PENIPUAN Zie

Romance Completed 40494

"Ok Zie, kita balik ye".

"Thanks Khai".

Khai beralih pandangan kepada staff yang berada disitu.

"Thanks ya semua, sudi buat saya dan puteri saya terhibur. Nanti buatkan saya bil ye".

Kata Khai kepada staff staff di situ. Zie bangun dan jalan beriringan bersama Khai, menuju kekereta. Mereka memulakan perjalanan pulang ke KL semula. Separuh jalan masing masing menghidupkan semula talifon bimbit yang dimatikan sejak petang tadi.

"Tik tik tik".

Satu satu watsap masuk discreen talifon bimbit Zie. Berpandangan Zie dan Khai. Bila bunyi talifon bimbit Zie tak henti henti berbunyi.

"Wowww Khai! Tengok ni. 120 watsap, 54 kali miss call".

Terkejut beruk Zie. Ini baru setengah hari Zie mematikan talifon bimbitnya. Talifon bimbit Khai pula, hanya ada 10 watsap sahaja. Itu pun dari Yun yang bertanyakan dia di mana, Serta kawan bengkel Khai, yang suruh datang mengambil kereta Zie, yang sudah siap.

"Ni mesti ramai peminat cari".
Kata Khai lagi.

"Hummm biarlah! Balik rumah baru saya reply satu satu". kata Zie sambil tersengeh sengeh.

"Zie, kereta awak dah siap tau. Nak terus ambil ke? Dia tutup benkel lambat hari ni. Kalau awak nak, saya boleh terus hantar awak ke benkel?".

Tanya Khai.

Zie memandang jam di kereta Khai. Baru pukul 9.20 malam. Bermakna akan sampai di KL dalam pukul 10 lebih.

"Ok lah Khai, awak hantar saya terus ke benkel. Saya nak ambil kereta. Nanti esok nak merayap susah".

Kata Zie selamber.

"Ehh, tak pe lah. Kalau nak merayap, ajaklah saya".

Kata Khai, sambil tersegeh sengeh. Zie hanya tersenyum.

"Tengoklah, bila saya free. Saya call awak".

Kata Zie.

"Haaa, tengok tu. Dah mulalah dia guna ayat macam tu. Lepas tu harammm call".

Kata Khai. sambil ketawa. Zie juga ketawa, bila Khai kata begitu. Seperti yang dijangkakan, mereka sampai dibenkel sudah pun menujukkan pukul10.20malam. Khai berborak dengan kawanya dan membayar harga kereta yang dibetulkannya. Khai terus memberi Zie kunci keretanya.

"Ok tuan puteri! Kereta dah siap. Tak ada yang rosak pun. Cuma beteri sahaja. Jadi, kawan saya dah tukarkan. So, sekarang bolehlah merayap".

Tersenyum Zie, bila Kahi kata begitu dan Zie keluar dari kereta Khai dan masuk ke keretanya.

"Yess dah ok... Love u lah".

Kata Zie kepada keretanya.

"Amboii? Dengan kereta dia je, dia cakap love. Dengan kita, dia tak cakap pun?".
Kata Khai tersengeh.

"Dengan awak pun darling. LOve u".

Sambil Zie, tergelak gelak.

"LOve u too darling".
Balas Khai.

"Thanks sudi ada dengan saya, satu hari ni".

Kata Khai. Zie hanya tersenyum.

"Khai, berapa semua bil kereta saya ni?".

"Hiss, tak pe lah, Saya dah bayar".

"Tolong jangan macam tu Khai! Nah ambil ni".

Zie mengeluarakan rm200 dalam beg tangannya.

"Tolong ambil Khai. Jangan buat saya serba salah. Saya tak suka macam ni. Awak dah sediakan saya macam macam hari ini. Saya gembira sangat".
kata Zie.

"Ehhh tak pe lah, Saya iklas. Benda kecik je kot. Tak payah lahh".

"Tolong ambil Khai". Pujuk Zie.

"Saya tak suka macam ni".
Zie mengulang ayat tadi.

"Ok lah! ok lah! saya ambil".

Khai mencapai duit itu dengan paksa. Tersenyum Zie, bila Khai mengambil duit itu. Khai juga membalas senyuman Zie.

"Khai, Terima kasih ye. Sudi layan saya macam tuan puteri. Saya gembira sangat hari ni. Saya tak akan lupakan hari ini, sampai bila bila pun. Terima kasih lagi sekali".

"Kasih awak saya terima Zie".

Kata Khai sambil tersenyumm.

"Ok Khai, saya balik dulu".

"Baik baik memandu Zie".

"Same too u dear. Bye".

Kata Zie dan berlalu pergi, sambil mata Khai setia memerhatikan pemergian Zie hingga hilang dari pandangan mata. Barulah Khai masuk kedalam keretanya untuk bergerak balik ke rumah. Sampai di rumah Zie. Z ada di dalam rumah Zie. Sedang borak borak dengan ibu dan ayah Zie. Bila Zie melangkah masuk sahaja didalam rumah. Berdebar hati Zie, bila melihat kereta Z diluar gate rumahnya.

"Ehhhh, Kami kemana sahaja? Kenapa kita orang call tak dapat?".
Tanya Ayah Zie dengan wajah yang berkerut.

"Alahhh, beteri phone low. Maaf ayah". Balas Zie.

"Tadi shopping dengan tengok wayang. Sampai terleka".

Kata Zie lagi, sambil mencari alasan untuk menipu.

"Lepas tu kereta pula beteri rosak. Duduk dekat bengkel. Tunggu orang tu repir... Nak call bateri phone low? Itu yang tak dapat nak hubungi sesiapa".

Tipu Zie lagi.

"Hissss, kau ni, Risau kita orang dekat sini".

Marah Z, sambil berkerut juga dahinya. Zie, hanya tersenyum menampakkan giginya.

"Ehhhh, bukan pagi tadi pakai baju lain ke?".

Tanya Ibu Zie, bila melihat baju yang Zie pakai pagi tadi, tidak sama dengan yang dipakai sewaktu pulang.

"Itu lah, dah penat shopping. Beli baju terus tukar. Rimas pakai baju kebaya tu".

Zie memberi alasan lagi.

"Alamak! Naju aku ada dekat resort Khai. Hurmmmm habislah".

Bisik Zie di dalam hati.

"Ahhhh, lantak lahh. Boleh beli yang lain".

Bisik Zie lagi.

"Pakcik, saya balik dulu ye?. Lagi pun Zie pun dah balik".

Sambil Z bangun dan bersalaman dengan ayah dan ibu Zie.

"Zie, jom lepak luar".

Zie mengikut Z dari belakang dan duduk dipangkin depan rumah bersama sama. Zie begitu serba salah. Bila berhadapan dengan Z.

"Zie, baik kau terus terang dengan Aku. Kau pergi mana? Hati aku ni tak sedaplah dua tiga hari ni. Aku tak tau kenapa? Macam berdebar debar. Lagi lagi, bila kau tak angkat handphone satu hari ni. Kau ke mana Zie?"

"Z, aku kan dan bagi tau kau. Aku cakap betullah. Kau tak percaya aku ke?"

Sambil Z menongkat dagu di bahu Z.

"Hurmmmm entahlah Zie. Harap kau tak tipu aku. Jangan buat aku kecewa ya Zie. Aku sayang kau. Kau ingat tu".

Kata Z sambil memandang Zie dengan wajah yang tak puas hati dengan cerita Zie tadi. Zie lantas memeluk pinggang Z.

"Kau jangan risau, Aku pun sayang sangat dekat engkau. Hanya kau seorang sahaja. Kau lah kawan, teman, kekasih aku. Sampai bila bila. Dalam hati aku ni".

Sambil tersenyum memandang Z. Z mula tersenyum, bila mendengarkan kata kata dari Zie.

"Hurmmmm leganya, Z dah percaya aku. Ohhh God. Tak sampainya hati ni. Maafkan aku sayang, aku terpaksa menipu kau. Aku sayang kau. Aku tak nak kau susah hati. Tapi dalam masa yang sama. Aku mula ada timbul sedikit perasaan terhadap Khai... Walau pun tak sekuat, sayang aku kepada kau Z. Tapi rasa rasa cinta terhadap Khai, mula ada dalam hati ini. Aku mula takut Z"... Bisik Zie. Sambil memandang kepada Z yang berada disebelahnya.

"Maafkan aku sayang, Kerana menipu kau hari ni"...
Kata Bisik Zie lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience