Habis sebatang rokok, aku masih duduk termenung dibawah apartment. Malam yang sangat sejuk. Aku memandang kelangit yang dipenuhi bintang.Terpandang dibalconi apartment aku. Z berdiri dibalconi rumah dan memandang aku yang sedang duduk dibawah keseorangan. Z terseyum memandang aku. Aku membalas senyuman Z dan aku menoleh ketempat yang lain dan memasang sebatang lagi rokok. Dari jauh, aku ternampak kelibat empat orang lelaki yang aku tegur semasa keluar dari rumah tadi.
"Ehhh cepatnya makan?"
Aku bertanya, bila sahaja mereka menghampiri aku.
"Kita orang bungkus aja. Nak makan dekat rumah".
Kata salah seorang lelaki tadi sambil tersenyum memandang aku yang masih lagi duduk dibawah.
"Boleh tau, nama awak siapa?"
Tanya salah seorang, dari lelaki tu.
"Nama saya Zie".
Aku mempekenalkan diri.
"Nama saya Zul".
Balas salah seorang dari mereka. Zul menghulurkan tangannya untuk bersalam. Aku menyambut tangan Zul. Kami bersalaman tanda pengenalan.
"Saya Kid, saya Nua dan saya Azhar". kata mereka bergilir gilir.
"Kenapa duduk luar sorang sorang. Tak sejuk ke?"
Tanya Kid, sambil memandang dibahagian kaki aku. Yang hanya berseluar pendek.
"Sejuk juga! Tapi dah pakai stokin ni, kurang sikit sejuk". Balas aku, sambil menyeringai.
Aku melirikkan anak mata kepada Z dibalconi rumah. Z terus masuk kedalam, bila melihat aku memandangnya.
"Hurmmmm macam macam". Bisik aku.
Kid duduk disebelah aku. Mana kalau Azhar masih berdiri dihadapan aku. Zul dengan Nuar membawa masuk makanan kedalam rumah.
"Ehh korang tak makan ke? Pergilah makan dulu, kata lapar?"
Aku menyuruh mereka masuk untuk makan terlebih dahulu.
"Ehhh tak apa". Balas Kid.
"Sekejap lagi kami makan". Katanya lagi.
Nuar keluar dan membawa gitar kapornya lalu duduk disebelah kanan aku. Manakala Kid setiavduduk disebelah kiri aku. Kerusi panjang itu memang sesuai untuk tiga orang duduk. Nuar memusingkan badannya, memandang kepada aku bersama gitar kapurnya.
"Lagu ni khas untuk cik adik manis depan kita orang".
Kata Nuar sambil memandang aku.
"So Sweet".
Bisik aku didalam hati, sambil tersenyum. Lagu yang dimainkan ialah lagu antara Gadis. Nua memulakan petikan gitarnya. Aluna gitar mengikut tempo, membuatkan melodinya menjadi indah dan sedap didengar.
"Semalam aku ada dengar dendanga petikan gitar. Mereka rupanya yang memetik gitar dan menyanyi". Bisik aku sendiri.
.............................................................
***Antara Gadis yang ku temui, kau sahaja kini dalam renungan. Mungkin kerana, dengan senyuman. Terpaku diri ku.
Suara Nua, bergitu merdu bila memulakan rangkap pertama nyanyiannya. Tergoda aku, mendengar suara Nua. Nua seorang lelaki yang tegap, berkulit putih. Muka yang bulat dan mempunyai senyuman yang manis.
Kemudian lagu itu disambung oleh Kid.
***Ketika bayu mencium pipi, suria pula, terasa hati. Kerana dikau sungguh rupawan, terpaku diri ku.
Sambil tersenyum, Kid melafazkan liriknya. Kid pula berbadan kecik, comel sangat. Dengan lesum pipit di pipi. Kulit pun sama putih dengan Nua. Setiap kali dia senyum, kedalam lesum pipit di pipi.
***Mengapahkan kau melangkah pergi, ketika ku masih perlu. Meratap wajah mu kali akhir dan lantas menyelam rindu.
Terpusing aku memandang Zul yang berada dibelakang aku. Zul ni orangnya biasa biasa saja. Taklah handsome sangat, tapi suaranya sungguh merdu didengar. Berbanding yang lain.
***Antara berbunga, yang menyenari hidup, kau jadi ratu. Antara delima yang menyinar, kau berkilawan.
Aku berpusing pula kepada Azhar. Seorang jejaka yang agak berisi, berkulit hitam manis. Ada tahi lalat dibibir. Sungguh manis bila dia tersenyum. Suaranya agak serak serak bila bersuara.
"Yehhhh best, sangat".
Aku menepuk tangan, bila lirik terakhir habis dinayayikan.
"Petikan gitar dan suara korang sungguh indah dan sedap didengar".
Kata aku, bila mereka selesai menyanyi.
"Terima Kasih korang. Sudi hiburkan hati saya".
Aku terseyum sambil mengeluarkan sebatang rokok dari kotak dan membakarnya. Mereka memandang aku dengan pandangan yang pelik. Tak pernah tengok perempuan merokok agaknya mereka ni.
"Zie, awak orang mana?"
Tanya Kid.
"Oh Saya tinggal di Shah Alam Selangor. Dengan keluarga saya". Balas aku.
"Korang pula orang mana?
Kenapa pelik ya tengok perempuan merokok". Tanya aku Lagi.
Mereka semua tersenyum, bila aku kata begitu.
"Kami dari Terengganu dan belajar di kuala Lumpur".
Balas Nua.
"Ohhh! Jadi tak heranlahkan, kalau perempuan merokokkannn... Pasti ramai budak budak perempuan kolej merokok".
Tanya aku sambil tersenyum. Masing masing juga tersenyum memandang aku. Lebih satu jam, aku melayan mereka. Jam ditalifon bimbit sudah pun menujukkan pukul 11 lebih malam.
"Korang! Saya nak masuk dulu lah ye. Nanti kawan kawan saya cari pula".
Kata aku lantas aku bangun dari kerusi.
"Ok, baik baik jalan". Kata Kid sambil tersenyumm.
"Nanti jumpa lagi ye". Sampuk Nua.
Aku hanya tersenyum memandang mereka. Aku melangkah kaki bersama mereka yang juga mahu naik keatas. Aku membuka pintu utama dan
"Selamat malam Zie". Kata Kid.
"Selamat malam juga kid". Aku membalas.
Kid menunggu sehingga aku menutup pintu rumah. Bila aku mahu menutup pintu. Aku sempat melambai tangan sambil tersenyum memandang Kid yang setia menunggu didepan pintu rumahnya.
"Sweet sangat Kid ni".
Bisik aku, sambil senyum menyeringai, sambil berjalan masuk kedalam muka pintu bilik.
"Amboii seronoknya dia. Siap ada orang dendangkan lagu lagi".
Lin bersuara. Aku hanya senyum sahaja.
"Budak mana tu?" Tanya Lin lagi
"Budak terengganu beb. Tapi mereka belajar di KL".
Aku menjawap pertanyaan Lin. Aku memandang Z. Z berkerut dahinya, memandang ketempat yang lain. Terpancar wajah cemburu diwajah Z.
" Tak payah nak cemburulah, awek dekat sebelahkan ada".
Bisik aku...Menyampahnya aku melihat Daya. Sebuk berkepit dilengan dengan Z". Bisik aku lagi.
Aku terus masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Aku baring diatas katil, sampai terlelap hingga ke pagi. Hari keempat aku bangun dipagi hari terasa segar otak ni.
"Kenapa Z tak kejutkan aku ya".
Aku berkerut wajah.
"Dia belum bangun lagi atau dia masih marahkan aku, pasal aku layan budak budak sebelah rumah tu?".
Aku banggun dari katil dan aku membuka pintu bilik, lalu mencapai tuala mandi. Aku lihat semua tengah bersiap siap. Lin sahaja berseorang berada didapur. Membuat cekodok jagung.
"Lin, kau nak aku tolong ke?".
''Ehh tak payah, dah nak siap pun. Kau pergi mandi cepat. Bilik air tengah kosong tu".
jawap Lin.
"Hari ni Sham nak pergi jungle tracking ".
kata Lin lagi.
"Wah bestnya Lin. Aku suka aktiviti lasak macam tu. Lama dah tak masuk hutan. Aku mandi dulu lah ye".
Mood semangat nak masuk hutan datang. Bila Lin sebut pasal jungle tracking.
"Ok".
Jawap Lin. Lin juga terseyum bila melihat aku yang tidak betul betul gembira.
"Lin lagi satu. Z mana? Kenapa dia tak kejut aku?".
"Hurmmm merajuklah tu. Malam tadi 3, 4 kali dia terintai kau dekat bawah. Tak senang duduk dia. Minah tu pun apa lagi, bengang aja lah, Bila Z asyik duduk bangun duduk bangun".
Cerita Lin yang agak berbisik.
"Aku dah agak dah. Z mesti cemburu punya. Kesian pula bila dengar cerita kau Lin. Tapi dia dah ada minah kering tu. Kenapa dia nak merajuk pula dengan aku kan".
"Alahhh Zie! Aku tau, Z bukan suka dia pun. Dia aja yang tergedik gedik dengan Z... Getik aku tegok minah. Aku tengok Z tak layan pun dia. Kalau dia layan pun, aku rasa sebab dia tak mahu malukan minah tu aja. Banyak kali juga, aku nampak Z marah dia, sebab cuba peluk peluk Z malam tadi". Cerita Lin dengan panjang lebar...
Share this novel