Tiba tiba Z laju berjalan datang kepada kami.
"Apahal si Z ni! Macam kena kejar babi hutan je?"
Tanya aku kepada Mie. Terperanjat kami, bila dia melutu seperti itu.
"Kau ni lari dari siapa Z?" Soal aku.
Z pula hanya senyum memandang aku.
"Hurmmmm dari minah gedik tu rupanya".Bisik aku sendiri.
Bila mata terpandan Daya bersama Wan dan Nani. Daya berteriak beberapa kali, memangil nama Z. Z pula tidak memperdulikan teriakan Daya.
"Jom Jom" kata Z.
Mengajak kami masuk kedalam pasar. Aku dapat rasakan Z memang tidak suka dengan Daya Daya aja yang over dan tergedik gedai dengan Z. Aku pula mac biasa... Malas nak masuk campur. Kami berjalan masuk kedalam pasar. Ternampak banyak strawberry disetiap kedai kedai yang aku lalu. Tak ketingalan juga, aku mengambil gambar strawberry yang masak ranum di atas meja kayu, di susun cantik. Kami juga menangkap gambar bersama sama. Nak jadikannya satu memori bila pulang nanti.
"Mie sayang, ingat! Kau dah janji nak belanja aku strawberry coklatkan?" Kata aku kepada Mie sambil membuat muka paling manja kepada Mie.
"Hummm ok ok lah. Satu pek je tauu! Kalau makan banyak banyak nanti gemuk".
Kata Mie sambil terseyum.
"Coklat simbah atas tu, nak banyak ya Mie sayang".
Kata aku sambil berpaut lengan Mie... Z memang tau aku paling favourite dengan strawberry coklat... Z tersenyum, bila melihat telatah aku dan Mie. Mie memberikan aku satu pek strawberry coklat berserta dengan sebatang lidi untuk di cucuk. Aku makan di situ juga. Tak tertahan rasanya melihat strawbery yang dilimpahi coklat.
"Hummmm sedapnya".
Terpejam mata aku, bila strawberry coklat masuk ke dalam mulut. Sampai comot comot mulut aku, bika terkena coklat. Z mengeluarkan tisu dan mengelap mulut aku.
"Hisss apa ni! makan sampai comot comot".
Aku tersenyum memandang Z. Segala kejadian malam tadi, aku seperti terlupa langsung. Bila dapat makan strawberry coklat.
"Hari ni, aku tak puji kau lagi Zie".
kata Z agak berbisik.
"Kau cantik sangat hari ni. Aku suka sangat, tengok kau gembira macam ni". kata Z lagi.
Aku membalas senyuman Z dan kami berjalan beriringan. Wan dengan Shah berjalan dibelakang kami.
"Z, Aku nak ucapkan terima kasih. Nasib kau ada semalam. Kalau kau tak ada, pasti aku entah ke mana mana merayap malam tadi.Terima kasih sangat. Sebab selalu ada bila aku susah hati, bersedih, kecewa".
Aku mula menyusun kata kata kepada Z.
"Aku tak tau, Kenapa aku nak cemburukan kau dengan Daya. Sedangkan kau dengan aku hanyalah sahabat baik. Aku pun tak tau, mana datangnya perasaan Cemburu ni. Mungkin sebab aku tak pernah lihat kau bersama orang lain sebelum ni... Itu yang membuatkan aku betul betul Cemburukan kau".Kata aku lagi.
"Aku sayang kau Zie. Dah banyak kali aku cakap. Aku tak ada girlfrend. Aku dah putus dengan dia. Aku tak tau, kenapa dia masih tergedik gedik dengan aku. Betina tu tak paham paham bahasa agaknya. Aku dah tak ada hati lagi dengan dia. Dia sebok mengesel aku. Geli aku dengan cara dia. Tambah pula dengan gedik dia. Aku pun tak tahu, macam mana aku boleh terima dia dalam hidup aku dulu. Dia tak macam kau. Kau lain sangat. Aku suka tengok cara kau, pakaian kau. Semuanya, menyedapkan mata aku. Tapi dia hurmmm entahlahhh".Â
Z membuat muka konfius bila bercerita tentang Daya.
"Sekarang aku nak sentuh kau pun aku takut Z. Aku takut Daya fikir yang bukan bukan pula... Sebelum Daya sampai aku bahagia sangat, bila dengan kau. Pada mulanya, aku memang kecewa dan sedih sangat dengan apa yang Hafiz buat dekat aku. Tapi bila kau ada di sisi aku, aku masih boleh rasa ada bahagia. Tapi lepas dia hadir dan wujud depan mata aku. Aku mula takut... Aku takut nak sentuh kau. Aku risau dituduh merampas hak orang lain". Terang aku kepada Z
"Sudahlah Zie, jangan di fikir pasal dia. Apa yang penting dalam hidup aku, Aku sayang kau. Aku sayang kau. Aku sayang kauuuu, ingat tu sahaja. Sudah banyak kali aku cakapppp".
Tiba tiba, Z terhenti ayatnya dan terhenti dari langkahnya. Z berdiri dihadapan satu kedai bunga.
"Jap ya korang".
Kata Z, Lalu masuk ke dalam kedai. Aku, Mie dan Shah berdiri diluar kedai, bila Z masuk kedalam. Lebih kurang 5minit. Z keluar dari dalam kedai dan menyorokkan sesuatu dibelakang badannya.
"Taraaaaa"
Z Mengeluarkan sejambak bunga ros, berwarna putih bercampur merah. Sebanyak Satu dozen. Lalu memberikannya kepada aku kuntuman bunga itu.
"Wahhh apa ni Z".Â
Tanya aku dengan wajah yang berseri seri.
"Untuk kau, kekasih hati aku yang comel". kata Z.
Aku ketawa malu, bila Z kata begitu. Firts time, aku rasa malu, bila Z buat begitu.
"Thanks sayang".
Aku menyambut pemberian Z dan mencubit pipi Z. Sempat juga aku memandang kiri dan kanan. Takut takut Daya nampak dan berada disitu... Nasib dia tak ada bersama kami.
"Haiii! Untuk Zie aja ke Z. Untuk kami tak ada ke?" Tanya Mie.
"Kau pakai skirt dulu Mie, Aku bagi kau bunga". Jawap Z
Kami berempat ketawa terbahak bahat, bila Z membiat lawak... Kami membuat keputusan untuk duduk ditepi kereta sambil menunggu semua habis shopping dipasar... Pemandangan dari tempat parking kereta juga begitu cantik. Ada berdiri ditebing, menampakkan pokok pokok besar yang indah dan damai, selepas aku menyimpan bunga didalam kereta Shah. Aku malas nak pegang dan melangkah kaki pergi kepada Z yang berdiri keseorangan.
"Z, kenapa kau bagi aku bunga, warna putih dengan merah?" Aku terseyum memandang Z.
Z juga tersey, lalu bersuara.
"Putih, tanda persahabatan kita yg bersih dari kita zaman kanak kanak lagi. Merah pulak, tanda merahnya cinta aku, terhadapa kau Zie". Kata Z.
Z merapatkan bibirnya ke pipi aku, lalu menberikan aku satu kucupan. Aku hanya tersenyum melihat gelagat Z.
"Pandailah kau Z, terima kasih lagi sekali Z".
Kata aku kepada Z. Z hanya terseyum. Berbunga bunga hati aku, bila dapat bunga dari Z. Seperti mekarnya bunga bunga tu kembang, begitu jugalah hati aku masa aku mendapat bunga dari Z... Dari jauh ternampak, Hafiz datang kepada kami, yang sedang berkumpul. Hafiz datang terus kepada aku, lalu memberikan aku sejambak bunga ros, berwarna merah.
"Untuk awak Zie".
Kata Hafiz, sambil tangannya menghulurkan jambangan bunga ros itu... Tergamam aku, bila Hafiz buat begitu.Aku berkerut dahi, melihat Hafiz. Apa agaknya yang dia fikir, masa membelikan aku bunga ni. Dia tak rasa bersalah ke? Bila bagi aku bunga, sedangkan orang tersayang, ada berdekatan dengannya.
"Untuk apa ya?"
Aku bertanya Hafiz.
"Untuk say sorry... Sebab melukakan hati awak. Maaf! maaf! maaf! sangat".
kata Hafiz, sambil setia memengang jambangan bunga itu.
Aku memandang Z, Mie dan Shah. Masing masing memandang aku. Mereka menunggu antara aku mengambil bunga itu atau tidak...Tiba tiba anak mata aku, terpandang Ita berjalan ke kereta. Aku mengambil bunga yang Hafiz belikan. Lantas aku menarik sekuntum bunga dan aku pegang ditangan.
"Terima kasih Hafiz".
Hafiz tersenyum bahagia. Aku membalas senyuman Hafiz.
"Mesti mankuk ini ingat, aku dah maafkan dia. Boleh jalanlah". Bisik aku.
Aku memegang sekuntum bunga di tangan aku. Manakala 11 kuntum lagi aku pegang ditangan lagi satu. Aku berjalan kepada Ita dan memberikan kepadanya baki bunga yang aku pegang itu.
"Nak, ambil ni... Boyfrend kau suruh aku bagikan".
kata aku.
Wajah bahagia Ita terpancar, bila aku memberi jbamgan bunga itu... Wajahnya bercampu terkejut dan meleparkan senyum manis terhadap Hafiz. Hafiz berpusing, memandang ketempat yang lain.
"Wahhh sweet" kata Yana.
Sekuntum bunga yang aku pegang, aku akan simpan. Untuk kenangan berakhirnya cinta aku bersama Hafiz.
"Terima kasih lagi sekali Hafiz".
Aku berbisik sambil berlalu pergi ke kereta Nani. Sempat aku mencuri dengar rintihan Nani
"Sayang! Sampai hati awak tinggalkan saya. Saya penat tau. Kena bawa barang barang ni semua. Saya pegang sorang sorang aja".
Kata Daya dengan nada gedik manjanya. Z pula membuat muka selambar dan membuka bonet kereta. Untuk Daya simpan barang barang yang di belinya itu... Bila semua sudah berkumpul disitu. Kami memeruskan pejalanan untuk makan tengahari dikedai makan disekitar Berincang. Nak makan lauk campur kata Sham. Tapi tekak aku ni, tak lalu nak makan nasi. Aku hanya memesan mee sup sahaja. Tambah pula cili api hitam yang mengoda. Pehhh terangkat... Berpeluh peluh muka aku, lepas makan. Destinasi terakhir kami dianggur park. Sebelum balik ke apartment kami. Sampai sahaja diApartment, jam menunjukkan sudah pukul empat lebih petang. Kerana terlampau keletihan masing masing balik dan terus tidur. Aku juga tidak lepaskan peluang. Aku terus masuk kedalam bilik.
Share this novel