"Siti jangan macam ni Siti".
Aku cuba merapatkan diri aku kepada Siti dan memujuknya.
"Ohhh tadi kau suruh aku mampuskan. Sekarang aku nak mampus! Apa korang semua boleh buat?".
Kata Siti kepada kami, dengan wajah yang meneyeramkan
"Mengucap Siti mengucap". kata Nina.
"Aku kawan kau Siti. Jangan buat macam ni. Kita semua ada bersama kau. Kau boleh ceritakan masalah kau kepada kami. Jangan bertindak macam ni. Bahaya pisau tu Siti".
Kata Nina lagi dengan nada lembut.
"Betul tu sayang, kalau awak ada masalah, kita boleh bincang. Jangan buat saya macam ni".
Kata aku kepada Siti. Sambil darah tak henti henti keluar dari bibir aku. Habis baju aku yang putih bersih, dipenuhi titisan darah.
"Heiii kenapa bibir kau tu Khai?".
Tanya Yun.
"Tak ada apa apa yun! Aku terhantuk dikatil tadi".
Aku menipu kawan kawan. Tak sangup aku nak berterus terang disaat kekecohan macam ni. Kesian pula Siti nanti... Sedang aku menidakkan apa yang terjadi kepada bibir aku. Tiba tiba Siti terus mengelar tangannya. Dengan pisau yang tajam. Semua perempuan, menjerit jerit melihat tindakan Siti.
"Siti jangan! Tolong jangan sayang".
Aku cuba mendekat Siti, untuk mengambil pisau di tanganya. Siti mengacukan pula kepada kami. Aku betul betul terkejut. Tidak aku sangka, Siti sanggup mencederakan dirinya sendiri. Meleleh leleh darah jatuh kelantai.
"Dari aku tak dapat Kau, lebih baik kita sama sama mati".
Kata Siti kepada aku. Dan menghalakan pisau itu kepada aku. Aku berundur ke belakang.
"Tolong jangan buat kerja gila Siti. Apa sebenarnya yang terjadi? Kalau saya ada buat silap dan salah. Saya minta maaf kepada awak".
Aku bertanya lagi, apa yang Siti mahukan sehingga dia bertindak begitu... Siti merenung aku dengan renungan yan tajam, sebelum berbicara.
"Ye! Ni semua sebab kau. Mula mula aku masuk kolej, aku dah mula sukakan kau. Bila aku dekat dengan engkau, kau buat aku macam sampah yang tak berguna. Kau hina aku! Kau marah aku di halayak ramai. Kau buat aku macam tak ada perasaan. Jiwa aku kacau, bila kau buat aku macam tu. Kau tau, Bertapa aku sukakan kau. Aku hanya sayang kau seorang. Sampai ke mati, aku sayangkan kau. Tak ada orang lain yang dapat mengantikan kau! Termasuk Ciko".
Mata Siti lebih membuntang.
"Bila aku dapat tahu dia bergaduh dengan kau dan kau cedera kerana dia. Aku telah habiskan riwayat hidupnya... Dia lelaki sial dan tak berguna bagi aku... Bodohhhhhhh! Dia sentiasa merosakan hidup orang lain. Dia ingat, dia anak orang kaya, dia boleh tindas orang bawahan. Aku dah racun dia! Aku racun sampai dia mampusss... Aku goda dia malam itu dan aku bunuh dia. Aku buang mayat dia didalam longkang dibelakang kolej kita. Longkang sahaja, tempat yang sesuai untuk orang macam Ciko".
Kata Siti lagi. Aku tersentak hati, begitu juga yang lain.
"Kau tau Khai! Ini semua sebab engkau Sayang".
Kata Siti lagi sambil memberikan aku seyuman yang menyeramkan, sambil melirik tajam kepada aku.
"Aku tak nak kau sakit sayang! Aku sayang kau Khai".
Sambil Siti tunduk pula, memandang lantai... Kami semua terperanjat mendengar pengakuan berani Siti. Tak sangka, dia sungguh berani berkata begitu. Kami semua tak percaya setiap kata kata yang keluar dari mulut Siti itu benar...
"Kalau betul dia lakukan perkara itu. Begitu kuat cintanya terhadap aku".
Kami termenung sejenak, memikirkan kata kata Siti itu.
"Aku betul betul sayangkan kau Khai. Malam tadi, membuktikan yang aku cintakan engkau. Sampai sanggup aku menyerahkan diri aku, kepada engkau! Sayangku".
Sambil Siti tersenyum menyeringai, memandang aku. Terpahat di wajahnya, kegelisaha, dendam, cinta yang membara.
"Sudahlah tu Siti, letak pisau tu ke bawah".
kata Lee.
"Jangan buat macam tu. Fikir betul betul Siti. Jangan ikutkan perasaan. Benda kita boleh duduk berbincang. Jangan sakitkan diri kau.bJangan sakitkan Khai. Aku tau, Bibir Khai yang berdarah ini engkau yang buatkan. Kau tak kesian ke dekat Khai. Dia sayang sangat dekat engkau... Engkau pula sampai hati buat dia berdarah".
Lee cuba bermain emosi dengan Siti. Siti menundukkan muka di bawah. Bila Lee mula bermain dengan kata katanya.
"Kesian Khai Siti. Setiap kali dia bercerita pasal kau dengan kami, muka dia berseri seri. Bertapa sayangnya dia dekat kau".
kata Lee lagi.
"Fikirlah masak masak Siti. Kami semua sayangkan kau".
Lee menghabiskan ayatnya. Siti mengankat muka dan terus memandang tepat kewajah aku. Renungannya amat bercelaru. Tersentuh hati ini, Bila melihat Siti bergitu.
"Maafkan saya sayang. Maafkan saya kerana buat bibir awak terluka dan berdarah. Awak tau, bertapa saya sangat sayangkan awak. Saya tak sanggup melihat awak dengan orang lain. Saya tak suka awak membatah cakap saya. Maafkan saya sayang".
Siti mula menangis, sambil tangannya masih memegang pisau yang berdarah di tangan.
"Saya harap ini semunya tak pernah berlaku Khai. Kepala saya sakit, Bila memikirkan kita. Kenapa saya jadi macam ni? Saya pun tak tahu".
Kata Siti, Sambil tangannya menutup kedua dua belah telinganya. Menitis nitis darah mengalir ke siku dan jatuh ke lantai. Bila dia buat begitu. Aku pelahan pelahan menghampiri Siti.
"Sudahlah tu sayang, letak pisau tu. Mari saya peluk awak".
Aku menghulurkan tangan aku. Takut juga kalau kalau Siti bertindak di luar kawalan. Mau putus tangan aku di libas dengan pisau. Tapi aku kuatkan juga hati aku. Kerana aku yakin, Siti tidak akan mengapa apakan aku. Kerana dia betul betul sayangkan aku dan aku juga betul betul sayangkan dia. Hati aku mahu menangis, melihat keadaan Siti macam ini. Tapi aku hanya mampu, menahan sebak di hati bila melihat kawan kawan dihadapan mata. Hari semakin larut malam. Keadaan di dapur sudah dapat di kawal. Kerana Siti sudah mula tidak bertindak agresif.
"Mari sini sayang".
Aku memanggilnya sekali lagi.
"Mari dekat saya. Saya sayang awak! Dan akan sentiasa sayang awak".
Pelahan lahan aku memegang tangan Siti. Dia hanya terdiam. Aku mula mengambil pisau ditangan Siti dan melepaskannya, jatuh ke lantai. Lalu aku memeluk Siti, sekuat kuatnya. Siti menyambut pelukan aku dengan tangisan.
"Maafkan saya sayang".
Kata Siti sambil melihat bibir aku yang luka di gigit olehnya. Lalu Siti mencium bibir aku yang luka.
"Maafkan saya Khai! Maafkan saya".
Perkataan maaf sahaja yang keluar dari mulut Siti. Keadaan menjadi reda. Masing masing duduk di sofa di hadapan television di ruang tamu. Aku membawa Siti masuk ke dalam bilik dan mengambil kain bersih untuk membersihkan darah yang mengalir di tangan Siti. Nasib luka dipegelangan tangannya tidak begitu dalam.
"Sayang, Kenapa awak sangup buat macam ni?".
Sambil aku membersihkan darah yang ada di tangannya.
"Kalau betul awak sayangkan saya, Awak tak perlu buat ni semua".
Aku memeganag pipinya yang kelihatan merah, akibat menangis.
"Saya tak nak kehilangan awak Khai, Awak satu satunya lelaki yang saya sangat sayang. Awaklah kekasih hati saya. Saya tak boleh hidup, tanpa awak disisi saya".
Kata Siti, Lalu baring di atas katil. Dia kelihatan sangat penat sekali. Aku mula mengalirkan air mata, bila melihat dirinya begitu. Terasa layu dan suram wajahnya. Tak seperti Siti yang aku kenal mula mula dulu. Seorang yang periang dan manja. Hanya kerana seorang lelaki, Dia betul betul menjadi taksub dalam cinta. Dia sangup melakukan perkara yang boleh membawa kepada pembunuhan. Aku tatap wajah Siti dalam dalam. Sambil duduk disisinya. Lalu dia memeluk aku, sambil baring.
"Sayang, Saya juga tidak mahu kehilangan awak. Saya mahu awak sentiasa ada di sisi saya... Tolong jangan buat saya tertunggu tunggukan jawapan. Sekarang ni, bermacam macam benda bermain di fikiran saya sekarang ini".
Kata aku kepada Siti.
"Sayang, betul ke apa yang awak cakap tadi? Betul ke awak membunuh Ciko? Tolong katakan itu semua bohong Siti. Tolong katakan, itu hanya rekaan untuk menakutkan saya". Tanya aku kepada Siti.
Siti pula hanya diam dan tidak berkata apa apa pun. Aku mula terasa takut. Aku takut sesuatu yang buruk akan menimpa dirinya. Tak puas rasanya, mendapat belayan dan cinta Siti. Tak pusa rasanya, bermesra dan bermanja dengannya. Kini aku terpaksa buat keputan untuk dia dan aku.
"Sayang awak tidur ya? Awak jangan takut. Saya ada di sisi awak. Tidur lah sayang. Maafkan saya".
Aku memeluk dan mencium dahinya.
"Moga esok adalah hari yang indah buat kita sayang".
Aku mengalirkan air mata melihat dia yang kelihatan layu. Dia duduk kembali dan memandang tepat kepada aku.
"Sayang andai takdir memisahkan kita! Saya berharap, saya akan pergi dengan tenang. Kerana saya dah tau. Awak benar benar sayangkan saya".
Kata Siti
"Awak tau, kenapa saya cakap macam ni? Sebab saya memang sudah tau takdir saya lepas ni. Saya tau, Awak juga tau, apa maksud saya".
Kata Siti lagi.
"Sayang izinkan saya sayang awak. Izinkan saya cinta awak, izinkan saya rindu awak. Halalkan segala yang saya rasa tentang awak. Sebelum atau selepas awak tau, yang saya sayangkan awak". Kata Siti dengan nada sayu.
Dia bangun dan duduk di sisi aku sambil menangis menatap aku. Aku juga turut menangis. Aku mula takut dan aku tak pasti apa yang akan berlaku di hari esok.
"Jangan menangis sayang".
Dia mengelap air mata aku.
"Tangisan awak membuatkan saya lebih sayu dan terluka. Tak sangup, saya lihat awak bersedih. Tolong jangan menangis sayang".
Kata Siti.
Kata kata Siti malam ini membuatkan aku tak menentu. Air mata tak henti hanti mengalir dipipi.
Aku terasa tidak kuat, bila Siti meluahkan isi hatinya kepada aku. Siti baring semula di atas katil. Aku menyapu air matanya dengan jari.
"Awak pun, jangan menangis sayang. Percayalah, saya sayang awak. percayalah! Cinta dan sayang saya kuat untuk awak. Awak orang pertama yang buat saya sangat gembira. Belayan awak, senyuman awak, saya tak akan dapat lupakan.
Hingga ke akhir hayat saya. Percayalah kata kata saya ini sayang".
Kata aku sambil menatap wajah Siti.
"Sudahlah! Awak tidur ya sayang. Awak kelihatan sangat letih. Saya ada di sini menemani awak". Kata aku lagi.
Aku mencapai selimut dan aku selimutkan badannya. Agar dia lebih selesa semasa tidur. Bila dia melelapkan matanya, aku kembali menangis. Aku tatap wajahnya. Wajah seorang gadis yang betul betul sayangkan aku. Kerana cinta, seseorang itu boleh bertindak di luar kawalan emosi.
"Aku berjanji, Kau akan sentiasa dihati aku sayang. Mungkin inilah kali terakhir, aku dapat menatap wajah mu. Tapi cinta aku kepada kau, tak akan pernah berakhir".
Bisik aku didalam hati sambil mencium dahinya sekali lagi. Akhirnya Siti terlena dalam dakapan aku. Sungguh tenang dia tidur.
"SELAMAT MALAM SAYANG".
Aku keluar dari bilik Siti dan terus ke ruang tamu. Aku lihat semua sudah tidur di sofa. Kecuali Yun dan Lee. Mereka setia menunggu aku keluar dari bilik Siti. Aku duduk sambil mencapai sebatang rokok. Aku pasang dan aku sedut dalam dalam kemudian aku hebus keluar asap rokok itu. Terasa lega dada aku ni.
"Khai, kita tak boleh simpan dia disini Khai. Kita mesti call polis, untuk mendapatkan kepastian. Kalau perkara ini benar benar berlaku, kita kena serahkan dia dekat polis. Kita salah ni Khai. Tolong bertindak ikut akal ye khai, Jangan bertindak ikut hati".
kata Lee.
"Sekarang dia cederakan kau dengan diri dia sendiri. Aku tak nak orang lain menjadi mangsanya. Kau kena kuat Khai. Aku tau, engkau sukar nak buat keputusan. Sebab kau juga sayangkan dia. Kami boleh nampak semua itu Khai. Tapi aku nasihatkan kau. Tolong call polis dan biar segalanya berakhir di sini. Kau nak ke dia di buru polis. Kau nak ke muka dia masuk di tv kerana dikehendaki. Tolong tutup aib dia Khai".
Kata Yun pula... Aku hanya mendengar dan tidak boleh berkata apa apa. Aku tak boleh nak buat apa apa keputusan sekarang. Jiwa aku kosong.
Aku asyik terbayang bayang wajah dan senyumannya di depan mata aku. Cara dia yang manja. Cara dia yang mengoda. Hummmmm aku betul betul tak boleh buat keputusan.
"Korang, aku tak tau nak cakap apa dengan lagi. Aku tak boleh terima semua ini... Kenapa aku?
Kenapa mesti aku kena melalui semua ini? Kenapa aku tak boleh bahagia? Aku sayangkan dia. Aku tak boleh tengok dia bersedih. Dalam masa yang sama, aku tak sangka dia boleh bertindak begitu. Kerana cinta! Dia sanggup membunuh. Begitu kuat cinta dia dekat aku. Korang tak boleh nampak ke? Korang tak boleh rasa ke? Apa yang dia rasa dekat aku. Aku tak sanggup! Aku tak sanggup tengok di bawa polis nanti. Aku tak sangup tengok dia menangis... Aku tak sanggup nak tengok wajahnya sayu, layu. Tolonglahhh! Aku tak boleh fikir, saat saat macam ni. Aku rasa nak menjerit. Aku nak menjerit sepuas puasnya. Agar hati aku terasa lega. Agar jiwa aku puas".
Terang aku kepada Lee dan Yun.
"Kenapa semua ni terjadi kepada aku. Aku tak kuat untuk terima semua ni. Pagi tadi aku bangun pagi, semuanya indah. Dia ada di sis aku, memebelai aku malam tadi. Aku dapt rasakan kasih sayang dia kepada aku. Kasih sayang yang buka di buat buat. Kasih sayang yang tulus dari diri dia. Tapi bila malam menjelma lagi! Aku mengharapkan belayan yang lebih indah dari malam tadi. Tapi segalanya musnah. Musnah dengan tindakan bodoh dia. Aku sungguh sungguh tak percaya semua ini terjadi. Aku berharap! Kata kata dia yang tadi. Hanyalah mimpi buruk aku".
Aku meluahkan isi hati aku kepada Lee dan Yun.
"Aku faham, apa yang kau rasa Khai. Tapi kau kena kuat. Kuat untuk dia. Kalau kau kasih dan sayang dia. Kau kena lepaskan dia pergi. Dia mungkin sakit Khai. Dia bukannya manusia yang normal. Kalau dia seorang yang normal, dia tak akan buat kerja gila macam ni. Kau kena tahu tu. Jangan jadi buta Khai! Jangan buta dengan cinta dia. Kau kena buat keputusan cepat! Sebelum dia sedar dari tidur". kata Yun.
Aku mengalirkan air mata, buat pertama kalinya didepan kawan kawan aku.
"Tolong aku korang, Aku tak boleh buat keputusan begini. Hati aku sedih. Aku tak sangup, nak lepaskan dia. Tolonglah aku korang.
Tolonglah kuatkan aku. Aku betul betul tak sangup".
"Kalau kau tak sanggup! Aku boleh callkan polis".
kata Lee sambil menatap wajah aku yang layu. Aku memandang Lee dan lantas terus menangis.
"Kau kena ingat Khai, bukan aku nak buat semua ni. Tapi aku tak mahu kau mengambil risiko. Kau kena kuat untuk dia. Boleh ke aku buat panggilan Khai?".
Lee, bertanya aku sekali lagi. Untuk mendapatkan kepastian. Yang aku bersetuju membuat laporan polis. Aku terdiam sejenak.
"Maafkan aku sayang. Aku terpaksa menbuat keputusan yang boleh menghancurkan hidup kau. Aku tau, kau pun tau akibat perbuatan kau ni. Maafkan aku, maafkan aku".
Bisik aku di dalam hati.
Lee dan Yun setia menati, keputusan aku. Aku hanya mengangguk kepala. Memberikan tanda aku setuju dengan mereka. Berlinang air mata bila membuat keputusan ini. Aku kena terima semua yang terjadi lepas ni.
"Ohhh, betul ke apa yang aku buat ni? Tepat ke keputusan aku ni?".
Aku banggun dari sofa dan terus ke bilik Siti semula. Sunguh lena dia tidur. Aku tatap wajahnya yang penuh ketenangan semasa tidur. Aku tidak henti henti menangis. Sungguh pilu hati ni, mahu melepaskan dia pergi.
"Bila kau bangun, kau pasti terkejut dengan semua ini. Aku harap kau faham. Aku tak mahu kau menjadi pelarian di dunia yang indah ini. Hanya kerana, satu kesilpan kau. Ingin aku peluk kau kuat kuat sayang... Agar kau tidak terlepas dari aku. Agar kau tau, aku teramat sayangkan kau. Tapi apakan daya aku. Aku terpaksa lepaskan kau pergi. Pergi dan tidak akan kembali kepada aku. Pergi buat selama lamanya di mata ini. Tapi ketahuilah sayang! Hati aku akan terus menyintaimu".
Aku mengucup dahi Siti dengan penuh lembut. Mungkin ini lah ciuman terakhir aku kepadanya. Selepas ini mungkin tidak ada lagi ciuman indah ini.
Share this novel