Selepas makan, mereka berehat dan terlelap keletihan. Fitri tidur disofa, mana kala Zie dan Dee tidur diatas katil. Lebih kurang 4.30petang. Loceng pintu bilik berbunyi mereka berbunyi.
"Ding! Dong!".
Tersedar mereka bertiga. Zie bangun dan terus kepintu bilik. Kelihatan Khai yang menekan loceng. Bila sahaja melihat Khai, Zie terus memeluk Khai dan menangis. Itu lah saat saat yang dinantikan oleh Zie sedari tadi. Zie tak sabar menunggu Khai datang berjumpanya. Fitri mengerutkan dahinya. Bila melihat Zie memeluk Khai. Fitri merasa cemburu bila Zie berbuat demikian. Fitri setia memerhatikan Zie dan Khai.
"Heiii kenapa awak menagis Zie?".
Tanya Khai, Sambil memegang pipi Zie. Khai terpandang Fitri dan Dee.
"Mereka siap?".
Tanya Khai dengan nada lembut.
"Mereka kawan saya Khai. Itu Dee, awak mesti dah lupa. Dulu kita selalu jumpa diclubkan. Club tu sekarang Dee yang uruskan".
Terang Zie.
"Itu pula Fitri, kawan saya".
Kata Zie lagi kepada Khai.
“Fitri, Dee ni kawan i Khai. Dia pemilik tempat ni".
Kata Zie kepada Dee dan Fitri.
Mereka bersalaman. Zie menarik Khai kebalconi.
"Kenapa awak bersedih Zie?".
Tanya Khai sambil berkerut dahi.
"Khai, saya ni tak bagus ke? Saya ni tak cantik ke?".
Zie memulakan pertanyaan.
"Heiii kenapa cakap macam tu. Awaklah yang terbaik di mata saya Zie".
Kata Khai.
"Hanya dimata awak Khai. Tapi bukan dimata Z. Saya tau saya tak boleh buat dia bahagia. Saya tak boleh bagi dia anak. Tapi, itu tak bermaksud, dia boleh cari anak bekas kekasih dia... Hati saya sakit Kahi, bila dia membelakangkan saya. Bila dia jumpa kekasih lama dia".
Cerita Zie.
"Awak, mana awak tau Z jumpa kekasih lama dia?. Jangan tuduh tuduh Zie tak baik".
Kata Khai, membuatkan Zie berkerut dahi.
"Khai, saya ikut dia ke Singapore. Saya berharap dia tak tipu saya. Tapi sebaliknya. Z tampar saya Khai. Dia tampar saya depan kekasih lama dia. Hati saya hancur berkecai Khai... Kami dari Singapore. Saya terus singgah sini. Saya nak jumpa awak. Saya nak awak dengar cerita saya”.
Kata Zie lagi, sambil mengalir air matanya.
"Sampai hati Z buat awak macam tu! Dia mungkir janji dengan saya... Dia janji nak jaga awak untuk saya humm".
Khai mendengus memandang Zie.
"Khai, saya rasa nak lari jauh dari sini. Saya tak sanggup tengok Z menipu saya lagi. Kalau dia betul betul sayang saya, dia tak akan buat saya macam ni. Dia sangup tampar saya, kerana budak itu Khai. Bukan sekali, dia tampar saya Khai. Sudah dua kali dia buat saya macam ni. Kalau dia tak suka saya, dia kena berterus terang, bukannya sakitkan saya".
Mata Zie menjeling memandang kepada Khai.
"Saya tak sangka, tangan yang membelai saya, boleh sakiti saya Khai. Lebih pedih lagi, bila lihat dia berjumpa kekasih lama dia".
Mata Zie beralih memandang ke laut.
“Jangan lari dari masalah Zie. Awak kena berjumpa Z, untuk selesaikan masalah awak. Kalau awak terus lari, masalah ini tak akan pernah selesai".
Kata Khai sambil memeluk Zie. Zie setia memandang kelaut… Dalam diam diam ada yang tak selesa dengan kehadiran Khai. Hati Fitri begitu tak selesa memandang mereka berdua dibalconi.
"Dee, jom kita balik?". Ajak Fitri.
"Kejap ye Fit, i panggil Zie"...
"Ziee, jom kita balik".
Teriak Dee dari dalam. Zie masuk kedalam diikuti Khai.
"Khai, saya balik dulu ya”.
Kata Zie, sambil memandang Khai.
"Saya hantar awak balik Zie, saya nak jumpa Z sekali". Balas Khai kepada Zie.
"Boleh ke Dee, aku bawa Zie balik bersama aku?".
Tanya Khai pula kepada Dee
"Ok khai, terpulang u. Janji Zie balik ke rumah. Dia isteri orang Khai".
Dee mengingatkan Khai. Khai meganguk tanda faham.
"Jom Kita gerak sama sama".
Kata Dee lagi. Mereka bersetuju dan meneruskan perjalan balik ke rumah masing masing. Manakal Fitri betul betul sedih, bila Zie mengikut Khai balik bersama samanya. Usahanya untuk memikat hati Zie, terputus begitu sahaja.
"Dee, siapa sebenarnya Khai tu?".
Tanya Fitri kepada Dee. Semasa perjalanan balik.
"Bekas teman lelaki Dia". jawap Dee.
"Jangan cemburulah Fit. I kenal Zie, dia sayangkan suaminya. Tak mungkin dia pilih kau atau pun Khai".
Kata Dee sambil menyeringai
"Jangan mengharap pada yang tak sudi Fit".
Sambung Dee.
"Zie, siapa Lelaki tu? kenapa dia macam tak selesa je, bila saya dengan awak".
Tanya Khai.
"Hurmmm kawan sahaja Khai. Seorang peminat". kata Zie sambil terseyumm.
"Hurmmm, banyak betul peminatnya".
Kata Khai sambil terseyum memandang Zie yang duduk di sebelah. Semintara dirumah, Z sudah pun sampai. Sambil mencari cari Zie didalam rumah. Z berharap Zie sudah sampai terlebih dahulu. Tapi Z kecewa, bila masuk ke dalam rumah, Zie tidak ada.
"Kemana kau pergi sayang".
Sambil Z baring disofa.
"Maafkan aku! Aku tak sengaja tampar kau didepan orang. Aku tak boleh hidup tanpa kau sayang"...
"Assalammualaikum tok tok tok!".
Khai memberi salam dihadapan rumah Z. Manakala Zie, duduk didalam kereta Khai. Z bangang membuka pintu rumahnya.
"Ehhh kau Khai".
Z terperanjat bila Khai ada dihadapan pintu.
"Masuk masuk bro".
Pelawa Z. Khai masuk dan terus duduk disofa ruang tamu.
"Z, mana Zie?".
Tanya Khai, yang sedang berpura pura. Z tertunduk memandang kelantai.
"Salah aku Khai. Aku bukanlah seorang suami yang baik. Aku tak sengaja terpukul dia Khai".
Kata Z dengan nada yang sedih.
"Aku tau aku silap! Aku nak Zie balik rumah ini Khai. Aku tak tau kemana dia pergi?... Kau ada jumpa dia ke Khai?". Tanya Z.
"Hurmmmm tak fahamlah, dengan korang berdua ni. Apa yang tak cukup lagi. Aku tau kau nak kan anak Z, tapi kau kena tau. Zie tak boleh bagi kau anak. Dia ada masalah Z. Dia tak nak kau bersedih, bila tau hal ini. Dia tak boleh bagi kau anak". Terang Khai lagi.
"Kawan dia tadi, bawa dia ke resort aku. Aku rasa, aku kena hantar dia dekat kau. Sekarang dia ada dibawah kondo kau ni. Pergi lah Z, pujuk dia".
Arah Khai.
"Betul ke Khai, dia ada dengan kau?".
Tanya Z dengan wajah gembira.
"Tapi aku takut lah Khai, dia tak terima aku".
Kata Z.
"Hurmmm, kau kena pergi pujuk dia Z. Kau lebih kenal dia dari aku"...
Dalam debaran, Z dan Khai turun kebawah. Mereka berdua pergi kepada Zie. Kelihatan Zie setia menanti didalam kereta. Bila melihat Z datang. Zie terus menundukan wajahnya. Z lantas membuka pintu kerata Khai.
"Zie sayang! Maafkan aku".
Z melutut diluar kereta, sambil memegang tangan Zie.
"Maafkan aku sayang".
kata Z lagi.
Zie menarik tangannya dan lantas keluar dari kereta.
"Aku tak layak buat kau Z, dah tak ada apa lagi yang aku boleh bagi dekat kau. Aku tak boleh bagi kau anak. Itu yang kau nak kan?. Sampai sanggup kau cari anak kekasih lama kau. Dia boleh bagi kau Segala galanya Z. Kau pegilah dekat dia Z. Tolong tinggalkan aku. Aku tak layak untuk kau. Aku doakan kau bahagia bersama dia".
Kata Zie dan terus melangkah pergi. Tapi sempat dihalang oleh Khai.
"Kenapa macam ni Zie. Kenapa buat keputusan macam ni?".
Tanya Khai...
"Saya sedih Khai. Dia pernah tampar saya sekali.
Saya sangka, itu lah tamparan dia pertama dan terakhir. Tapi dia buat lagi. Kali ini lebih menyakitkan hati saya Khai. Dia tampar saya dihadapan kekasih dia, dihadapan anak Kecik, dihadapan orang ramai. Sungguh tergamak dia buat saya macam tu, hanya kerana dia mahukan anak".
kata Zie, sambil memandang Z.
"Maafkan aku sayang".
Z mula mengalirkan air matanya.
"Aku betul betul tak sengaja sayang. Tolong Zie, jangan buat aku sengsara macam ni?".
kata Z sambil memegang bahu Zie.
"Aku sayang kau sorang sahaja, dalam dunia ni Zie. Tak ada orang lain yang boleh, mengantikan kau... Aku, tak mahu anak. Kalau itu yang membuatkan aku berpisah dengan kau. Aku tak mahu semua itu Zie. Aku hanya mahukan kau hingga ke hujung nyawa aku Zie".
Kata Z, sambil tuduk menahan sebak.
"Maafkan aku Z".
Sambil Zie menatap wajah Z.
"Aku tak rasa nak bersama kau lagi. Aku nak kita berpisah. Kau dan aku akan bercerai"...
Lafas Zie sambil menangis dan lantas Zie berjalan kekeretanya... Tersentak hati Z bila Zie kata begitu. Berdegup kencang dada Z. Z betul betul tidak menjankakan itu yang akan keluar dari mulut Zie... Anak matanya hanya mampu memerhatikan Zie yang berlalu pergi meninggalkan dirinya. Terkunci terus mulut Z dari berkata kata. Lalu Z terduduk dipembahagi parking kereta. Zie pula berlalu meninggalkan Z dan Khai disitu. Tanpa menoleh kepada Z dan Khai. Khai yang juga ada disitu turut tergamam.
"Khai, aku terkejut sangat Khai! Aku tak sangka, ayat itu boleh keluar dari mulutnya".
Kata Z lantas tunduk menangis.
"Aku sayang dia Khai. Aku betul betul menyesal.
Tangan ini menampar, orang yang aku paling sayang".
"Sudahlah tu Z. Biarlah Zie tenangkan fikiranya dulu... Kita bagi dia ruang untuk dia berfikir".
Pujuk Khai.
"Khai, kalau kau jumpa Zie, tolong bagi tau dia, aku sayang sangat dekat dia. Tolong ye Khai. Aku tau, Zie akan cari kau lagi".
Khai hanya mengangukan kepalanya sahaja.
Share this novel