Tak akan ada cinta yang sempurna buat aku, selain dari cintanya.

Romance Completed 40494

Gelisahnya hati aku. Tak sangup aku khianati cinta ini. Aku mencium jari jemarinya. Sambil mata setiap memandang wajah Siti yang lena di buai mimpi. Aku bangun dan terus keluar dari bilik. Tak tertanggung perasaan ini. Bila agaknya polis akan datang? Biar dia lekas lekas pergi dari pandangan mata aku... Aku kembali duduk dikerusi diruang tamu. Yun dan Lee, masih setia menemani aku. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30pagi.

"Lee, kau dah call polis ke?".

Aku bertanya.

"Ahaaaa Khai, aku dah call. Aku dah cerita, pasal pembunuhan dibelakang kolej kita. Polis akan sisat dulu, takut takut itu hanya satu penipuan... Kalau betul ada pembunuhan, mereka akan terus ke sini. Apa apa pun kita tunggu sahaja".
kata Lee lagi.

"Lee, aku berdoa. Moga Siti hanya membuat cerita pasal Ciko. Untuk menakut nakutkan aku. Tak sanggup rasanya. Aku nak terima semua ni".

"Aku pun harap begitu Khai. Berdebar rasanya, menunggu keputusan polis. Aku doakan yang baik baik untuk Siti". Balas Yun

"Terima kasih korang! Terima kasih ada di sisi aku, di saat macam ni". Kata aku kepada Yun dan Lee.

Akhirnya Aku terlelap di sofa. Lebih satu jam aku terlelap. Bila aku tersedar kembali. Aku memandang jam, didinding. Sudah pun menunjukkan pukul 6.30 pagi. Yun dan Lee juga terlelap seketika... Dari dalam rumah, aku ternampak sinar kereta polis yang menyala biru. Tapi dia tak buka sirannya. Aku mengejutkan Lee dan Yun. Mereka lekas lekas bangun. Mana kala yang lain lain turut Tersedar dan terpinga pinga. Lee lantas bangun dan membuka pintu. Bila pintu diketuk pegawai polis.

"Awak ke yang membuat pangilan tadi?". Tanya pegawai polis itu.

"Ye encik saya yang membuat pangilan tadi".
Jawap Lee.

"Macam mana cik? Apa yang telah terjadi? Betul ke aduan saya tadi! Pasal mayat di belakang sekolah?"

Soal Lee bertalu talu. Kepada pegawai polis itu.

"Ye cik, betul kata awak. Ada mayat seorang remaja lelaki dibelakang kolej kamu semua. Punca kematian, kami belum dapat tahu lagi... Lagi pun kami ada menerima aduan, seorang pelajar dari kolej itu hilang". Balas pegawai polis itu.

Tersentak rasa hati, macam di tikam tikam rasanya. Bila polis mengesahkan ada kematiaan dibelakang kolej. Rupanya kata kata Siti bukan setakat hanya kata kata. Tapi semuanya benar berlaka.

"Kerana cinta kau kepada aku. Kau sanggup membunuh! Hanya kerana satu pegaduhan yang aku angap hanyalah kecil dan normal bagi kami anak remaja. Tapi bagi kau! Huuuu cinta kau paling agung. Bukan sekadar cinta anak remaja. Kau terlalu mengikutkan kata hati. Sampai sangup kau buat begitu".

Akak fikiran aku berbicara sendiri.

"Di mana saspek kita?".

Tanya pegawai polis wanita itu.

"Di dalam bilik pertama tu puan".
Jawap Lee.

Aku hanya duduk di sofa. Tak sanggup rasanya melihat Siti bergari di hadapan mata aku. Aku mula mengalirkan air mata.

"Maafkan aku sayang. Maafkan apa yang aku telah lakukan ini".

Siti dibawa keluar dari bilik dan hanya sebelah tanggannya sahaja bergari. Mungkin di sebabkan dia tak bertindak agreasif. Siti terhenti didepan sofa yang aku duduk. Aku bangun bila nampak Siti datang kepada aku.

"Sayang, maafkan saya sayang.Pekara ni, saya sudah jangka akan terjadi. Sebab itu lah saya ajak awak ke sini. Untuk menghabiskan sisa sisa cinta saya bersama awak. Sebab itu lah saya marah, bila awak kata, awak bosan di sini. Maafkan saya sayang, kerana mencederakan awak malam tadi. Saya sangat sangat sayangkan awak".

Kata Siti sambil Siti memegang kedua dua pipi aku. Aku mula mengalirkan air mata. Siti mengucup bibir aku buat kali terakhir.

"Jangan menangis sayang. Tengok saya tak menagis pun". Kata Siti.

"Awak kena kuat macam saya sayang".

Siti mengesat air mata aku lagi. Aku hanya diam memandang tepat ke mata Siti yang layu. Siti kelihatan kuat kali ini. Bila berhadapan dengan aku. Air matanya ditahannya supaya tidak mengalir keluar.

"Saya tak pernah menyesal dengan apa yang saya buat untuk awak sayang. Kerana awak adalah cinta mati saya". Kata Siti lagi.

"Saya tahu, pengakhiran cinta saya berakhir disini. Tapi percayalah. Cinta didalam hati saya tak pernah ada pengakhirannya.

"SELAMAT TINGGAL SAYANG".

Pegawai itu membawa Siti keluar dari pintu rumah. Aku mengejar Siti, hingga ke luar homestay kami.

"Puan sebentar".

Terhenti pegawai wanita itu. Aku meminta kebenaran, untuk berjumpa Siti sebentar, sebelum Siti di bawa meninggalkan kami. Aku tatap wajah Siti di hadapan semua orang. Semua kawan kawan aku, mengalirkan air mata dan berpelukkan sesama pasangan masing masing, bila melihat Siti berkeadaan begitu.

"Sayang, seandainya tuhan mengizikan. Satu peluang untuk kita bersama sama seperti dulu. Saya nak awak tau. Sayalah lelaki yang paling bahagia dalam dunia ini. Saya tak sanggup kehilangan awak sayang. Andai kita di takdir berpisah jauh di mata. Namun hati ini tetap sayang dan akan setia merindui awak sayang".

Kata aku kepada Siti, sambil aku memeluk Siti erat erat. Air mata yang sedari tadi di tahan oleh Siti, Akhirnya mengalir jatuh ke pipinya. Siti mula menangis.

"Andai awak tahu bisikkan hati ini Khai, bertapi saya sayang awak. Sayang pada awak seorang sahaja. Dan tetap hanya sayang awak".

Kata Siti sambil menundukan mukanya.

"Saya juga sayang awak, sayang yang teramat sangat". Balas aku.

Aku mengangkat mukanya agar, bertentangan wajah dengan aku dan aku memberikan ciuman terakhir di pipi. Ciuman ini lah yang amat memedihkan hati ini. Siti pula, memeluk erat aku. Seperti tidak mahu melepaskan aku. Polis wanita itu menarik tangan Siti dengan pelahan. Siti melepaskan pelukannya dengan tangisan dan esakan.

"Maafkan saya sayang, saya sayang awak, akan tetap cinta awak dan setia rindu awak". Kata Siti.

Perkataan maaf, cinta, sayang dan akan rindu. Tak lepas lepas dari bibir Siti. Sehingga pegawai polis wanita tersebut mula berkaca matanya. Menahan sebak.

"Maafkan saya sayang"

Kata kata terakhir Siti. Kepada aku.

"Saya akan tetap rindukan awak, walaupun saya tak boleh jumpa awak. Tapi hati dan jiwa saya. Akan tetap ingatkan awak sayang".

Siti mengalirkan perhatiannya kepada kawan kawan yang juga menangisinya.

"Aku kena pergi kawan kawan. Pergi yang tak akan kembali".

Siti memandang kawan kawan yang masih berdiri dan menangis.

"Maafkan aku, kalau aku ada buat silap dan salah. Dekat korang, sepanjang kita berkawan. Tolong bercinta ikut hati. Jangan ikut nafsu macam aku. Cintalah, pasangan korang dengan jujur".

Lalu Siti masuk ke dalam kereta polis. Dengan mata yang tak lepas lepas memandang aku. Aku hanya mampu mengalirkan air mata dan melihat pemergianya.

"Selamat tinggal, jangan menagis sayang. Selamat tinggal kawan kawan".

Kata kata terakhir Siti, sambil melambai lambaikan tangannya. Sebelum kereta polis berlalu pergi. Aku dan kawan kawan yang lain, membalas lambaian terakhir Siti. Bila menjelang matahari pagi, Kami membuat keputusan untuk pulang ke KL. Tak sangup rasanya menunggu disini dengan lebih lama lagi. Banyak sangat kenangan bersama Siti di sini. Sejak datang hinggalah sesuatu yang buruk berlaku. Berlayan dia, terhadap aku masih terasa rasa. Bila dia menyentuh aku, bila dia membelai aku.

"Ahhhhhhhhh sudah lahhh. Kita gerak sekarang".

Aku mengajak semua mengangkat, barang masing masing.

"Korang semua. Aku berharap, janganlah diceritakan kepada sesiapa pun, tentang kejadian disini. Sama sama lah kita menyimpan rahsia ini, sampai bila bila. Untuk menjaga aib Siti".
Kata aku lagi.

"Jangan bimbang Khai, kami akan merahsiakan segalanya. Ini antara kita bertujuh sahaja".
kata Lee lagi.

Kawan kawan yang lain, hanya menganggukkan kepala tanda faham.

"Jom lah balik. Tak sanggup aku tunggu walau sesat pun di sini".

Kata Aku, sambil memandang seluruh rumah, yang membawa beribu kenangan dalam hidup aku. Walau pun, hanya dua malam disini.

Mus memandu kereta Siti. Nina duduk sebelah. Aku pula duduk berseorang diri dibelakang. Terbayang bayang wajah Siti duduk memeluk aku di dalam kereta ni. Membuak buak hati aku... Bila terkenangkan Siti. Terasa ingin cepat sampai ke rumah. Tak sangup, walau sesaat pun duduk didalam kereta Siti ini... Bila sampai di rumah aku nanti, Nina akan membawa balik kereta Siti. Untuk diserahkan kepada kakaknya... Kami sampai di KL, menjelang tenghari. Aku masuk kedalam bilik dan tidak keluar keluar. Aku nak kan ketenangan. Aku tidak mahukan ganguan. Aku tahu, kawan kawan aku pasti faham keadaan aku buat masa ni. Aku duduk di dalam bilik dan melayan perasan di atas katil.

"Apa agaknya yang terjadi kepada Siti di sana. Mesti dia rindukan aku. Mesti dia menangis dan keseorangan di dalam dinding batu yang tinggi. Kenapa sayang, kau buat begitu? Tak puas rasanya. Berjumpa kau, melihat senyuman engakau". Bisik aku sendiri.

Aku masih dengan tanda tanya. Kenapa dia pilih aku? Kenapa dia cinta aku? Kenapa aku? Apa yang terjadi kepada Ciko? Kenapa dia tergamak membunuh Ciko? Pelbagai persoalan masih lagi tak terjawap. Aku tetap tidak tahu, Apa sebenarnya yang belaku antara Siti dan Ciko. Terasa sunyi malam ni. Aku melangkah kaki membuka radio yang aku letas di atas meja dan memasang earphone. Sambil aku tatap wajah Siti, yang ada di dalam galeri talifon bimbit aku. Gambar kami bermadu kasih. Gambar dia memberikan ciuman kepada aku. Gambar dia memeluk aku. Aku tatap pula video yang aku ambil, sepanjang kami bersamanya. Dengan gelak tawanya, senyuma manisnya. Ayat ayat manja yang di keluarkan dari mulutnya. Sungguh tersentuh hati ini. Air mata mengalir dengan tiba tiba, terus jatuh ke pipi.

"Aku akan simpan kenangan ini. Walaupun Siti tidak ada disisi aku lagi". Lafas Kahi sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience