KHAI TIDAK MELEPASKAN PELUANG

Romance Completed 40494

Mereka berdua meneruskan perjalanan ke destinasi yang diberitahu oleh Khai. Perjalanan yang agak jauh. Mengambil masa 1jam lebih dari KL. Zie memandang jam yang ada di hadapannya. Sudah menunjukkan pukul 1.25 tengahari.

"Manalah dia nak bawa aku ni. Dia nak colek aku ke, lepas tu dia nak jual?".
Bisik Zie di dalam hati.

"Hissss, muka macam Khai mana layak jadi orang jahat" Bisiknya lagi.

"Zie,dapat ke kerja tadi?".

"Mestilah dapat, tengoklah pakaian saya. Bos bos pun tergoda tau".

Kata Zie, sambil tersenyumm. Khai juga tersenyum dengan jawapan Zie.

"Tapi, saya tak sukalah, bos tempat tu. Dia asyik pandang saya atas bawah je. Seram jugaklah tengon dia pandang macam tu. Matanya tak boleh duduk diam. Minta kena cucuk dengan lidi. Macam orang gila sex je"...

Cerita Zie sambil ketawa.

"Hiss, tak payahlah masuk kerja dekat situ. Orang macam tu boleh buat apa apa je. Bahaya untuk awak nanti".

Khai mula risau. Bila Zie bercerita tentang bos gatal, ditempat yang Zie akan berkerja.

"Alahhh wak, Awak jangan lah risau. Saya nak cuba dulu. Dah setahun lebih saya menganggur. Lagi pun saya ada black belt taekwondo. Dia buat hal, tau lah saya nak buat apa nanti?".

"Wowwww ganasnya. Ada black belt ye. Dasyatlah awak ni".

"Tak lah dasyat sangat. Cuma wakil sekolah je. Lin dengan Yana pun sama. So setakat orang kacau, kami dah tak heran dah".
Kata Zie, sambil membuat muka bangganya.

"Wahhh, takutnya".

Zie ketawa terbahak bahak di dalam kereta, bila Khai kata begitu.

"Amboii! sukanya dia".

Kata Khai. Sambil memandang Zie yang bukan main gembira lagi.

"Heiiii".

Khai memegang pipi Zie. Bila Zi tidak berhenti henti ketawa.

"Apa yang lawak sangat tu?".

Tanya Khai. Zie dari ketawa, mula tersenyumm.

"Saya sukalah, lepak dengan awak".

Sambil Zie berpusing ke tepi, memandang Khai yang sedang memandu.

"Dengan awak, saya rasa lain. Entah lahhh". Kata Zie lagi.

Zie mula keliru dengan perasaannya sekarang. Khai hanya tersenyum.

"Ok, hari ni saya nak berdua dengan awak sahaja". kata Zie.

"Tak mahu gangguan. So, jomm kita Off handphone. Nak tak?".

Tanya Zie, yang cuba buat kerja gila.

"Good idea".

Kata Khai dan terus mengambil handphonenya didalam poket dan terus menekan butang off.

"Amboii cepatnya". Zie ketawa.

"Hari ni kan, hari kita. So, Tak nak lah ada ganguan kawan kawan yang lain"
Kata Khai.

"Jap, Saya nak sampaikan satu watsap dekat group". Kata Zie dan mula menyampaikan satu pesanan kepada Lin dan Yana.

-"Korang, hari ni aku sebok. Sesiapa cari aku, cakap aku sebok ye. Aku ada di luar kawasan. Malam sikit aku balik. So jangan risau pasal aku... bye".

Dan Zie menghantar pesanan tersebut. Zie terus menekan butang off ditalifon bimbitnya. Sambil membuat hai five kepada Khai. Masing masing ketawa didalam kereta.

"Ok kita dah nak sampai".

Zie melihat kiri kanan tempat itu. Bila kereta Khai memasuki sebuah resort.

"Ehh, awak bawa saya ke Port Dickson ke? Wahh bestnya dapat tengok laut".

Zie tersenyum gembira. Khai membalas senyuman Zie dengan penuh bahagia... Khai memasuki kedalam kawasan pekarangan resort yang menghadap ke laut dan meletakkan keretanya di sebuah parking khas.

"Dah sampai jomm"...

"Ehhh, kita nak buat apa, dalam resort ni Khai?"

Tanya Zie sambil membuat muka berkerut. perasaan bimbang, bila Khai mengajaknya masuk kedalam resort. Dalam fikiran Zie, Khai hanya akan membawanya berjalan jalan di tepi pantai sahaja. Bukannya didalam resort.

"Alahhhh, tak payahlah nak buat muka sangat. Bukan saya nak buat apa apa pun dekat awak.
Dah jomm".

Khai keluar dari kereta dan pergi kepintu dimana Zie duduk dan membukakan pintu kereta buat Zie. Zie agak risau, bila Khai buat begitu. Khai lantas menghulurkan tangannya kepada Zie. Dengan senyuman kelat, Zie menyambut tangan Khai... Dalam terpaksa, Zie mengikut Khai masuk dalam resort, di bahagian Check-in section.

"Hello cik Khai".

Staff di situ menegur Khai".

Zie, bertambah pelik. Bila staf disitu mengenali Khai.

"Wahhh! First time datang sini bawa girlfreand ye Cik Khai".

Kata salah seorang staff yang ada disitu. Khai hanya tersenyum dan budak tu memberikan kunci kepada Khai.

"Nak apa apa call kami ye cik".

Kata salah seorang staff itu.

"Jomm Zie!"

Ajak Khai, Sambil memimpin tangan Zie dan sedikit menariknya tangan Zie, agar Zie berjalan mengikutnya.

"Khai, apa semua ni?".
Tanya Zie, sambil berjalan.

"Jom ke atas dulu. Nanti saya cerita. Saya tau awak takut".

Jawap Khai, bila melihat Zie begitu kebinggungan.

"Jangan takut, saya bukan orang jahat. Awak selamat dengan saya".

Kata Khai, yang cuba menenangkan Zie. Zie mula tersenyum.

"Itu lahh, sebelum ni aku ajak kau keluar. Kau jual mahal sangat. Sekali aku dapat keluar dengan kau. Jauh aku bawa kau lari. Senang! Tak ada siapa yang nak kacau".

Bisik Khai di dalam hati. Sambil membuka salah satu pintu bilik yang berada dilantai satu dalam resort itu.

"Masuklah".

Sambil Khai menarik lembut tangan Zie. Agar Zie masuk kedalam biliknya. Zie mengikut sahaja kehendak Khai dan melangkah masuk kedalam bilik itu. Terpegun Zie, bila melihat kedalam bilik Khai.

"Wahh, cantiknya. Macam bilik khas untuk vvip. Ada set sofa, ada meja menulis, Ada rak almari, television dan sebuah katil King... Sebuah bilik yang agak besar dan cantik".

Bisik Zie didalam hati, sambil memerhati setiap surut didalam bilik itu dengan terujanya.

"Zie, awak tau! Bila saya rindu dia. Saya akan duduk di sini sorang sorang. Sambil mengenang nasib saya".

Kata Khai, sambil Khai membuka langsir yang tertutup dan membuka pintu balconi. Angin laut yang bertiup kencang. terasa indah bila meniup masuk kedalam bilik.

"Zie, sinilah... Apalah awak ni".
Khai terseyum.

"Tadi kata ada black belt! Janganlah takut".

Zie tersenyum dan terus keluar ke balconi.

"Wahhh, Cantiknya Khai".

Wajah Zie begitu teruja bila melihat keindahan tempat itu.

"Nampak laut yang biru. Terasa segar disini ye Khai". Kata Zie sambil terseyum riang, memandang pohon kelapa yang sebuk menari nari.

"Indahkan pemandangan dari sini?".
Tanya Khai, kepada Zie.

Tersenyum Zie memandang Khai. Khai memeluk pingang Zie, sambil melihat pemandangan laut.

"Khai, resort ni siapa punya?. Orang orang sini, semua kenal awak". Tanya Zie lagi.

"Ohhh, ni resort pakcik saya. Saya ambil satu bilik ni. Untuk saya tenangkan fikiran".

Terang Khai kepada Zie dan Zie mengangguk tanda faham... Zie masuk kedalam bilik, setelah puas melihat pemandangan luar dan Zie duduk disofa. Mata Zie masih setia melihat gambar gambar, perempuan yang sama di dalam bilik ini... Digantung dengan kemas. Termasuklah gambar Khai bermesra dengan perempuan itu.

"Khai, ni ke gadis yang awak cerita tadi?".

Tanya Zie.

"Cantik orangnya".

Kata Zie lagi.

"Kenapa dia meninggal Khai?".

Khai duduk disebelah Zie dan megengam tangan Zie. Khai menarik nafas panjang, sebelum menceritakan kepada Zie.

"Sepatutnya, Saya tak boleh cerita kepada sesiapa pun tentang dia Zie. Tapi kerana awak, saya sudi untuk menceritakannya".

"Zie, di meninggal di tali gantung".

"Apa? Kenapa? Dia buat apa?"

Tersentak hati Zie, bila Khai kata begitu. Zie yang tadinya beria ria mahu tahu tentang Siti. Mula merasa resah, bila melihat Khai menunjukkan wajah sedihnya... Zie merapatkan badan kepada Khai dan lantas memeluk Khai.

"Jangan bersedih Khai".

Zie mula memujuk.

"Kerana cinta Zie. Kerana cinta dia sangup membunuh. Kerana dia terlalu ikutkan kata hati. Kerana terlalu Cinta, dia bertindak di luar kawalan diri. Kerana saya Zie! Kerana saya dia membunuh... Dia di rogol! Dia di rogol oleh budak kolej kami. Kerana budak tu marah, bila saya rapat dengan dia. Jadi satu pergaduhan kecik. Yang membuatkan budak itu sangup merogol dia di dalam stor kolej kami. Dan kerana amarah yang teramat sanggat. Dia datang semula ke kolej untuk membunuh lelaki itu. Dia membayar hutang untuk dia yang di rogol dan untuk saya, kerana lelaki itu mencederakan saya. Sungguh kuat cinta dia kepada saya. Sehinggalah dia didapati bersalah, membunuh dengan niat dan dijatukan hukuman gantung sampai mati".

Menitis air mata Khai, bila bercerita. Zie terdiam dan terperanjat mendengar cerita tentang gadis malang itu.

"Sudahlah tu Khai! Maafkan saya, kerana buat awak teringgat kembali kesah kesah lama awak"...kata Zie.

Sambil membersihkan air mata dipipi Khai dengan tanganya. Zie tersenyum memandang Khai. Khai mula memegang bibir Zie.

"Senyuman awak sama dengannya Zie, sebab itulah saya berharap. Dapat berkawan dengan awak".

Khai merapatkan bibirnya dan mencium bibir Zie. Tersetak hati Zie bila Khai buat begitu. Tertapi Zie tidak terdaya untuk menolak ciuman Khai. Kerana Zie juga terpersona melihat Khai. Berdebar dada Zie. Bila Khai buat begitu. Khai memandang kepada Zie. Terseyum Khai, bila Zie merelakan ciuman itu.

"Awak tau, sejak dia di jatuhkan hukuman. Inilah tempat saya. Tempat saya berfikir tentang dia".

Khai bangun dari sofa dan kembali keluar kebalconi. Zie juga mengikut Khai ke balconi.

"Zie, Nanti kita tengok matahari terbenam di sini ya. Dari sini, kita boleh nampak semua keindahan diwaktu petang. Sebab itulah, saya memilih bilik ni. Hanya saya sahaja yang boleh membuka bilik ini dan salah sorang staff dibawah. Itu pun atas arahan saya. Kerana saya tak mahu, barang barang kenangan saya dan dia rosak". Kata Khai lagi.

"Sungguh indah percintaan Khai dengan si dia. Indahnya kalau Z juga begitu".
Bisik Zie.

"Khai, kenapa awak bawa saya ke sini?"

"Kerana, awak membuat saya teringat kembali dengan Siti. Senyuam manis awak, membuat saya tak tentu arah. Saya mula suka awak. Saya mula mahu kejar awak".

Kata Khai sambil memandang Zie. Zie terseyum malu bila direnung tajam oleh Khai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience