"Tak ke kelas ke Khai?".
Tanya makcik Maimun.
"Kelas saya minggu ni, hanya hari jummat sahaja Cik".
Jawap aku, sambil dada berdebar debar untuk bertanya makcik Maimun. Untuk membawa Ana keluar. Tetapi aku mesti lawan perasaan risau aku. Kalau aku nak keluar dengan dia.
"Makcik, esok nak bawa Ana pergi tengok wayang boleh?"
Aku bertanya dengan dada yang berdegup.
"Boleh".
Jawap mak cik Maimun.
"Tapi Khai kena jaga Ana ye? Apa apa berlaku dekat anak buah Acik, Acik cari kamu".
Kata mak cik Maimun lagi
"Baik mak cik".
Aku tersenyum bahagia.
"Terima kasih ya".
Kata aku lagi. Mak Cik Maimun terseyum dan terus masuk kedalam.
"Ana esok pukul 12 tengahari ya". Kata aku kepada Ana dan Ana hanya tersenyum manis.
Aku masuk ke dalam rumah sambil menyanyi lagu hindustan. Gembira sampai menyanyi pulak. Kalaulah dia jodoh aku, aku sangat sangat gembira. Sebab, dia seorang yang lemah lembut. Cara bercakap pun slow aja. Bila ketawa pun tutup mulut. Manis sungguh anak gadis ni. Boleh di buat bini.
"Oiii oiii, apa hal senyum sorang sorang ni?"
Tanya Yun,
"Hehehhe tak ada apa apalah. Sebuk kacau orang".
Balas aku.
"Kau ting tong ya, pagi pagi ni?... Mus bagi kau ya?".
Tanya Yun lagi.
"Bodoh kau, gila ke nak ambil ganja pagi pagi buta ni".
Marah aku dengan nada tinggi.
"Yun".
Nada aku mula pelahan dan terseyum seyum.
"Dah kenapa kau ni?"
Tanya Yun sambil berkerut dahi.
"Esok aku nak keluar dengan budak sebelah. Pinjam kereta kau boleh?. Kau keluar tak esok?.
Kalau kau keluar, kau pakailah motor aku. Boleh tak yunn?"
Aku menyeringai dan sedikit merayu.
"Hurmmmm pakailah, tapi isi minyak tau. Dah kering. Semalam aku lupa nak isi hehehehhe". Kata Yun sambil ketawa.
"Bongoklah kau ni. Ok lahhhhh, Janji dapat pakai. Thanks Yun".
"Hurmmmm". Balas Yun.
Gembiranya rasa hati aku. Tak sabar menunggu hari esok... Esoknya, awal awal lagi aku sudah bangun. Ye lah nak datingkan. Bahagianya aku rasa. Kali ni aku harap tak jadi macam yang lepas. Muka cantik, tapi hampeh. Geram pula hati aku, bila ingat semula tentang aku dengan Wana. Robek hati aku, bila dia buat aku macam tu. Macam lagu dandut pulak. Main robek robek ni. Harap kali ni dia orang yang baik. Tak sabarnya aku nak pergi dating... Tepat pukul 12 aku sudah siap sedia di depan pintu rumah. Dengan wangian satu botol aku pakai. Biarlah wangi sikit. Barulah dia tergoda. Bila aku panaskan enjin kereta yun. Aku tengok Ana sudah siap. Ana kelihatan cantik, berbaju blouse warna pink. Aku tersenyum melihat Ana. Ana juga membalas senyuman aku. Sampai di wayang, aku ingat nak tengok cerita perang atau cerita romantik. Tapi dia nak tengok pula cerita hantu pula. Teringat pula dekat Wana yang suka sangat tengok cerita seram seram ni. Perangai jangan macam Wana dah lah. Sejak kami keluar bersama. Aku dan dia sering berhubung melalui handphone dan borak borak didepan rumah... Rumah dekat, senanglah nak pandang hari hari.Tak pernah jemu jemu aku berjumpa dia didepan rumah. Nasib dibukan orang yang kuat cemburu atau mengongkong, kemana aku nak pergi. Aktiviti malam minggu aku dengan kawan kawan berjalan macam biasa. Rempit itu harus. Jiwa muda, mana boleh tak keluar malam. Rasa sunyi, Kalau tak dengar bingit hingit kota. Dengan deruman enjin motor si anak anak rempit.... Satu malam, aku mendapat watsap dari Ana. Watsap yang menghancurkan hati aku kembali.
Ana-
Asalam abang.
Aku-
Wasalam Ana.
Ana-
Abang saya nak minta maaf! Esok saya dah nak balik ke kampung. Saya kena masuk ke kelas nanti. Saya harap abang faham.
aku-
Oh tak apa lah. Nanti kita boleh call, bila abang rindu dekat awak... Nanti bila awak cuti, boleh datang sini lagi.
Ana-
Maafkan saya abang, Saya rasa tak boleh teruskan lagi hubungan ni. Saya kena bertunang dengan pilihan ayah di kampung. Saya sedih sangat. Tapi saya kena terima. Tak mahu membantah, kehendak ayah. Harap abang paham.
Aku-
Apa? Sampainya hati awak, buat abang macam ni. Abang sudah mula sayangkan awak. Kenapa dari mula kita kenal, awak tak cerita dekat abang. Kenapa awak sahaja nak hancurkan hati abang.
Ana,
Maafkan saya lagi sekali abang.
Saya tak sanggup nak bagi tau abang. Sebab saya juga mula sukakan abang. Tapi! Sebelum cinta kita lebih mendalam. Baik saya berterus terang dengan abang. Saya tak mahu abang kecewa.
Aku-
Abang memang kecewa sangat dengan awak Ana. Sampai hati awak hancurkan hati abang. Abang tak pahamlah Ana! Kenapa saat ni, awak luahkan perasan macam ni...Abang sedih sangat...
Tiba tiba, bila aku nak send lagi watsap seterusnya. Tidak boleh. Pasti aku sudah diblock dengan Ana.
"Sial betullah. Tak guna betul perempuan ni. Dia boleh block aku terus. Apa yang perempuan perempuan ni nak sebenarnya ya? Nak kata aku jahat!... Tapi aku rasa aku baik. Aku bukannya suka main mainkan hati anak gadis orang. Hancurnya hati aku, buat kali ke dua. Dari aku mengamuk dekat rumah sebelah. Baiklah aku duduk rumah diam diam dan melayan perasaan. Paling tidak, aku tak sakitkan orang" Bisik aku menahan geram dan marah.
"Khai, Apahal ni dok termenung sorang sorang dalam bilik. Tak berborak dengan awek sebelah ke?"
Tanya yun.
"Hurmmmm, aku dah putus dengan dia lah Yun. Sakit betul hati aku ni. Sampai betul hati dia. Alasan pula bukan kaling kaling... Ayah dia suruh bertunang dengan pilihan ayah dia lah konon. Dia ingat ini zaman bila. Nak menipu pun tak guna otak".
Kata aku yang betul betul marah.
''Lahhhh ye ke Khai! Hurmmmm sabar ajalah Khai. Kalau kau nak ikut aku malam ni, jommm. Aku nak jumpa Jasmin. Nanti aku suruh dia bawa kawan dia. Boleh kau kenal kenal".
Kata Yun yang cuba memujuk aku.
"Tak naklah Yun. Tak ada hati aku nak keluar malam ni. Aku nak lepak rumah aja. Nak layan perasaan dekat rumah. Kalau kau nak keluar,
kau keluarlah Yun. Tapi balik nanti belikan aku nasi goreng ayam. Lapar pula, bila dah putus cinta ni". Kata aku selamber.
"Hurmmmmm ada ada aja lah engkau ni! Orang putus cinta tak ada selera nak makan. Ini engkau lain pula. Macam macam nak diordernya... Ok lah". Kata Khai dan berlalu pergi.
Putus cinta memang menyakitkan. Tapi aku kena kuat. Bukan aku tak biasa putus cinta pun. Paling tidak, terluka dua, tiga hari. Lepas tu, aku kena mulakan hidup aku. Tak bolehlah nak duduk termenung sahaja... Aku bangun pagi ini dengan sedikit ketenangan. Hari ni ada kelas pukul 10pagi. Aku tak nak lambat lagi. Takut pensyarah memekak lagi. Aku kena pergi awal hari ini. Walaupun hati masih sakit, aku kena terus melangkah ke hari hari yang aku tempuhi.
Share this novel