Cinta Kedua aku

Romance Completed 40494

Sampai di rumah, Jam sudah menunjukkan sudah pukul 4 pagi. Aku melangkah longlai masuk kedalam rumah.

"Woii Khai! Kemana kau pergi ye? kami semua risaukan kau". Tanya Azam, yang betul betul bimbangkan aku.

"Ehh tak payah risaulah, aku ada aja. Aku pusing pusing KL. Bukan buat apa pun".

Jawap aku.

"Azam, kau tau. Hari ni, aku dapat banyak pengalaman hidup".

Aku tersenyum.

"Aku rasa, aku dah tak mahu pikir pasal Wana lagi. Buat apa aku nak fikirkan perempauan jahat tu. Baik aku fikirkan pasal kolej aku dan masa depan aku".

Kata aku kepada Azam.

"Bagus Khai aku sokong dengan apa yang kau buat. Manusia boleh berubah sekelip mata".

Kata Azam yang begitu setia memberikan aku kata kata semangat.

"Esok, bila aku bangun dari tidur, aku nak mulakan hidup yang baru".

"Aku doakan kau Khai. Pasti kau akan dapat penganti Wana. Malah lebih baik dari Wana. Aku sentiasa doakan kawan kawan aku".

Kata Azam lagi sambil terseyum. Aku membalas senyuman Azam dan terus masuk kedalam bilik. Keesokan harinya aku bangun dengan begitu segar sekali. Aku memandang jam di dinding bilik, menunjukna sudah pukul 11 tengahari. Kalau hujung minggu macam ni, kalau tidak pukul 12 atau 1 tenghari, jangan harap aku nak bangun dari tidur. Tapi hari ni, aku bangun agak awal dari biasa.Aku keluar untuk mencuci mata dipagi hari yang mahu menjelang tenghari. Dengan kain pelekat dan bersinglet hitam. Aku membetul betulkan tulang belakang aku dan membuat senaman ringan. Ternampak Mak Maimun, jiran sebelah rumah aku, baru balik dari pasaraya. Aku menegur Mak cik Maimun.

"Banyak shopping cik".

Tegur aku kepada cik Maimun. Tiba tiba aku terperasan seorang gadis berada di belakang Mak cik Maimun.Terseyum bahagia aku.

"Ada beli sikit Khai! Makcik nak masak masak. Ni anak buah Mak cik datang sini, tidur sini seminggu. Sebelum masuk belajar dekat Shah Alam nanti".

Terang Cik Maimun.

Ohh anak sedara cik Maimun rupanya.

"Hai".

Aku sempat menegur anak sedara cik Maimun. Dia tersenyum malu melihat aku. Manisnya anak buah mak cik Maimun. Bertudung pula tu. Yang paling penting, dia balas senyum aku. Terasa indah bila mendapat senyuman gadis di pagi hari.

"Mak cik masuk dulu ye Khai. Nanti mak cik hantarkan sikit makan, bila dah masak nanti".
Kata Makcik Maimun lagi.

"Baik mak cik, terima kasih".

Aku membalas lembut. Sambil mata tak putus putus memandang anak buah mak cik Mimun. Aku masuk ke dalam rumah, bila kelibat cik Maimun dan anak buahnya sudah masuk ke dalam rumahnya.

"Yahooo"

Aku menjerit di ruang tamu. Berterabur lari, member member aku yang tidur di depan ruang tamu... Itu lah, melayan dvd sampai lewat pagi. Entah cerita apa jorang layan aku pun tak tau. Mus dengan Lee ada juga melayan ganja dekat dalam rumah.

"Lari lari lari".

Jerit Mus dan terus keruang dapur bersama Lee. Azam yang juga terperanjat, terus membuka silat cekak rimaunya. Aku berguling guling ketawa diatas karpet ruang tamu. Sampai terbuka kain aku, menampakkan seluar pendek yang aku pakai.

"Hahhahahahhah lawaklah korang. Aku happy pun korang terperanjat".

Sambil aku sambung kembali ketawa.

"Sial betullah kau ni Khai. Terperanjat aku yang tengah tidur. Aku ingatkan polis buat serbuan".
kata Mus.

"Dah lah malam tadi aku dengan Lee membalut. Bodohlah kau ni Khai. Nak jatuh jantung aku".

Kata Mus, yang masih berdiri dipintu bilik air bersama Lee.

"Hahhaha relexlah korang, aku minta maaf. Aku happy sangat dapat awek baru".

Kawan kawan aku berpandangan antara satu sama lain.

"Haiii baru putus malam tadi, dah ada pengganti?". Tanya Lee.

"Budak mana pula kau kutip?".
Tanya Mus pula.

"Mulut jangan macam longkangkan... Hiss kau ni. Anak buah cik Mimun sebelah rumah lah! Dia baru sampai sini malam tadi. Cantik sangat bertudung. Berkenan aku".

"Hurmmmmmm engkau ni Khaii. Sudahlah, aku nak sambung tidur".

Kata Lee dan berjalan keruang tamu dan terus baring semula dihadapan television. Aku pula terus masuk ke dalam bilik. Untuk baring baring diatas katil .

"Asalammuailaikum".

Terdengar suara perempuan dari luar rumah. Orang yang aku tunggu tunggukan dah sampai. Anak buah mak Maimun...

"wasalamm".

Aku melihat dari pintu depan. Aku dah agak dah. Mesti dia yang hantar. Masing masing berdiri menjenguk ke luar.

"Dah dah duduk sana, jangan nak potong jalan".
Kata aku kepada kawan kawan.

"Hurmmmm menyampah". Rungut AZam.

"Pergilah keluar cepat. Orang tu dah panas tunggu kat luar".

Kata Azam lagi. Aku keluar dan terus ke pintu pagar di depan.

"Abang Khai, ni mak Ngah bagi. Suruh makan ramai ramai".

Kata anak buah mak Maimun, sambil menghulurkan dulang. Aku mengambil dulang yang berisi makanan di tangan gadis itu.

"Ehhh, lupa nak tanya. Nama awak apa?".

Aku memulakan ayat pancing sambil terseyum gatal.

"Nama saya Ana".

Jawapnya dan tersenyum malu dan terus berlalu pergi. Aku melihatnya hinggalah dia masuk ke dalam rumah semula. Baru lah aku masuk, membawa dulang yang berisi nasi dan lauk kedalam rumah.

"Korang jom makan!" Aku berteriak.

"Nasiblah mak cik ni bagi kita makan, Aku dah lapar ni. Nak keluar, malas lah pula".

Kata Mus sambil mengambil pingan makan dan mencapai nasi.

"Sedapnya Mak cik ni masak".

Kata Lee pula dengan mulut yang penuh dengan nasi...Punyalah kelapar, Tak sampai 10 minit selesai semua lauk yang ada di dalam dulang selesai. Dah macam tempat pelarian rumah aku ni. Masing masing tersandar, selepas makan. Dah macam ikan paus yang terdampar dekat tepi laut, aku tengok member member aku ni... Sejak Ana ada di sebelah rumah, aku selalu keluar bersenam setiap pagi. Walau pun aku rasa tak perlu pun berbuat demikian. Letih oi setiap hari bangun pagi pagi. Gara gara nak tengok awek... Sejak Ana ada disebelah rumah, Aku lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Tak dapat tengok orangnya. Dapat tengok tiang pun jadilah. Begitu lah aku punya gila. Tiga hari kemudian, barulah aku dapat berborak borak dengan Ana lagi. Bila aku tengah bersenam, dia keluar menyapu sampah luar dan lantas menegur aku.

"Rajinnya abang Khai, bersenam pagi pagi. Patutlah slim aja".
Kata Ana sambil terseyum.

"Tak adalah Ana. Abang memang suka jaga kesihatan. Bagus untuk jantung, kalau kita rajin bersenam".

Kata aku, sambil mengaru garu kepala yang tidak gatal pun.

"Ana tak pergi mana mana ke sejak datang sini?"
Tanya aku lagi.

"Tak adalah bang. Ana tak ada kawan nak pergi jalan jalan".
Kata Ana.

Ok cunnn ada peluang aku.

"Ana nak tengok wayang, abang boleh bawa". Tanya aku selamber.

"Ehhhh nak nak, tapi kena tanya mak ngah dulu. Kalau dia bagi, baru saya boleh pergi".
Kata Ana.

Tiba tiba acik Mimun keluar. Ok cun, ini peluang aku nak tanya Mak cik Maimun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience