Berkelakuan pelik

Romance Completed 40494

Lepas siap mandi dan bersiap, Aku menjadi penunggu kepada semua kawan kawan yang lain.
Berseri seri wajah masing masing pagi ni.
Dah bayar bil air yang tertungak agaknye. Patutlah senyum sampai ke telinga.bBil air dah settle. Aku menyeringai ketawa sendiri. Kami berjalan jalan berpimpinngan tangan pasangan masing masing. Menuju je pekan kecik. Berjalan keluar dari rumah. Kelihatan Pak cik penjaga rumah sudah ada di luar, mengemaskan pokok pokok di luar rumah.

"Selamat pagi pakcik Halim". Tegur aku.

Pak cik Halim hanya tersenyum. Sambil menganguk anguk kepala.

"Kami keluar dulu ye pak cik".

Aku memberi hormat kepada pak cik itu. Ye lahh orang tua kann. Jahat jahat juga. Dengan orang tua, kenalah hormat... Setiap persekitaran yang kami lalu, semuanya indah. Perjalanan yang dikelilingi keindahan kiri dan kanan. Terasa ketenangan bila berada di situ. Sungguh hebat ciptaan allah... Sampai di pekan. Kami sarapan pagi di salah satu kedai dan meneruskan aktiviti dengan merayau rayau, sambil menangkap gambar. Boleh simpan membuat kenangan.
Nak datang sini lagi, entah bila tahun lagi. Mesti masing masing sebok lepas ni dengan urusan kolej.

"Lee, Nani suruh belanja makan tengahari ni hahahha". Kata aku sambil tergelak.

"Pandai je lah kau ni Khai. Aku tak cakap apa apa pun".

Nani tersipu sipu memandang Lee.

"Bukan kau ke, yang nak belanja makan tenghari nanti?". Balas Lee..

"Ehh, aku pula... Aku boleh belanja Nani je. Yang lain boleh bayar sendiri".
Aku bergurau dengan Nani... Dari dulu aku memang suka mengusik Nani. Terutama, bila makan dikantin Emak Nani. Masing masing gelak dengan lawak bodoh aku.

Tak aku sangka, Ada yang tak suka aku mengusik Nani. Siti mula tarik muka dekat aku. Aku pandang kepada Siti. Siti hanya buat muka masam. Langsung tak senyum. Aku terasa lain, bila Siti begitu.

"Kenapa dia nak marah. Aku kan hanya bergurau".
Bisik Aku.

"Awak ok ke Siti?".

Dia hanya diam dan berjalan laju laju ke depan. Aku menjadi tak keruan. Melihat perangai Siti.
Aku mengejar siti dan memeluknya dari belakang.

"Heii, kenapa ni sayang? Kenapa marah marah ni?".

Aku memegang pipinya.

"Maaf kalau saya ada buat awak tersinggung.
awak marah saya ke?".
Tanya aku.

"Saya tak suka awak bergurau dengan perempuan lain. Saya nak awak dengan saya sahaja. Awak paham tak. Awak dengan saya sahaja".

Sambil berjalan laju laju dan berpatah baik ke rumah. Masing masing hairan dengan perangai Siti. Yang tiba tiba berubah. Aku masih lagi mengejar Siti.

"Awak, tunggu saya".

Jerit aku. Sambil berlari. Mana kala yang lain, masih tetap berjalan jalan di pekan. Siti meluru pulang ke rumah, sambil menutup telinga.

"Awak! Tunggu saya awak. Saya sayang awak.
Awak tak perlu risau. Saya bergurau je tadi dengan Nani. Nani dah macam adik, bagi saya.
Lagi pun Nani kan dah ada Lee. Awak ni kenapa?".

Aku mula meninggikan suara. Tak sabar aku melihat perangai Siti, bila sampai di sini. Penat aku mengejarnya. Sampai tercungap cungap.
aku mengikut Siti... Sampai rumah, Siti duduk diruang tamu. Aku masuk dan duduk terus duduk di sebelah Siti. Dada aku berdegup laju kepenatan.

"Sayang kenapa ni?. Kenapa dengan awak ni?'.
Aku bertanya lagi.

"Saya sayang awak Khai".

Itu yang keluar dari mulut Siti, sambil Siti memeluk aku kuat kuat. Aku membalas pelukan Siti. Aku mahu dia merasa lega dalam pelukan aku.

"Sudah jangan menangis sayang, saya ada untuk awak selalu. Saya pun sayang awak dan akan sayang awak selalu".

kata aku dan memberikan senyuman kepada Siti. Siti kini kembali tenang, bila aku memberikan kata kata yang indah kepadanya. Aku tau, dia mahukan lebih perhatian dari aku, sebab itu lah dia berubah bila sampai di sana. Terasa leganya hati ini, bila Siti sudah mula boleh terseyum.
Kalau tak, puaslah aku nak pujuk dia malam ni...
Susah juga nak pujuk awek yang merajuk . Ye lah, first time kena pujuk awek. Selalu kalau macam ni, terus putus je. Lepas tu aku duduk rumah makan hati...Malam kedua terasa bosan pula duduk di sini lama lama. Sebab tak ada apa yang boleh di buat. Satu hari pusing pusing dekat pekan. Lepas tu dah tak ada tempat lain lagi nak pergi. Duduk rumah je lah. Layan perasaan, Layan kekasih, layan hati. Aku mula mengomel sendiri. Kalaulah orang tau, tempat ni jadi tempat maksiat, mesti pejabat agama satu group datang serang. Kawin free lah aku mak oiii. Balik kampung, bawa balik menantu.

"Khai, kau tak rasa bosan ke duduk sini?".

Tanya Yun, yang nampak sangat bosannya.

"Hurmmmm sama lah Yun, Aku pun bosan. Tak tau nak kemana. Semua tempat kita dah pergi".

Jawap aku.

"Jadinya, duduk rumah ni diam diam, buat lah apa yang patut".

Kata aku lagi.

'Hari hari buat pun jemu Khai oiii".

Kata Yun sambil ketawa berdekah dekah

"Bodoh, gila lah kau ni Yun. Hurmmm rosak kawan aku ni sorang. Otak tu, tak ada lah nak fikir yang lain. Buat buat lah bertaubat. Asyik nak jadi buaya je".

Kata aku kepada Yun.

"Yang lain mana Yun?. Aku bertanya Yun, bila aku tak nampak kelibat kawan kawan yang lain.

"Lepak dalam bilik awek masing masing lah tu.
Aku nak layan tv. Tu yang aku keluar tu. Bosan pulak nak mehadap Linda tu". Kata Yun selamba.

"Haii ngadap awek pun boleh bosan?. Ohhh aku lupe lah Yun. Kau kan selalu mengadap perempuan. Itu yang kau lekas bosan. Yang kami ni jarang hadap. Hari hari pun boleh".

Aku bergurau dengan Yun. Rasa nak bergoleh goleh ketawa. Yun hanya tersenyum dan membuat muka bengang. Bila aku mengetawakannya.

"Dah lah, aku nak tengok Siti. Apalah dia buat dalam bilik tu sorang sorang. Ada peluang, dapat lagi malam ni". Kata aku sambil mengangkat sebelah kening.

"Hurmmmm bongok lah kau Khai".

Yun tersenyum macam kerang busuk.Sampai dihadapan bilik Siti aku mengetuk pintu biliknya dan terus masuk ke dalam bilik.

"Hai awak, buat apa tu?"

Tanya aku, sambil terseyum memandang Siti.

"Tak ada buat apa pun, baca novel ni je".

Siti menunjukkan aku novel yang dia bacanya.

"Ohh" .

Aku mengangguk dan terus duduk di atas katil Siti, bersama Siti.

"Khai! best tak duduk dekat sini?".

Tanya Siti lagi. Aku mula berkerut dahi...

"Kenapa Siti asik tanya aku benda yang sama sahaja. Dari tadi sampailah ni. Dia tak habis habis tanya aku. Suka duduk dekat sini atau tidak?".

Bisik aku.

"Hurmmmm mula mula best, lepas tu mula bosan sikit".

Jawap aku, sambil terseyum.

"Apa!"

Dengan nada tinggi. Siti bersuara.

"Ehhh, bukan bosan apa pun awak. Dengan awak saya tak pernah bosan. Saya suka sangat. Cuma tempat ni, kecik sangat tempatnya. Tak boleh merayau sangat. Itu yang membuatkan saya dengan yang lain bosan".

Kata aku, sambil menerangkan situasi sebenarnya kepada Siti.

"Heiii! Aku pilih tempat ni untuk kita. Kau kena dengar cakap aku. Kalau aku cakap, kau kena duduk sini, Kau kena cakap tempat ni best. Kau faham tak! Kau ni menyakitkan hati aku lah".

Sambil Siti menjerit jerit kepada aku. Aku menjadi tak tentu arah bila melihat Siti tiba tiba berubah menjadi pemarah.

"Heii! awak ni dah kenapa. Kenapa, tiba tiba macam ni?. Apa salah ke saya berterus terang?".
Balas aku.

"Tak payah nak buat perangai sangatlah Siti. Benda ni kecil je kot. Tak payahlah nak menjerit jerit. Tak malu ke kawan kawan dengar".

Aku memarahi Siti dengan nada yang agak keras. Kerana malu, kawan kawan yang lain akan dengan aku dan Siti bertengkar.

"Ohhh! Dah pandai nak marah aku. Semalam kau tidur dengan aku, kau rosakkan aku, tak pula kau marah aku".

Kata Siti lagi dengan selambernya. Terkejut aku mendengar ayat yang keluar dari mulut Siti. Tidak aku sangka Siti boleh kata begitu kepada aku. Aku betul betul buntu dan mula berdebat dengan Siti.

"Heiii mulut tu jangan celupar sangat. Cakap baik baik sikit ye. Aku yang rosakkan kau ke? Atau kau yang goda aku. Gila ke, jadi lelaki tak nak, bila di ajak".

Kata aku kepada Siti.

"Heii dengar sini".

Aku menyambung ayat aku lagi.

"Aku buat ni semua, sebab aku cintakan kau, Sayangkan kau. Kalau perangai kau macam ni, pergi mampuslah dengan kau".

Aku terlepas cakap kepada Siti... Aku betul betul dalam situasi marah. Marah dengan perangai Siti yang tiba tiba berubah dan mulutnya bertambah celupah, bila sampai di sini... Jiwa Siti menjadi tak menentu. Kadang kadang dia akan ok dan kadang kadang dia bertukar watak. Ini membuatkan aku betul betul serabut. Aku serabut bila tengok Siti macam ni. Dia dah macam orang lain, dari pandangan mata aku... Aku datang dekat kepada Siti dan cuba Memujuknya semula.

"Maafkan saya awak".

Aku memeluk dan mencium pipi Siti.
Dia hanya diam dan tidak berkata apa apa.

"Maafkan saya ye?".

Kali kedua aku meminta maaf. Walau pun dalam hati ini. Aku tidak rasa, aku yang bersalah. Tapi! Kalau berdebat pun tak berguna. Sampai bila bila pun tidak akan selasai. Walaupun bagi aku, aku memang tak bersalah dalam hal ni. Dia yang tiba tiba mengamuk tak tentu pasal. Tapi tidak apalah. Biar aku yang mengalah. Dalam hal macam ni, salah seorang kenalah kalah. Tidaklah berpanjangan pergaduhan ni... Aku mula berfikiran waras, bila hati mula sedikit tenang. Aku menarik tangan Siti untuk memeluk aku. Tiba tiba Siti bangun dan menarik aku. Aku juga bangun dari katil. Sambil berdiri bersama Siti... Siti memarik baju aku keatas dan mengucup seluruh badan aku hinggalah membawa ke leher dan terus ke bibir dengan penuh kerakusan. Terperanjat bercampur meremang, bila Siti buat begitu. Bila ciumannya sampai ke bibir, Dia mengigit tepi bibir aku, sampai berdarah. Aku menolak Siti dan Siti terus jatuh ke lantai. Berdarah bibir aku di gigit oleh Siti.

"Hoiii awak ni dah kenapa ya?".

Aku memarahi Siti. Sambil menahan kesakitan digigit.

"Oh dah pandai nak marah ye?".

Kata Siti dengan renungan yang menakutkan. Seperti buka dia bersama aku malam ni.

"Ohhh tadi kau suruh aku mampus ye".

Siti meluru kedapur. Aku turut mengejar Siti. Sampai didapur Siti membuka laci di almari dan mengeluarkan pisau lalu mengacukan dipegelangan tangannya. Alangkah terperanjatnya aku, bila Siti buat begitu... Disebabkan bising bising di dapur, semua kawan kawan aku keluar dari bilik. Yun yang duduk diruang tamu, sambil menonton television juga turut bergegas ke dapur. Berkumpul masing masing. Menyaksikan apa yang terjadi didapur dengan muka yang terparanjat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience