Fikiran menjadi rungsing, bila Khai dan Fitri berbalah. Zie bangun dari kerusinya dan mula hendak meninggalkan club itu. Tapi ditahan oleh Khai.
"Maafkan saya Zie". Pujuk Khai.
"Ye, maafkan saya juge Zie". kata Fitri juge.
"Maafkan aku Khai". Kata Fitri kepada Khai.
"Aku juga Fitri, maafkan aku". Balas Khai.
Zie terseyum melihat mereka berdua, yang mula berbaik baik. Tiba tiba terdengar suara seseorang yang menyanyi dipentas. Zie berpusing memandang kelantai pentas. Terperanjat Zie, bila melihat Z berada diatas pentas dan menyanyikan sebuah lagu.
..............................................
*Maafkan aku kerna telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia-siakan cinta mu.
Walau hati ini terus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi aku lakukan semua kerna kasihan kepada si dia
Aku tahu kau kecawa dengan ku
Akhirnya aku khianati cinta sejati kita
Segalanya telah berlaku
Maafkan semua kekuranganku sayang
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirimu
Kan ku terima semua yang terjadi
Jujur hati aku sedih disaat terakhir ku genggam tanganmu
Bila saat esok kembali
Ku temukan dirimu bahagia,
Izinkan aku kenang kisah cinta kita dari zaman remaja kita hingga selamanya*
"MAAFKAN AKU SAYANG"
Kata Z, dipenghujung unkapan lagunya. Zie pula menoleh ketempat yang lain bila Z selesai menyanyi...Dee memeluk Zie yang mula menagis.
"Sis, u fikir betul betul ye, ingat! Jangan buat keputusan terburu buru".
Kata Dee kepada Zie.
Setelah melihat Z ada di situ, Khai mula mengundur diri. Pelahan lahan Khai beredar dari club itu. Dia tak mahu terluka lagi. Dari dulu, Khai merasakan dirinya hanya dapat memeluk bayang Zie sahaja. Kerana, Zie sudah ada Z dan akan terus bersama.
"Fitri, Khai mana?".
Tanya Zie. Fitri juga seperti tidak tahu dimana Khai. Zie tercari cari Khai dengan anak matanya.
Z pula berjalan menuju kepada Zie.
"Zie Maafkan aku. Tolong balik rumah sayang.
Aku rindukan kau sayang".
Kata Z, sebaik sahaja menghampiri Zie.
Zie, tidak memperdulikan Z dan bangun dari kerusinya, lantas meluru keluar.
"Kau nak kemana sayang?".
Tanya Z. Zie hanya diam sahaja dan tergopoh gapah keluar dari kelab. Z, Dee dan Fitri juga mengikut Zie keluar... Zie betul betul gelisah, bila Khai tidak ada didepan matanya... Tiba tiba Zie ternampak kelibat Khai dipenghunjung jalan.
Zie lantas menjerit memanggil Khai.
"Khaiiiiiiii".
Jerit Zie... Tapi Khai tidak mendengar, jeritan Zie itu... Kali ini Zie berlari dan menjerit memanggil nama Khai. Semua orang yang berada disitu, memandang Zie yang berlari. Dee, Z dan Fitri juga turut berlari mengajar Zie.
"Khaiiiiiii".
Jerit Zie lagi. Kali ini terhenti Khai bila mendengar namanya dipanggil. Lantas Khai menoleh kearah Zie. Zie terhenti dari belari, bila Khai memandang dirinya. Khai berjalan menuju kepada Zie.
"Kenapa Zie?".
Tanya Khai, sambil memegang bahu Zie.
"Khaiii, tolong jangan tinggalkan saya. Kemana awak nak pergi? Saya mencari awak".
Kata Zie, sambil merenung Khai.
"Zie sayang, Z sudah ada disini Zie. Saya tak harus ada disini lagi".
Sambil Khai memandang kepada Z dan memandang Zie kembali.
"Awak masih isteri orang Zie. Jangan buat Z macam tu... Tolong balik dan berbincang Zie.
Club bukanlah tempat yang bagus untuk lepaskan perasaan masing masing. Tolong jangan ikut hati. Kerana itu bukan jalannya".
Kata Khai.
"Awak jangan biarkan orang menyintai awak Zie.
Kesian Fitri".
Zie hanya berdiam diri... Khai memandang kepada Fitri.
"Aku tau perasan kau Fitri! Kau mula cintakan Zie.
Aku juga pernah cintakan Zie. Tapi kau kena tau Fitri. Dia bukan milik aku atau pun kau. Dia masih milik Z. Kita kena kawal perasan cinta kita".
Kata Khai lagi, membuatkan Fitri tertunduk. Bila Khai cakap begitu.
"Betul tu Khai! Aku mula sayang Zie. Aku juge tau dia sudah berpunya. Tapi aku tak boleh nak kawal perasaan cinta aku kepada dia. Aku tak faham perasaan itu Khai? Hati aku juga tak tenang".
Terang Fitri... Zie memandang Fitri.
"Fitri, maafkan i. I suka u, tapi i tak sangka u suka i lebih dari seorang kawan... Maafkan i Fitri".
Zie mula rasa serba salah.
"Khai, tolong bawa saya pergi dari sini".
Kata Zie, sambil memandang layu kepada Khai.
"Zie, saya tak boleh buat macam tu. Awak masih ada Z. Awak masih isteri Z. Tolong ikut Z balik Zie. Tolong dengar cakap saya ni. Balik dan berbincang. Jangan buat keputusan ditepi jalan ni".
"Sayang, betul kata Khai. Jom kita balik ye sayang. Kita bincang dirumah".
Ajak Z. Membuatkan Zie terdiam sejenak. Seperti memikirkan sesuatu.
"Aku akan ikut kau balik Z. Tapi, keputusan aku tetap sama Z. Kau kena tinggalkan aku. Aku letih Z, Aku letih dengan sikap kau. Kita jumpa dirumah nanti".
Kata Zie dan terus meninggalkan Khai, Z, Dee dan Fitri. Zie berjalan menuju keparking keretanya.
"Thanks Khai".
"Tolong jaga dia untuk aku Z. Itu ayat yang sama aku gunakan masa aku lepaskan Zie kepada Kau dulu".
Kata Khai dan Z mengangguk faham... Mereka masing masing bersurai. Dee dan Fitri masuk semula kedalam club. Khai terus menuju kehotelnya. Mana kala Z memangil Mie dan terus beredar dari club itu. Bila sampai dirumah, Zie sudah sediakan barang barangnya di bilik Tetamu. Semua baju bajunya dibawa kebilik tetamu. Zie terdengar seperti orang sedang masuk kedalam rumah.
"Itu mesti Z". bisik hati Zie.
Zie terus ke ruang tamu, untuk berjumpa Z.
"Z, aku tidur dekat bilik tetamu. Kau boleh tidur dalam bilik kita".
Kata Zie dan lantas berjalan hendak masuk kedalam bilik, tetapi sempat dipintas oleh Z.
"Zie sayang! Kenapa macam ni!. Maafkan aku sayang. Aku Rindu kau sayang".
Kata Z, yang cuba memujuk Zie.
"Maafkan aku Z. Aku rasa, aku dah tak boleh bersama kau lagi. Aku rasa, lebih baik kita buat haluan masing masing".
"Jangan cakap macam tu Zie. Pedih hati aku mendengarnya. Maafkan aku sayang, kerana semua silap aku. Aku terlalu menurut kata hati.
Aku berjanji kepada kau Zie. Aku akan menurut kata kau lepas ini".
"Maafkan aku Z, Semua dah terlambat. Aku pernah bagi kau banyak peluang. Terlalu banyak peluang Z. Tapi kau tetap buat benda yang sama, berulang ulang kali. Aku dah bosan Z. Aku bosan sangat dengan pemainan kau".
kata Zie.
Dan berlalu pergi masuk ke dalam bilik tetamu.
Mengalir air mata Zie, Lantas Zie baring di atas katil. Z pula termenung diruang tamu rumahnya.
sambil mengenang memori indah bersama Zie.
Tanpa disedarinya. Air matanya juga turut mengaliar dipipi.
Share this novel