Sampai kolej, aku ternampak Lee dan Mus duduk di Dataran. Mereka sebuk bercerita tentang motor.
"Tak ada kerja lain jorang ni. Itu ajalah topiknya, bila berborak. Pasti topik motor, tak pernah tinggal dengan tajuk pebualan motor". Bisik aku.
Aku menuju kepada meraka dan duduk bersama sama berborak. Semintara menunggu kelas yang bakal bermula nanti. Tiba tiba terpandang kereta sport merah masuk dari kedalam kolej dan terus masuk kedalam parking kereta, berhampiran kami.
"Hurmmm si Ciko belagak sampai rupanya". Bisik aku.
Ciko keluar dari kereta dengan muka bangganya. Macam dia sorang aja ada kereta. Kembang kembang hidung, menunjuk nunjuk kereta sportnya, yang dibelikan oleh bapanya... Kemudia, turun pula seorang perempuan dari dalam kereta Ciko. Perempuan yang aku macam kenal. Aku berkerut sambil melihat gadis itu.
"Ya, betullah aku kenal awek tu".
Bisik aku di dalam hati.
"Lee, Mus, Itu bukan Siti ke? Atau mata aku ni yang tersilap tengok".
Tanya aku kepada Lee dan Mus. Untuk memastikan aku betul.
"Ehhhhh ya lahh Khai. Siti budak yang kau selalu buli tu". Kata Lee
"Budak itukan dulu dia suka dekat engkaukan?. Last aku nampak dia, masa kau tengking dia, bila dia nak duduk sebelah kau. Tak silap aku dua tiga bulan lepas... Lepas tu aku dah tak nampak dia lagi". Kata Lee lagi.
"Ye lahh aku tak silap, betullah itu Siti. Budak comot dan tak ada gaya langsung". Balas aku.
"Tapi kenapa dia dah lain ya?".
bisik aku di dalam hati.
"Dia nampak cantik... Rambut di warnakan dengan waran perang. Muka dia sudah tidak comot dengan mekup yang dulunya, dia gunakan. Dia suka mengunakan warna warna yang menakutkan dimukanya. Baju yang dia pakai hari ini, membuatkan dia sangat cantik. Dress pendek berwana hitam. Dengan kakinya yang sangat mengiurkan, bila dipandang.
"Betul ke apa yang aku tengok ni.Sejak bila dia dah jadi cantik". Bisik aku lagi, sambil menelan air liur.
Ternganga aku dengan yang lain bila melihat Siti. Yang tiba tiba berubah menjadi gadis cantik.
"Wowwww Khai! Rugilah kau. Dulu dia tergila gilakan kau. Kau layan dia macam sampah. Sekarang mak datuk. Cantiknya Khai".
Kata Mus.
"Hurmmmm, tak apa lah. Bukan jodoh aku pun".
Aku memusing ke tempat yang lain. Malas aku nak tengok lama lama, hak orang. Nanti bertumbuk pula aku dengan Ciko. Sebab tenung aweknya lama lama.
"Sudah lahh korang, Jomlah sarapan dekat kantin. Aku dah lapar sangat ni. Mak Nani ada buka kantinkan hari ni?". Tanya aku, yang cuba menukar topi pembuatalan.
"Mestilah buka Khai, Kalau tutup, siapa nak bagi kita makan. Nak keluar makan jauh".
Balas Lee.
"Dahhh jom lah".
Ajak aku dan kami berjalan, terus menuju kekantin. Dalam masa yang sama, didalam mata aku ini, terbayang bayang ke ayuan wajah Siti dan gayanya yang sangat cantik... Dia buat apa ya, dengan diri dia?. Entah entah macam filem filem melayu yang aku tengok tu. Pakai susuk cantik. Muka tak cantik, jadi cantik. Dari orang tak suka, jadi suka. Atau dia pakai produck muka yang terbaru. Dua bulan dia tenyeh dekat muka, itu yang jadi cantik. Body dia dari dulu memang cantik yang sebenarnya. Disebabkan pakaian yang dia pakai, itu yang membuatkan dia nampak old fashion. Tapi sekarang cantik sungguh. Nasib dia dah ada boyfrend. Kalau dia tak ada boyfrend, nak juga aku cuba nasib.Tapi, dia nak ke terima ke aku?. Dah berbulan bulan aku hina dia. Entah entah nak pandang aku sebelah mata pun, dia tak mau.
"Oiiii, apa hal termenung! Pergilah order. Kau kata tadi lapar sangat".
Kata Mus, yang membuatkan aku terkejut dari lamunan.
Sejak aku ternampak Siti. Wajahnya sering terbayang bayang. Terasa menyesal pula, kerana aku pernah hina dia sebelum ni. Aku seperti terpanah cinta yang amat dasyat kali ni... Kenapa aku asyik ingatkan perempuan tu aja?.
Seminggu berlalu, aku pergi ke kelas seperti biasa. Ternampak Siti duduk disebuah kerusi didalam kolej, seorang diri.
"Tunggu kawan dia agaknya?". Bisik aku.
Aku berjalan lalu di depan kerusi yang Siti duduk. Dengan muka selamba aku melintasi kerusi itu.
Konon konon tak nampak dia duduk di situ. Tiba tiba.
"Assalamualaikum Khai".
Aku berpusing menoleh ke belakang. Jantung berdebar, bila nama aku dipangil dengan nada yang lembut.
"Ehh dia tegur aku lah". Bisik aku.
"Wasalam".
Aku menjawap.
"Awal datang ke kelas hari ni?".
Tanya Siti lagi.
"Ahaaaa! Nak jumpa member. Ada kerja sikit".
Jawap aku selamber dan aku cuba untuk melangkah pergi dari situ.
"Nanti lepas kelas awak free ke?, Saya nak jumpa awak boleh?"
Tanya Siti lagi.
"Alamak dia nak jumpa aku lahh". Bisik aku dan sedikit membuntang mata aku.
"Hurmmmm dekat mana?".
Aku bertanya, tanpa menoleh memandang Siti.
"Dekat taman, depan kantin. Boleh ke? Lepas habis kelas". Kata Siti lagi.
"Hurmmmmm".
Itu sahaja yang keluar dari mulut aku. Dan aku berlalu pergi, meninggalkan Siti seoeang diri disitu.
"Alamaak dia nak jumpa aku lahh. Seronoknya... Tapi kenapa ya? Kenapa dia nak jumpa aku?"
Bisik aku di dalam hati. Terasa bersalah pula, bila difikirkan. Aku pernah buli dia dahulu. Aku tak mahu orang cakap buruk belakang aku... Dia dah cantik, baru aku sebuk nak baik baik dengan dia. Tau lah mulut manusia ni. Tak pasal pasal aku jadi bahan gosip di kolej... Tapi dia memang dah cantik. Tergoda aku tengok Siti yang sekarang, berbanding Siti yang dulu. Tak sabar pula aku nak tunggu habis kelas ni.
"Kenapa dia nak jumpa aku? Apa agaknya yang dia nak cakap dekat aku?".
Bermacam macam bermain difikiran aku... Lepas habis kelas, aku pergi ke taman didepan kantin. Dari jauh aku boleh nampak kawan kawan aku duduk makan di situ. Aku duduk di bangku yang di janji kan oleh Siti. Berdebar pula bila berada disitu.
"Dia nak belas dendam ke? Kenapa nak jumpa didepan kantin ni pula? Dekat sinikan ramai orang. Kalau dia malukan aku macam mana?".
Macam macam bermain di fikiran aku. Selagi siti tak datang, selagi tulah aku tak sedap hati. Dari jauh aku nampak Siti dan kawan baiknya Nina. Nina terus ke kantin. Manakala Siti terus datang kepada aku.
"Hai khai".
Siti menegur aku.
"Hai". Aku membalas.
"Kenapa ya awak nak jumpa saya?".
Aku bertanya.
"Duduk lah".
Aku menyuruh dia duduk disebelah aku. Dia macam takut takut aja, bila aku mempelawanya duduk sebelah aku.
"Awak tak marah saya ke? Kalau saya duduk sebelah awak?"
Tanya Siti.
"Saya takut jadi macam dulu? Saya kena marah dengan awak, sebab duduk sebelah awak".
Kata Siti sambil tersenyum.
Tersentak hati aku, bila Siti cakap macam tu.
"Hurmmmm duduk aja lah, kalau saya suruh".
Kata aku lagi, dengan nada sedikit keras... Aduhhh malunya aku, bila dia cakap macam tu. Terus rasa bersalah pula.
"Ni kenapa awak nak jumpa saya?"
Aku bertanya kali ke dua.
"Khai, terima kasih ya".
Kata Siti.
"Ehhh kenapa pula ni?".
Tanya aku, sambil berkerut dahi memandang Siti.
"Sebab awak sudah sedarkan saya, kecantikan itu penting. Penampilan itu juga penting, di zaman sekarang ni. Itu yang saya berubah macam ni... Awak suka ke?".
Aku hanya tersenyum. Tak tau nak cakap apa apa lagi.
"Khai, maaf kalau saya bertanya. Awak dah ada teman wanita ke?... Maaf kalau pertanyaan saya terlalu personal, buat awak".
Tanya Siti, yang betul betul selamber, sambil tersenyum... Terkejut juga aku, bila Siti bertanya aku soalan begitu.
"Saya baru lepas putus dengan girlfrend saya".
Aku pun apa lagu, jawap selamber juga.
"Kenapa ya awak tanya saya macam tu?".
Soal aku, Siti hanya tersenyum.
"Boleh kita berkawan ke?. Dari dulu saya cuba untuk berkawan dengan awak. Saya suka dengan awak. Tapi tu lahh".
Siti memberhentikan ayat.
"Hurmmmm saya faham apa yang awak nak cakap. Maafkan saya pasal peristiwa dulu tu. Itu pun kalau awak nak maafkan saya".
Kata aku sambil, tersenyum memandang Siti.
Siti membalas senyuman aku, senyum Siti betul betul manis dimata aku.
"Tak apa Khai, saya sudah lama maafkan awak.
Tak pernah saya simpan didalam hati. Bagi saya awak sangat istmewa".
Kata Siti lagi.
"Sungguh mulia hati awak Siti. Terima kasih kerana memaafkan saya. Walaupun saya dah buat macam macam dekat awak".
Siti hanya tersenyum, bila aku kata begitu.
"Nak makan tak?".
Tanya Siti...
"Boleh juga, tapi tak nak makan dekat sini.
Saya nak makan dekat luar, boleh ke? Aku mengajak Siti keluar makan, keluar dari kolej. Aku malu nak berhadapan kawan kawan kolej. bila aku dan Siti dikantin.
"Boleh". jawap Siti.
"Sekejap, saya pinjam helmet Lee".
Aku menyuruh Siti tunggu di motor, Semintara aku pergi meminjam helmet dari Lee. Dalam hati ni berbunga bunga, bila Siti sudi keluar makan dengan aku.
Share this novel