Sham keluar dari bilik dan terus duduk diruang tamu. Dengan muka mengantuknya.
"Sham, apa aktiviti malam ni?".
Aku mula bertanya.
"Malam ni free aktiviti. Siapa nak makan, pergi turun. Dekat bawa ada restoran hotel dengan gym. Mini pub dengan tempat urut pun ada". Kata Sham sambil menyeringai.
"Wahhh bestnya. Tempat macam ni lah yang aku suka duduk lama lama".
Aku terseyum bahagia.
"Amboii suka lah dia kalau duduk tempat macam ni Sham".Â
Kata Z kepada Sham.
"Alah biasa lah tau Z. Anak anak muda macam kita. Mestilah nak happy happy. Bukan begitu Zie". Kata Sham yang cuba membela aku.
"Betul betul, aku sokong kau Sham". Tersenyum Sham.
"Esok pagi, kita swimming dekat bawah. Boleh kita sarapan sekali. Sarapan rm20 seorang. Makanlah apa yang kau orang nak makan".
Kata Sham lagi.
"Wahh bestnya swimming. Esok pasti bergegar tempat swimming, dekat bawah... Lepas tu ke mana lagi aktiviti yang lain?". Tanya aku lagi.
"Tengahari kita cari makan dekat luar. Sini agak mahal sikit. Setakat sarapan ok lah. Itu pun dah kira mahal. Makan dekat mamak tak sampai rm10". Kata Sham.
"Tapi tak apalah. Nak enjoikan. Lepas makan tengahari kita balik Apartment. Bolehlah berehat rehat. Malam Hafiz ajak ke karaok. Jadi kita pergi karaok dekat bandar Ipoh. Kita cari tempat yang best. Menyanyilah sampai ke pagi". kata Sham lagi.
"Wahh! karaok yang aku paling suka". kata Daya yang tiba tibu muncul dari dapur.
"Sampai ke pagilah ya".Tanya Daya lagi.
"Yup". Balas Sham.
"Wahhh best! terbaiklah Sham".
Kata Nita sambil tersenyum dan duduk bersila diruang tamu.
 "Sayang pukul 8 malam ni, kita turun makan kat bawah ya? Aku nak makan chicken chop lah! Asyik makan nasi aja. Jemu".
Kata aku kepada Z.
"Ok Zie". Balas Z lembut.
"Wahh bolehlah join, makan dekat bawah nanti". Tanya Daya kepada aku dan Z.
"Boleh". Aku membalas.
"Tapi bayar sendiri sendiri. Z aku belanja".
Kata aku sambil terseyum.
"Kedekut betul".
Gurau Nani sambil ketawa.
"Alahhh beb, aku mana ada kerja lagi. Tunggu aku kaya, aku belanja semua".Â
"Ye lahh Zie oiii". Balas Nani.
"Nak turun bawah, bagi tau tau. Aku dengan Daya nak ikut sekali. Malas nak keluar dari resort ni. Lagi pun dah lama tak makan western food". kata Nani lagi.
"Menyebuk aja lah minah dua ekor ni. Orang nak dating pun tak senang. Nak mengekor aja. Baru ingat nak pegang pegang tangan Dekat taman bawah tu, sambil menyanyi lagu buai laju laju main buaian"... Bisik aku sambil terseyum sendiri.
"Ye ye nanti nak turun aku pangil kau. Bukan jauh pun, bawah ini aja. Takut sangat aku lari". Kata aku kepada Nani.
"Mie, Shah dengan Wan, kalau mereka nak ikut, ajak sekali ya Z. Alang alang dah ada orang nak mengacau kita berdating. Baik ajak sekali, siapa yang nak ikut". Kata aku lagi. Z hanya terseyum melihat aku.
"Lin dengan Yana nak pergi makan dekat luar. Nak beli barang sekali katanya. Hafiz dengan Sham nak bawak awek jorang makan dekat luar, lepas tengon wayang. So kita kita aja lah ya".
Kata Daya kepada Nani. Nani mengangguk sahaha... Tepat pukul 8 malam kami turun kebawah. Masing masing berbaju tidur sahaja. Terus ke western food restoran, dibawah resort. Tempatnya cantik sangat. Dengan susunan meja yang sangat menarik. Digubah dengan bunga bunga diatas meja. Sungguh romantik kalau berdua disini. Kami membuat order makanan masing masing dan menjamu selera... Selepas makan, kami berjalan jalan didalam taman kecil kawasan resort.
"Zie, kejap lagi aku, Mie, Shah dengan Wan nak pergi urut tau. Badan ni dah rasa lenguh lenguhlah".
Kata Z sambil tergelak gelak... Mie, Shah dan Wan juga turut ketawa mendengar usikan Z.
"Pergi lah kalau berani! Cubalah langkah pintu rumah urut tu. Kalau nak tengok apa yang terjadi nanti". Kata aku kepada Z, dengan nada keras.
"Alahhh sayang! Melawak pun tak boleh ke?". Z mula risau, bila aku marah. Z mencubit pipi aku.
"Kalau macam tu, Nani, Daya jomm ke gym. Ada ramai lelaki lelaki berbadan sasa dekat situ. Bolehlah ajar kita cara senam dengan betul".
Kata aku lagi.
"Amboiii orang cakap sikit aja. Dia pula yang lebih lebih. Saja nak sikitkan hati kita".
Kata Z... Semua kawan kawan terhibur dengan gurau aku dan Z.
"Korang ni nak bergaduh ajalah". Mie bersuara.
"Ada aja, benda nak diusikkan. Sesuailah sangat korang bersama". kata Mie lagi.
Lepas puas pusing pusing dibawah, Kami naik ke atas. Kami bertujuh, berehat didepan ruang tamu, sambil mendengar radio melalui astro Fm. Relex sikit otak ni. Sambil bersandar di sofa. Tiba tiba lagu antara gadis keluar. Terus aku teringat kembali kenangan bersama Kid. Pertama kali berjumpa, lagu nilah yang Kid nyanyikan kepada aku. Aku hayati lirik lagunya dengan penuh rasa sedih dihati. Syahdu betul lagunya. Habis sahaja lagi itu, tiba tiba masuk lagu rentak disco dicorong spiker. Nani bangun sambil menarik Wan untuk berjoget bersamanya. Tergelak gelak aku melihat mereka. Daya pula menarik Mie menari bersamanya dan menarik Shah juga... Shah turut bangun menari. Z menghulurkan tangannya kepada aku. Aku terseyum dan turut bangun dan menari bersama mereka. Lagu itu Daya kuatkan lebih lagi. Macam berpesta didalam apartment ni. Hilang semua kesedihan tadi. Habis lagu, kami semua bersandar kepenatan.
"Haaa! Dah lama tak menari. Satu lagu pun dan penat". kata Daya sambil memandang aku dengan seyuman. Aku membalas seyuman Daya.
"Ok juga Daya dengan Nani ni, tak lah teruk sangat. Boleh layan juga". Bisik aku.
Aku mencapai rokok di tepi television dan memasangnya. Aku bangun dan berdiri di balconi, sambil memandang kebawah. Boleh lihat, kawan kawan yang baru balik dari keluar makan. Masuk masuk kedalam pekarangan parking, yang boleh nampak dari balconi atas apartment. Lin memandang keatas dan melambai lambai tangannya.
Aku membalas lambai Lin kembali.
"Oi oi jorang dah balik, slowkan sikit Tv tu". Jerit aku.
Z bangun dan mempelahankan suara television yang kami pasang kuat tadi. Z keluar kebalconi dan berdiri disebelah aku. Sambil memeluk pinggang aku.
"Zie, kau seronok ke?".
Z memandang aku dengan dan terseyum.
"Seronok sangat Z. Aku suka sangat di sini".
Aku merenung Z.
"Z maafkan aku ya! Kalau aku ada buat salah dengan kau. Aku ni kadang kadang suka mengikut perasaan. Tak mahu fikir dulu sebelum bertindak. Aku hanya fikirkan diri aku sahaja. Tak pernah fikir lansung perasaan orang lain. Maafkan aku ye Z, kalau aku ada buat kau marah dan kecik hati kau, sepanjang kita di Cameron".
Kata aku kepada Z. Z memandang aku dan mengucup pipi aku. Aku memeluk erat Z.
"It's fine! everything has passed. Biarkan ia berlalu. Jangan difikirkan lagi".
kata Z.
Aku dan Z duduk semula disofa sambil menati kawan kawan yang keluar tadi, masuk kedalam rumah. Mie menukar siaran radio ke siaran HBO, nak layan cerita orang putih katanya heheehh ada ada ajalah Mie ni. Aku bersandar ke dada Z dan menonton juga cerita yang di buka oleh Mie. Z memelok aku sambil, meletakkan kepalanya dibahu aku. Ruang tamu ni memang selasa. Dua kali ganda selesa dari apartment diCameron. Jadi taklah sempit sangat. Bila duduk beramai ramai.
"Zie, Sofa ni boleh buka jadi katil tau". kata Z.
Z menyuruh aku bangun dan menolak sofa itu ke belakang dan menariknya, menjadikannya katil.
"Selesalah malam ni tidur". Z terseyum memandang aku.
"Dah boleh baring". Kata Z
Aku mengambil bantal dan selimut didalam dan baring disebelah Z sambil menonton television. Z berpusing memandang aku dan memeluk erat aku.
"Barulah selasa nak baring". kata Z, sambil menyeringai.
Rupanya sofa yang Mie duduk itu juga pun boleh di buka. Mie juga menarik sofa itu menjadikannya katil juga.
"Shah, Selesalah kita tidur sini malam ni. Biar Hafiz, Sham, Ali dengan Arol tidur dalam bilik". Kata Mie.
"OK" balas Shah.
"Habis aku nak tidur mana?". Tanya Wan.
"Kau tidurlah dengan Z".
Kata Mie.
"Ya lah Wan, nanti aku masuk bilik kau tidurlah dengan Z".
kata aku.
"Ehhh tak nak lah tidur dengan Wan". Z membuat lawak.
"Bukan boleh buat apa apa pun hehehe". Z melawak sambil ketawa.
"Kalau aku dah sepak kau, baru kau tau Z". kata Wan. Tergelah semua yang berada diruang tamu. Kawan kawan yang keluar tadi, naik keatas dengan muka kenyang dan keletihan.
"Huuuu letih betul". Kata Lin.
Aku masuk bilik dulu lah ya!".
Kata Lin lagi. Yana juga mengikut Lin masuk ke dalam bilik.
"Z kalau aku tertidur kau kejutkan aku ye?.Aku nak layan cerita ni dulu. Aku takut terlelap pula". Kata aku kepada Z.
"OK sayang".Balas Z, sambil setia memeluk aku. Membuatkan aku betul betul selesa... Keesokan harinya, bila aku tersedar dari tidur. Aku masih ada di depan ruang tamu. Tidur bersama Z. Aku dah agak, aku pasti terlelap, bila menonton television. Aku memandang kepada Z yang begitu lena tidur, sambil peluk aku.
"Ehhh Wan tidur mana?" Bisik aku.
Hurmmm terpandang Wan. Wan tidur di karpet, membentang toto. Kesiannya Wan. Jahat betul jorang ni, tak kejutkan aku. Aku memegang pelahan tangan Z dan mengalihkan tangan Z ketepi. Agar aku boleh bangun. Aku berjalan ke dapur, untuk membuat roti bakar. Untuk mengalas perut sebelum turun swimming dan terus bersarapan dibawa.Â
"Terasa lapar betul pagi pagi ni. Tambah pula dengan sejuk aircond. Bertambah lapar perut aku". Bisik aku sendiri.
"Haaa tengah buat apa tu?".
Tanya Lin yang baru keluar dari bilik.
"Aku laparlah Lin. Sejuk sejuk ni, kebulurlah pula".
Kata aku dan Lin tersenyum.
"Kau nak air teh ke? aku buatkan". Tanya Lin.
"Boleh juga. Thanks Lin". Kata aku kepada Lin.
"Lin lepas makan ni jom turun, kita swimming dulu".
Aku mengajak Lin turun kebawah terlebih dulu.
"Jorang ni lambatlah. Kalau nak tunggu semua bangun, pukul berapalah nak turun swimming nanti?". Kata aku lagi.
"Kita kejutkan semua, lepas tu kita turun dulu. Mesti jorang cepat cepat turun bawah".
Kata Lin, memberi cadangan.
"Takut ramai lah Lin. Dah ramai ramai dalam kolam, aku malas nak mandi. Aku nak duduk aja".Kata aku.
Lin bersetuju dan aku dan Lin menghabiskan roti bakar kami.
"Jom tukar baju nanti, kita kejut semua. Sekarang dah pukul 8.45pagi. Elok sangat kalau nak swimming sekarang". kata Lin lagi.
Aku menukar baju swimming short sport dengan bra sport. Lin memakai long thigh dengan sport bra seperti aku. Lepas aku dan Lin siap menukar baju. Kami mengejutkan semua bangun. Ita membuka pintu bilik.
"Sis nak ke mana pagi pagi ni?". Tanya Ita.
"Kita orang nak turun dulu swimming. Nanti tolong kejutkan semua ya?. Kita turun dulu, kita tunggu dekat bawah". Kata Lin.
"Ok sis" Balas Ita.
Aku dan Lin turun dulu kebawah. Sampai dibawah, masih tidak ada orang lagi. Hanya Aku dengan Lin sahaja.Â
"Ok cantik lah tu. Kita berdua sahaja. Boleh lah kau ajar aku berenang". Kata aku kepada Lin.
Lin memang pakar berenang. Aku pula, paling bodoh berenang. Pernah dulu hampir lemas. Masa ayah aku membawa kami swimming diapartment pak long. Aku ingat airnya paras paras pinggang aja. Aku terjun macam seorang yang pakar berenang. Keceburrrr aku melompat masuk ke dalam air. Rupanya kolam yang aku masuk itu, untuk yang pakar berenang. Paras bahu orang dewasa. Aku sudahlah pendek dan kecil. Tercungap cungap aku di dalam air. Nasib ayah nampak, kalau tidak. Aku dah tidak ada di dunia ini. Biru muka aku, tertelan air pada masa itu. Sungguh memories hitam buat aku.
"Dah jomm masuk". Ajak Lin.
"Lin, kau masuk dululah. Aku takut airnya dalam".
Kata aku kepada Lin. Aku mahu memastikan air didalam kolat itu tidak dalam. Lin terseyum dan terus melompat masuk dulu ke dalam kolam.
"Hurmm paras ni aja lah Zie".
Kata Lin dan aku melihat Lin, lin yang berada didalam kolam.
"Oh paras dada aja".
Kata aku sambil terseyum.
"Ok ok kau masuk pula".ajak Lin.
"Nasib orang tak adakan Lin. Kalau tidak, aku akan jadi bahan jorang hari ni".
Kata aku dan kami ketawa didalam kolam renang... Lebih 20minit di dalam air, ternampak kelibat Z, Mie, Shah dan Wan datang kepada aku dan Lin.
"Ini kenapa swimming tak nak ajak ya?".
Tanya Z. Kami hanya tersenyum... Z yang hanya memakai seluar pendek sport dan tak berbaju.
"Nak tanyang badan ke cik abang?".
Kata aku kepada Z dan Z hanya tersenyum.
Mie, Shah dan Wan terus terjun ke dalam air. Z hanya duduk di kerusi, sambil memerhati kami.
"Kenapa Z,Kau tak nak mandi ke? Takkan nak duduk je?"
Tanya Lin.
"Jap lagi aku masuk. Lepak jap, suka tengok makwe aku ni mandi". Sambil memandang aku dengan renungan yang mengoda.
"Hurmmm suka hati kau lah Z oi. Kau tenung aja lah Zie tu lama lama".
Kata Lin dan Lin pergi kepada Wan dan yang lain lain. Ternampak Hafiz, Sham, Ita dan Mimi berjalan kepada kami. Sampai sahaja kekolam, mereka tak lepaskan peluang, mereka terus terjun di sebelah aku berdiri. Ternaik air ke atas dan merecik recik ke muka aku.
"Bengong betul jorang ni".
Bisik aku di dalam hati.
"Jomlah Z". Aku memangil Z.
"Marilah masuk sini. Hari hari pun boleh tenung Aku. Kita mandilah dulu". Ajak aku.
Z bangun dan terus terjun kedalam kolam. Z berenang kepada Mie dan berpatah balik kepada aku.
"Pandainya dia berenang. Kalau aku, dah lama lemas. Ni pun, aku berdiri satu tempat aja". Bisik aku.
Z datang semula kepada aku dan memeluk aku dari belakang.Â
"Sayang, kau tak pandai berenang ye?" Tanya Z.
"Aku memang tak pandai! Takut lemas". Aku tersenyum.
"Tak apa, kau nak aku ajar ke?". Tanya Z.
"Ehh tak apa! Aku nak santai santai sini saja". Kata aku dan Z kembali memeluk aku, dari belakang... Dalam 5 minit kemudian Nani dan Daya turun bersama Yana, Ali dan Arol... Aku betul betul terkejut melihat cara pakayan mandi Nani dengan Daya macam minah saleh, yang duduk tepi pantai tu.
"Seksi gilo! Dengan hanya memakai bra swimming yang ala ala tempurung kelapa. Ini mesti tak nak kalah dengan aku". Bisik aku.
Daya dan Nani menjadi perhatian disitu. Semua perkerja hotel dan orang ramai, yang mula berkumpul di swimming pool, memandang kepada mereka. Bertambah bangalah Daya dan Nani, bila jadi perhatian orang ramai.
"Z kau tengok EX girlfriend kau tu".
Aku menunjukkan Z dengan moncong bibir sahaja. Kemain panjang moncong bibir yang aku buat. Dah macam ikan todak.
"Seksi gila Z. Tak bernafsu ke?".
Tanya aku kepada Z. Z memandang Daya, sambil berpusing kepada Aku.
"Hurmmm sikit nafsu pun tak ada". Kata Z kepada aku.
"Lain lah kalau kau yang pakai macam ni tu, aku pasti bernafsu". Kata Z sambil ketawa lalu memeluk aku kembali. Aku hanya membalas senyuman Z, dengan seyuman sinis.
Share this novel