96

Romance Completed 40494

"Sayang, kau boleh ke tinggal seorang diri dirumah. Rasa berat pula aku nak tinggalkan kau".

Kata Zie kepada Z.

"Ehhh, aku ok lah sayang. Go have fun honey.
I'll wait for you. Tapi jangan nakal nakal tau... Kau tu, kalau dah jumpa Lin dengan Yana. Aku pun kau lupakan".

Kata Z sambil ketawa.

"Jangan cakap macam tu sayang. Kau tetap sentiasa ada disini".

Sambil Zie menarik tangan Z dan diletakannya didadanya. Z terseyum melihat Zie.

"Kau nak bertolak pukul berapa sayang?".

Tanya Z.

"Aku nak bertolak tengahari ni, lepas sembahyang Jummat. Aku tunggu kau balik sembahyang jummat dulu. Baru aku pergi".

Z mengangguk tanda faham. SeLepas Z balik dari solat jumaat, Zie sudah bersedia untuk bergerak holiday bersama Yana dan Lin. Zie yang akan memandu ke tempat yang mereka akan pergi nanti. Yana dan Lin menungu ketibaan Zie.

"Haaaa tu pun Zie".

Kata Yana dan Lin yang menanti didepan rumah Yana. Yun dan Lee menunggu sama ketibaan Zie.

"Sayang saya pergi dulu ye. Jangan nakal nakal tau, bila saya tak ada".

Ingatan Lin kepada Yun.

"Awak tu pun sama sayang, Do not be naughty.
Remember me always".

Kata Yun kepada Lin. Lin hanya terseyum dan memeluk Yun.

"Sayang! nanti tengok tengokkan anak tau. Jangan bagi mak Minah je jaga".

Pesan Yana kepada Lee.

"Ok sayang". Balas Lee.

"Tapi nanti saya nak keluar tau! Dengan Yun dan Z".

Kata Lee lagi.

"Hurmmmm, ok lah. Sebabkan kita orang pergi holiday, uollss boleh pergi enjoi. Tapi ingat jangan buat hal".

Kata Zie sambil ketawa...

"Ehhh dah lahh... Kita orang gerak dulu ye.
Selamat tinggal cik abang semua. Ingat, uolls bukan bujang tau".

Kata Lin sambil mencium pipi suaminya. Diikutu Yana juga mencium pipi suaminya.

Mereka berlalu pergi meninggalkan suami masing masing.

"HOREEYYY. Kita single dalam masak 4 hari ini".

Kata Yana yang menjerit tiba tiba didalam kereta.
Ketawa mereka bertiga.

"Rindunya zaman bujang kita kan korang".

Tanya Lin. Yana dan Zie hanya menganggukan kepala sahaja.

"Ok, sekarang ni kita nak pergi mana?".

Tanya Lin lagi.

"Kita ada ada masa 4 hari 3 malam. Malam pertama aku belanja. Kita pergi ke tempat yang aku nak sangat pergi. Malam ke2 Yana belanja.
Malam ke3 Lin belanja. Korang pilih lah mana tempat yang korang nak pergi".

Kata Zie kepada kawan kawannya.

"Ok, so kau nak bawa kita orang pergi mana Zie?".

Tanya Lin, Zie terseyumm memandang kawan kawannya.

"Aku nak bawa korang ke Cameron Highland".

Kata Zie. Sambil tersenyum.

"Hurmmm, nak menggamit kenangan lama lah tu!
Kenangan mula mula dia terima cinta Z".

kata Lin sambil terseyum. Zie juga turut terseyum.

"Aku rindulah memori dekat sana. Kenangan, aku rasa nak lempang je muka Hafiz. Kenangan Z mula masuk jarum. Kenangan duka, bila Daya tiba tiba muncul, disaat bahagia aku dengan Z. Rindu aku jumpa dengan Kid. Cinta yang sempat 3hari sahaja".

Cerita Zie yang mula menggimbau kembali memori pahit manis di Cameron Highland.

"Hari kedua, terpulang korang nak ke mana mana pun?".

kata Zie lagi.

"Hurmmm samalah Zie... Cameron menggingatkan aku kepada Arol".
kata Yana lagi.

"Heiii heiii jangan lupa, aku pun ada memori dengan EX aku dekat sana tau".

Tiba tiba Lin menyampuk. Mereka ketawa bila menggingat kembali, memori mereka.

"Ok ayohhh, kita ke Cameron".

Kata Zie sambil menjerit.

................

"Bib! bib! bib!".

Watsap Talifon bimbit Z berbunyi.

*Bro wat apa tu? Tak kan bini tak ada, berperap dekat rumah je? Jom lah malam ni lepak?".
tulis Yun.

*Wahhh is good idea. Best! best! lepak mana bro".
balas Z.

*Aku dengan Lee ingat nak lepak pusing pusing KL je. Jom lah.Makan makan, borak borak".

Tulis Yun.

*Enjoi lah sikit, bini tak ada kot hehehe".
tulis Yun lagi.

*Ok cun. Malam ni pukul 8.30 jumpa dekat mamak. Lepas tu mana nak pergi lepak, terpulang korang, aku follow je".
Balas Z lagi.

*Ok bro, jumpa malam ni".
Balas Yun.

*Ok". balas Z.

"Hurmmmm, mana agaknya sayang aku ni pergi ye? Lokasi bukan main rahsia lagi. Risau pula aku. Bila main rahsia rahsia macam ni. Mereka bertiga dah lah masih hot lagi. Buatnya kena sambar dengan lelaki lain hurmmmm habis lah aku".

Lafas Z sendiri, sambil terseyum dan baring diatas sofa.

..............

"Woiii bangun!" Jerit Zie.

"Sedapnya membuta ye, korang berdua".

Kata Zie sambil ketawa, bila kawan kawanya terkejut kerana jeritannya.

"Bodoh lah kau Zie! Terperanjat aku".

Balas Lin, yang duduk disebelah Zie yang memandu. Yana juga lekas lekas duduk ditengah tengah, antara Lin dan Zie.

'"Apahal apahal".

Tanya Yana... Zie ketawa macam nak pecah perut.

"Hiss kau ni Zie! Dah sampai mana ni?".
Tanya Yana.

"Hurmmm dah sampai RnR Tapah. Dah dah jom turun makan. Aku belanja, tapi jangan yang mahal mahal. Bihoon sup je ye, sorang semangku".

Kata Zie sambil ketawa lagi.

"Hisss kedekut". Balas Yana lagi.

"Dah dah, jangan banyak bunyi... Jom keluar makan".

Ajak Zie.

Lebih kurang setengah jam di RnR Tapah, mereka meneruskan perjalanan ke Cemeron Highland.

"Kau dah booking ke Zie?".
Tanya Yana.

"Hisss kau ni Yana. Kita datang sini, pakai redah je. Manalah sempat nak booking. Nanti sampai atas, baru lah cari. Kita tidur di hotel je. Kita cari je hotel yang selesa nanti".

kata Zie lagi. Yana dan Lin mengganguk tanda faham...

"Ok korang, kita cuba tengok hotel ni. Nampak luar cantik!".

Kata Zie, dekat pula dengan Tanah Rata, bolehlah lepak mini pub, tempat memori aku tu".

kata Zie sambil ketawa.

"Hurmmm suka hati kau lah Zie. Cubalah kau tanya hotel tu. Kalau ada kosong, baru kau panggil kita orang. Aku dah malas nak keluar kereta. Kepala aku mabuk pusing pusing ni".

Kata Yana. Zie masuk kedalam hotel dan keluar semula sambil memegang kuncI bilik.

"Oiii, jom masuk. Ada bilik kosong".

Kata Zie kepada Yana dan Lin. Mereka membawa bag pakain dan masuK kedalam hotel tersebut.

"Ok, not bad. The place is beautiful too".

kata Lin, bila membuka pintu bilin hotel, lalu baring di atas katil.

"Aku tidur dikatil single ni lah ye?".
Tanya Lin.

"Kau dengan Yana tidur dikatil King tu".
kata Lin lagi.

"Hurrmmm ok". Balas Zie.

Masing masing merebahkan diri diatas katil.

"Jom keluar". Ajak Zie.

"Aku malaslah nak keluar Zie. Letihlah! Dah lah bertolak tadi 2petang, sampai sini dah pukul 5 lebih. Kasi lah aku tidur dulu". Kata Yana.

"Amboiii aku yang bawak, korang dok tidur pun, letih lagi ke?"
Tanya Zie.

Lin da Yana hanya terseyum.

"Ok lahhh, kita rehat dulu. Malam kita keluar makan dengan lepak lepak".

Kata Zie... Masing masing bersetuju.

"Kita nak makan dekat mana ni Zie?".

Tanya Lin...

"Kita jalan jalan je lah dekat Tanah Rata ni. Banyak kedai makan apa. pilih je". Jawap Zie.

Lepas makan mereka berjalan jalan diMini bar di Tanah Rata. Zie terseyum memandang tempat tersebut.

"Korang, dekat sinilah aku lepak sorang sorang masa bergaduh dengan Z. Jom lepak minum". kata Zie.

"Hisss tak nak lahh. Aku dah berhenti lah Zie".
Kata Yana.

"Hisss, apa lah kau Yana. Kau ingat tempat ni untuk minum mabuk aja ke? Macamlah tak ada jual air lain".

Marah Zie kepada Yana.

"Hurmmmm ok lah kalau air biasa. hehehhe".

Yana ketawa, mereka yang lain juga turut ketawa.

.................................

"Ehh mana Lee?".

Tanya Z kepada Yun.

"Kejap lagi sampai lah tu bro".

Balas Yun. Sambil memesan air minuman.

"Haaaa tu dia, sampai pun".

Tunjuk Yun kepada Lee.

"Apasal lambat ni Lee?".

Tanya Yun dengan wajah berkerut.

"Ehhh, tadi anak aku nak ikut. Puas aku pujuk.
Nasib Mak Minah ada. Terus dia ikut Mak Minah".

Terang Lee dan terus duduk disalah satu kerusi yang kosong.

"Ok apa planning hari ini?".

Tanya Z kepada Lee dan Yun.

"Jom lepak club. Lama tak masuk".

Ajak Yun.

"last aku masuk sebelum kawin".

Yun ketawa sendiri.

"Korang macam mana? Nak ke?"

Tanya Yun lagi.

"Boleh lah juga bro, aku pun dah lama tak jejak kaki kesana".

Kata Z sambil terseyum.

"Kau Lee! ok ke?". Tanya Z.

"Wa ok je". Jawap Lee menyeringai.

"Ok kita makan dulu. Lepas pukul 10, baru kita pusing, cari club yang best".

Kata Yun dan mereka semua bersetuju.

...............................

"Dik bagi coke 3".
Kata Zie kepada bartender itu.

"Dah lain orang".

Kata Zie didalam hati bila melihat staff bar itu.

"Korang tau, tiang ni lah yang Z tumbuk dulu... Sampai tangan dia berdarah, bila lihat Kid duduk dengan aku".

Kata Zie, sambil memegang tiang itu. Lin dan Yana terseyum.

"Esok kita nak kemana?".
Tanya Zie kepada Lin dan Yana.

"Kita pergi jalan jalan dekat sini. Lepas tu kita terus patah balik ke Melaka".
kata Lin.

"Apa? patah balik ke Melaka. Memang kerja gila lah beb".

Kata Yana, kepada Lin.

"Dekat Melaka aku nak pergi lepak hotel yang ada spa. Viral hotel tu. Aku teringin nak pergi. Aku nak relex je dekar sana".

Terang Lin sambil menyeringai.

"Korang jangan risau, turn aku pula belanja".

Kata Lin lagi. Zie dan Yana terseyum bahahagia. Bila mendengar Lin akan belanja.

........................................

"Aku rasa kita lepak dekat club member bini bini kita nak tak?".

Tanya Z.

"Aku rasa tempat itu je paling best. Member diorang tu pun dah jadi pengurus club tu".

kata Z lagi.

"Club yang mana ye?".
Tanya Lee.

"Bini bini kita, dulukan kaki club. Sampai aku dah lupa, yang mana satu".

Kata Lee sambil ketawa.

"Korang ikut je lah aku. Kereta korang tinggal sini. Nanti, aku hantar korang dekat sini balik".

Kata Z kepada Lee dan Yun. Mereka bersetuju dah terus pergi ketempat yang Z katakan..

"Ohhh dekat sini ke? Tau lah aku. First aku jumpa bini aku pun dekat sini".

Kata Lee sambil ketawa.

"Kan Yunn... Kau pun jumpa Lin first time dekat sini kann?".

Tanya Lee kepada Yun.

"Hurmmm aku ingat lah Lee. Mana lah boleh lupa.
Banyak kenangan tu dekat club ni".

Kata Yun sambil terseyum...

"Haii Z. Sis Zie mana?".
Tanya Dee. Sebaik sahaja Z melangkah masuk.

"Ohhh Zie, Yana dengan Lin mereka pergi holiday. So kami ni dok kebosanan sekarang ni. Itu yang datang tempat kau. Kau kenal tak mereka?".
Tanya Z.

"I must know them... Husband kawan kawan i kann".

Kata Dee.

"U mesti Lee and u mesti Yun kann? husband Yana dengan Lin".

Sambil Dee terseyum melihat Yun dan Lee. Yun dan Lee hanya terseyum menyeringai.

"Heiii lepak lepak lah dulu, i ada kerja dalam ofis". Kata Dee.

"Haiii Z, u nak minum apa".

Tanya Su.

"Haii Su. Kau bagi kami 3 coke. Kita orang lepak dekat meja hujung tu".

Kata Z sambil memunjukkan tempat yang kosong. Su mengganguk tanda faham. Z, Lee dan Yun melangkah pergi ketempat duduk itu. Tiba tiba Z ternampak susuk tubuh seorang lelaki yang macam dia kenali.

"Aku rasa, aku macam kenallah Mamat tu!"

Kata Z kepada Lee dan Yun.

"Siap Z?". Tanya Yun.

"Itu lah, yang menyanyi dekat pentas band tu!".

Tunjuk Z dengan moncongnya.

"Ye lahhh, aku dah ingat! Tapi pelik, lahh".

Kata Z lagi.

"Hisss kau ni apa yang peliknya".

Tanya Yun lagi.

"Hari itu, masa aku bergaduh dengan Zie, Zie lari ke rumah Dee. Bila aku sampai, Lelaki itu baru keluar dari rumah Dee. Tapi berpakaian polis".

Terang Z.

"Jadi yang menyanyi tu polis lah ye?".

Tanya Lee.

"Atau kau salah orang ni Z".

Kata Lee lagi.

"Hissss entah lahh".

Balas Z dan membiarkan sahaja perkara itu. Sehingga Dee datang kepada mereka.

"Dee, Mamat yang menyanyi tu bukan ke yang datang rumah kau, masa Zie ada?".

Tanya Z, bila Dee datang untuk duduk bersama sama Z.

"Ohhh ahaaa betul lah tu... Dia datang sini gantikan abang dia".

Terang Dee kepada Z.

"Wahhh dasyat ye, polis pun pandai menyanyi. Suara power".

Kata Z sambil terseyum...

.........................................

"Heiii dear bangunlah. Kata nak jalan jalan dekat pasar pagi Cameron ni".

Tanya Yana.

"Aku dah tak sabar nak makan strowberry coklat ni".

Kata Yana lagi.

"Hurmmm ok lah ok lah".

Zie mengeliat sambil bangun dari atas katil. Mereka bersiap siap untuk check in dan meneruskan percutian mereka.

"Ok lepas ni kita nak kemana?".

Tanya Zie kepada Lin dan Yana.

"Ok, kira turn aku lah ni ye".
kata Lin.

"Korang duduk je hari ini. Biar aku pulak yang memandu pula". kata Lin.

"Kita patah balik ke Melaka".
kata Lin lagi.

"Hisss memang kerja gila lah kita ni hahahhaha".

Mereka bertiga ketawa dan meneruskan perjalanan, berpatah balik ke Melaka.

...............................

"Z, bila bini bini kita ni nak balik".

Tanya Yun.

"Alaaaahhh relex lah Yun. Biarlah mereka enjoi dulu. Kenapa? kau dah rindu ye?".

Sindir Z.

"Hisss gila tak rindu. Baru dua hari mereka pergi aku dah rindu". kata Yun sambil ketawa.

"Mana lah Lee ni?".

kata Z kepada Yun.

"Kau ni Z, macam tak kenal Lee tu. Mesti lah dia senyap senyap keluar".

Terang Yun kepada Z.

"Sorry bro! Aku lambat". kata Lee.

"Hurmmm fahamm".

Kata Yun.Terseyum Lee.

"So hari ni nak lepak mana pula?".
Tanya Lee.

"Malam minggu ni ramailah dekat club. Malas pula aku nak redah orang ramai ramai".

Kata Z.

"So lokasi yang lain kemana?"
Tanya Lee lagi.

"Apa kata, kita lepak tengok budak budak lumba motor nak. Lama aku tak tengok orang berlumba.
gian pula aku".

Kata Lee.

"Dulu aku lah ketua setting motor mat rempait".

Kata Lee lagi.

"Wahhh dasyat lah kau Lee".
kata Z.

"Lee ni memang dasyat Z". Sampuk Yun.

"Kaki setting motor orang. Kalau bab berlumba dia bagi Khai".

kata Yun lagi.

"Korang tau! Aku tak pernah join mana mana budak motor. Dari sekolah aku dah berkawan dengan Zie, Zie tak bagi aku naik motor. Dia kata bahaya".
kata Z lagi.

"Rugi lah kau Z... Ok kalau macam tu jom lepak bukit. Kita tengok budak budak setting motor dengan berlumba. Mesti kau best punya".

Kata Lee kepada Z dan nereka bertiga terus menghala ke atas bukit.

.......................................

"Apa yang best dekat Melaka ni Lin?".
Tanya Yana.

"Ehhh kau ni Yana. Banyak lah, tempat menarik dekat sini. Kalau macam sekarang ni, malam malam macam ni, jonker walk lah yang paling best. Jom jalan sana".

Ajak Lin. Mereka bertiga bersetuju. Dalam perjalan ke sana. Lin yang membawa kereta.

"Korang aku nak call Z lah. Entah apa dia buat agaknya".

Kata aku dan terus menghubungi Z.

"Ring! ring! ringggg"

"Korang, Zie call aku".

Z menunjukan screen talifon bimbitnya kepada Lee dan Yun, yang tengah sebok melihat budak budak motor setting motor masing masing.

"Masuk kereta Z".

Arah Lee. Z berlari masuk ke dalam kereta. Agar suasana, tak terlalu bising.

"Hai sayang".

Kata Z sambil menekan butang angkat.

"Haiii sayang i miss u dear. Kau tengah buat apa sayang?".

"I miss u tooo sayang. Aku tak de buat apa apa pun. Cuma jalan jalan dengan Lee dan Yun je".

"Wahhh melepak lah ni. Ok tak apa. Kau boleh enjoi sayang. Tapi ingat sikit, jangan nak buat hal".

Zie memberi peringgatan.

"Ye sayang, Aku ingat... Macam mana dekat sana ok ke? Kalau pergi mana sebenarnya?".

"Sayang, kau tau. Semalam aku pergi Cameron.
bestnya sayang. Teringat memori kau dengan aku dekat sana. Tiba tiba aku rindu pula dengan kau.

"Amboii, sampai ke sana. Aku pun rindu kau.
Aku rindu sangat. Balik cepat ye?".

"Oiiii, cepatlah dah sampai. Tak kan asyik nak bergayut je".

Jerit Lin... Membuatkan Zie membeliakkan biji matanya.

"Ehhh ok lah Z, aku nak pergi jalan jalan ni. Dah memekak jorang. Love u sayang".

"Ok sayang, jaga diri kau ye. Aku sayang kau juga.
Bye sayang".

"Bye sayang".

Zie memutuskan talian dan keluar dari keretanya.

"Amboii, macam orang bercinta".

Kata Yana. Terseyum Zie.

"Korang tau, Z tengah lepak dengan laki laki korang". Kata Zie.

"Hurmmm biar lah jorang enjoi Zie".
Balas Lin.

"Lepas balik ni, kita akan jadi bini dia orang balik".

Kata Lin lagi.

"So kita enjoi".

Kata Lin sambil ketawa.

..............................................

"Apa mereka kata Z?". Tanya Yun.

"Mereka ok je. Happy sangat dekat sana. Hari pertama ikut perancangan Zie. Zie bawa jorang keCameron Highland. Kemain seronok lagi mereka". kata Z.

"Malam ke2 ni aku tak tau jorang kemana. Zie tak nak bagi tau aku. Biarlah jorang enjoi dekat mana pun diorang pergi". Kata Z lagi.

"Betul tu Z". Balas Lee.

"Yang paling penting, mereka bertiga setia dengan kita. Mereka bertiga tu pun masih cantik cantik lagi. Jangan kena kacau dengan orang jahat dah lahh". kata Lee lagi.

"Aku pasal tu, aku tak risau sangat Lee. Jorang bertiga ada tali pinggang hitam. Dasyat tu, kalau dia orang berlawan, masa sekolah dulu".

Kata Z sambil ketawa.

"Yang aku takutkan. Ada yang kacau mereka. Orang yang kacau tu, lebih handsome dari kita bertiga. Makan hati oi".

Kata Z lagi sambil ketawa. Tergelak besar mereka bertiga...

.............................................

"Yana! esok turn kau. Kau nak bawa kita orang ke mana?".

Kata Lin kepada Yana.

"Ehhh Rahsialah! Mana boleh bagi tau. Esok aku pula memandu. Korang lepak je".

Kata Yana sambil terseyum... Keesokan harinya, mereka bersarapan dan meneruskan perjalan terakhir mereka. Yana yang akan memandu kali ini. Mana kala Zie dan Lin sebuk membuta didalam kereta

"Huwaaaaa, dah sampai mana Yana?"

Tanya Zie.

"Dah nak sampai dah".

Kata Yana, sambil tersenyum... Zie mengerutkan dahinya. Kerana dia terasa macam dia kenal tempat ni.

"Wowwww, terbaik lah kau Yana... Memori paling meletop sekali, dekat sini lah".

Jerit Zie kegembiraan.

"Oi oi Lin bangun bangun. Kau tengok kita dekat mana sekarang ni".

Kata Zie kepada Lin yang sedang sedap tidur

"Kita dekat mana ni Yana?".

Tanya Lin yang masih blurr, bila baru bangun dari tidur lena. Lin memandang sekeliling kawasan tersebut dan memandang Zie dan Yana.

"Yahooooo"....
Tiba tiba Lin menjerit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience