

"Macam mana holiday ok ke?".

Tanya Z.

"Ok sangat sangat sayang.
Best betul". Cerita Zie.

"Aku Pergi Cameron, Melaka dengan Portdickson". Cerita Zie lagi.

"Amboii, ni mesti pergi resort Khai?

"Ehhh mana tau ni sayang". Tanya Zie.

Terseyum Z, bila tekaannya tepat.

"Banyak benda aku nak cerita dekat kau malam ni. Sekarang aku penatlah, aku nak rehat".

Kata Zie, sambil baring disebelah Z, diatas sofa bed. Zie memeluk erat suaminya dan tertidur sampai ke magrib.

"Sayang bangun sayang. Dah nak magrib ni. Tak baik tidur magrib magrib". Kejut Z.

"Malam ni nak keluar makankan sayang?".
Tanya Zie kepada Z.

"Ye sayang, Aku nak bawa kau makan makanan kesukaan kau".

Terseyum Zie.

"Dah cepat siap, aku dah lapar ni". kata Z.

"OK sayang".
Balas Zie.

Sampai disebuah restoran. Mereka makan malam sambil bergurau senda.

"Sayang, tadi kau cakap ada banyak cerita tentang holiday kau".
Tanya Z.

"Oh ye lah". Balas Zie.

"Sayang, aku pergi ke Cameron. Aku teringat tentang kau dan aku"...

Sambil Zie menarik tangan Z dan digengamnya.

"Aku teringat kesan ni".

Zie mengosok gosok parut yang masih ada ditangan Z. Semasa Z bertindak bodoh, menumbuk dinding di Bar.

"Maafkan aku sayang! Kerana aku juga kau dapat parut didahi kau".

Kata Zie, Sambil memegang pipi Z dan Z mengambil tangan Zie dipipinya dan Mengengam erat.

"Hari kedua, aku enjoi sangat, banyak cantik cantik di melaka. Yang penting, Lin belanja urut badan dekat sana".

CeriyaZie. Terseyum Z mendengar cerita Zie.
Z hanya melayankan sahaja cerita isterinya, yang begitu teruja bercerita.

"Yang terakhir di PD, Seronok sangat. Kau tau Z, Resort Khai dah banyak berubah. Dekat sana dah ada mini club. Boleh layan live band. Dah bertambah cantik, sejak Khai uruskan tempat tu".

Zie terdiam seketika selepas berbicara tentang tempat Khai dan merenung Z. Membuatkan Z berkerut dahi.

"Sayang, kau tau. Khai pun ada, masa aku datang di situ... Tapi Wife dia tak ada".

Zie terdiam lagi.

"What Zie! Kau jumpa Khai tanpa wife dia. Biar betul Zie. Jangan buat macam tu... Aku tak suka lah Zie".
Nada Z sedikit meninggi. Berkerut dahinya dan wajah cemburu Z, mula wujud.

"Kenapa wife dia tak ikut dia. Atau dia sengaja tak nak bawa wife dia. Sebab dia tau kau nak datang".

Kata Z yang cuba serkap jarang. Membuatkan Zie mula naik berang. Dengan sikap Z.

"Ehhh, apa lah kau ni Z. Jangan nak menuduh boleh ke?".

Zie mula meninggikan suara dan melapaskan gengaman tangan Z.

"Maafkan aku sayang. Aku cemburu kau dengan dia sayang".

Kata Z, yang mula metenteramkan keadaan.

"Maafkan aku sayang".
Lafas Z lagi. Membuatkan Zie menjeling tajam.

"Kau tau Z! Dia boleh cari aku dan kacau rumah tangga kita Z. Tapi dia tak buat macam tu pun.
Sebab dia tau, aku hak kau dan dia masih hormat aku, sebagai isteri orang"...Kata Zie lagi.

"Sudah setahun Z. Sudah setahun dia kehilangan isteri dan anak dia.nSudah setahun dia hidup membujang kembali, sejak isterinya dan anaknya meninggal Dunia".

Terang Zie kepada Z.

"Apa Zie? wife dia meninggal?".
Zie menceritakan segala galanya kepada Z.

"Moga Khai kuat Zie. Kalau aku, aku boleh jadi gila... Kalau kau tak ada didepan mata aku".

Kata Z... Zie kembali terseyum melihat Z.

"Aku juga sayang. Aku tak boleh hidup tanpa kau". Balas Zie.

..............................

Kenangan tetap tingal kenangan. Kehidupan mereka berjalan seperti bisa, mereka dengan tugasan masing masing. Z setia menyangi Zie, walau pun mereka tidak dikurniakan anak... Tapi mereka bahagia dengan cara mereka.

"Sayang kau nak makan ke, aku buatkan?". Tanya Zie kepada Z.

"Tak nak lah sayang, aku nak minum je... Malam malam kalau makan, boleh jadi gemuk".

Kata Z kepada Zie. Terseyum Zie memandang Z. Dan berlalu pergi mengambilkan Z air di dapur.

"Nahh".

Kata Zie dan terus duduk memeluk Z, sambil menonton television. Z memeluk Zie kembali.

"Bib! bibbbb".
Dapat video call ditalifon bimbit Z.

"Hisss siapalah yang buat vedio call malam malam ni".

Tanya Z kepada Zie. Berkerut dahi Zie. Z teragak agak untuk menyambut pangilan vedio call itu. Tapi, setelah sering berdering. Akhirnya Z menjawap pangilan video itu.

"Hai Daddy".

Kedengaran wajah dan suara anak kecil ditalian. Terperanjat Z, tak tau untuk berkata apa.

"Haiii Adamm".

Balas Z, sambil mata Z memandang Zie. Terbeliak mata Zie. Menahan marah...

"Daddy tak rindu Adam ke? Adam rindu Daddy! Bila nak datang jumpa Adam. Adam rindu Daddy".

Kata Adam dengan ayat yang agak pelat.

"Nanti kita jumpa ye Adam. Daddy banyak kerja, Nanti Daddy bawa Adam makan ye".

Balas Z.

"Adam pergi tidur ye! Dah malam. Nanti call lagi".

"Ok daddy, Adam sayang daddy, Bye".
kata Adam.

"Ok Adam Love u too, Bye".
Balas Z dan memutuskan talian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience