Saat bahagia

Romance Completed 40494

Z melangkah bangun dari sofanya dan terus kebilik, Z mengambil bag bajunya dan membawa keluar dari bilik kedua yang bersepah dengan bag bag kawan kawan yang lain.

"Zie, aku letak barang aku dalam bilik kau ya. Banyak sangat bag bersepah sepah dalam bilik tu. Boleh ke?" Tanya Z.

"Ok, boleh je. Nanti malam terus tidur dengan aku ya Z".

Aku tergelak besar, bila aku membuat lawak dipetang hari. Kawan kawan aku juga turut tegelak... Muka Hafiz pula, terus berubah bila aku dan Z bergurau senda bersama.

"Hurmmmm! Bagus sangat, itu lah yang aku mahukan. Biar dia pula bengang dengan aku". Aku terseyum sendiri.

Bila malam menjelang, perut aku betul betul terasa lapar. Aku memandang kawan kawan yang sebuk berborak bersama pasangan masing masing.

"Heiii korang! Korang tak lapar ke? Tak kan nak hadap couple masing masing je ke? Boleh kenyang ke perut korang? Jom lah keluar makan malam. Kita jalan kaki je, dekat kedai tomyam depan tu". Ajak aku.

"Tadi, masa nak masuk sini, aku ada nampak depan tu ada kedai tom yam. Jom perkena tomyam, lepas magrib ni".

Ajak aku lagi. Kawan kawan semua bersetuju dengan cadangan aku. Sorang sorang bangun melangkah ke bilik air, untuk mandi. Aku pula duduk disofa, menjada penunggu setia semua kawan kawan bersiap.

"Nak tunggu semua mandi, Jawapnya tengah malam baru dapat pergi makan". Ngomel aku.

Bilik air di rumah ni ada dua aja. Satu dekat dapur, satu lagi didalam bilik perempuan... Perempuan ni, kalau bersiap makan masa yang sangat lama. Ini dah pukul 6.30petang. Kalau nak tunggu lagi empat orang perempuan siap, sorang sorang. Tambah pula lelaki lapan orang ni.

"Hurmmmm esok ajalah, baru dapat makan".
Aku menyungut sendiri.

"Ok, Jom keluar makan. Kita jalan kaki ajalah ya? bukan jauh pun. Depan tu je...Nak lepak pub pun boleh. Semua ada dekat depan tu. Boleh perkena satu dua teguk air".

Aku ketawa bila aku membuat lawak. Mana kala yang lain, terpingga pingga. Seperti tidak faham lawak aku.

"Hiss kau kan dah janji, tak nak minum minum lagi!"

Marah Z, sambil berketut wajahnya.

"Sayang, aku ingat janji aku. Aku melawak pun tak boleh ke?. Dah jom".

Aku menarik lengan Z. Sambil berjalan, aku membakar sebatang rokok. Suasana lebih sejuk, bila menjelang malam. Aku sempat mencapai selendang dan aku lilitkan ditengkuk, agar hilang sikit rasa sejuk. Aku memerhati kawan kawan yang berpasangan. Mereka memelok pasangan masing masing, sambil berjalan. Perasaan cemburu mula membuak didalam hati. Bila melihat meraka yang romatik didepan mata.

"Kenapalah masa ni, aku berpisah dengan Hafiz. Kalaulah dia tak buat hal, pasti sekarang aku dan dia berjalan jalan sambil membelai antara satu sama lain. Macam pasangan kekasih yang lain. Hurmmmm, nasib aku dalam bercinta memang tak baik". Bisik aku sambil meneruskan perjalanan.

Kaki melangkah ke kedai makan. Sampai di sana, aku dan yang lain memesan makan. Aku memilih untuk makan tomyam. Agar badan terasa panas. Makan sampai diatas meja. Aku dan yang lain menikmati makanan masing masing. Sedap sangat rasanya. Kena pula masa sejuk sejuk macam ni... Selesai sahaja makan, kami membuat haluan masing masing. Aku hanya memerhatikan, Ita menarik manja tangan Hafiz. perasaan marah dan cemburu, mula membakar di hati ini. Benda inikah aku kena hadap, selama 10 hari? Jadi, untuk apa aku datang kesini?... Aku kena kuat dan kena terima kenyataan. Dia bukan untuk aku lagi... Mie, Shah dan Wan mengajak aku dan Z berjalan jalan dipekan kecik di Tanah Rata. Aku mengikut sahaja ke mana mereka pergi. Seronok berjalan jalan sambil berborak kosong. Sampai diapartmen, nampaknya semua sudah ada dihadapan television. Kecuali Hafiz dan Ita, yang masih leka diluar berdating berdua.

"Itu ke yang dikatakan, Perjumpaan yang tak disengajakan? baru kenal konon. Hurmmm jantan penipu. Aku bersumpah kau merana, sebab menipu aku"... Bisik aku di dalam hati sambil mengetap bibir kegeraman.

Jam di tangan menunjukkan sudah pukul 11.30malam. Aku sudah mula mengantuk. Aku bangun dari sofa.

"Korang, aku tidur dululah ya. Letih sangat". Kata aku kepada kawan kawan yang duduk diruang tamu.

"Ok". Balas Lin.

"Z, nanti nak ambil apa apa, masuk sahaja dalam bilik. Aku tak lock pintu".

"Baik" Balas Z, yang leka menonton television. Langsung tak pandang kepada aku. Aku melangkahkan kaki, terus masuk kedalam bilik. Sungguh sepi rasanya. Duduk didalam bilik berseorangan. Aku menutup lampu besar dan membuka lampu meja.

"Bodohnya tuan rumah ni! Bilik kecik, tapi dia pasangnya lampu kalimantan yang panjang. Nampak segala bulu hidung, bila didepan cermin. Buka lampu meja ni, baru lah romantik".

Bisik aku, sambil membuka suiz lampu meja. Aku baring diatas katil dan aku cuba untuk melelapkan mata, tapi tidak berjaya. Fikiran aku kacau, Jiwa juga aku betul betul tidak tenteram. Aku asyik terfikirkan apa yang Hafiz buat kepada aku harini. Air mata mula mengalir tiba tiba. Aku bangun dari katil dan duduk diatas kerusi di meja solek. Aku renung wajah aku yang layu didalam cermin.

"Hurmmmm! Apa yang tak kena dengan kau ya Zie?. Sampai kau ditipu".

Aku meluahkan kata kata didepan cermin.
Aku mencapai kotak rokok dan menghidupkan sebatang rokok. Aku menarik dalam dalam asap yang aku sedut dan menghembuskannya keluar dari mulut.

"Kalaulah masa ni aku dapat dua tiga tin air beer. Pasti aku dapat melupakan kau Hafiz". Bisik aku sambil terseyum memandang diri sendiri didalam cermin.

Aku sudah lama tak minum, sejak Z nasihatkan aku tahun lepas. Z betul betul sayangkan aku, kadang kadang dah macam bapa aku pun ada juga. Aku mencapai talifon bimbit vivo aku, screennye sudah banyak retakan, akibat banyak kali terjatuh. Nasib buka screen dalamnya, hanya screen protectornya sahaja yang harus ditukar baru. Tapi aku malas pula nak ke kedai handphone. Aku membuka geleri. Banyak gambar kenangan aku bersama Hafiz didalam talifon bimbit itu.
"Aku kena padam semua memori, kalau aku nak melupakan Hafiz".

Aku menekan satu satu gambar. Aku hayati gambar itu dan aku padam, dengan perasaan yang penuh duka dan lara. Sambil air mata setia mengalir, bila setiap kali aku memadam gambar gambar yang indah, sewaktu aku bersama Hafiz.
Hari pertama holiday yang penuh kejutan dan kesensaraan bagi diri aku disini. Menyesal rasa ya aku ikut Z disini. Tapi inilah takdir. Kalau aku tak ikut, aku tidak akan tau, apa Hafiz buat dibelakang aku. Aku selalu di tipu rupanya. Dalam kesedihan dihati, akhirnya aku terlena hingga ke pagi... Hari ke2 di Cameron highland. Pasti ramai orang. Kerana hari ni hari ahad. Mesti penuh kereta dijalan raya. Tak boleh jalan mana mana pun, skibat jalan yang sesak. Kami membuat keputusan, untuk duduk di rumah sahaja dan akan memulakan aktiviti pada hari isnin. Nak tunggu Nani sampai dulu kata Sham... Sham kami lantik sebagai ketua, sepanjang 10hari ni. Sebab dia arif tentang segalanya. Dia pandai mengguruskan semua aktiviti. Kami perempuan membuat keputusan, untuk membeli barang barang dapur. Kami akan masak hari ni.

"Sampai bila nak makan luar aja. Boleh pokai". Kata Lin.

"Tapi siapa nak masak?"
Sampuk Yana pula.

"Siapa nak masak, itu kemudian fikir! Jom ikut aku beli barang barang untuk memasak dulu".

Ajak aku, Yana bersetuju untuk mengikut aku pergi ke pasar pagi di Tanah Rata. Aku membeli barang basah. Kami hanya berjalan kaki je ke pasar pagi, yang jaraknya hanya 5minit dari apartment kami. Dalam perjalanan, Yana membuka cerita tentang Hafiz.

"Hisss minah ni! Aku ni dah malas nak cerita cerita pasal jantan tak guna tu, dia boleh buka cerita pula". Bisik aku sambil memandang Yana.

"Sampai hati kan, Hafiz buat kau macam tu Zie! Hafiz pasti tak sangka kau akan datang semalam".
Kata Yana.

"Tapi kau memang kuat lah Zie. Kalau aku lah, dah lama aku letupkan kepala dia". Kata Yana lagi. Aku hanya tersenyum sahaja.

"Yang sebenarnya beb, semalam aku memang nak letupkan kepala dia.Tapi Z halang aku. Dia tarik tangan aku, suruh aku duduk. Kalau tidak, dah berkecai kepala dia aku sebat".

Kata aku sambil ketawa dalam derita. Bila cerita tentang Hafiz yang curang.

"Hati aku ni, betul betul sakit. Hanya aku saja yang tau. Tapi apa boleh buat. Macam kata Lin semalam. Sekali petik 10 datang hehehhehe".

Kata aku sambil ketawa memandan Yana. Sampai di pasar, kami mencari semua barang barang yang di perlukan. Bila semua sudah ada. Kami bergegas balik ke apartment semula. Sampai diapartment aku dan Yana meletakkan barang diatas meja dah duduk berbincang, untuk menu hari ini.

"Nak masak apa hari ni ye beb?"
Tanya Yana.

"Aku nak masak Kari ayam lah beb, goreng ikan masin, goreng sayur".

Jawap aku, yang tiba tiba rajin untuk memasak hari ini.

"Pehhhh sedap tuu. Masak banyak, boleh sampai petang".Balas Yana.
"Tadi ada beli ayam dua ekor kan.
Kita masak seekor".

Aku memberi Yana cadangan.

"Ok ok! Tapi siapa nak masak?".kata Yana sambil menyeringai memandang aku.

"Ok hari ni, satu hari aku akan masak untuk korang semua. Esok turn korang pulak. Lusa bagi lah budak bertudung tu masak". Aku memberi cadangan.

"Ok setuju".Jawap Yana pantas.

"Nanti aku bagi tau budak budak tu. Aku satu bilik dengan jorang. Senang nak bincang".

Terang Yana lagi. Aku menganggukkan kepala sahaja kepada Yana dan bangun dari tempat duduk. Aku menyediakan bahan bahan untuk di masak hari ini. First aku masak nasi terlebih dulu. Dekat apartmen ni, semua sudah ada kelengkapan. Tinggal pakai aja, kata tuan rumah. Periuk nasi pun besar. Boleh masak untuk 12 orang sekali.

"Ok aku nak mula masak ni. Aku tak nak sorang pun kacau aku memasak. Semua duduk depan".

Arah aku kepada kawan kawan yang lain. Aku lebih selesa memasak seorang diri didapur. Berbanding pembatu yang merimaskan.

"Ehhhhh! kau ni pandai masak ke Zie?"
Tanya Sham sambil ketawa.

"Woiii woiii jangan nak gelak gelak ok! Sedap ke? tak sedap ke? Aku tau korang makan. hehehhe.
Sakit perut itu no2".

Aku membuat lawak.

"Seram pulak aku dengar Zie".Sampuk Mie.

"Ok sudah sudah, korang duduk diam diam dekat depan television. Jangan sesiapa masuk dapur, kalau tak nak kena ketuk dengan periuk ni".

Aku memulakan masak yang senang dulu. Masakkan aku yang pertama sayur kobis, campur kacang panjang, campur lobak merah. Makanlah korang sayur banyak banyak. Dekat Cameron ni, syurga sayur sayuran. Kalau tak masak sayur sayuran rugi sangat, rasanya. Bersepah sepah orang tanam sayur, sepanjang perjalanan semalam.

"Ok settle sayur. Now goreng ikan masin.pehhh, semerbak baunya". Bisik aku sambil tersyum sendiri.

Last, baru masak kari. Penangan bau kari sangat menyusuk keronga hidung orang yang berada didalam rumah. Pasti mereka yang duduk dekat ruang tamu, terhidu bau masakan aku. Baru mereka tau, siapa aku. Seksi bukan sebarang seksi. Seksi pandai masak tau. Macam tukang masak terkenal. Sambil memasak, aku terseyum sendiri.

"Ni kalau ada sambal belacan. Pehhhh! Boleh tutup mata makan". Bisik aku lagi.

"Done, siap".

Aku mengangkat semua masakan yang sudah siap ke atas maja. Sambil menjerit memangil kawan kawan aku datang dimeja makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience