Keempat empat penghuni rumah keluar dari rumah. Dah macam kawat polis lah pula Aku tengok, bila mereka berbaris jalan keluar dari rumah.
"Apa lah nak jadi lepas ni". Fikir aku.
Dalam ramai ramai Z menujukan kepada Kid. Z pergi kepada Kid dan lantas menarik baju Kid.
"Kau sebenarnya nak apa ya?".
Tanya Z kepada Kid. Terkejut aku, bila Z memilih Kid sebagai lawannya.
"Wowww wowww".
Kid menepis tangan Z.
"Lu ni dah apa hal! Lu jangan bikin kecoh dekat sini. Lu ingat wa anak ayam ke nak tarik tarik". Kata Kid.
Z lagi panas hati, bila Kit berkata begitu. Z lantas menolak Kid. Kid juga tidak lepas peluang. Kid membalas semula dengan menolak Z kembali.
"Kuat juga Kid ni, walau pun kecik orangnya". Bisik aku.
"Kurang hajar betullah kau ni!"Â
Jerit Z.
"Kau nak apa ya, yang sebenarnya?".
Z megengam penumbuknya, lalu di tahan oleh Mie dan Shah.
"Dah lahh tu Z". Marah Mie.
"Benda kecik pun kau nak gaduh ke?". Marah Mie lagi.
Dari atas aku boleh nampak kereta kawan kawan yang pergi berdating baru balik.
"Aduhh! bertambah besarlah hal ni". Bisik aku.
"Sudahlah Z masuklah".
Aku menyuruh Z masuk kedalam. Takut orang yang tak tahu, akan tahu. Apa yang terjadi. Aku tak suka. Hal ini menjadi besar.
"Bukan ini ke yang kau suka sangat tu?".
Tanya Z kepada aku. Aku hanya terdiam, bila Z memarahi aku.
"Kau jangan main gila dekat sini".
Z beralih arah kepada Kid semula.
"Main gila kepal hotak lu". Balas Kid. Membuatkan Z bertambah marah.
Sham yang ternampak kami berkompol di luar, meluru naik ke atas... Kemarah Z kepada Kid tak dapat di bendung lagi. Gengaman tangannya yang sedari tadi hendak dilepaskan kepada Kid, akhirnya singgah tepat ke muka Kid.
"SIAL".
jerit Kid, Kid membalas kembali tumbukan ke muka Z. Masing masing tertunduk. Menahan kesakitan dan berdiri tegak kembali untuk bertumbuk lagi. Nasib sempat ditarik oleh Sham dan Hafiz yang entah bila mereka sampai keatas. Mana kala Kid pula ditahan oleh Nua dan Zul.
"Sudah lah tu Kid. Buat malu je lah bergaduh. Benda boleh bincang kot". Marah Nua.
"Ya lah Z. Benda boleh bincang baik baik! Apa yang sampai bertumbuk ni. Buat malu aja lah korang ni!" Marah Sham pula kepada Z.
"Ehhh, apa pula aku! si bodoh tu yang mula kan dulu. Bukan aku". Kata Kid menahan marah.
"Please don't be a kids!"
Aku mula bersuara dan sedikit menjerit. Sabar aku sedari tadi yang aku tahan, mula hilang. Hati betul betul geram dengan perangai Z.
"Sudah lahh Z. Cuba lah gunakan otak kau tu Z. Jangan ingat semuanya boleh settle dengan bergaduh! Aku nak tanya kau. Kenapa kau tiba tiba nak serang Kid. Apa salah dia dengan kau ya?. Apa yang dia buat, sampai kau tujukan kemarahankan dekat dia".
Tanya aku kepada Z.
"Ohhhhhhhh! Kau belah dia dari aku ye Zie! Aku dari kecil bersama kau. Tapi kau pertahankan orang yang baru dua tiga hari kau kenal".
Marah Z kepada aku.
"Bukan macam tu Z. Aku cuma pelik dengan apa yang berlaku sekarang ni! Aku buka girlfrend kau. Girlfrend kau Daya, bukan aku! Kenapa kau serang Kid sorang? Sedangkan Kid bukan dengan Daya, tapi dia keluar dengan aku".Â
Z memandang ke tempat lain. Bila aku tanya begitu.
"Heiii pandang aku Z! Kau dengar tak. Kid keluar dengan aku! Bukan dengan Daya. Kau faham tak!
Daya keluar dengan Zul, Nua, Azhar. Kenapa kau tak marah Daya? Kenapa kau tak nak pukul mereka semua? Kenapa kau tujukan kepada Kid sahaja. Ape salah Kid dekat kau".
Kata aku sambil air mata mula mengalir laju dipipi. Tak terbendung lagi rasa sakit hati ini. Aku menangis dan terus berlari masuk kedalam rumah dan terus masuk kedalam bilik. Z masih dengan membisu. Daya pula kelihatan pucat, bila namanya, aku sebut sebut tadi. Â
"Macam budak budak betullah, korang ni". kata Sham.
"Menyusahkan orang sahaja. Cuba lah berbaik baik. Nasib tak ada orang nampak, korang bergaduh..Kalau tidak, malu kita semua".
Kata Sham lagi.
Aku masuk ke dalam bilik dan tak tau apa yang terjadi di luar selepas itu. Pintu bilik aku kunci. Aku tak mahu siapa pun menganggu aku. Lin dan Yana mengetuk pintu bilik beberapa kali. Tapi aku buat tak tau sahaja. Boleh dengar Lin bercakap dengan Yana dihadapan pintu bilik aku.
"Tak apa lahh! Biarkan Zie rest dulu". Kata Lin, yang begitu memahami aku.
Aku menangis sepuas puasnya. Aku kesal dengan apa yang terjadi. Pengakhiran aku dengan Kid, sungguh diluar jangkaan aku. Akhirnya aku terlena di dalam kesedihan. Aku tersedar dari tidur, bila Lin mengetuk pintu bilik.
"Zie, bangun dah nak magrib".
Jerit Lin dari luar pintu bilik.
"Kau kata nak makan cili hitam aku. Ini ada banyak lagi bihoon supnya". Kata Lin lagi.
"Aduhhh sedapnya bihoon sup Lin. Pandainya dia umpan aku". Bisik aku sendiri.
"Ahaaaaa kejap lagi aku keluar".
Aku masih lagi termenung diatas katil. Macam macam bermain difikiran ini. Lebih 10minit aku tak keluar lagi dari bilik. Lin datang semula dan mengetuk lagi pintu bilik.
"Dear, cepat lah. Aku nak makan dengan kau ni. Aku dah panaskan sup". Jerit Lin.
"Hurmmmmm ok ok sekejap. Aku keluar sekarang". Kata aku kepada Lin.
Aku keluar bilik dengan mata yang bengkak, kesan menangis sebelum tidur tadi.
"OMG beb! kenapa ni?".
Tanya Lin. Aku cuma senyum sahaja. Mata terpandang ke kerusi sofa. Z tidur bersandar disofa. Yang lain aku tak sempat nak pandang.
"Zie, jangan nangis lagi ya. Aku tak suka kau bersedih. Aku seorang kawan turut berasa sedih... Tadi lepas kau masuk bilik, Sham suruh Z meminta maaf dekat Kid".
Cerita Lin yang agak berbisik.
"Z minta maaf dekat Kid masa tu juga. Kid cakap dekat Z, dia faham persaan Z. Bila persahabatan sedari kecil bertukar menjadi cinta. Segalanya akan menjadi sesuatu yang tidak diduga... Dia memaafkan Z". Cerita Lin lagi.
"So,dah! Tak nak sedih sedih lagi". Sambung Lin.
Aku yang tadinya sudah ok dan tidak mahu memikirkan tentang Z, kembali menangis, bila mendengar cerita Lin.
"Apa maksud Kid? Persahabatan bertukar menjadi cinta dan Kid faham. Mungkin Kid juga tahu. Z suka dekat aku. Bukan dekat perempuan gedik tu. Walaupun dia couple dengan Daya. Tapi hatinya hanya untuk aku... Hurmmmm bercelaru aku".
Otak aku ligat berfikir.
"Dah lah tu Zie. Jumpa Z bincang elok elok. Z baik orangnya. Dah jom makan"..Kata Lin lagi.
"Lin aku makan nanti boleh ke? Aku nak mandi dulu". Kata aku kepada Lin.
"Ok" Balas Lin.
Aku pergi kedepan, melihat Z yang tidur sambil bersandar disofa. Kesian aku lihat Z, pipinya lebam. Hasil tumbukan Kid. Macam manalah keadaan Kid? Mesti ada kesan yang sama?... Aku melangkah terus ke bilik dan mengambil tuala mandi. Lepas mandi aku memakai baju body putih lengan panjang, yang sudah lama aku beli tapi tak pernah aku pakai. Aku mengenakan dengan seluar pendek jeans berwarna hitam. Aku kembali semula kepada Lin, bila aku sudah bersiap.
Share this novel