Kami melangkah kaki keluar dari penjara wanita dan menuju ke parking kereta. Sampai di parking kereta. Aku menceritakan kejadian yang sebenarnya kepada Yun. Apa yang Siti ceritakan kepada aku tadi. Yun agak terperanjat dengan pengankuan itu dan kenapa Siti bertindak gila begitu. Yun menarik nafas panjang.
"Aku tak sangka. Disebalik kejadian itu, Siti yang menjadi mangsa keadaan. Tapi Siti kuat jiwanya. Dia boleh datang kembali dan membunuh Ciko. Aku tak sangka, Siti memgambil tindakan begitu Yun".
Kata aku kepada Yun.
"Lepas ini kau kena lebih kuat. Kau jangan ikutkan perasaan lagi Khai".
kata Yun.
"Kalau syaitan sudah menguasai diri. Kau boleh jadi macam Ciko dan kau boleh jadi macam Siti. Jadikan ia, satu sejarah untuk kau Khai. Aku doakan kau dapat mencari penganti Siti".
Kata Yun lagi.
"Tidak Yun, Aku tidak akan, cari penganti Siti. Siti adalah yang terakhir dalam hidup aku.Tidak ada sesiapa pun yang boleh mengantikan Siti. Aku rela begini. Sampai ke akhir hayat aku. Aku sayangkan Siti. Bertambah sayang kepadanya, bila mendengar pengakuannya itu tadi. Siti adalah jiwa aku. Di bukan orang yang pertama tapi aku berharap biarlah dia menjadi orang terakhir dalam hidup aku. Jangan kau suruh aku cari peganti Siti Yun. Aku tak sangup. Biarlah takdir yang menentukan hidup aku. Andai satu hari, hati aku terbuka untuk wanita lain. Aku berharap, biarlah seorang itu jujur dan setia kepada aku, seperti Siti".
Yun hanya tersenyam.
"Lepas ni aku nak belajar dan berkerja. Aku nak kejar cita cita aku. Aku nak jadi orang yang berguna".
Kata aku sambil tersenyum memandang Yun. Yun membalas senyuman aku.
"The Best Bro".
Balas Yun.
"Jom lepak mamak lepas ni, Aku belanja kau".
Aku mengajak Yun.
"Terbaik bro". Kata Yun.
Kami sama sama tergelak...
..........….....................................................
.....…................................................
....................................
..................
"Oiii berangan ke?". Jerit Lee didepan pintu bilik Khai. Tersetak Khai dari lamunan tentang Siti.
"Kau pekak ke? Dah banyak kali aku terjerit jerit panggil kau dekat luar tadi". Kata Lee lagi.
"Sorry beb, Aku tak dengar". Kata Khai sambil menyeringai.
"Kau nak apa?". Tanya Khai lagi.
"Aku nak keluar, kau nak makan apa apa tak?". Tanya Lee.
"Kau belilah apa apa".
Balas Khai. Lee menutup semula pintu bilik Kahi dan berlalu pergi.
"Hurmmmm".
Khai menarik nafas panjang dan meletakkan nama kad Zie diatas meja lampu dan terus keluar dari bilik dan lepak bersama kawan kawannya... Sudah seminggu berlalu, Khai terus lupa kepada Zie kerana sebok dengan kerja kerjanya yang melambak. Waktu makan tengahari, disebuah restoran. Khai ternampak Zie dan kawan kawanya disalah satu meja didalam restoran, tempat mereka berada. Khai memerhatikan dari jauh. Khai takut tersilap menegur orang. Tapi bila Zie terseyum semasa beborak borak. Khai mula terseyum sendiri.
"Ya betul lah tu! Dia yang terlangar aku minggu lepas!". Bisik Khai didalam hati.
Khai bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke meja Zie dan menegur.
"Haiii awak"... Tegur Khai.
Zie melihatan Khai sambil berfikir! Sampai berkerut dahinya. Mana kala Lin dan Yana. Hanya buat muka blurrr.
"Ingat saya lagi tak?".
Tanya Khai kepada Zie.
"Maafkan saya! Saya dah lupalah. Awak siapa ye?".
Tanya Zie kepada Khai.
"Cepat sangat lupa dekat kita".
Kata Khai sambil menyeringai.
"Minggu lepas awak terlangar saya. Masa tengah jalan di kaki lima. Helmet saya terjatuh, awak tolong ambikan".
Kata Khai sambil megigatkan semula memori seminggu yang lepas.
"Ohhhh ye! Maaf maaf saya lupa. Wahhh awak pun makan dekat sini ke. Tak sangka dapat jumpa awak lagi?".
Kata Zie kepada Khai, sambil terseyum dan terus bangun.
"Saya jarang datang sini. Kalau kawan nak belanja barulah saya datang sini".
Kata Khai tersenyum sambil memandang Lee dan Yun. Yang duduk di meja hujung dan memandang ke meja Zie semula.
"Don't want to join us for lunch". Tanya Zie.
"Ohh tak apa, saya duduk di sana dengan kawan kawan saya".
Kata Khai, sambil menundingkan jarinya kepada kawan kawannya yang duduk di hujung ruang makan. Zie tersenyum memandang ke meja kawan kawan Khai.
"Lupa saya, Nama awak siapa ya?"
Tanya Zie.
"Nama saya Khai".
Zie menghulurkan tangan, tanda perkenalan kepada Khai. Khai menyambut tangan Zie dengan senyuman penuh di bibir.
"Ok Khai, nanti jumpa lagi.
kata Zie.
"Kalau ada jodoh, pasti jumpa lagi". kata
Balas Khai, sambil tersenyum dan berlalu pergi kepada Lee dan Yun.
"Khai, awek mana tu?".
Tanya Lee. Bila Khai sampai sahaja dimeja makannya.
"Comelnya". kata Lee lagi.
"Ohh, aku baru kenal dia. Dia terlangar aku hari tu. Masa aku dah lambat nak masuk kerja. Itu yang aku kenal dia. Maniskan senyuman dia. Teringat aku dekat Aruah Siti. Bentuk bibir dan senyumannya sama sangat".
Kata Khai lagi sambil Khai menoleh memandang ke Zie... Zie pula, ketawa ketawa sambil makan dengan kawan kawannya.Tenang aja jiwa Khai, bila melihat Zie tersenyum.
"Ehhhh sudah sudahlah tu! Jangan pandang sangat. Entah entah awek orang ke? Bini orang ke? Cari penyakit je". Kata Yun.
"Dah cepatlah makan. Dah nak masuk ofis dah ni".
kata Lee pula.
"Khai, aku tau kau suka dekat dia kan". Tanya Lee lagi.
"Hisss tak adalah korang ni! Aku hanya suka tengok dia senyum je. Tak payahlah korang nak fikir yang bukan bukan".
Jawap Khai.
"Hari ni siapa nak bayar?".
Tanya Khai lagi sambil tersenyum.
"Korang ajak! korang lah yang bayar ya... Memang taklah aku nak bayar. Dah tengah tengah bulan ni. Pandai pandailah korang ya!".
Kata Khai.
"Haaaaa apa lagi Yun bayar". Kata Lee. Mereka bertiga tergelak, Bila bercerita tentang siapa mahu bayar.
"Zie, mamat mana tu?".
Tanya Lin.
"Yelah Zie! Handsome orangnya".
Kata Yana dengan gedik nakal.
"Oiiiiii Oiiiiii jangan nak gatal ok! Aku cakap dengan boyfrend korang ya". Zie ketawa.
"Alah Zie, aku kan dah putus dengan Ali! Bolehlah kalau aku mengorat salah sorang dari mereka, dekat situ". Balas Lin.
"Korang berdua yang tak boleh. Kau berdua dah ada boyfrend".
Kata Lin sambil tergelak.
"Hurmmmmm, Budak motor tu! Aku terlangar dia hari tu. Itu yang aku kenal. Hisss sudah lah, tak payah cakap pasal dia".
Bila kami semua sudah selesai makan. Yana dan Lin hendak masuk ke ofisnya semula. Zie pula akan terus balik ke rumahnya. Sebelum itu Zie harus menghantar Lin dan Yana dahulu ke tempat kerja mereka terlevih dahulu. Kereta masing masing tertinggal di ofis. Ternampak Khai dengan kawan kawannya juga menuju ke kereta masing masing.
"Hisss kau ni Zie, Kata mereka Mat rempit. Itu! masing masing bawa kereta".
Kata Lin sambil menunding jari kepada Khai dan kawan kawannya. Khai memakai kereta Honda city berwaran biru. Mana kala Yun dengan Lee berkongsi kereta myvi kelabu Yun.
"Manalah aku tau! Hari tu, aku nampak dia pakai motor. Manalah aku nak tau yang dia tu ada kereta juga. Kau ni Lin"...
Sambil Zie mengerutkan dahinya.
"Hurmmmm melepas aku". kata Lin.
Tergelak aku dengan Yana. Melihat Lin yang bukan maian kemauk lagi dengan salah seorang dari mamat tu.
"Kalau tak dapat Khai! Kawan dia yang memandu kereta myvi tu pun jadilah, Tambah Lin lagi dengan senyuman gedik nakal. Yana memandang Zie, Sambil tersenyum dan mengankat angakatkan kedua dua keningnya.
"Gatal". kata Yana.
Kami bertiga tergelak besar.
............................................................
"Ring ring ringgg"
Handphone Zie berbunyi. Tertera nama Z naik di screen talifon bimbitnya
"Sayang, Kau dekat mana?"
Tanya Z, bila pangilan dijawap oleh Zie.
"Aku baru lepas hantar Yana dengan Lin dekat ofis jorang. Kenapa sayang?".
"Zie, Hujung minggu ni. Aku nak ikut Mie pergi ke johor boleh ke? Jumaat malam aku pergi. Ahad tengahari, Aku balik sini semula... Aku call ni, sebab nak tanya kau dulu, kalau kau bagi, aku pergi". Tanya Z.
"Bolehh sayang, tapi jangan nakal nakal tau". Balas Zie.
Sejak Mie mula berkerja. Z selalu juga ikut Mie pergi kerja diluar dari Kuala Lumpur, bila Z tidak ada kelas. Jadi tak heran sangat, kalau Z mahu ikut Mie ke Johor kali ni.
"Thank you sayang. Nanti malam kita keluar nak, aku belanja makan".
Ajak Z.
"Wahhh best. Aku nak makan western tau! Nak makan banyak banyak"
Kata Zie sambil ketawa.
"Kau ni suka sangat makan western, Nanti gemuk susahlah aku nak peluk kau hehehe".
kata Z sambil ketawa.
"Kenapa! Kalau gemuk kau dah tak suka aku ke?". Tanya Zie.
"Hisss kau ni! Kurus ke gemuk ke? Aku tetap sayang kau. Mane boleh lepas. Kau lah nyawa aku Zie". kata Z.
"So sweet lah kau ni Z, Ok lah aku nak memandu balik. Nanti malam kau datang je terus rumah aku".
"Ok bye sayang! Muahhhh sikit".usik Zie.
"Kalau nak muah, tunggu malam sikit!". Balas Z sambil ketawa nakal.
Menjelang malam, Z datang kerumah Zie dan membawanya keluar untuk makan malam bersama samanya.
"Cantiknya kau sayang".
Seperti selalu, Z tak putus putus memuju Zie.
"Alah hiii Z, Bukan hari hari jumpa, Aku pakai pakaian yang sama ke? Apalah yang cantiknya. Seluar pendek dengan singlet ni. Biasa apa! Kau je yang tak habis habis memuji aku". Balas Zie lagi, sambil tersenyum.
"Aku ni Zie, satu hari tak tengok kau, gambar kau pun jadilah. Tak boleh nak tidur". Kata Z sambil tersengih menampakkan taring giginya. Zie hanya membuat memek muka yang paling hodoh untuk Z. Z ketawa bila melihat muka Zie.
"Zie sayang. Aku nak pergi jalan jauh, Kau tak nak sayang aku". kata Z.
Zie lantas memeluk Z dan mengucup bibir Z. Z membalas pelukan Zie.
"Ok tak, Cukup tak! Untuk kau ubat rindu nanti?"
Kata Zie, sambil memegang pipi Z.
"Ikutkan tak cukup! Nak lagi banyak banyak".
Kata Z dengan nada manja dan nakal.
"Hissss gatal".
Zie mencubit perut Z. Z hanya tersenyum. Sambil menyambut tangan Zie diperutnya.
"Sungguh senang hati aku, bila aku lihat engkau di sisi aku. Aku akan sentiasa sayang kau. Begitu susah untuk aku memiliki kau dahulu. Tak akan begitu mudah untuk aku melepaskan kau dari gengaman aku".
Bisik Z, sambil memandang tepat kepada Zie yang berada disebelahnya.
Share this novel