Sumpahan Cinta

Romance Completed 40494

Aku melangkah keluar dari karaoke tanpa hala tuju, sakit dihati jangan cakaplah, memang membuak buak... Aku terhenti disebuah kerusi kayu dan duduk sambil termenung sendirian mengenang luka yang diberikan oleh Z. Manakala Z masih setia mengikut aku dari belakang. Aku menjeling memandang Z, yang tak putus asa memujuk aku dan merayu. Tiba tiba datang Daya, Nani, Lin dan Yana. Bertambah benci dan meluap luap bila memandang Daya di situ. Aku berpaling ketempat yang lain. Z setia berdiri disisi aku. Wajah kusut Z, terpancar diwajahnya.

"Maafkan aku Zie!"

Kata Lin, dengan wahah yang serba salah. Kerana dia juga yang beria ia, agar aku terima Z.

"Aku tak sepatutnya suruh kau terima Z dalam hidup kau. Tapi di mata aku Z memang seorang yang baik... Aku tak sangka, dia boleh buat macam itu di belakang kau".

Kata Lin sambil Lin memandang kepada Z dengan renungan yang sangat marah dan juga bengang. Z hanya tunduk diam membisu. Tiba Tiba Daya bersuara.

"Aku minta maaf Zie! Aku tak sengaja buat macam tu dengan Z. Aku sebenarnya, memang cemburukan kau dengan Z. Aku masih sayangkan Z... Walau pun Z, tak suka aku. Tapi aku masih sayangkan Z. Aku mahu Z kembali kepada aku. Tapi Z tolak cinta aku, beberapa kali. Aku harap kau Faham situasi aku". Terang Daya.

Terasa panas telinga aku, bila Daya kata begitu. Aku fikir dia relakan Z bersama aku. Tapi disebaliknya... Fikiran aku bertambah bercampur baur. Otak tidak dapat berfikir dengan tenang... Aku berdiri bersama yang lain, sambil tersenyum. Z bersama yang lain menjadi pelik dengan tingkah laku aku. Aku yang tadinya bersedih, tiba tiba terseyum.

"Korang jangan risau. Aku ok! Aku tak apa apa".

Kata aku sambil terseyum lagi.

"Daya, mula dari hari ni! saat ni! Detik ni! Aku bagi balik Z dekat engkau. Kalau aku merampas dia dari kau, aku mintak maaf sanggat. Aku dah tak nak dia lagi".

Kata aku kepada Daya dengan senyuman. Lalu aku terus memandang kepada Z. Z agak terperajat bila aku berkata begitu kepada Daya. Wajah Z berkerut, memandang aku... Daya yang melihat aku terseyum. Dia juga turut terseyum, bila mendengar ayat yang keluar dari mulut aku.
Senyuman sentiasa terukir dibibir aku. Aku sebenarnya menahan sebak didada.

"Z, Mula hari ni! Detik ni! Saat ni! Kau jangan pernah fikirkan aku. Angap aku tak pernah terima kau jadi kekasih atau sahabat kau lagi. Lepas ni, tolong jangan cari aku. Angaplah aku tak pernah wujud dalam hidup kau".

Kata aku kepada Z dengan nada yang tiba tiba bertukar sayu. Air mata begitu laju turun membasahi pipi.

"Aku tak sangup di tipu lagi Z. Kau tau bertapa sedihnya aku. Melalui saat saat sedih diCamaron. Disaat cinta datang dan pergi. PERJALANAN ini meletihkan aku. Aku letih Z!Tolonglah Z, lepaskan aku. Daya lebih bagus berbanding aku. Dia pandai layan nafsu kau".

Aku memegang pipi Z. Z menindihkan tangannya ketangan aku dipipinya.

"Daya, kau jagalah Z baik baik. Dia baik orangnya".

Kata aku kepada Daya dan aku menarik tangan aku dan berlalu pergi dengan tangisan. Aku terus berjalan kedataran dihadapan kelab karaok itu. Untuk mencari ketenangan. Pemulaan tahu baru yang sungguh menyediahkan. Aku terhenti melangkah  dan duduk dikerusi Majlis pebandaran Ipoh. Terasa sejuk dengan pakaian ini diluar kelab. Suasana agak sunyi, hanya beberapa pasangan couple sahaja yang ada duduk disitu juga. Z muncul dihadapan aku. Sungguh tak putus asa Z malam ini. Begitu kuat hatinya. Walaupun pelbagai kata kata marah, benci, sudah aku lemparkan. Dia tetap setia mengikut aku. Aku berpaling ketempat yang lain, bila Z datang kepada aku.

"Zie! aku menyesal sangat sangat. Aku tak boleh hidup tanpa kau di sisi aku. Tolonglah aku Zie. Tolong maafkan aku. Aku sayang kau. Tolong jangan bunuh cinta aku kepada kau. Sudah bertahun aku menunggu saat kau menerima aku menjadi kekasih hati kau. Bila saat ini datang. Kau nak pergi tinggalkan aku. Aku bodoh, kerana layan nafsu Daya.".

Kata Z dengan nada yang sayu, sambil duduk berlutut dihadapan aku. Aku hanya diam membisu. Hanya air mata sahaja yang mampu mengalir membasahi pipi. Z cuba menyapu air mata yang mengalir dipipi aku, dengan jarinya. Aku berundurkan badan kebelakang.

"Tolong jangan pegang aku Z! Aku tak suka. Di mata aku ini terbayang bayang, tangan kau menyentuh Daya. Aku tak nak tangan itu, menyentuh aku pula. Geli aku melihatnya. Pergi lah Z. Pergi dan jangan datang lagi dekat aku. Kau bagilah hati dan jiwa kau dekat Daya". 

Z bangun dari berlutut dan berdiri.

"Zie, Aku tau kau tak mahu maafkan aku. Aku tau kau betul betul kecewa dengan perangai aku tadi. Ini kata kata terakhir aku Z. Tolong percaya kata kata aku ini Zie. Kata kata yang datang dari dalam hati aku. Aku sayangkan engkau sampai mati. Engkaulah segalanya dalam hidup aku. Engkaulah nyawa aku. Andai kau tidak menerima aku lagi, aku akan pergi. Tapi bukan pergi kepada Daya. Aku tak akan berpatah balik kepada Daya, sampai bila bila. Aku bersumpah aku tak pernah sayangkan Daya. Hanya engkaulah separuh jiwa aku. Tolong pandang aku buat kali terakhir Zie. Tolong Zie! Pandang mata aku". Kata Z sambil tangannya memegang dagu aku. Aku menggangkat muka memandang Z. Z merenung kedalam mata aku dengan renungan yang penuh perasaan kasih dan sayangnya.

"Terima Kasih Zie. Ni kali terakhir kau lihat aku. Selamat tinggal".

Lalu Z berjalan laju, meninggalkan aku sendiri. Agak tersentuh hati ini. Tiba tiba hati ini bertukar bimbang, bila mendengar kata kata terakhir Z. Aku banggun dari tempat duduk dan berpaling kepada bunyi kereta Z yang berlalu bising. Yang tiba tiba lalu didepan mata dengan lajunya. Aku terpinga pinga dari tempat duduk dan memandang Lin, Yana, Nani dan Daya di hadapan pintu masuk club karaoke. Aku berlari ke club itu semula.

"Z nak kemana tu Lin?"
Aku bertanya.

"Aku pun tak tahu Zie. Aku tanya dia! Dia hanya diam dan terus pergi ke kereta. Aku harap dia tak buat benda bodoh". Balas Lin.

Aku mula tak tentu arah berdebar dan bimbang, bila Lin kata begitu. Aku rasa betul betul bersalah, lalu aku mencapai talifon bimbit didalam beg aku, aku terus menalifon Z. Tapi tidak di jawap. Aku terus setia membuat pangilan, tapi masih tidak di jawap. Lebih setengah jam menunggu. Akhirnya, kami menbuat keputusan untuk balik sahaja ke  apartment. 

"Mungkin Z sudah balik ke sana".
kata Sham.

"Sham dan yang lain, aku minta maaf dengan semua. Kerana rosakkan malam tahun baru korang. Aku betul betul minta maaf dekat semua".

Kata aku dengan wajah yang betul betul rasa bersalah.

"Tak payah nak salahkan diri kau. Benda macam ini kita tak akan sangka akan terjadi".

Kata Sham yang betul betul memahami situasi aku sekarang ini. Aku mengikut kenderaan Lin. Kami bertiga perempuan duduk dibelakang. Sampai dipekarangan apartment, Aku tertinjau tinjau kereta Z. Tetapi tidak ada pun kereta Z didalam parking resort. Sham cuba menghubungi Z semula. Tetapi masih juga tidak berangkat. Kami semua menjadi risau. Aku orang pertama yang lebih risau dan tidak menentu duduk mahu pun berdiri.

"Kerja bodoh apa yang Z nak buat ni". Bisik aku.

Mereka semua naik ke atas. Aku duduk disebuah kerusi didalam taman resort. Jam menujukkan sudah pukul 1.30pagi.

"Mana kau ni Z? Mana engkau pergi".

Aku bertambah risau, bila tidak dapat menghubungi Z. Aku mendail semula, untuk menghubunggi Z, dengan harapan dia akan menjawap pangilan dari aku. Tapi masih tidak di jawap.

Aku lalu menghantar WhatsApp kepada Z. 

