Kebumian Z berjalan lancar. Tak henti henti air mata Zie turun kepipi. Kawan kawan yang hadir, Setia menemankan Zie, turut menangis atas permergian Z. Permergian yang betul betul tidak dijangkakan.
"Selamat tinggal sayang! Tunggu aku disana nanti sayang... Aku akan sentiasa menggingati kau. Kau sentiasa ada dihati ini".
Kata Zie sambil memegang dadanya, menahan sebak... Ibu dan Mama setia memujuk Zie. Begitu juga Lin dan Yana.
"Jom balik Sayang! Ajak Mama dan Ibunya. Dah tengah malam, tak baik tunggu sini lama lama. Nanti kita datang lagi ya". Pujuk Ibu Zie.
"Malam ni, tidur rumah Mama ya". Ajak Mama Z.
"Tak apa Mama! Saya nak balik rumah kami".
Kata Zie dan mula menangis bila sebut tentang rumah kami.
"Ehh jangan balik sana dulu Zie! Tak baik duduk sorang sorang, dalam rumah tu". Kata Ibu Zie.
"Ya betul kata Mama dengan Ibu tu Zie". Sampuk Yana.
"Buat masa dua tiga hari ni, Baik kau tidur rumah Ibu atau Mama".
Kata Yana lagi. Zie hanya menangguk tanda setuju. Zie bangun dari tempat duduknya ditepi pusara Z. Berat hati untuk pergi meninggalkan Z. Walau pun berjalan, lehernya setia menoleh. Air mata Zie, tak putus putus melihat pusara Z, sambil melangkah kaki ke kereta... Malam ini, Zie memilih untuk tidur dirumah Mama Z. Sampai dirumah Mama Z. Zie terus masuk kedalam bilik Z. Kelihatan banyak barang Z disitu, tersusun seperti biasa. Terubat juga rindu, bila memandang barang barang Z yang berada didalam bilik itu. Zie mengambil foto gambar Z, yang terletak diatas meja didalam bilik dan memeluk gambar itu. Zie kembali menagis semula. Zie melihat setiap sudut. Banyak gambar digantung disatu sudut, termasuk gambar kahwin mereka. Terbayang bayang wajah Z didepan mata Z. Disaat Z membelainya... Zie baring dia atas katil dan setia memeluk gambar Z. Akhirnya Zie tertidur keletihan. Selepas dua hari dirumah Mama Z. Zie meminta kebenaran untuk pulang kerumahnya. Tak sabar rasa hati Zie, untuk pulang kerumahnya sendiri. Manakala Mama Zie membenarkan Zie pulang kerumahnya...
Zie membuka kunci pintu utama rumahnya dan membuka pintu.
"Sayang aku balik!".
Tersentak hati Zie, bila mulutnya berkata begitu.
Menangis Zie didepan pintu, sambil terduduk.
"Maafkan aku Sayang! Kalau aku tidak ikutkan hati, aku pasti tak akan kehilangan kau. Aku yang bersalah Z. Aku yang bersalah".
Kata Zie sambil memeluk kedua dua kakinya didepan pintu masuk. Zie setia duduk disitu. Sambil menagis teresak esak.
"Bib! bib! bib!".
Watsap group Lin dan Yana ditalian. Zie bangun dan duduk diruang tamu, sebelum membalas watsap.
*Kau buat apa Zie?".
Tulis Lin.
*kau kena kuat tau Zie! Kami tau kau boleh".
Tulis Yana.
*Thanks korang! Aku sayang korang. Aku betul betul tak kuat. Aku betul betul tak kuat beb.
Aku terlalu rindukan Z".
Kata Zie sambil membuat emoji sedih.
*Kau kena kuat Zie, Z pasti tak suka, kalau kau macam ni". tulis Yana.
*Banyak banyak beristifar Zie... Jangan lupa doakan banyak banyak buat aruah Z".
Tulis Yana lagi.
*Ok korang, terima kasih. Aku nak rehat sekejap. Nanti kita chat lagi ya".
kata Zie dan terus meletak talifon bimbitnya diatas meja ruang tamu.
Zie bangun dari sofa dan terus kebilik. Zie membuka almari bajunya dan melihat baju Z. Zie memeluk baju baju Z yang berada didalam almari.
"Aku tak kuat sayang".
Anak matanya terpandang sepasang telekung yang sudah lama tersimpan. Didalam almari. Telekung itu, Z yang belikan. Semasa hantaran perkahwinan... Tidak pernah digunakan oleh Zie. Zie membuka lipatan telekung itu dan mula menangis. Lantas Zie masuk kedalam bilik air mengambil wuduk dan mula menyarungkan telekung itu. Menitis air mata Zie, sepanjang dia menunaikan solat dan lebih sayu lagi hatinya bila mengangkat tangan untuk berdoa buat kekasih hatinya Z. Selepas berdoa buat Z, Zie bangun dan duduk diatas katil.
"Aku tau Z, kamu pasti menunggu, saat aku untuk berubah. Kau seorang suami yang baik. Kalau lah kau masih ada. Tentu kau gembira, bila tengok aku begini".
Lebih dua minggu Zie hanya duduk didalam rumah. Dia hanya termenung mengenagkan Z dan dirinya.
"Aku tak boleh macam ni! Aku kena keluar dari rumah. Aku mesti kena move on dalam hidup aku".
Bisik Zie, yang mula sedar. Meratap pemergian Z, bukan lah benda yang baik. Emosinya sedikit sebanyak, sudah mula tergangu.
"Kalau terus begini. Aku mungkin akan merosakan jiwa aku. Z pasti akan lebih terseksa".
Lafas Zie sendiri.
Zie mandi dan mahu keluar dari rumah. Untuk berjalan jalan seorang diri diMall. Moga ingatannya terhadap Z, akan hilang buat semintara waktu... Bila diMall Zie ternampak Mie dan Daya sedang duduk makan, disatu sudut didalam food court. Berpusing Zie, bila melihat Mie dan Daya. Tetapi, rupanya Mie sudah pun ternampak Zie disitu. Mie lantas keluar dari Food Court dan mengejar Zie.
"Zie tunggu Zie".
Mie dapat memintas Zie dan menarik lengan Zie.
"Daya nak jumpa kau Zie".
Kata Mie lagi.
"Aku tak nak jumpa dia Mie. Kau tak faham ke Mie... Kau nak aku bertumbuk dengan dia dekat dalam Food court tu ke Mie".
Nada Zie mula keras dan menarik lengannya dari dipegang oleh Mie.
"Jangan macam tu Zie! Daya betul sudah berubah. Dia betul betul dah menyesal dengan apa yang dia telah lakukan, terhadap kau dan Z".
Pujuk Mie.
"Dah terlambat Mie. Semuanya dah terlambat".
Zie menjeling memandang Mie, ketika berbiacara.
"Tolong Zie. Tolong jumpa dia sekejap. Lepas ni Terpulang dekat kau".
Zie memandang Mie dan melangkah masuk kedalam food court, lalu duduk dihadapan Daya.
"Wajah ini yang kau nak lihat kan Daya. Wajah kesedihan aku... Puaslah hati kau kan. Bila Z dah betul betul tinggalkan aku".
Mata Zie membuntang memandang Daya.
"Tidak Zie! Maafkan aku".
Kata Daya dan mula mengalirkan air mata. Daya tertunduk memandang ke bawah...
"Cinta aku telah pergi Daya! Pergi dan tak akan kembali kepangkuan aku lagi... Sekarang kau boleh ketawa sepuas puas hati kau Daya. Aku kalah dengan kau Daya. Aku terima hakikat, yang aku betul betul dah kalah dengan kau".
Suara Zie bertukar serak. Menahan air mata dari berderai.
"Aku tak tahu nak kata apa Zie! Melainkan i'm really really sorry... Aku betul betul menyesal atas perbuatan aku".
"Sudahlah Daya! Aku rasa cukup lah. Aku nak balik. Kalau kau jumpa seseorang dalam hidup kau, tolong jangan buat orang itu, seperti mana kau buat terhadap aku".
Kata Zie dan lantas bangun dan meninggalkan Daya dan Mie. Daya setia menagis dan dipujuk oleh Mie.
"Kita biarkan dia dulu Daya. Satu hari, dia pasti maafkan awak". kata Mie kepada Daya dengan nada lembut.
Masa berlalu begitu sahaja. sudah dua bulan pemergian Z. Zie sedikit sebanyak sudah mula boleh terima kenyataan. Bahawa Z sudah tidak ada lagi bersamanya.
"Bib! bib! bib!".
Watsap video group ladies berbunyi.
Lin dan Yana ada ditalian. Zie menyambungkan taliannya.
"Hello ladies, how are you feeling today".
Tanya Yana.
"Good" balas Lin
"Good too" balas Zie.
"Jom keluar nak tak, malam ni?. Kita karaok. Lama tak hibur hati. Nak ke club, laki aku tak kasi. Kalau karaoke, dia izinkan".
Kata Yana tersenyum dan yang lain turut ketawa. Gembira hati Yana dan Lin, bila lihat Zie juga turut terseyum.
"Haaa macam tu lah Zie! I love your smile"
Balas Lin.
"Start today! Please don't cry... Kau mesti strong sayang".
kata Lin lagi.
"Dah dah dah. Jangan nak sedih sedih. Malam ni aku datang ambil korang, dalam pukul 8malam. Sebelum 12malam aku kena balik".
Kata Yana.
"Lah balik cepat. Baik tak payah keluar! Baru nak melalak dan nak balik". Kata Lin sambil ketawa.
"Kalau nak melalak berapa jam Lin? Kau nak suara kau bertukar suara katak ke? Hahahahaaa".
Ketawa besar Zie bila melihat Yana dan Lin berdebat. Mereka juga turut ketawa besar.
"Ok dear! See you tonight".
Lambat tinggal balas Zie.
"Ok bye" Balas Lin dan memutuskan talian.
Memjelang malam, Yana mengambil Zie dan Lin dirumah masing masing dan terus ke pusat karaoke.
"Ok, memandangkan kita bertiga sahaja... Kita nyanyi sepuas puas hati kita. Keluar suara katak pun tak apa". Kata Lin.
"Sorry sikit ya suara aku merdu ok". balas Yana.
"Me too" balas Zie.
Sambil ketawa.
Mula mula Yana yang memulakan nyayian pertamanya. Bila Yana sedang leka menyanyi sambil berjoget, Lin pula mencari laginya. Diturut oleh Zie dan mereka turut serata Yana yang menyanyi sambil bergoyang dihadapan telivision.
Terhibur mereka bertiga. Sambil merecod nyanyian masing masing. Sehinggalah sampai kepada turn Zie yang menyanyi. Zie memilih lagi sedih... Bila melodi berkumandang. Lin dan Yana berpandangan. Lantas Zie mendengangkan sedih itu.
... Kemarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bercinta
Seperti yang telah kita lewati?
… Mengapa terlalu cepat kau pergi
Tinggalkan batu nisan?
Kenyataan ini begitu memilukan
Ingin kurasa turut serta
… Tiada guna aku hidup begini
Tanpa belaian kekasih yang sangat kusayangi
Kepedihan yang kini kurasakan
Darimu yang mencintai aku
… Tiada guna aku hidup begini
Tanpa belaian kekasih yang sangat kusayangi
Kepedihan yang kini kurasakan
Darimu yang mencintai aku
… Kemarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bercinta
Seperti yang telah kita lewati?
… Tiada guna aku hidup begini
Tanpa belaian kekasih yang sangat kusayangi
Kepedihan yang kini kurasakan
Darimu yang mencintai aku
Zie menyanyikan lagi itu sampai habis. Bercucuran air mata Lin dan Yana. Melihat Zie juga turut menangis semasa menyanyikan lagi itu. Bila habis sahaja lagu itu. Lin dan Yana bangun dari tempat duduknya dan memeluk Zie.
"Aku rindu Z".
Kata Zie yang teresak esak menangis.
"Aku juga rindukan Z Zie... Kita membesar sama sama dia Zie. Aku rindu zaman sekolah menengah kita. Dia selalu datang rumah aku. Dia suka sangat, masakan Mak Minah".
Kata Yana sambil menangis dan sikit meraung.
"Sudah tu korang. Aku tau Z tak suka tengok kita bersedih... Z akan sentiasa ada disini".
Kata Lin sambil memegang dadanya.
"Esok kata pergi melawat kubur Z nak ke?".
Tanya Lin. Zie dan Yana menggangukkan kepala.
..........................................
Menjelang pagi, Zie bersiap siap untuk kekubur, bersama Lin dan Yana. Seperti yang dijanjikan. Sampai ditanah perkuburan, Zie dan Yana membacakan doa buat Z. Air mata Zie kembali menitis.
"Sayang, dah dua bulan lebih kau tinggalkan aku. Aku betul betul kesunyian Z... Dalam mata ini, sering terbayangkan wajah kau. Walaupun kau tak ada didepan mata aku! Tapi dalam hati aku, sentiasa ada kau sayang... Aku relakan permergian kau. Aku nak kau tunggu aku disana nanti ya sayang".
Lafas Zie sambil air mata, tak henti henti mengalir dipipi.
"Sudahlah tu Zie! Aku rasa baiklah kau berubah angin ke tempat yang menenangkan. Untuk kau ubat luka di hati kau tu... Dan kembali semula kesini dengan Zie yang gembira seperti dulu". Kata Lin kepada Zie...
"Aku akan pergi buat semintara waktu Korang. Tapi aku nak tunggu 100 hari lepas pemergian Z... Aku nak buatkan tahlil buat Z. Aku nak Z sentiasa tenang disana".
Kata Zie dan lantas bangun dan berjalan kekereta bersama sama Yana dan Lin. Lin memandu meninggalkan tanah perkuburan dan Zie masih setia, memandang pusara Z dari cermin tingkap kereta. Hingga hilang dari pandangan mataya.
Share this novel