"Terbaik lah kau Yana. Aku tak ingat langsung tempat ni. Kau memang bestlah".
Lin kegembiraan.
Yana memandu masuk ke pekarangan resort.
Sambil menjerit.
"Welcome to we memories resort".
Mereka bertiga berpelukan didalam kereta.
"Sini lah tempat kita dilamar laki masing masing".
Kata Yana lagi.
"Di sini juga, aku terima cinta Lee. Masa pertama kali dia bawa aku kesini mencari kau Zie. Saat kita paki baju nikah. Sungguh menghayat hati".
Kata Yana, sambil berair matanya.
"Ok jom keluar".
Lin menjerit, supaya tak mahu Yana bersedih. Mereka bertiga membawa bag masing masing.
Masuk ketempat pendaftran masuk. Tempatnya Lebih cantik dari dulu. Banyak perubahan.
"Hello Cik, apa boleh saya bantu".
Tanya salah seorang dari staff disitu.
"Hurmmm orang barulah".
Zie dan Yana berbisik.
"Ahaa lah".
Balas Yana.
"Dik, bagi kami satu bilik.
Untuk 3 orang"...
Tanya Yana.
"Ada ke?".
Tanya Yana lagi.
"Maaf cik bilik sudah penuh. Hanya tinggal bilik Couple sahaja. Boleh ke?"
Tanya staff itu.
"Hurmmm itu lah beb. Kenapa tak booking dulu".
Kata Zie kepada Yana.
"Haiii kata pun nak terjah je. Manalah tau dah full bilik".
Kata Yana yang agak kecewa, bila bilik besar semua sudah penuh. Hanya untuk couple saja.
"Zie, kau kan biasa dekat sini dulu. Cuba kau tanya dia staff staff lama. Budak ni tak kenal kita lah".
Kata Yana sambil terseyum.
"Nurul".
Kata Zie, sambil melihat name tag staff itu.
"Nama kamu Nurul kan"...
Tanya Zie lagi.
"Ye Cik, saya Nurul".
Balas budak itu.
"Nurul, Amir masih kerja dekat sini ke?".
Tanya Zie.
"Maaaaass"
Belum sempat staff itu bersuara. Tiba tiba terdengar suara dari belakang Zie, Yana dan Lin.
"Ye, Cik cari saya ke?".
Terdengar suara seorang lelaki dari belakang. Mereka bertiga berpusing melihat lelaki yang ada dibelakang mereka.
"EHHH! Cik Zie... OMG, saya inggat siapalah tadi. Saya betul betul tak cham Cik Zie. Cik Zie dengan yang lain, bertambah cantik".
Kata Amir, yang tak habis habis memuji, dari dulu lagi.
"Awak sehat ke Amir?".
Tanya Zie.
"Alhamdulillah cik Zie. Saya sehat sehat sahaja.
Saya baru Sebulan berkahwin".
Kata Amir terseyum manis.
"Wahh, tahniah Amir".
Kata Zie diturut Yana dan Lin. Mengucapkan Tahniah kepada Amir.
"Bagi mereka bilik Ye Nurul. Mereka tertamu terhormat kita disini".
Kata Amir sambil memandang Zie...
"Cik Khai selalu juga datang kemari"...
Tiba tiba Amir bercakap tentang Khai. Zie hanya terseyum.
"Maaf tuan! Semua bilik kita sudah penuh.
kecuali bilik couple".
Kata Nurul, kepada Amir... Kini Amir sudah dilantik menjadi penolong pengurus resort. Kerana sifatnya yang sentiasa berbudi bahasa kepada sesiapa saja. Tambah lagi, dia staff yang paling lama..
"Maaf Nurul saya silap. Ambilkan kunci bilik Tuan Khai".
Kata Amir. Berkerut dahi Nurul.
"Maaf tuan. Mana boleh bagi orang luar bilik tuan Khai. Nanti tuan Khai marah pula".
Kata Nurul seakan akan takut untuk memberkan kunci.
"Tak apa Nurul, mereka ni kawan kawan Cik Khai.
Tak jadi masalah".
Kata Amir kepada staff itu.
"Amir, tak apa ke i pakai bilik itu?. Khai tak ada letak barang apa apa kedalam tu?... Maksud saya, barang barang dia dengan isteri dia".
Zie betul betul risau.
"Cik Zie, Keadaan bilik tu, masih sama macam dulu. Tak berubah satu pun. Tuan Khai pun tak usik apa apa pun, bila dia datang sini. Walaupun sekarang ni, resort ni dia yang menguruskannya.
Setelah pak ciknya tak berapa sehat sekarang ni".
Terang Amir.
"Cik Khai akan datang kesini sebulan sekali atau dua kali sahaja".
Terang Amir lagi.
"Ehh, cepat lah? Nurul. Bagi kunci dekat tetamu kita ni".
Kata Amir kepada staffnya dan memeberikan kunci kepada Zie.
"Cik bertiga kalau nak lepak club ada dekat depan kolam tu je... Setiap malam jummat sabtu dan ahad ada live band. Tempat ni dah maju sikit, sejak Cik Khai yang uruskan".
Kata Amir sambil terseyum.
"Ok thanks Amir. Saya naik dulu ye? Malam nanti saya pasti turun".
Kata Zie kepada amir dan melangkah naik keatas.
Berdebar rasa hati Zie, bila hendak membuka pintu bilik itu. Bermacam macam kenangan disitu. Zie melangkah kaki masuk kedalam bilik tersebut bersama Lin dan Yana, setelah kunci dilayangkan ke pintu.
"Wahh, cantik macam dululah, bilik ni!"
Kata Lin. Yang terus meluru kekatil. Mana kala Yana, terus ke balconi. Zie pula melihat semua gambar gambarnya bersama Khai. Masih tergantung cantik didinding. Paling Zie tak dapat menahan air mata, bila melihat gambar gambar malam penikahan mereka berempat pasangan juga ada disitu. Di letak cantik didinding bilik.
"Heiii korang, tengok ni! Gambar kita lah.. Malam kita nikah".
Kata Zie, sambil mengesat air matanya. Bergegas mereka berdua datang kepada Zie.
"Wahh gambar kita pun adalah Lin".
Kata Yana kepada Lin. Mereka bertiga ketawa berpelukan.
"Ini siapa Zie?".
Tanya Lin, sambil memegang gambar Khai dan Siti.
"Ohh ini gambar kekasih lama Khai".
Kata Zie kepada Lin.
"Cantikkann, Tapi kenapa dia tak kawin dengan perempuan ni?" Tanya Lin lagi.
"Biarlah itu rahsia aku dengan Khai je Lin. Aku tak boleh cerita pasal perempuan tu. Ini rahsia aku dengan Khai".
Kata Zie sambil terseyum.
"Korang tidurlah dekat katil, aku tidur dekat sofa ni".
Kata Zie. Tersenyum Yana dan Lin.
"Hurmmm ini mesti nak ambil aura Khai kan. Khai kan suka tidur dekat sofa tu".
Kata Yana sambil terseyum mengusik.
"Hurmmm pandai je lah kau Yana".
kata Zie, mereka bertiga ketawa dan masing masing berehat... Yana mencapai talifon bimbitnya dan menghububungi Lee.
"Hello sayang, anak anak macam mana ok ke?".
"Hello sayang".
Balas Lee.
"Anak anak ok je. Mak Minahkan ada...Hai tanya anak je ke?". kata Lee sambil ketawa.
"Ye sayang, awak macam mana ok ke? Puaslah merayap malam ye hehehhe".
Yana ketawa.
"Saya dengar awak, Yun dengan Z melepak aja".
"Hurmmm saya ok je. Lepak lepak je sayang. Tapi saya dah mula rindu awak. Mana ada merayap sayang. Dah awak tak ada. Saya lepaklah dengan jorang. Tak kan nak lepak denagn mak Minah pula".
Kata Lee sambil ketawa.
"Awak dekat mana ni sayang?". Tanya Lee.
"Opsss rahsialah! Mana boleh bagi tau"...Kata Yana sambil ketawa.
"Sayang ok lah. Kita orang nak berehat ni. Esok petang saya sampai rumah. Kita jumpa dirumah ye? Bye sayang... Jaga diri, jaga anak anak ye".
Kata Yana lagi.
"Ok sayang. Awak tu pun sama. Jaga diri, jangan nak nakal nakal pula dekat luar tu. Ingat saya selalu".
"Ok bye sayang".
Balas Lee dan mereka memutuskan talian.
"Amboii dah rindu lah tu!".
Kata Zie kepada Yana. Yana hanya Tersenyum.
"Ok malam ni kita last holidays. So malam ni kita enjoi dekat club bawah".
Kata Zie.
"Wahhh aku suka aku suka".
Balas Lin keriangan.
"Lama aku tak lepak club. Dapat lepak club kecik pun jadilah".
Kata Lin lagi.
"Malam ni, aku nak jadi kita yang dulu".
Kata Yana.
"Aku nak pakai ni".
Sambil Yana membuka bag bajunya. Kelihatan ada short pants dan singlet Zie dan Lin terseyumm melihat gelagat Yana.
"Dah lama aku tak pakai seksi. Aku tak akan lepaskan peluang malam ni".
Kata Yana sambil terseyum.
"Ok sayang, malam ni kita akan berpesta macam dulu dulu. Kita akan jadi gila gila macam dulu dulu". Kata Lin.
"Untuk malam ni, Kita enjoi puas puasssss".
Jerit Lin.
"No husband, No kids. Only kita bertiga".
Kata Lin lagi. Mereka ketawa besar didalam bilik. Menjelang malam mereka bersiap siap dan merancang untuk makan malam dan terus berjalan jalan ke tepi pantai, sebelum ke club.
"Woii cepat lah siap Zie".
Jerit Lin...
"Dah pukul 8. Aku dah lapar ni".
Jerit Lin lagi, bila melihat Zie masih lagi baring disofa. Yana pula sebok bersiap. Zie bangun dari sofa dan terus membuka almari baju Khai. Zie terseyum seorang diri. Bila melihat baju bajunya masih ada disitu.
"Wahhh, baju kau pun ada ke Zie. Hebat gila lah, cinta Khai dekat kau Zie".
Kata Yana, sambil berdiri didepan almari.
"Kau tau, dress dress ni semua Khai yang belikan. Dia tau aku suka yang seksi. So dia belikan aku. Semua yang nampak seksi"...
Kata Zie kepada Yana. Tiba tiba Lin memegang dress pendek berwarna hitam.
"Yang ni cantik Zie, kau pakai lah".
Kata Lin.
"Ehhh tak boleh. Ini bukan aku punya!".
Kata Zie kepada Lin.
"Ehh, kalau bukan kau punya, siapa punya?
Tak kan lah isteri Khai pakai seksi macam ni!
diakan bertudung".
Tanya Lin lagi.
"Ohh ini Siti punya".
Balas Zie dan terus mendiamkan diri. Dia tak mahu kawan kawannya, banyak bertanya pasal siapa Siti...
"Ok lahh, aku pakai yang ini sahaja.
Macam korang". Kata Zie.
Sambil memegang singlet dan seluar pendek yang tergantung dalam almari Khai. Baju itulah yang Zie pakai mula mula dia melarikan diri dari Z dan terus ke resort ni. Masih dia jaga baik oleh Khai.
"Ok geng jom turun".
Kata Zie. Bila selesai menyiput tinggi rambutnya.
Mereka berpandangan dan ketawa.
"Macam dulu dulu kann korang".
Kata Yana.
"Rindu dengan pakai macam ni". Kata Yana lagi.
"Korang yang dah lama tak pakai. Aku selalu pakai". Balas Zie.
"So aku tak de lah teruja sangat".
Kata Zie lagi sambil terseyum.
"Ehhh dah lah, jom tangkap gambar banyak banyak dengan selfie banyak banyak. Aku nak simpan semua memori kita dari ke cameron, Melaka hingga disini dalam FB dengan IG nanti.
Tak lah hilang gambar memories kita nanti".
kata Lin dan mengeluarkan talifon bimbitnya dan bersua foto dengan pelbagai memek muka. Mereka ketawa besar, bila melihat hasil gambar mereka dan berjalan turun ke bawah ressort
Share this novel