"Tok tok tok".
Pintu bilik Khai diketuk.
"Ini mesti Amir? Dia mana boleh kalau saya tak turun bawah. Ada je makanan dia nak bagi saya".
Kata Khai kepada Zie. Kahi bangun dan membuka pintu bilik. Terperanjat Khai, bila lihat kawan kawannya ada didepan pintu.
"Surprise".
Jerit Lee dan Yun serentak.
"Woiiiiii korang, kenapa sampai datang sini?".
Khai kehairanan dan terperanjat.
"Ohhhh! Kau dekat sini rupanya?".
Sambil mereka berempat masuk kedalam bilik Khai. Terperanjat Lin dan Yana bila lihat Zie juga ada di situ. Mereka berlari dan memeluk Zie.
"Sayang! Kau dekat sini rupanya. Kami rindu dekat kau".
Kata Yana, Sambil berpelukan mereka bertiga.
"Ohhh Kahi! Kau dah tau Zie di sini. Kau boleh diam aja ye Khai". Marah Lee.
"Aku pada mulanya memang tak tau dia di sini, Sehinggalah aku sampai sini... Aku juga terperanjat beb, bila Amir beritahu aku, Zie ada didalam bilik".
Kata Khai kepada semua, sambil memandang Zie dengan senyuman. Zie pula hanya tersenyum memandang kawan kawannya.
"Sorry lah korang. Aku yang suruh Khai rahsiakan dari semua. Aku kalau boleh tak nak sesiapa tahu aku disini. Aku nak tenangkan fikiran aku".
"Hiss, kau ni Zie, Kita orang cukup cukup risau. Takut sesuatu yang buruk terjadi kepada kau. Z tu, dia dah jadi tak tentu arah, mencari kau ke sana ke mari. Dia asyik call aku je. Tanya kau ada call ke tak? Handphone pun kau Off kan. Susahkan hati kami je lah kau ni Zie. Ini tak taulah aku, dia cari kau dekat mana?".
Kata Lin lagi dengan nada sedikit marah.
"Pagi tadi pun, dia ada call aku, tanya kau?".
Sampuk Yana pula.
Zie mula terduduk di sofa bila mendengar Z mencarinya.
"Hurmmm entahlah korang. Aku tak tau nak cakap apa. Aku betul betul tak nak semua ni terjadi. Aku mula rasa tak senang hati. Aku rasa, aku kena balik dan berhadapan dengan masalah aku ni. Aku kena bersemuka dengan Z. Aku tak boleh terus lari begini".
kata Zie lagi, Sambil bangun terus ke balconi.
"Zie, aku sokong cara kau tu. Kau kena bersemuka dengan Z. Berbincang elok elok. Kau kena dengar apa yang dia nak cakap. Sebelum kau buat sebarang keputusan".
Kata Lin yang mengikut Zie ke balconi.
"Hurmmmm dah lah! Kami nak letak bag dulu dalam bilik kami".
Kata Lee, Lee bangun untuk pergi ke bilik sebelah. Begitu juga Yun dan Lin. Mereka hendak meletakkan barang barang mereka dibilik masing masing. Bila pintu bilik dibuka oleh Yun, untuk keluar. Masing masing terperanjat dan terpaku.
"Heiii Z".
Lin terperanjat, bila melihat Z berdiri dihadapan pintu bilik Khai. Masing masing yang berada didepan pintu bilik juga turut terperanjat.
"Kau buat apa di sini Z?".
Tanya Lin dalam wajah yang betul betul terkejut. Sampai terbeliak mata mereka yang ada didepan pintu.
"Aku tau! Pasti ada sesuatu di sini. Aku ikut korang dari rumah Yana. Bila aku nampak, masing masing membawa bag baju".
kata Z dan meluru masuk kedalam bilik Khai. Bilik yang agak besar untuk seorang tertamu. Z melihat sekeliling bilik, yang penuh dengan gambar Zie bermesra dengan Khai. Z terpandang gambar Zie memakai baju kebaya, masa minta kerja dan terus tak dapat di hubunggi hingga kemalam. Hati Z betul betul tersentak dan tergamam memandang kepada Khai. Zie masih lagi di balconi dan tak perasan kehadiran Z disitu.
"Apa semua ni Khai! Tolong bagi tau aku?".
Z mula hilang arah dan tidak tentu hala. Dia bermundar mandir didepan Khai. Sambil menahan marah.
"Tolong Kahi".
Kata Z lagi. Khai hanya setia berdiam diri.
"Kau bawa dia ke sini, masa dia lepas temuduga hari tu kan?".
Z menjerit dengan kuat.
"Apa semua ni Khaiii!".
Terperanjat Zie yang ada di luar balconi, bila mendengar suara Z dan terus masuk ke dalam.
"Apa kau buat dekat sini Z?".
Tanya Zie yang betul betul terperanjat.Dengan kehadiran Z disitu.
"Kau tanya aku, apa aku buat dekat sini Zie? Sepatutnya aku yang tanya kau! Apa kau buat dekat sini? Kau buat apa di sini Zie? Ini semua apa Zie?".
Sambil Z menunding jari kedinding dinding yang dipenuhi gambar Zie, bermesra dengan Khai.
"Kenapa kau tipu aku minggu lepas? Kau kata kau shopingg sampai lewat malam! Tapi kau ke sini kan?... Baju kebaya yang kau pakai itu buktinya kau kesini. Sampai hati kau tipu aku Zie".
Z tertunduk layu.
"Kau buat apa dengan dia Khai?... Apa semua ni Zie?".
Tanya Z lagi dan terus terduduk di sofa.
"Maafkan aku Z. Dalam tak sedar, aku mula sayangkan Zie".
Kata Khai selamber.
"Apa Khai?".
Z merenung tajam kepada Khai.
"Aku mula suka dia Z".
Z terbangun dari sofa bila mendengar ayat Khai lalu, tanpa sengaja melepaskan satu tumbukan tepat ke pipi Khai dan Khai nyaris terjatuh. Jadi pergaduhan kecil didalam bilik itu. Lee dan Yun cuba meleraikan pegaduhan itu, tapi tidak dapat dileraikan. Meraka menolak nolak antara sama lain. Zie menarik nafas panjang dan mula menjerit.
"Cukup tu! Cukup tuuu!".
Zie menjerit sambil menangis. Jeritan Zie membuatkan semua menjadi patung dan masing masing terhenti dari bergelut, lalu membetulkan baju dan posisi masing masing.
"Cukup tu!".
Zie mula mempelahankan suara. Sambil air mata mula membasahi pipi.
"Z, Ini kali ke dua Z. Kali kedua kau bergaduh dengan orang yang sukakan aku dan kali ke dua kau sakitkan hati aku... Dulu Kid sangup undur dirinya. Kerana sayangkan aku dan kesian dekat kau, yang juga sayangkan aku. Kid bagi peluang itu dekat kau Z... Aku rasa kau tau apa jawapan aku lepas ni".
Sambil air mata Zie, tak henti henti mengalir.
"Kau tau Z, aku sayang sangat engkau. Sayang yang teramat tebal dalam diri ini. Walau pun aku dengan Khai minggu lepas lepak sini. Tapi kau masih lagi ada didalam mata dan dalam fikiran aku. Aku tak sanggup berpisah dengan kau. Aku mengawal hati aku, untuk terus setia dengan kau... Tapi ini yang aku dapat dari kau Z, Kecurangan kau. Kecurangan yang pernah kau buat dulu. Menghancurkan hati aku lagi dan lagi dan lagi, sampai bila Z... Kini, hati aku betul terluka Z. Kerana perbuatan kau. Apalah gunanya aku sayang kau, Tapi sayang aku tak di hargai lansung".
Zie memandang tepat kepada Z yang hanya tunduk kebawah.
"Maafkan aku Zie... Ini semua bukannya salah aku. Tapi kenapa aku kena terima semua ini!"
Z tertunduk sambil berbicara.
"Aku diinaya, Tapi aku yang dipersalahkan. Memang betul silap aku Zie... Aku tak dapat mengawal nafsu aku. Tapi aku tau, itu bukan punca kau marah sangat dengan aku. Puncannya hati kau dah ada orang lain. Sebab itu kau bersungguh sungguh marahkan aku. Aku tau itu Zie. Sejak aku melangkah kaki di sini dan melihat semua yang ada di sekeliling aku ni... Aku mula sedar, siapa aku di hati kau. Kalau Kid boleh mengalah dengan aku. Kerana sayangkan kau. Tak apa lah Zie, aku juga boleh mengalah. Mengalah untuk kau miliki orang lain di dalam hati kau... Jangan jadikan Daya penyebab kita berpisah. Kerana dalam hati ini tak ada sedikit pun ruang untuk dia. Hanya kau sahaja yang ada di hati ini".
Z memegan dadanya.
"Dan tetap selamanya abadi di sini. Kerana kau sahaja yang aku cinta".
Z menahan sebak dan menahan air mata dari mengalir dihadapan kawan kawan.
"Maafkan aku sayang! Tolong maafkan aku sayang".
Z mula melutut meminta kemaafan dari Zie.
"Tolong Z, jangan buat aku serba salah".
Kata Zie dan berlari keluar dari bilik dan menuju tepian pantai. Zie betul betul didalam dilema dan tidak dapat berfikir dengan tenang. Khai dan Z berlari mengejar Zie yang menuju ke pantai. Suasana petang menghembus angin yang begitu kuat. Laut mula bergelora, seperti faham perasaan Zie disaat ini. Zie memandang ke laut. Segalan pengakhirnya bukan mudah untuk dirungkai. Pilihan yang tepat harus di buat. Kerana tak mahu ada hati yang terluka. Perkenalan sejak alam remaja atau perkenalan yang baru dalam hidupnya.
"Ohhh! Aku betul betul buntu"
Bisik Zie. Sambil air mata mengalir di pipi dan memandang ke laut.
"Zie sayang".
Z memegang bahu Zie.
"Aku rindu kau".
Air mata yang ditahannya sedari tadi mengalir ke juga dipipi.
"Aku rindu sangat. Sejak kau hilang dari pandangan mata. Aku separuh gila, memikirkan kau"
Z memusingkan badan Zie kehadapan kepadanya dan memeluk erat Zie. Zie juga membalas pelukan itu.
"Z sayang, Maafkan aku Z. Aku betul betul sayangkan kau, cintakan engkau. Cinta sangat Z. Mungkin betul Daya bukan penyebab utama.
Tapi aku nak engkau tau... Yang Daya juga pernah bertahta di hati kau. Jadi aku bukanlah orang yang pertama dalam hidup kau. Begitu juga aku. Kau bukanlah orang pertama dalam hidup aku. Tapi aku berharap, kau lah orang terakhir dalam hidup aku. Tapi semuanya dah hancur berkecai Z".
Zie berbicara agak berbisik, sambil memeluk erat Z... Khai yang berada disitu, berpusing untuk pergi, bila lihat Z memeluk Zie dan Zie membalas pelukan itu.
"Nanti dulu Khai"
Khai terhenti dari melangkah. Zie melepaskan pelukan Z dan pergi ke Khai. Lantas memeluk erat Khai, Khai menyambut pelukan Zie. Zie memandang tepat ke wajah Khai dengan wajah yang penuh kesedih.
"Khai sayang, Maafkan saya. Kerana mula cintakan awak. Awak seorang lelaki yang sangat baik, yang saya pernah kenal. Saya mula sayangkan awak. Tapi tak terdaya untuk saya luahkan. Kenangan kita bersama, walau pun singkat...Tapi indah dimata dan Sentiasa terpahat di hati ini. Awak orang pertama yang menyambut saya bagai seorang puteri, sejak kita sampai disini. Hati saya sungguh tersentuh, bila awak buat saya gembira. Tak terdaya rasanya. Untuk meninggalkan kamu berdua".
Sambil melepaskan pelukan Khai. Zie memegang tangan Z dan sebelahnya memegang tangan Khai.
"Pengakhirannya di sini! Aku terpaksa lepaskan kamu berdua. Kalau ada antara hati yang terluka. Orang itu biarlah ialah aku".
Kata Zie, Sambil mengengam erat tangan Z dan Khai.
"Inilah penghujung cerita cinta kita. Penghujung Cinta yang sedih"
Sambil Zie memandang Khai dan Z... Zie memegang tangan Khai dan Z diletakannya dipipinya kiri dan kanan
"Terima kasih kerana terima aku dalam hati korang berdua".
Zie melepaskan tangan Khai dan melepaskan juga tangan Z.
"Aku tidak mahu untuk membuat keputusan ini. Tapi aku terpaksa. Kerana aku tak mahu, seorang pun diantara kamu kecewa dengan aku. Tolong faham aku".
Zie memandang Z dan menoleh pandangn kepada Khai pula. Masing masing berdiri seperti patung antara kiri dan kanan Zie.
"Aku nak berseorangan. Aku tak mahukan ini semua. Aku nak kamu terima keputusan Aku".
Zie membuka cincin dijarainya.
"Ambil ini Z. Tolong simpankan untuk aku. Nama dibelakang cincin biarkan ia tetap jadi kenangan antara aku dan engkau sayang".
Zie memberikan kembali cincin yang pernah Z berikan kepadanya dahulu... Z menolak pemberian itu.
"Zie, tolong jangan buat aku macam ni! Aku tak boleh hidup tanpa kau. Aku tak akan boleh hidup tanpa kau. Tolong jangan suruh aku buat kerja bodoh lagi Zie. Dari aku berputih mata kerana tak dapat kau. Aku rela pergi dari dunia ini. Kerana aku betul betul tak boleh hidup tanpa kau di sisi aku".
Lafas Z, Khai pula sedari tadi diam membisu. Tak tahu apa yang mahu di katakan kepada Zie. Z lebih berhak memiliki Zie, dari dirinya. Kerana dia hanyalah kenalan baru. Yang hanya baru mencintai Zie. Berbeza pula dengan Z yang sudah bertahun tahun mencintai Zie.
"Siapa aku nak di bandingkan dengan Z. Walau pun hati aku juga menderita, tapi aku kena terima keputusan Zie".
Bisik Khai di dalam hati. Sambil setia mengharapkan sesuatu yang ajaib terjadi.
Share this novel