Zie merenung tajam kedalam mata Khai, bila Khai mula meluahkan perasaan yang terbuku didada.
"Maafkan saya Khai... kerana tak berterus terang dengan awak tentang Z. Kerana saya takut awak akan menjauhkan diri, bila awak tau saya ada Z. Saya betul betul nak berkawan dengan awak. Tapi saya betul betul tak sangka. Hati saya yang hanya ingin berkawan dengan awak, bertukar menjadi cinta. Saya mula jadi takut Khai. Salah ke saya mencinta awak. Salah ke saya mencintai Z. Saya buntu sekarang Khai".
"Sudahlah tu Zie! Kita jangan fikir tentang sesiapa. Selagi kita ada di sini, kita jadikan tempat ini, tempat bahagia kita. Jangan jadikan tempat ni, tempat bersedih".
Sambil Khai memandang Zie dan memegang kedua dua pipi Zie.
"Awak tengok Zie, Dalam bilik ni cantikkan! Dengan gambar gambar yang kita ambil minggu lepas. Sungguh indah memori lepas".
Sambil Khai menujuk gambar gambar yang digantungnya disetiap dinding didalam bilik.
"Cantik sangat Khai... Saya tenang di sini. Saya rasa saya tak nak balik ke KL lagi. Boleh ke saya tinggal disini terus".
Kata Zie sambil tersenyum mengusik Khai.
"Amboii! Dah sampai tak nak balik pula".
Kata Khai ketawa melihat Zie.
"Awak nak tinggal terus pun boleh Zie. Tapi, saya kenalah berhenti kerja. Tinggal dengan awak dekat sini".
Khai membuat lawak.
"Ye lah Khai. Cakap pasal kerja, esok isnin, awak tak kerja ke?. Kenapa datang sini?. Nanti letih ulang alik".
"Esok saya call ofis! Saya nak habiskan cuti tahun saya. Saya nak ambil sekali lima hari mula esok. Saya nak temankan awak dekat sini! Boleh ke?".
Khai terseyum.
"Kalau awak rasa tak menyusahkan, saya tak kesah. Tapi jangan sampai menyusahkan pula. Saya tak suka, kalau awak kena buang kerja nanti".
Kata Zie yang kerisauan
"Awak jangan takut, saya tak pernah ambil cuti. Cuti tahun pun tak pernah guna. Hilang macam tu je. Apalah salahnya, Saya guna cuti tu esok hingga jumaat".
Khai menerangkan dekat Zie. Agar Zie tidak gusar. Zie hanya tersenyumm.
"Jomm, makan?".
Ajak Khai.
"Alahhh, Saya malaslah nak keluar. Saya letih sangat, nak tidur dulu. Nanti awak tidur dekat sofa ye Khai, boleh ke?".
"Tak naklah saya nak tidur di katil dengan awak. Boleh kann?".
Kata Khai dan tersenyum nakal. Zie sekali lagi mencubit perut Khai.
"Wowww wowww sakitlah ketam ni".
Khai mendengus kesakitan.
"Itu lah, Siapa suruh Gatal sangat".
Masing masing ketawa. Gembira hati Khai, bila lihat Zie tersenyum.
"Esok pagi ajalah, kita sarapan dekat bawah ye?".
"Ok Ok"
Balas Khai dan terus bangun mengambil bantal dan selimut extra didalam almari barang dan diletakkannya di atas sofa.
"Selamat malam Khai".
Kata Zie, sambil menutup semua lampu. Kecuali lampu di balconi.
"Selamat malam juga sayang! Mimpi yang indah ye?".
Balas Khai, sambil mengelipkan sebelah matanya. Membuatkan Zie terseyum malu... Zie baring diatas katil. Pada mulanya dia memang keletihan. Tetapi bila otaknya mula memikirkan Z, Zie mula jadi tak menentu.
"Aku tak pasti, antara dia yang menderit atau aku yang menderita".
Bisik Zie di dalam hati.
.............................................................
"Zie, di manakah kau sayang. Tolong hadir didepan mataku sayang. Agar aku dapat melepaskan rindu yang teramat sanggat ini... Aku betul betul menyesal atas apa yang terjadi".
Bisik Z sendiri. Sambil baring di ruang tamu rumahnya. Z tak dapat melelapkan mata. Kerana terlalu rindukan dan asyik terfikirkan Zie. Z berharap semuanya lekas lekas berakhir.
"Yun, kau tau ke Khai ambil cuti seminggu?. Tadi bos cakap dekat aku, yang Khai cuti 5 hari bermula hari ini hingga jummat".
Tanya Lee kepada Yun.
"Apa seminggu? Dia pergi mana?. Dia tak bagi tau kita apa apa pun".
Yun pula yang bertanyakan soalan kepada Lee.
"Lah manalah aku tau, itu yang aku tanya kau. Kalau kalau kau tau?".
jawap Lee, sambil berkerut dahi.
"Ehhh, aku tak tau lah Lee? Kau rasa dia ke mana ya?".
Tanya Yun lagi.
"Aku rasa dia ke PD lah. Aku rasa dia ada sorokkan sesuatu dari kita. Apa kata kita ambil cuti juga nak tak? Kita ambil cuti dua hari. Esok dengan lusa. Aku dapat rasakan dia sorokkan sesuatu. Mesti di ada dengan Zie. Kata hati aku kuat sangat ni".
Kata Lee lagi.
"Emmm, cubalah minta half day hari ni, Kalau dapat petang ni juga kita pergi". Kata Yun.
Setelah cuti mereka di luluskan. Lee menalifon Yana. Untuk memberi tau hasrat mereka untuk mencari Khai dengan Zie di Port Dickson
"Lee, saya pun nak ikut boleh?".
Tanya Yana.
"Tentulah Boleh sayang! Awak ambillah cuti juga. Yun pun ikut tau?".
"Ok ok, nanti saya call Lin. Ajak dia sekali.
Balas Yana
"Rasanya Yun mesti dah call Lin, mesti Lin pun nak ikut juga".
"Ohh ok lah tu. Boleh naik satu kereta je".
"Ok sayang, nanti saya ambil awak dekat rumah, dalam pukul 4petang. Nanti kita terus gerak".
"OK sayang BYe".
"OK bye sayang".
Balas Yana.
..........................................................
Tepat pukul 4, Lee sudah pun sampai dihadapan rumah Yana. Yana dan Lin juga sudah bersiap sedia membawa bag pakain diluar pintu pagar rumah. Tak disangkat Z juga ada sedikit berjauhan didepan rumah Yana. Z mencari Zie, mana tau Zie ada balik kerumah Yana. Z merasa pelik, bila masing masing membawa bag pakaian dan memasukkan kedalam kereta. Kuat perasaan Z mengatakan untuk ikut mereka dari jauh.
"Kemana hala tuju mereka? Kenapa mesti pergi holiday, dalam keadaan Zie masih lagi belum di jumpai". Bisik Z sendiri.
Mereka berempat memulakan perjalanan ke Port Dickson. Juga diikut oleh Z dari jarak yang agak jauh.
"Kemana agaknya mereka nak pergi? Kenapa jauh sangat? Adakah mereka sudah tau mana Zie berada?".
Bermacam macam bermain didalam fikiran Z.
.................................
"Zie, boleh saya bertanya sesuatu?"
Tanya Khai, Yang duduk bersama sama Zie disofa didalam bilik.
"Ye wak, Awak nak tanya apa?".
Sambil mata Zie, memandang television yang bersiaran.
"Pandang saya Zie?".
Sambil Khai memegang bahu Zie, supaya Zie berpusing memandangnya. Zie berpusing menatap wajah Khai.
"Zie, awak sayang Z ke?".
Zie mula berkerut dahi, bila di tanya soalan begitu.
"Kenapa awak tanya saya macam tu Khai?"
"Maaf Zie. Saya nakkan jawapan dari awak. Kalau awak masih sayang Z, saya tak marah. Saya nakkan jawapan, agar saya tak terus bertanya tanya".
Zie merenung tajam kedalam mata Khai, untuk beberapa saat.
"Awak maafkan saya Khai. Saya cintakan Z. Cinta yang amat amat dalam dihati ini".
Sambil Zie memegang dadanya.
"Tapi, Itu sebelum saya nampak sesuatu yang bodoh... Tapi sekarang saya betul betul tak pasti. Antara saya masih sayang atau saya sudah mula membenci Z. Jawapannya masih di awang awangan. Saya akan balik, untuk berjumpa Z. Kami akan berbincang dan saya akan membuat keputusan. Saya kena adil dengan Z juga Khai".
Khai menaraik nafas panjang dan berpaling ke television.
"Jadi saya masih kena menunggu ke? menunggu sesuatu yang belum pasti jawapanya. Tapi saya akan tetap menunggu jawapan itu Zie. Baik mahu pun buruk".
Kata Khai lagi.
..............................................................
Kereta Yun masuk didalam pekarangan resort dan parking ditempat untuk pelangan resort.
"Ehh itu kereta Khai kan Yun?".
Tanya Yana, apabila ternampak kerata Khai didalam parking resort.
"Haiii kan aku dah cakap! Khai mesti lepak sini punya!".
Balas Lee terseyum.
"Awak, Kenapa Khai di sini?".
Tanya Yana, sambil memandang Lee.
"Resort siapa ni?".
Tanya Yana lagi, sambil setia menanti jawapan. Begitu juga Lin yang berkerut dahinya.
"Yang sebenarnya, Ini resort Khai. Pakciknya bagi dia resort ni. Mereka tak ada anak... Jadi mereka menjaga Khai dari kecil. Ayah Khai dan pak cik nya itu adik beradik... Jadi bila Pakcik nya sudah tak berapa sehat. Dia memberi resort ini untuk dijaga oleh Khai. Tapi Khai belum bersedia lagi, untuk mengambil alih".
Cerita Yun kepada Yana dan Lin. Mereka mengganguk tanda faham. Dalam masa yang sama. Z dalam kehairanan, Z duduk sendirian didalam kereta, sambil setia memerhati.
"Kenapa meraka holiday disaat Zie hilang?".
Soalan tetap menjadi persoalan. Z meletak keretanya di luar resort dan memerhatikan mereka masuk kebahagian pendaftran dan mengambil kunci bilik masing masing. Z berjalan kaki masuk ke dalam, bila melihat Yana, Lin, Lee dan Yun, sudah hilang dari pandangan matanya. Lalu bertanya perkerja didalam resort itu.
"Hello! saya nak tanya? Kawan saya tadi ambil bilik mana? Yang empat orang tadi?.
Tanya Z
"Ohh, kawan kawan Cik Khai tu ye?".
Tanya staff di situ. Z agak terperanjat, bila staff itu mengenali Khai.
"Khai juga ada di sini ke?".
Bisik Z didalam hati.
"Oh, Kahi pun ada di sini ye?".
Tanya Z lagi.
"Mestilah ada Cik, ni kan resort dia".
Kata salah sorang staff.
"Wahh! Ini resort Khai. Tak sangka, Khai seorang yang kaya".
Z menarik nafas panjang. Bila mengetahui tentang resort itu.
"Bilik mana mereka tinggal ya? Saya kawan mereka".
Tanya Z lagi.
"Mereka ambil bilik bersebelahan bilik Cik Khai. Bilik Cik Khai 202 yang lain 203 dengan 204".
Kata staff itu.
"Ohh ok, Terima kasih ye".
Z kembali kekeretanya dan mengambil keretanya di luar, untuk diparking didalam resort.
Share this novel