Untitled

Romance Completed 40494

"Jom kawan kawan, kita makan. Semua makanan dah siap".

Aku berteriak memanggil semua kawan kawan. Berebut semua banggun dari tempat duduk masing masing.

"Wahhhh bestnya! Sedap ke ni?".
Tanya Sham, sambik ketawa.

"Kan aku dah cakap Sham. Kalau sedap makan, tak sedap pun makan juga". Aku juga ketawa.

"Z nak makan ke? Aku ambilkan".

Jerit aku kepada Z, yang begitu leka bermain game ditalifon bimbitnya.

"Yang lain ambil sendiri ya. Aku boleh ambikan untuk jantung hati aku ni je".
Kata aku lagi sambil memandang Z.

"Mestilah nak".
Z terseyum memandang aku.

"Jap ya sayang! Aku ambilkan". Kata aku sambil memandang kembali Z.

Mata aku beralih pula kepada Hafiz dengan Ita yang masih duduk menonton television.

"Ita, pergi makan ajak Hafiz sekali".

Aku mengarahkan Ita. Ita terseyum memandang aku dan bangun dari berkepit dengan Hafiz, lalu datang ke meja makan... Aku membawakan makanan untuk Z didepan television. Kerana meja makan sudah di penuhi kawan kawan.

"Kau tak makan ke Zie?".

"Tukang masak, kena makan last last. Kau makan lah dulu. Aku tak lapar lagi. Aku nak lepak bilik, perkena rokok jap. Nanti bila saka ada dah lapar, aku masuk dapur makan. Tak payan nak di suruh suruhh".

Kata aku sambil tersengeh memandang Z yang begitu berselera makan.

"Sedapnya kau masak".

kata Yana dengan mulutnya penuh dengan makan, bila bercakap. Sham dengan Lin pun menyampuk serentak.

"Haaaa sedap. Beruntung laki kau nanti Zie".
Selit Shah.
Aku yang berdiri didepan pintu bilik, hanya terseyum memandang kawan kawan yang setia menjamu makan masing masing...

"Baru korang tau, siapa aku. Air tangan mak mak tau. Siapa jadi laki aku, Pasti gemuk". Kata aku.

Tergelak mereka yang duduk dimeja makan.
"Betullah sis sedap sangat. Pandai sis masak. Dah lah cantik, pandai pula memasak". Sampuk Ita.
"Hurmmm, cantik pun kena tinggal Ita oiiii"... Bisik aku.

"Terima kasih Ita". Aku membalas.

Aku menuju kedalam bilik dan mencapai kotak rokok diatas meja. Aku mengeluarkan sebatang rokok dan membakarnya.

"Penatnyaaaa! Baring sekejaplah, sebelum aku mandi. Dah berpeluh peluh badan aku". Aku mengomel sendiri.

Habis sebatang rokok, aku memadamnya dan aku buang putong rokok ke dalam bekas rokok. Tengah baring baring pintu bilik aku di ketuk oleh Z. Z membuka pintu, lalu terus masuk kedalam bilik.

"Terkejut aku Z".

Kata aku lantas dari baring aku terus duduk diatas katil.

"Hisss Z ni, buatnya aku berbogel ke time ni. Pasti terkejut beruk dia dengan aku...Tak ada sivik betul mamat sekor ni". Bisik aku.

Z hanya tersenyumm. Bila melihat aku yang dari baring terus lantas duduk.

"Penat sangat ke memasak?"
Tanya Z, sambil menutup semula pintu bilik.

"Kau ni Z, nasib aku tak buka baju. Aku ingat nak mandi tadi, baring baring terus terlupa". Kata aku sambil terseyum.

"Aku pun nak mandi ni, Itu yang aku masuk. Aku nak ambil baju dengan tuala. Berpeluh peluh makan tadi. Sedap, pandai kau masak Zie".

"Mekasih Z sudi puji aku". Aku terseyum.

"Z, ambilkan aku sebatang rokok. Meh lah duduk sini".
Aku mempelawa Z duduk di katil, bersama aku. Z pula menghulurkan aku sebatang rokok dan aku membakar rokok itu.

"Kalau kau nak, ambil lah rokok aku. Ada lagi kan?"

"Hisss kau ni Zie, aku mana ada merokok. Kau ni tak tau, atau saja nak usik aku". Balas Z.

"Apalah kau ni Z. Tak macoh lah, lelaki tak merokok. Nak, rasa tak? Meh cuba".

Aku mempelawa Z untuk merokok bersama sambil terseyum gatal.

"Jahat gila aku ni. Mengajar anak orang merokok pula". Bisik aku sambil memandang Z yang berkerut dahinya.

"Bukan ketagih pun, kalau hisap sikit. Meh lah cuba Z". Hasut aku lagi kepada Z.

Z mencapai rokok yang aku pegang dan terus menyedutnya. Terbatuk batuk Z, bila asap rokok didalam mulut... Aku pula tergelak gelak melihat perubah muka Z, bila dia tersedak asap rokok.

"Adoiii, apa lah kau ni Z".
Sambil aku mencubit pipi Z. Z juga turut ketawa.

"Nak cuba lagi tak?".

"Tak nak lah, nanti batuk".

"Ok ok, kali ni lain. Kau ambil asap dalam mulut aku. Pasti tak batuk".

Aku menyedut asap rokok masuk ke dalam mulut aku. Lalu aku menarik leher Z dan merapakan bibir Z ke bibir aku. Z menyedut asap rokok dalam mulut aku. Sambil memegang bahu aku. Aku terseyum nakal di dalam hati.
Tiba tiba, pintu bilik di ketuk. Terkejut aku, bila pintu bilik aku di ketuk seseorang. Tak sempat nak buat jahat dekat Z.

"Siapa?" Tanya aku.

"Aku lah, Yana".

Lekas lekas aku dan Z membetulkan kedudukan masing masing. Z terus turun dari katil dan duduk dilantai.
"Masuk masuk Yana".
Aku bersuara.

"Zie kenapa tak makan lagi, dah nak petang?"... Tanya Yana.

"Jap lagi aku makan. Aku nak mandi dulu. Badan ni dah berpeluh peluh masak tadi".
Aku menjawap soalan Yana.

"Oh ok! Tapi jangan tak makan pulak".

Kata Yana sambil menutup semula pintu bilik aku.

"Terperanjat aku Zie".

Kami berpandangan antara satu sama lain dan ketawa berdekah dekah.

"Z, kau mandi dulu lah, aku nak baring sekejap. Kalau kau nak masuk nanti, kau masuk je terus. Aku tak lock pintu".

"Ok".

Jawap Z, lalu bangun mencapai tuala dan terus kedapur, untuk mandi. Aku pula, masih bergolek golek dalam bilik. Tak sangka pula boleh pula terlelap.

"Zie! bangun. Kata nak mandi?"

Aku tersedar dari tidur aku, bila mendengar suara Z mengejutkan aku. Aku membuka mata dan terus mengeliat dan memusing musingkan badan.

"Huuuu malasnya nak mandi... Tolong, mandikan aku boleh ke?"

Aku melawak... Setiap kali aku melawak benda benda yang manja kepada Z, muka Z pasti berubah. Muka itu lah yang membuatkan aku suka sangat kacau Z.

"Meh duduk sini Z". Aku mempelawa Z duduk di sisi aku dan Z terus duduk di atas katil. Aku memelok Z dari belakang. Membuatkan Z terseyum.

"Hummmm wangi, aku suka benda yang wangi". Kata aku kepada Z.

"Sudah sudah! Kau pula bangun mandi cepat, kau belum makan lagi".

"Hurmmm nanti lah Z, aku nak peluk kau dulu".

Kata aku kepada Z dengan gedik manja yang aku buat buat.

"Z kau tau, kau lah sahabat yang paling baik. Aku sayang sangat dekat kau. Aku sedih sebenarnya kejadian semalam. Tapi bila aku tengok kau ada disisi aku dan kau peluk aku. Hati aku jadi betul betul gembira kembali. Kalau kau tak ada, aku tak tau nak cerita dekat siapa masaalah aku ni. Mesti tidak ada siapa yang nak peluk aku. Macam mana yang engkau buat untuk aku. Sebab tu aku sayang sangat dekat kau Z".

Kata aku sambil setia memeluk Z dari belakang.

"Aku pun sayangkan kau Zie. Aku akan sayang kau sampai bila bila. Kau ingat janji aku ni".

kata Z, sambil memusingkan badannya memandang kepada aku.

"Dah! dah bangun, pergi mandi". Kata Z lagi.

"Kenapa! Badan aku dah berbau busuk ke Z?"

"Tak ada lah, masih wangi lagi. Tapikan dah nak petang. Baik lah kau pergi mandi dulu". Kata Z.

"Oklah! Oklah". Aku melepaskan pelukan aku, lalu bangun dari katil dan mengambil tuala mandi.

"Jap ye, aku pergi mandi dulu".

Aku berlalu keluar dari bilik, meninggalkan Z didalam bilik keseorangan. Keluar dari bilik aku terpandang Hafiz yang setia duduk di sofanya bersama Ita. Hafiz memandang tepat ke mata aku. Raut wajahnya seperti tidak selesa, bila aku bersama Z didalam bilik. Mesti dia ingat, aku ada buat apa apa dengan Z tadi.

"Ahhh lantak kau lahh. Siapa suruh bodoh sangat, sakitkan hati aku. Lain kali, bodoh tu simpan sikit. Hadaplah girlfriend bertudung kau tu. Sampai mampus".

Bisik aku dan membuat muka selamber, bila Hafiz memandang aku. Keluar dari bilik air, Aku lihat Z sudah berada di kerusi sofanya. Menghadap television bersama dengan yang lain. Jam didinding menunjukan pukul 3.45petang. Patutlah aku dah rasa lapar. Aku masuk bilik dan memakai baju body tshirt dan short pants, lalu terus keluar dari bilik, mengadap nasi. Punyalah lapar, macam bela saka aku makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience