Tiba tiba aku ternampak dari group pencabar. Susuk tubuh seperti perempuan yang aku pernah kenal. Dengan pakaian yang sungguh menjolok mata. Aku memerhatikan dengan betul betul gadis itu. Aku takut tersilap orang. Aku merenung wajah gadis itu...
"Ye betul lah...Aku memang kenal gadis itu".
Bisik aku sambil berkerut dahi.
"Wanaaaa".
Dari tempat aku hendak memulakan pelubaan, aku terus turun dari motor dan terus meluru ke Wana. Lee mengikut aku, diikuti Yun, Azam dan Mus.
"Woiii kau nak kemana Khai? Game dah nak mula ni". Jerit Lee.
Aku hanya tersenyum dan membuat isyarat tangan. Bermaksud sekejap. Tapi mereka masih setia mengikut aku dari belakang.
"Aku rasa aku kenal engkau!"
Aku melihat Wana dari atas ke bawah. Cara di berpakaian, cara rambut dia yang di ikat tinggi. Macam bukan Wana yang aku kenal sebelum ni. Dia memandang aku denga wajah yang sangat terkejut. Pasti dia tak sangka aku akan berada disitu. Bila melihat cara pakaian dia begitu, Aku rasa nak lempang je muka dia.Tangan aku terasa ringan untuk melepaskan tumbukan padu ke muka Wana. Tapi aku bukan lelaki dayus. Aku tersenyum, memandang tepat ke muka Wana.
"Sekarang aku dah tau! Kenapa kau tak bagi aku keluar malam? Dan kenapa kau marah aku, bila aku keluar dengan kawan kawan aku. Kau tak mahu rahsia kau macam bosia ni terbukakan?... Sial punya betina. Nasiblah aku kenal kau baru beberapa bulan. Tuhan nak tunjuk dekat aku, yang kau tak layak pun buat aku. Baik konon... Masa aku nak pegang pegang kau, kau kata haram. Bila aku peluk dan cium kau, kau buat muka macam perempuan baik baik. Tapi bertopeng syaitan, yang sebenarnya kau ni".
Aku betul betul marah kepada Wana. Hati aku meluap meluap menahan sakit. Terus terang aku katakan. Hati aku bagi ditikam dengan pisau yang paling tajam.
"Kau tau tak, perempuan! Geli aku nak tengok betina macam kau ni. Bermuka muka. Pelacur tu lagi mulia lah, dari kau. Selamber aja kau sakitkan hati orang yang sudi sayang kau. Hissss, kalau aku dah tumbuk muka kau, apa pun tak dapat. Eloknya aku dah bagi kau dekat kawan kawan aku. Orang macam kau niiiiii... Hisssssss Sakit pula hati aku ni". Kata aku kepada Wana.
Kali ni, aku betul betul luahkan apa yang terbuku didalam hati aku. Bila aku tengok Wana begitu.
"Wowww bro, apa hal lu hina awek gua ni. Lu nak mati ke?".
Tanya salah seorang lelaki yang agak kacak.Tapi perangai sama bodoh.
"Hahhahhahah sorry bro. Wa tak nak bergaduh atau mati untuk perempuan sundal macam ni... Tak pe bro. Lu boleh simpan perempuan ni, wa dah tak nak lagi. Gua silap bro. Gua lupa nak pakai dia. Perempuan macam ni, elok pakai buang je".
Berbakul bakul hinaan yang aku bagi dekat wana. Merah padam muka Wana masa tu.
"Ok, Siapa yang nak lumba dengan aku, jom cepat. Sebelum aku kena badi anjing".
Kata aku sambil berjalan semula ke motor. Hati aku betul betul marah dan rasa tertipu. Kawan kawan yang bersama aku, memberikan aku kata semangat kepada aku.
"Khai jangan kecewa, kami akan sentiasa ada untuk kau".
Kata Yun. Aku hanya tersenyum, walaupun dalam derita.
"Selamat tinggal bertina. Kau sebenarnya tak layak untuk aku". Bisik aku.
Dalam masa yang sama, hati aku sakit. Jiwa aku tak tenteram. Akhirnya aku tetap menang dalam pelumbaan itu. Aku memberi tahu Lee, aku nak merayau sorang diri disekitar pusat bandar. Aku tak jadi nak ikut mereka lepak dimamak malam ni. Mereka faham situasi aku. Aku bergegas, meninggalkan mereka dan pergi ke puast bandar untuk berpusing pusing menghabiskan minyak motor yang masih banyak lagi. Sampai di satu lorong. Aku tengok ramai mat mat gian. Tengah melayan perasaan.
"Mesti tenang agaknya, bila kena benda tu".
Aku mula berfikir, Untuk mencuba benda yang mereka sedang layan itu. Tiba tiba! Datang seorang tokan. Datang dekat kepada aku.
"Bro, lu cari ketenangan ke? Lu nak cuba ni? Wa tolak murah murah aja? Kalau lu nak. Lu rasa dulu, lu ambil yang pek kecik ni. Pasti lu akan rasa melayang layang. Melayang seperti ada di dalam syurga. Lu akan nampak bidadari yang cantik cantik melayan lu".
Penjual dadah tu, mula merepek repek.
"Dah ting tong agaknya, kepala mamat ni. Cakap pun merapu. Banyaklah kau punya bidadari dalam syurga... Hisss, apa aku buat ni? Takkan lah sebab seorang gadis, aku nak ambil benda ni".
Aku start motor dan terus beredar dari tempat itu.
"Gilalah, buatnya ada serbuan polis tadi. Buta buta aku masuk kedalam. Mesti malu mak bapak aku.Tengok anak kesayangan jorang kena tangkap dekat lorong dadah". Bisik aku.
Aku masih membawa diri di tengah malam. Berpusing pusing tanpa haluan di atas jalan raya bersama motor RXZ kesayangan aku. Tiba tiba ternampak ramai orang di satu kawasan. Terdetik pula hati aku untuk masuk ke tempat tu. Tempat yang di penuhi wanita wanita berpakain seksi dan lelaki lelaki yang berpakain kemas. Tersidai dipersisiran pintu masuk tempat itu... Aku meletakkan motor didalam parking yang tersedia disitu dan melangkah masuk ke dalam. Mata aku memerhatikan di sekeliling kawasan yang di panggil kelab malam itu. Dengan muzik yang di pasang rancak. Bersama D.J yang sebuk berkata kata.
"Wah tempat maksiat alaf baru".
Aku berkata di dalam hati. Aku duduk di salah satu kerusi, sambil aku menghidupkan sebatang rokok yang ada di poket seluar. Tiba tiab datang pelayan club, seorang perempuan.
"Cik nak minum apa?".
"Ohhh tak apa! Nanti saya order".
Aku hanya duduk sambil melayan muzik yang mengbingitkan itu. Sambil mata aku melihat sekitar kawasan didalam kelab. Sebelah hadapan aku, Kelihatan wanita wanita yang terlompat lompat macam beruk makyeh, macam kera kena belacan je aku tengok. Dengan pakaian seksi dan terselak selak. Bahagian dada pula dibiarkan terbuka, dan terbonjol keluar separuh.
"Semut masuk dalam kain agaknya, itu yang terlompat lompat".
Bisik aku. Sambil menjeling di sebelah kanan pula... Sebok kaki kaki mabuk, melayan botol botol yang penuh berisi air. Mereka beramai ramai, seperti meraikan sesuatu. Siap di julang julangnya gelas itu. Sambil meneguk air yang memabukkan itu.
"Sedap sangat agak nye? Agak agak ada macam air sirap ke rasanya".
Aku beralih arah pula ke sudut yang lain. Bila aku pusing di sebelah kiri pula. Kelihatan ramai manusia manusia yang gersang melakukan maksiat. Maksiat kali ni, sungguh dasyat dimata aku. Dah tak main masuk masuk bilik. Dekat situ pun nak di tarahnya. Ada yang berciuman dengan rakus sekali. Ada yang teraba raba sana sini. Tangan masing masing dah macam labah labah, tak boleh duduk diam. Hurmmm tak sanggup aku nak menambahkan lagi dosa yang sedang ada banyak tak terkira. Dengan melihat orang orang ni semua. Aku bangun untuk keluar dari club. Tiba tiba datang seorang perempuan, yang agak cantik dengan bentuk bandannya yang mengiurkan, datang dekat kepada aku dan mengosok gosok tangannya dipeha aku.
"Awak sorang aja ke?"
Tanya wanita itu.
"Jom menari dengan i. I tak ada kawan nak berhibur malam ni".
Ajak wanita yang agak berusia. Tapi masih bergetah.
"Ehhh maaf u, next time... i ada hal". Kata aku kepada wanita itu.
Perempuan itu kelihatan agak mabuk. Aku melepaskan pegangan wanita itu dan terus keluar dari tempat itu. Boleh terbakar kalau aku duduk lama lama dekat dalam tempat ini... Aku stat motor dan terus balik kerumah. Pelbagai pengalaman aku dapat hari ni. Kalau aku biarkan, aku boleh terjebak di kedua dua tempat yang aku telah lewati tadi. Dunia ni sungguh menakutkan...Kalau aku hanyalah mat rempit yang dianggap jahat. Tapi! Apa yang aku lihat tadi, lebih jahat dari kami yang hanya merepit dijalanan.
Share this novel