"Sudah lah tu Z, kau pergi lah masuk kerumah.
Nanti aku cuba pujuk dia".
Kata Khai.
"Tolong aku ye Khai. Aku rasa nak meraung, menjerit sekuat kuat hati aku, sekarang ni... Aku sakit mendengar kata kata Zie tadi".
"Tak apa Z, buat dua tiga hari ini, aku tidur dekat hotel area KL ni. Nanti apa apa aku call aku ye. Kau jangan susah hati".
Kata Khai lagi dan berlalu pergi meninggalkan Z sendirian.
"Huuuuuuaaaaa, apa yang aku dah buat ni".
jerit Zie didalam kereta, sambil memandu agak laju.
"Apa aku dah cakap ni! Betul ke apa yang aku buat?. Maafkan aku sayang. Aku nak kau bahagia... Kalau dengan aku, kau tak akan dapat bahagia dan tak akan dapat anak pun". Kata Zie sambil menangis meraung sendirian didalam kereta.
................................
"Haaa tu dah kenapa tu! Datang sini moncong je, mesti gaduh dengan Z".
Kata Ibu Zie, bila sahaja Zie melangkah masuk kedalam rumah dengan wajah sedih.
"Hurmmm entahlah ibu".
Balas Zie ringkas dan lantas Zie masuk biliknya.
"Badan ni rasa letih lah ibu".
Kata Zie, bila melihat ibunya, juga masuk kedalam biliknya.
"Kamu rehatlah dulu".
Kata ibunya dan terus keluar dari bilik Zie, bila Zie kata begitu.
Menjelang magrib.
"Zie,Zie, bangun. Z call ni".
Jerit ibu Zie dimuka pintu bilik.
"Cepat Zie! Z call kamu".
Jerit ibu Zie lagi.
"Hisss ibu ni. Saya tak nak cakap dengan dia.
Ibu cakap dengan dia, saya tak nak cakap. Kalau dia datang sini, saya akan lari lagi jauh".
Kata Zie kepada ibunya.
"Hurmmmm macam macamlah kamu berdua ni, pening ibu".
Marah ibu Zie.
"Z, maafkan ibu. Zie tak nak cakap dengan kamu... Kamu berdua ni dah kenapa Z? Apa sebenarnya yang terjadi? Tak fahamlah ibu dengan kamu berdua ni".
Tanya ibu Zie.
"Ok, tak apa lah Bu! Nanti ada masa saya cerita dekat ibu. Tapi, ini semua salah Z bu. Zie tak salah. Cakap dengan dia, Z rindu dia... Mekasih ibu, assalamualaikum".
Ibu Zie meletakakan gang gang talifon dan terus keruang tamu. Kelihatan Zie tengah duduk bersama adiknya Kiki.
"Zie kenapa ni Zie. Sudah sudahlah merajuk. Z cakap, dia rindu dekat kamu".
Kata ibu Zie. Zie lantas bangun dan masuk ke dalam bilik semula. Air mata kembali berlenang.
"Aku juge rindu kau Z, Tapi, aku tak boleh buat kau bahagia. Tolonglah lupakan aku. Aku nak kau bahagia. Aku terpaksa sakit kan hati kau. Aku tau kau nak kan anak. Tapi bukan dengan aku. Aku tak boleh bagi kau apa apa, kecuali cinta aku. Tapi itu belum cukup, buat kau bahagai".
Bisik Zie, sambil air mata setia mengalir kepipi. Keesokan harinya, Zie bangun dari tidur dan mencapai talifon bimbitnya yang setia tertutup, sejak dari semalam.
"Bib bibb!".
Zie melihat satu satu watsap masuk didalam talifon bimbitnya. Kelihatan ada tiga watsap masuk, dari orang yang berlainan.
Zie membuka watsap Khai dulu.
*Haiii Zie. Macam mana? Jangan merajuk lama lama.
tulis Khai.
*Hai khai.
I don't know, i feeling so sad. What I have to do Khai.
Tulis Zie.
Tidak sampai beberapa saat. Watsap dari Zie dibalas oleh Khai.
*Zie, awak kena berdepan dengan Z. Jangan asyik lari dari masalah. Dia pun berhak, membela diri dia".
*Tapi khai... Saya belum bersedia nak jumpa Z.
Saya takut tak boleh kawal perasaan marah saya.
Buat masa ini biarlah saya dan dia berpisah buat semintara waktu".
Tulis Zie.
*Zie, Jom keluar. Saya belanja awak makan petang ni".
Tulis Khai.
*OK boleh Khai, Nanti jumpa awak dekat mana?".
tulis Zie.
*Kita jumpa dekat Mall yang mula mula awak sudi keluar dengan saya tu. Itu pun sebab kereta awak rosak".
Khai membuat emoji senyum. Terseyumm Zie, bila Khai mengenang kembali kisah lama.
*Amboiii, saja je dia tu. Suka sangat kenang kesah lama,m".
Tulis Zie. Sambil membuat emoji love.
*Ok Khai, jumpa sana pukul 6 petang ye. Bye". tulis Zie lagi.
*Ok bye dear, see you soon".
balas Khai.
Zie membuka pula watsap kedua masuk.Tertera nama Fitri. Terseyum Zie melihat nama Fitri masuk.
"Dia ni, tak putus asa betul".
Bisik Zie.
*Hello Zie. U buat apa tu? Maaf kalau kacau u. I cuma nak tau keadaan u sahaja".
Tulis Fitri.
*Hai Fit. I ok Fit, walau pun agak berat. Tapi i kena kuat. Maafkan I Fit, tak dapat lepak dengan u dan Dee masa di Singapore".
Balas Zie dan menanti watsap itu dibalas oleh Fitri.
Bila melihat watsap ketiga, hati zie menjadi berdebar debar. Bila tertera nama Z. Zie membuka watsap dari Z itu.
*Sayang aku tau aku bersalah, Maafkanlah aku.
Terguris jiwa ini Zie. Bila kau melafaskan ingin berpisah dengan aku. Aku terasa sakit Zie, mendengar kata kata kau itu. Tapi aku nak kau tau. Tidak akan ada sedikit pun rasa sayang aku terhadap kau hilang. Malah bertambah dalam cinta aku terhadap kau Zie. Aku takut hidup tanpa kau Zie. Aku akan tetap menunggu kau kembali sayang. Aku hanya mahukan kau di sisi aku. Maafkan aku sayang. Tolong reply sayang.
Zie membaca watsap Z. Air mata menitis kepipi dan disapu mengunakan telapak tangannya. Z termenung sendirian. Dan mengabaikan sahaja Watsap Z itu.
Tapi Z tau, Zie sudah membaca watsapnya. Hati Z menjadi tak menentu, bila berada dirumah. Z membuat keputusan untuk pergi ke rumah Mie. Kerana dalam ramai ramai kawan Z, Mie sahaja yang belum berkahwin. Mie agak memilih orangnya. Kawan perempuan ramai, tapi tak seorang pun yang berkenan dimata Mie. Z, terus keluar dari rumah, menuju kerumah Mie. Untuk mengadu nasibnya.
"Bib! Bib!"
Watsap Zie berbunyi. Zie memandang talifon bimbitnya dan membuka wastap dari Fitri itu.
*Ehhh tak apa Zie! Yang penting u dah tau jawapan yang u nak. Maaf kalau i menganggu u".
Balas Fitri selepas satu jam berlalu.
*Ehh u tak ganggu i Fit. I yang cuma kusut sikit sekarang ni. I dengan Z dah tinggal berasingan. I nak kan ketenangan, buat semintara waktu".
Balas Zie.
*Moga u kuat Zie. Malam ni i ada dekat Club, i ganti abang i. Dia ada hal. Jadi i kena ganti dia.
boleh ke u datang ke sana ke?".
*i tak pasti Fit, kalau i free, i datang".
*hope awak dapat datang".
Zie hanya menghantar emoji senyum dan membiarkan sahaja watsap itu.
.............................................
"Hello Zie, awak dah sampai ke?. Saya dekat pintu masuk mall".
Tanya Khai ditalian.
"Dah dah Khai. Sekejap, saya dalam kereta. Baru nak keluar".
Kata Zie dan lantas keluar dari kereta, terus pantas berjalan kepada Khai.
"Sorry Khai. Saya pusing pusing cari parking tadi".
Tersenyum Khai melihat Zie yang tercungap cungap, berjalan laju.
"Ok lah, jom masuk".
Ajak Khai. Zie mengikut Khai masuk kedalam Mall.
"Leganya rasa, dapat aircond. Hilang peluh aku. Kalau tak masamlah baju aku".
Bisik Zie.
"Nak makan mana Zie?".
Tanya Khai.
"Mana mana aje Khai, i tak kesah".
Balas Zie.Khai membawa Zie kesebuah restaurant didalam mall.
"Ok kita makan dekat sini ye".
Zie hanya terseyum dan terus duduk.
"Ye Cik nak order apa ye?".
Tanya pelayan itu.
"Bagi satu chicken chop dan lamb chop satu. Air u bagi i air tembikai dengan tea ais".
Kata Khai, sambil memandang Zie dan sempat bermain mata dengan Zie. Terseyum Zie.
"Mana awak tau saya nak makan dengan minum air tu?".
Tanya Zie.
"Ehhh itu bukan kegemaran awak ke?. Atau awak nak tukar makanan lain Zie?".
Tanya Khai, yang mula membuat muka blurrr.
"Ehhhh ok ok, i memang nak makan tu. Awak ni Khai. Macam tau tau je baca hati saya ni. Awak memang kawan yang baik Khai".
Kata Zie, sambil memegang tangan Khai.
"Awak tau apa yang saya suka. Awak pandai mengambil hati saya".
"Sebab awak pernah bertahta di hati saya. Saya tak akan lupa awak sampai bila bila. Saya tau awak dah jadi milik orang. Tapi saya tetap akan ingat apa yang awak suka".
Bicara Khai dengan senyuman. Zie memandang Khai dengan senyuman yang sentiasa terukir dibibirnya.
Share this novel