***Maafkan aku Z! Tolong jangan buat kerja gila.

Lebih 5minit. Masih tidak berbalas. Aku menghantar watsap kedua.

***Sayang tolong angkat phone. Aku nak dengar suara kau.

Masih juga tidak berbalas.

"Di manakah engkau Z?".

Hati aku mula berdebar. Menunggu Z tiba di depan mata.

"Kalau segalanya berakhir, aku tidak mengharapkan berakhir dengan sesuatu yang buruk. Salah aku ke? Aku hanya nak kau tinggalkan aku untuk Daya. Kerana Daya betul betul cintakan kau. Aku lah yang selama ni, menjadi penghalang cinta kau dan Daya. Kenapa susah sangat bercinta ya?".

Macam macam bermain di fikiran aku. Lin turun ke bawah dan mengajak aku masuk ke dalam rumah.

"Sudahlah tu Zie. Marilah kita masuk ke dalam. Sejuk dekat luar ni".

Kata Lin sambil duduk disebelah aku.

"Aku tak sangka Zie, Perkara ni boleh jadi besar macam ni Zie".

Kata Lin lagi.

"Entahlah Lin. Sudah tak terdaya aku malam ni. Dalam sekelip mata, semua menjadi lintang pukang dalam hidup aku. Kejadian Daya dengan Z sungguh membuatkan hati aku pecah berkecai. Perbuatan Z dan Daya itu, buat aku bercelaru... Tapi bila perkara lain pula terjadi. Aku menjadi lebih resah dan risau. Kau tau Lin, aku risau sangat sekarang ni. Macam macam benda buruk yang aku fikir. Aku takut Z bertindak di luar jangkaan. Seperti mana yang berlaku di cameron hari tu. Entah lah Lin... Aku rasa kau naiklah dulu. Kau pesan dekat Daya, suruh dia cuba call Z. Mana tau, aku call dia tak nak jawap. Daya call dia nak jawap pula. Nanti kau suruh Daya cuba call ya? Apa apa kau bagi tau aku". 

"Ok Zie, aku naik dulu. Kalau ada apa apa tentang Z, aku bagi tau kau".

Kata Lin. Lin bangun dan terus naik ke atas. Untuk menyampaikan pesanan kepada Daya. Aku pula terus pergi ke bar di bawah hotel. Mini Bar ini sahaja yang masih buka. Kedai dibawah semua sudah tutup. Aku melangkah kaki masuk ke dalam. Tak ramai pengunjung didalamnya. Aku memilih untuk duduk dikawasan luar.

"Ye cik, nak minum apa?"

Tanya salah seorang pekerja perempuan di situ.

"Bagi i air coke ya". Jawap aku.

"Baik cik". Balas budak itu.

Budak perempuan itu datang kembali dan membawa segelas air. Aku memasang rokok dan duduk mengadap ketaman yang boleh nampak keluar parking. Dengan harapan, boleh nampak Z, bila Z balik nanti.

"Hurmmmm mana kau Z? kenapa kau hilang, muncullah Z, didepan mata aku. Agar aku lebih tenang hati ini". Bisik aku.

Tiba tiba, talifon bimbit aku bedering. Aku mendapat satu panggilan. Tertera discreen talifon bimbit aku "my Love Z".

"Eh, Z call aku".

Aku mula merasa gembira dan sedikit berdebar. Bila melihat screen talifon bimbit. Lantas aku menjawap pangilan tersebut.

"Hello Z, engkau dekat mana ni? Kenapa kau buat aku macam ni. Kau buat aku risau lah".

Kata aku, yang tiba tiba meluru berbicara.

"Hello cik".

Kedengaran suara orang tidak dikenali ditalian.

"Ehhh bukan suara Z yang berada ditalian". Bisik aku.

"Hello ni siapa?"

Aku bertanya

"Saya dari balai polis". Jawap lelaki didalam talian. Berdebar dada aku, bila pangilan itu dari polis yang menggunakan talifon bimbit Z.

"Ya tuan, kenapa ya tuan? Mana pergi pemilik talifon ini ya?"

Aku bertanya.

"Saya call balik, sebab saya nampak nombor phone ni naik berberapa kali. Dengan tentera di screen, Love Zie".

Kata pegawai tersebut.

"Itu yang saya call semula. Kamu kenal ke yang empunya handphone ni?"

Tanya pegawai itu lagi.

"Ye tuan, saya kenal. Dia kawan saya. Kenapa dengan dia ya? Di mana dia sekarang ya tuan?". Tanya aku.

"Maafkan kami cik, tuan empunya handphone ini dia kemalangan". Kata pegawai polis itu.

Tersentak hati aku bukan kepalang. Bagaikan satu tumbukan hebat singgah didada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience