Tindakan bodoh Z

Romance Completed 40494

Zie menarik tangan Z dan menyerakan cincin itu. Z mengengam kuat cincin yang diberikan oleh Zie...

"Terima kasih sudi jaga aku dari zaman kanak kanak kita Z".

Zie mengucup pipi Z kiri dan kanan dan beralih kepada Khai pula.

"Terima kasih pinjamkan saya tempat yang indah ini. Tempat yang sangat cantik. Memori bersama awak, tak mungkin dapat saya lupakan. Saya juge mula sayang awak. Terima kasih kerana sudi mencintai saya dan terima kasih membenarkan saya mencintai awak".

Sambil Zie mengucup pula pipi Khai kiri dan kanan.

Zie berlalu pergi dengan linangan air mata. Z masih setia mengejar Zie. Khai pula, melabuhkan punggungnya dikerusi ditepi pantai dan memandang ke laut.

"Begini rupanya pengakhiran cinta aku. Bila cinta mula berputik, kau pergi begitu sahaja. Tinggalkan kenangan kita bersama... Siti aku rindukan kau! Kalau kau ada disisi aku, semua ini pasti tidak akan terjadi".
Bisik Khai di dalam hati dan mula merinduikan Siti.

"Zie, tunggu aku Zie".

Z setia merayu kepada Zie.

"Z tolonglah faham aku... Aku tak mahu sesiapa pun di antara kamu. Kau carilah hidup kau Z. Biarkan aku dengan hidup aku. Aku nak keseorang Z. Aku tak nak lagi masalah. Aku nak hidup dengan tenang mula dari saat ini. Tolong pergi Z. Aku juga akan pergi dari sini".

Zie melangkah terus ke lobi.

"Amir, boleh call kan saya grab ke Kl sekarang. Saya nak balik".

"Baik cik Zie".

Balas Amir.

"Tolonglah Zie, Biar aku bawa kau balik. Jangan call grab. Tolong benarkan aku Zie".

Z masih lagi merayu kepada Zie. Z betul betul tidak putus asa. Untuk menarik semula perhatiaan Zie.

"Maafkan aku Z, keputusan aku muktamat. Aku tak mahu kau, mahu pun Khai. Jangan paksa aku Z".

Zie mula meninggikan suaranya kepada Z. Membuatkan Amir yang tidak faham apa yang terjadi, hanya berkerut dahi.

"Zie kalau inilah pengakhirnya. Biarlah aku sahaja yang pergi. Dari aku sakit begini, menunggu cinta kau... Baik aku yang undur diri".

Z memandang kepada Zie.

"Tolong cakap yang kau dah benci aku. Kau dah tidak sayang aku. Supaya aku boleh tahu. Yang kau betul betul dah bencikan aku".

Zie hanya diam tunduk membisu. Tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Zie. Hanya linangan air mata yang mengalir dipipi.

"Aku faham Zie... Selamat tinggal Zie, Terima kasih kerana pernah cintakan aku. Aku sayang kau hingga ke mati".

Z terus berlalu pergi ke parking keretanya dan memandu dengan laju, Keluar dari kawasan resort... Hati Zie mula berdebar bila Z buat begitu. Perasanya muka tidak sedap, Kerana Zie pernah melihat Z begitu, sebelum kemalangan jalan raya masa di Ipoh. Zie mula menjadi tidak tentu arah. Degupan jantungnya bertambah laju.

"Amir, batalkan grab saya".

"Kenapa cik Zie? Kelang kabut sangat ni?".

"Tak ada apa Amir! Tolong panggilkan Khai dipantai. Saya ada di bilik. Sekarang ye Amir".

Zie bergegas naik ke atas menaiki tangga.

"Baik cik Zie".

Amir juga lantas bergegas memanggil Kahi didepan pantai. Sampai ke atas Zie menggambil beg tangannya. Lalu mengetul bilik Lee dan bilik Yun.

"Korang Z dah buat hal".

Sambil memandang Yana dan Lin didepan pintu bilik.

"Apa Zie, Kenapa ni?".
Tanya Lin yang kebingunan bila melihat Zie yang tidak tentu arah.

"Z dah buat hal macam di ipoh tu Lin".

Zie kelihatan pucat dan mula menangis.

"Dia bawa kereta laju dan keluar dari resort".

Cerita Zie lagi.

"Oh My God. Kenapa jadi macam tu Zie?".

Tanya Yana dan Zie berdiam diri.

"Apa yang telah terjadi?"

Zie lantas memeluk Khai, bila sahaja Khai sampai diatas dan bertanya.

"Khai, tolong saya. Bawa saya cari Z. Saya tau dia balik ke KL. Saya tau dia akan bertindak gila sepanjang dia memandu".

"Sudah, jangan menangis Zie. Saya bawa awak cari Z... Yun, tengok bilik aku ye. Aku pergi kejar Z".

Kata Khai sambil memandang kepada Yun.

"Hati hati Kahi".

Balas Yun. Khai hanya menganggukkan kepalanya dan memimpin tangan Zie, turun kebawah mengunakan tangga... Khai dan Zie bergegas turun kebawah dan masuk kedalam kereta untuk mengajar kereta Z.

"Awak, saya betul betul takut. Saya tak mahu lagi sejarah lama berulang. Kerana kesilapan pernah membencinya. Dia membuat perkara yang betul betul bodoh. Z seorang yang suka ikutkan kata hati, Tanpa berfikir dengan waras".

Cerita Zie lagi.

"Kenapa Zie?".

Tanya Khai.

"Peristiwa lama Khai. Z pernah memandu sehingga tidak dapat mengawal keretanya dan akhirnya dia kemalangan. Sebab, saya cuba putuskan hubunga kami".

Zie menarik nafas panjang.

"Khai, hati hati. Jangan bawa laju sangat. Saya takut".

Arah Zie lagi.

"Ok Zie".

Balas Khai... Zie mengambil talifon bimbitnya didalam bag dan terus menekan butang on.

"Sudah lama handphone ini tak dibuka".

Bisik Zie di dalam hati. Bertalu talu watsap dan masenger masuk. Masing masing berpandangan antara satu sama yang lain.

"Banyaknya Zie".

Tanya Khai. Zie hanya diam.

"Bukan masanya, nak check watsap".

Bisik Zie.

Zie lantas menalifon Z. Tapi tidak jawap.

"Tolonglah Z angkat. Aku tak boleh macam ni, Hati aku betul betul risaukan kau. Kenapa semua ni terjadi lagi? Tolong angkat sayang".

Bisik Zie...

Dari jauh, jalan di lebuh raya kelihatan sesak.

"Apa yang terjadi di depan tu ye?".
Bisik hati Zie lagi.

"Khai, boleh tolong ikut laluan kecemasan? Saya tak boleh sabar nak tengok kenapa jem didepan tu".

Khai hanya mengikut kehendak Zie. Walaupun Khai tahu itu membahaya. Dari jauh ternampak ada satu kemalangan. Hati Zie mula berdebar.

"Oh tuhan, moga moga bukan Z".

Dada Zie mula berdebar debar.

"Khaiiii".

Zie mula menjerit dan menangis. Berdebar debar dada Khai, bila Zie menjerit namanya.

"Khai, itu kereta Z"

Bagaikan mahu terhenti jantung Zie, bila melihat kereta Z yang terbalik di tengah tengah lebuh raya.

"Apa Zie?".

Tanya Khai. Bila melihat Zie tidak tentu hala didalam keratanya.

"Khai, itu kereta Z".

Sambil Zie menutup mukanya dengan kedua dua telapak tangannya dan menangis. Sampai berhapiran tempat kemalangan. Zie melompat turun dari kereta. Walaupun kereta Khai masih belum bersedia untuk dihentaikan. Zie berlari ditengah tengah lebuh raya. Sambil berteriak memangil nama Z... Zie sudah tidak ada perasaan malu lagi. Dirinya sudah seperti orang yang hilang pedoman. Z pula terbaring di tengah tengah lebih raya. Ramai yang berkumpul melihat Z. Zie meredah orang ramai yang berkerumun. Lebih memilukan hati Zie, Bila melihat keadaan Z yang terbaring dengan darah yang banyak di atas jalan raya. Z kelihatan cedera parah. Zie lantas menerpa kepada Z dan merangkul serta memeluknya. Khai memegan Zie, supaya Zie bertenang. Tetapi Zie tidak dapat dikawalnya.

"Sayang kenapa kau buat macam ni? Tolong aku sayang. Jangan tinggalkan aku. Aku sayang kau.
Aku berjanji tak akan tinggalkan kau."

Jerit Zie sambil merangkul Z dipangkuannya. Bila Z mendengar sahaja suara Zie, Z membuka matanya. Darah mula keluar dari mulut Z. Z memandang Zie dengan wajah yang dalam kesakitan.

"Tolong call Ambulans! Tolong call".

Zie menjerit.

"Kami sudah call ambulance cik"

Kata salah seorang yang berada di situ. Zie, kembali memandang Z. Z memegang pipi Zie. Habis pipi Zie, di penuhi darah Z.

"Sayang kau datang" Kata kata terakhir Z dan terus melelapkan mata.

"Sayangggggg". Zie menjerit dengan lebih kuat.

"Jangan tinggalkan aku sayang. Kau lah segala galanya dalam hidup aku. Tolong jangan tingalkan aku. Tolong jangan tingalkan aku Z".

Zie mengulang ulang ayat yang sama. Khai, terduduk di tengah tengah lebuh raya. Bila Z memejamkan matanya.

"Maafkan aku Z. kalau aku tak rebut cinta kau. Ini semua tak akan terjadi. Maafkan aku Z".

Khai menyesali diatas semua yang terjadi dan menyalahkan dirinya sendiri... Ambulans sampai dengan laju dan mahu memeriksa Z.

"Mohon ke tepi Cik! Saya nak periksa mangsa".

Kata Staff ambulans itu. Zie beralih sedikit ke tepi.

"Masih hidup kata Staff itu kepada kawannya. Bergegas mereka mengambil stretcher diambulance. Dan menggankat Z masuk ke dalam ambulance. Zie dan Khai juga bergegas pergi ke kereta dan mengikut ambulance itu. Z dibawa ke hospital yang berhampiran. Hati Zie bertambah berbebar debar.

"Khai, apa yang saya dah buat ni Khai. Salah saya ke Khai?"

Kata Zie yang duduk di depan zon kecemasan. Bila sampai di hospital.

"Saya yang bersalah Kahi".

Khai memeluk Zie.

"Zie, ini semua dah takdir. Bukannya salah awak. Z yang menggikutkan hatinya. Jangan pernah salahkan diri sendiri".

Khai cuba memujuk Zie.

"Khai, andainya sesuatu terjadi terhadap Z. Saya tak boleh memaafkan diri saya. Saya akan hidup dengan perasaaan serba salah Khai".

"Jangan macam tu Zie, kita kena berdoa. Moga Z selamat. Jangan fikir benda yang tak elok".

Kata Khai lagi. Zie kembali menangis. Khai melepaskan pelukan Zie dan bangun untuk menalifon kawan kawan di resort. Khai menalifon Yun dan memeberitahunya yang Z kemalangan dan cedera parah. Kini dia dan Zie berada di hospital... Yun meletakkan talifon bimbitnya dan memandang Lin dan Yana.

"Kenapa Yun?".

Tanya Lin. Yun terduduk di atas katil.

"Kenapa Yun, siapa yang call?".

Tanya Lin lagi dengan debaran. Bila Yun hanya dia membisu.

"Lin, Yana Z kemalangan".

Kata Yun. Lin, Yana dan juga Lee terperanjat. Bila Yun kata begitu.

"Aku dah sangka, Z akan buat kerja gila".
Balas LIn.

"Aku kenal Z. Dia suka mengikutkan hati".
Kata Lin lagi sambil mengalir air matanya.

"Z parah Lin".

Kata Yun, sambil menahan sebak. Lin dan Yana berpandangan dan terus memandang kepada Yun.

"Apa Yun?".

Yana bertanya lagi, sambil berkerut dahi.

"Dia parah".

Yana mula menangis dan memeluk Lin. Bila Yun mengatakan Z cedera parah.

" Tolong bawa kami ke sana Yun".

Yun mengambil kunci kerata dan membawa semua kehospital. Dalam pejalan melalui lebuh raya. Ternampak kereta Z yang sudah dialihkan di tepi jalan. Yana tiba tiba menjerit.

"Lin itu kereta Z".

Sambil Yana menangis dan sedikit meraung, bila melalu kereta Z yang sudah 50% hancur.

"Yaallah! Apa sudah jadi dengan kau ni Z. Kami sayang kau Z".

Bicara Lin lagi. Yana pula setia menagis. Tak sangup nak tengok sesuatu yang buruk terjadi terhadap Z. Z dan mereka sudah pun seperti adik beradiknya.

"Yaallah, tolonglah kami".

Yana menangis teresak esak. Lin juga menangis, tapi air mata sahaja yang berlinangan dipipi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience