Cinta ketiga

Romance Completed 40494

Peluang baik ni.Dapat lah aku berbaik baik dengan dia. Kalau dulu aku benci, sebab dia tak memenuhi citarasa aku, Sekarang aku dah terasa suka dekat dia... Aku duduk diatas motor dan memberikan helmet kepada Siti. Siti mengambil helmet dan terus naik di atas motor aku.

"Alamak! Aku betul betul lupa yang dia pakai skirt. Ahhh lantaklah. Mesti budak budak kolej makan hati tengok awek seksi naik motor aku." Bisik aku, sambil menelan air liur aku, bila melihat Siti yang betul betul seksi, bila duduk diatas motor aku dengan skirt pendeknya.

"Maaf saya lupa awak pakai skirt".

Aku memandang Siti dibelakang. Dalam masa yang sama, aku bimbang dia tak selasa. Berpakaian macam tu, naik motor.

"Ehhh tak apa! Saya ok".

jawap Siti, aku hanya menyeringai gatal. Bila aku menekan gear untuk mengerakkan motor aku, Siti memeluk aku seerat eratnya, Terasa hebatnya bila dipeluk oleh wanita cantik di atas motor. Terasa seperti di syurga. Aku tersengeh macam kerang busuk seorang diri... Aku membawa Siti makan di mall yang berdekatan kolej. Senanglah nanti nak patah baik ke kolej, jauh jauh nanti susah pula.

"Awak nak makan apa?".

Aku bertanya. Bila sampai sahaja di food court, yang ada pelbagai kios makan.

"Saya tak kesah! Apa yang awak nak makan, saya ikut awak aja".

Jawap Siti.

"Janji kenyang. Malas saya nak memilih pasal makan".

Kata Siti lagi.

Hurmm ok lah tak memilih. Taklah macam awek aku yang sebelum sebelum ni. Makan semua memilih. Dalam banyak banyak kedai didalam mall itu. Aku memilih untul makan di kfc. Mudah dan cepat. Sebab petang ni aku ada kelas lagi.

"Boleh ye! Makan dekat sini?".

Aku bertanya lagi.

"Boleh boleh! Mana mana pun boleh".

Kata Siti dan aku mengambil tempat duduk couple di depan cermin mengadap ke luar... Selesai makan, aku dan Siti kembali semula kekolej. Aku meletakan motor aku, ditempat yang sama aku parking sebelum ni. Siti turun dari motor dan memberikan aku helmet.

"Khai, terima kasih ya. Sudi bawa saya keluar makan.Terima kasih juga sudi belanja saya".

Kata Siti lagi dengan seyuman yang manis. Hati aku betul betul tertawan dengan senyumannya.

"No hal lah, Perkara kecik aja. Nanti saya belanja lagi. Kita makan tempat lain pulak. Itu pun kalau awak nak ikut saya".

Aku mempelawa Siti agar keluar lagi dengan aku. Tak puas rasanya keluar sekejap sahaja tadi.

"Ehhh boleh boleh! Dah tentu saya sudi. Bila bila masa pun boleh".

Kata Siti dan setia terseyum. Aku juga tersenyum dan mengeluarkan talifon bimbit aku dipoket seluar, untuk meminta nombor talifon bimbit Siti.

"Awak boleh bagi saya nombor handphone awak?".
Tanya aku.

"Nanti nak ajak awak keluar makan, boleh saya terus call awak".

"Tentu boleh Khai... Saya lagi suka awak call saya hari hari".

"Ehhh minah ni! Pucuk di cipta, ulam mendatang. Perkara macam nilah yang aku suka. Bolehlah aku jalankan jarum".

Bisik aku, bila Siti sepertinya masih suka dengan aku. Walau pun aku pernah menghinanya satu waktu dulu...Tersenyum aku di dalam hati. Macam kena lotri rasanya. Aku save nombor Siti dan Siti pula save nombor aku. Bermulalah kesah cinta ketiga aku, bersama Siti.

"Amboiii kemain lagi aku tengok engkau dengan Siti. Kau jangan main gila Khai. Kau tak tengok ke dia dah ada boyfrend! Si Ciko tu.Tak pasal pasal bergaduh lah pulak".

Bebel Azam, sambil matanya memandang television.

"Ehhh aku kawan ajalah. Apa lah kau ni Zam. Dia yang sebok cari aku. Bukan aku cari dia. Lain lah kalau aku yang cari dia".

Kata aku kepada Azam.

"Buakan apa Khai! Dulu punya lah kau benci dekat dia. Sekarang, bila di dah cantik. Barulah kau terhegeh hegeh dekat dia. Aku tak mahulah kejadian lama kau berulang. Kena tipu dengan si Wana dengan anak jiran sebelah tu".

Kata Azam mengomel lagi.

"Alah Zam, pandailah aku jaga diri aku. Kau doakan sahaja aku. Doakan moga moga aku tak akan kena tipu lagi".
Kata aku sambil tersengeh.

"Malam ni apa cerita, ada game ke? Lee tak call aku pun".

Tanya aku, kepada Azam.

"Tak pastilah Khai, Lee pun tak cakap apa apa dengan aku masa di kantin. Tak ada game kot".
Jawap Azam

Aku terasa boring diatas sofa dan duduk melepak berdua dengan Azam. Azam pula dok sebuk melayang laptopnya di ruang tamu. Sesekali melirik anak matanya, kepada television... Tidak sedikit pun dia mahu berborak dengan aku. Betul betul leka menyiapkan projek kolejnya. Tiba tiba, aku teringatkan Siti.

"Bestnya kena peluk dengan Siti masa naik motor semalam. Watsap dia lah".

Bisik aku sendiri dan terus bangun masuk ke dalam bilik, sambil memegang handphone ditangan.

aku-
"Hai! tengah buat apa tu?"

Tunggu 5minit masih lagi tidak dibalas.

"Sebok agaknya. Atau tengah berdating dengan Mamat poyoh tu. Kempunanlah aku". Bisik aku lagi.

Lepas 10minit, berlalu. tiba tiba.

Siti-
"Hai Khai, baru lepas mandi. Sorry kalau menunggu lama. Kenapa ya?"

Yess dia balas pun. Aku menyeringai memandang screen talifon bimbit aku.

Aku-
"Saje nak kacau awak. Bosan pula duduk rumah tak buat apa malam malam ni. Tiba tiba terfikirkan awak. Maaf kalau menggangu."

Siti-
"Ehh tak ganggu pun. Saya suka awak watsap saya. Watsap hari hari pun tak apa."

aku-
"Terima kasih, sebab suka saya watsap awak... Boyfrend tak watsap ke?"

Aku bertanya spontan.

Siti-
"Orang tak cantik macam Siti mana lah ada boyfrend... Kenapa? Awak sudi ke nak jadi boyfrend saya".

Tulis Siti selamber, Sambil menghantar emoji senyum. Tersetak hati aku, bila dia betul betul brutal begitu.

Aku-
"Bukan apa? takutlah Ciko marah. Awakkan selalu dengan Ciko?".

Siti-
"Kami kawan ajalah, tak ada apa apa hubungan pun. Dia sebok nak hantar saya ke kelas hari hari. Pada hal saya boleh aja memandu sendiri. Dah orang ajak, saya ikut je lah. Tak lah keluar duit minyak kereta hehheheh."

Sambil menghantar emoji comel.

aku-
"Comel lah awak ni."

siti-
"Terima kasih awak. Saya suka dekat awak. Awak, pun comel."

"Wahhh dia suka dekat aku juga lahh. Susah betul jadi orang hendsome ni". hehehhehheh aku mula lah jual minyak.

Siti
"Esok awak tak ada pergi mana mana ke Khai? Nak keluar jalan jalan tak, dengan saya. Kita keluar belah petang? Saya ambil awak dekat rumah sewa awak."

"Wahhh dia ajak aku keluarlah, First time awek ajak aku keluar. Ni peluang aku ni. Boleh lah masuk jarum". Bisik aku, sambil mengeluput diatas katil keseronakan.

aku-
"Boleh boleh, saya free je. Lagi pun esokkan malam minggu, tak ada kelas. Bolehlah cuci otak ni sikit... Awak nak datang ambil saya pukul berapa?".

Siti,
"Ok cun. Dalam pukul 6 petang saya datang ambil awak. Nanti awak share location, nanti saya follow GPS".

Aku-
"Ok boleh boleh. Kita jumpa esok lah ye. Selamat malam Siti. Sweet dream... Bye." Aku mengakhirkan pebualan.

Siti-
"Ok thanks, sweet dream too.
See u tomorrow. Bye." Sambil buat emoji love.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience