Aku bangun dari katil dan terus menukar seluar tidur yang aku pakai, kepada seluar panjang dan aku keluar dari bilik. Aku memandang ke ruang tamu. Semua masih lena dibuai mimpi. Yalah free aktivitikan hari ni, mereka semua bangun lambatlah semua. Z juga masih tidur disofa, sambil terganga mulutnya. Terseyum aku bila melihat Z begitu.
"Ehhh sudah sudah, jangan nak kacau orang tido! Jom"... Ajak Lin.
Lin membuka pintu. Aku dan Lin keluar bersama sama. Terpandang pintu rumah sebelah terbuka luas.
"Haii Zie".
Sapa Kid, bila terpandang aku diluar.
"Ehh awalnya bangun! Nak ke mana?".
Aku pula bertanya kepada Kid.
"Oh nak buat kajian sikit. Tunggu masing masing bersiap".
Balas Kid.
"Zie nak ke mana, pagi pagi ni?"
Tanya Kid pula kepada aku.
"Nak beli barang masak".
Jawap aku, sambil mengukurkan senyuman buat Kid.
"Hari ni free aktiviti. So semua dok peluk bantal lagi". cerita aku.
"Ohhh free aktiviti... Nak ikut tak, kami buat kajian di ladang teh?" Tanya Kid.
Lin lantas menolak tangan aku. Bila Kid mengajak aku keluar.
"Ehhh, tak apa lah! Nanti menggangu pula".
Kata aku kepada Kid.
"Ehh tak ganggu pun". jawap Kid.
"Jom lahhh Zie".
Kid betul betul berharap aku dapat mengikutnya.
"Ok macam ni lah Kid! Kalau Zie rasa nak ajak Kid keluar, Zie watsap Kid. Zie nak ke pasar dulu".
Kata aku sambil terseyum seyum.
"Kid berharap sangat, kita dapat keluar dan jalan jalan bersama".
Kata Kid dengan wajah yang nampak sedih bercampur kecewa
Lin menolak nolak aku. Agar cepat pergi dari situ.
"Okk bye Kid. Zie pergi dulu ya?". Balas Aku.
Kid hanya melambaikan tangannya... Lin menarik lengan aku. Aku turun cepat bersamanya. Seperti tidak setuju aku berborak dengan Kid.
"Lin kau tengok Kid tu handsome tak?" Tanya aku kepada Lin.
"Handsome Zie oiii! Tapi kau kena hati hati orang handsome ni Zie. Takut tak jujur. Dah banyak terjadi didepan mata". Balas Lin.
"Kau tengok bekas kekasih kau tu! Handsome. Tapi tak boleh pakai".
kata Lin lagi.
"Tapi Kid ni lain Lin. Dia cakap dengan aku malam tadi. Dia suka kat aku. Aku bagi tau dia, jangan mengharap sangat dekat aku ni... Aku tak nak dia kecewa. Aku berharap sanggat, dia paham apa yang aku cuba terangkan. Kau tau lah aku ni. Mudah jatuh cinta, mudah gak putus cinta".
"Zie, baik ko fikir dulu. Aku tengok Z tu ok apa, muka boleh tahan sweet. tinggi lagi pulak tu, macam model... Yang sebenarnya, aku dah lama perasan, yang dia suka dekat kau... Kau tak perasa ke Zie?"
"Aku pun suka Z, aku sayang sangat dekat Z. Kau kan tau, aku kenal Z dari darjah enam. Aku dah sayang dia dari dulu lagi. Aku sayang dia sebagai seorang sahabat. Tapi aku tak boleh nak sorokkan perasaan cinta yang mula datang... Sejak hati aku sakit bila Hafiz menipu aku. Aku, mula nampak perasaan sayang Z kepada aku, lebih dari seorang sahabat. Tapi bila datang minah kering tu. Terus aku tawar hati... Macam manalah Z boleh jatuh hati dekat perempuan gedik, macam tu!"
"Entah lah Zie! Mungkin dia mengedik dekat Z. Itu yang mereka tercouple agaknya". Kata Lin dan kami ketawa.
Sampai pasar, Lin membeli semua barang yang dia hendak dimasaknyw hari ini dan kami berdua berjalan pulang ke apartment.
"Lin, lepas masak masak kau nak pergi mana dengan cik abang kau?"
"Itu lah Zie, aku ingat nak beli barang untuk mak aku. Tapi kita balik lambat lagi. Kalau beli strawberry awal awal, aku takut masam nanti. Aku ingat nak jalan jalan aja. Kau nak ikut ke?"
"Ehhh tak nak lah. Kau pergi ajalah berdua.Tak naklah kacau". Kata aku sambil ketawa.
"Aku ingat nak ajak Yana. Kalau dia dengan Arol nak ikut". kata Lin lagi.
"Dia mesti nak ikut punya... Dia mana boleh kalau kau berjalan. Mesti dia nak follow". Balas aku lagi.
Sampai diapartment kami meletak barang didapur. Lin duduk berehat, sebelum memulakan masakkannya. Aku duduk disofa satu tempat duduk, sambil menonton television. Z mengeliat, sambil memandang kepada aku. Aku tersenyum memandang Z. Terdengar pula suara dari tepi sis aku.
"Dah pukul berape Zie".
Tanya Hafiz.
"Dah pukul 9... Kenapa, ada dating ye? Hari ni kan free aktiviti. Apa lagi dating time". Kata aku kepada Hafiz, sambil tertawa kecil.
"Jom Zie keluar berdua... Awak nak tak" Ajak Hafiz.
"Apa! Nak mampus. Awek sopan santun kau tau, kau nak letak mana?" kata aku sambil ketawa dan Z juga tersenyum.
Tiba tiba pintu bilik dimana kawan kawan perempuan aku tidur, di buka. Daya keluar dari bilik bersama Nani. Daya terus duduk sebelah Z. Nani pula duduk di atas meja tea.
"Apa aktiviti kita hari ni?". Tanya Nani.
"Free aktiviti". Aku membalas.
"Siapa nak dating! bolehlah pergi". Kata aku kepada Daya dan Nani
"Wahhh! Aku nak pergi jalan jalan lah. Jalan jalan cuci mata".
kata Nani.
"Haaaa pergi pergi". Balas aku terseyum.
Daya yang sedari tadinya duduk tegak, terus melentukkan kepalanya dibahu Z.
"Sayang! Jom keluar jalan jalan. Nak shopping juga". Kata Daya dengan nada manja.
"Ehhh kau pergi lah! Ikut Nani". kata Z, sambil menolak pelahan kepala Daya dari bahunya.
"Alahhhh nak ajak u. U ni, asyik menolak apa yang i ajak... Kenapa? I ni tak cantik ke? I ni tak comel ke?. I cantik apa... Sejak kejadian tu, U macam tak suka, bila i dekat dengan u". Marah Daya, sambil berkerut dahinya, memandang Z.
"Kan i dah say sorry. U nak apa lagi?". Tanya Daya lagi.
"Menyampahnya aku! Kau bukan cantik pun. Comel jauh sekali. Macam burung unta adalah. Apa agaknya kejadian itu?". Bisik aku sendiri, sambil mencapai kotak rokok diatas meja.
"Sudahlah tu Daya! Kau tolong diam boleh tak? Kalau kau nak sangat pergi. Kau boleh pergi dengan Nani. Tak payah sebuk nak gangu aku".
Z bangun terus ke balconi, meningalkan Daya.
"Nani! aku ikut kau boleh? Boleh cuci mata sekali".
Tanya Daya.
"Boleh sangat, ada aku kawan nak jalan jalan nanti. Jom Zie, ikut sekali kita orang".
Ajak Nani.
"Ehhh tak apalah! Aku ada janji dengan Kid. Nak keluar sama sama". Kata aku kepada mereka dengan nada yang agak berbisik.
"Apa nak keluar dengan Kid, budak sebelah tu. Ehhh nak ikut, nak ikut". kata Nani.
"Nua ikut tak?". Tanya Nani lagi.
"Shuuuuu slow sikit. Nanti Z dengar pula". Bisik aku.
"Aku suka dengan Nua, tapi dia macam sombong sikit. Kalau aku dah ayat dua, tiga kali. Mesti dia akan jatuh ke tangan aku".
Kata Nani, sambil terseyum. Lepas tu Daya juga berbisik pula kepada aku dan Nani.
"Zie, Zul ikut tak? kalau Zul ikut aku pun nak join". Bisik Daya.
Berkerut dahi aku melihat minah yang mengeletis ni. Bila dia bertanyakan tentang Zul.
"Aku tak tau lagi lah... Nak pergi atau tak? Tadi masa aku keluar ke pasar. Aku terserempak dengan Kid. Kid ajak aku keluar. Tapi aku cakap tak tau lagi... Kalau koramg nak pergi, nanti aku watsap dia. Aku suruh Kid ajak semua. Boleh lepak sama sama". Kata aku kepada Nani dan Daya.
"Hisss korang ni. Sudahlah, pergi lah mandi masamlah". kata aku sambil aku menutup hidung.
"Hurmmmm kau ni Zie. Lebih lahhhh. Mana ada busuk, kau ni pandai pandai aja".
kata Nani sambil ketawa.
Share this novel