Kecelakaan

Romance Completed 40494

Hati aku tiba tiba berdebar debar, bila pegawai itu memberi tahu yang Z kemalangan jalan raya. Tersentap hati ni.

"Sekarang kawan kamu ada di hospital". Kata pegawai itu lagi.

"Macam mana keadann dia tuan".

"Dalam keadaan macam ni baik awak pergi ke hospital dan tengok sendiri. Saya tak pasti, keadaannya. Keretanya terbabas dipembahagi jalan dan merempuh sebatang pokok". Kata pergawai polis itu.

Berdebar sungguh hati aku bila polis tu berkata begitu.

"YakAllah moga Z tak apa apa". Bisik aku di dalam hati.

"Ok terima kasih ya tuan. Saya akan kesana".

Aku membuat bayaran dan terus berlari ke atas untuk memberi tahu kawan kawan yang lain. Kawan kawan yang lain juga terperanjat bila aku menceritakan tentang kemalangan itu. Sham membuat keputusan supaya jangan semua pergi ke hospital. Hanya aku dan Sham sahaja yang akan pergi. Tiba tiba Daya bersuara.

"Aku nak ikut juga Sham". Kata Daya.

Aku dan Sham berpandangan antara satu sama lain... Dalam keadaan macam ni aku tak boleh pentingkan diri. Mungkin Z lebih memerlukan Daya dari aku. Sham bersetuju Daya juga iktu bersama. Kami bergegas ke hospital. Semakain hampir, semakin berdebar hati ini. Pelbagi perasaan bermain didalam fikiran aku. Adakah sesuatu yang buruk sudah terjadi?. Sampai disana Sham bertanyakan tentang persakit yang bernama Zahrul Zahari.

"Ye ada" Jawap nurse disitu.

"Dia ada di bilik no2, tinggkat 1". Kata nurse itu lagi.

Kami bergegas kesana. Sampai dibilik itu, aku melihat keadaan Z dari jauh. Dahinya berbalut dan tangannya juga dibalut. Betul betul tempat yang sama lukanya hari tu semasa di Cameron Highland. Terasa sedih bila melihat keadaan Z begitu. Daya meluru kepada Z dan mendakap Z dengan erat.

"Z kami datang Z, Kenapa boleh jadi macam ni Z?". Tanya Daya, sambil mengalir air matanya.

Aku hanya melihat Daya dan Z dari jauh sahaja. Z membuka mata dan memegang balutan di dahi, bila kami sampai. Daya terus memeluk Z sambil menangis.

"I risaukan u Z! Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa kau bertindak bodoh sangat!" Kata Daya lagi.

Mata Z seperti tercari cari sesuatu dan terpandang aku di hadapan pintu masuk. Air mata aku juga mengalir, bila melihat keadaan Z. Z menghulurkan tangannya kepada aku. Aku hanya berdiri seperti patung dan diam membisu. Pandang aku, aku alihkan ketempat yang lain.

"Daya sudah ada di sisi Z, Rasanya aku sudah tidak di perlukan lagi". Bisik aku.

Bila aku melihat Z berkeadaan sehat dan tidak ada apa apa yang kelihatan cedera teruk, Itu sudah cukup melegakan hati aku. Aku perpusing dan terus berjalan untuk kembali kebawah. Sampai dibawah, aku duduk disebuah kerusi. Sham mengikut aku dari belakang dan terus duduk di sebelah.

"Zie, aku tau benda ini berat untuk kau buat keputusan. Tapi, Aku nak tanya kau, sudah berapa tahun kau kenal Z. Pernah ke dimenceritakan pasal wanita yang dia suka kepada engkau?" Tanya Sham.

Tak pernahkan Zie".

Sham menjawap sendiri soalan yang diajukan kepada aku.

"Itu sebab dia sukakan kau dari dulu lagi. Tapi dia takut untuk meluahkan perasaan hatinya dekat kau. Mengenal Daya adalah satu kesilapan baginya. Dia memilih Daya kerana dia terasa sunyi... Setiap kali kau bersama orang lain hati dia sakit Zie. Dia terpaksa melayan Daya kerana dia tak mahu hatinya sakit bila melihat kau dengan orang lain. Sekurang kurangnya Daya boleh menghiburkan hatinya yang duka". Cerita Sham kepada aku. Aku setia mendengar.

"Z cerita semuanya dekat aku Zie! Dia tak suka bila tengok kau di kecewakan. Setiap kali kau kecewa dan kau menceritakan kekecewaan itu dekat dia. Dia pasti akan memeluk kau. Dengan harapan kau akan faham yang dia sentiasa ada didalam hidup kau, bertapa dia sayangkan kau Zie. Tapi kau tetap mencari orang lain... Hancur hati dia Zie. Kejadian di Cameron hari tu. Semua dia cerita dekat aku, masa dibalconi tempoh hari. Bila kau berpisah dengan Hafis, dia rasa kan, yang dirinya dapat membuat kau gembira. Dia juga mula gembira. Tapi bila Daya tiba tiba muncul dan kau bersama budak sebelah rumah, Hati dia tak tenang. Dia selalu tanya aku bila engkau nak berubah dan Kenapa engkau tak nampak dia di depan mata kau?... Kenapa kau memandang lelaki lain! Sedangkan dia yang sentiasa ada di sisi kau disaat kau bersedih. Banyak persoalan yang dia tanya dekat aku Zie. Aku tak ada jawapannya, Sebab jawapannya ada dekat engkau" kata Sham lagi.

Aku duduk sambil terunduk memandang ketanah. Sesekali aku mengusi gusi tanah itu dengan selipa dikaki, sambil mendengar cerita Sham, sambil itu juga, air mata menitis jatuh ke tanah. Aku menagis tanpa suara. Aku mengesat air mata dengan telapak tangan aku beberapa kali.

"Aku tak tau Sham! Aku betul betul buntu. Aku tak tau kenapa aku jadi macam ni. Aku tak tau, Kenapa aku tak boleh nampak dia sebelum ini. Sedangkan setiap masa dan setiap hari dia ada dihadapan mata aku. Sentiasa terseyum, sentiasa buat aku gembira... Aku sebenarnya buta Sham. Aku buta dalam terang. Kerana buta tulah aku tak boleh nampak dia... Tapi Sham! Bila aku boleh nampak dia. Kenapa aku kena nampak, sesuatu yang menyakitkan hati aku?".

Aku memandang kepada Sham.

"Kejadian tadi membuatkan aku bertambah buta Sham. Korang tak akan paham apa perasaan aku masa itu. Kalaulah korang di tempat aku, pasti korang akan buat, perkara yang sama, apa yang aku buat tadi". Kata aku lagi kepada Sham.

Entahlah Zie, buat masa ni kau kena kuat. Z perlukan kita, Z perlukan kau. Jangan tinggalkan dia di saat bergini Zie".

Kata Sham sambil memandang kepada aku. Aku memandang kebawah kembali.

"Dia tak perlukan aku Sham. Dia perlukan Daya, bukan aku. Aku tak nak rampas hak orang. Dia bukan milik aku. Dia milik Daya. Aku doakan dia cepat sembuh dan harap dia bahagia dengan Daya. Tolong sampaikan dekat dia Sham bila dia sudah ok nanti. Aku akan pergi dari hidup dia. Aku akan tetap jadi aku. Aku tak akan jadi orang lain yang berpura pura... Baik itu adalah aku, jahat itu juga aku. Harap dia jangan cari aku lagi. Biar aku kuburkan sahaja perasaan sayang dan cinta aku didalam ruang dihati aku".

Kata aku lagi, sambil memandang Sham kembali.

"Aku tak boleh tunggu lama lagi disini Sham. Jiwa aku akan lebih sakit. Perasaan benci sentiasa akan wujud, bila terbayang bayang apa yang terjadi tadi. Aku akan pergi dari sini. Aku akan call makcik aku di Teluk intan. Suruh dia datang mengambil aku pagi nanti. Tolong sampaikan pesanan aku ya Sham. Koranglah sahabat yang paling aku sayang. Memori hampir 10 hari ni, tidak akan aku lupakan. Memori yang penuh kegembiraan, kesedihan, cabaran, kekecewaan. Aku akan ingat semua kenangan ini sampai bila bila". Sambung aku lagi.

"Sudah lah tu Zie... Bawa bawalah bersabar. Kau dah tak sayang Z ke? Dari kecil kita berkawan, Kau nak lupakan sahaja persahabatan baik kau dengan Z macam itu sahaja ke Zie?".

Tanya Sham kepada Aku dan aku berdiamkan diri sejenak. Sham setia memerhati aku.

"Aku tak pernah lupa Sham. Tapi, buat masa ni, rasa baik aku undurkan diri Sham. Agar Z dapat bersama Daya tanpa ganguan aku. Kalau dia nampak aku nanti, pasti dia akan berubah hati. Sebelum dia berubah hati, Baiklah aku pergi dulu. Kau faham aku kan Sham?".

Sham menarik nafas panjang.

"Zie, aku akan tetap doakan kau boleh menerima Z kembali. Orang baik macam Z tak sesuai untuk Daya. Z hanya sesuai untuk kau".

Kata Sham dengan harapan aku terima Z kembali. Aku tau Sham mahu aku berbaik semula dengan Z...Sedang aku dan Sham borak borak, dari jauh aku ternampak Daya turun bersama Z. Aku bangun dari tempat duduk dan cuba untuk melangkah pergi dari situ. Tak sangup aku melihat mereka berdua... Baru setapak aku melangkah.

"Ziee".

Z memanggil nama aku. Aku terhenti dari cuba berjalan dan berdiri tanpa berpusing memandang kepada Z.

"Tunggu sekejap Zie, jangan pergi dulu". Kata Z.

Aku hanya terdiam di situ dan masih berdiri dan memandang ke tempat yang lain. Tak sanggup aku untuk menoleh memandang Z. Terasa bersalah didalam diri ini.

"Kerana aku kau dalam keadaan begini, Maafkan aku sayang".

Bisik aku sendiri. Walaupun marah, perasaan sayang kepada Z, masih wujud di hati ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience