TERLUKA

Romance Completed 40494

"Ting tong! ting tong!"

Loceng rumah Z dibunyikan oleh Zie. Tersentak Z dalam melayan nafsunya dan terus menolak Daya, yang mula duduk diatas badannya, ketepi. Z segera bangun dari atas katilnya dan mengenakan kembali seluar pendeknya yang hampir terlucut. Z menarik nafas panjang.

"Hiss, apa yang aku buat ni?"

Kata Z di dalam hati. Sambil dahinya berkerut memandang Daya, yang hampir hampir separuh bogel. Z bergegas keluar dari biliknya, meninggalkan Daya didalam bilik dan terus kepintu utama. Z membuka lock di pintu utama. Alangkah terperanjatnya Z, bila ternampak Zie berada dihadapan pintu rumahnya.

"Surprise!"

Zie tergelak dan terus memeluk Z, bila pintu utama dibuka.

"Sayang kenapa ni?".

Tanya Zie, bila melihat wajah Z sepertinya betul betul terkejut dengan kehadirannya disitu. Z pula mula tidak tentu arah.

"Terkejut ye? Alahhhh sweetnya dia. Terkejut sampai macam ni sekali".

Kata Zie, Sambil Zie menutup pintu rumah Z.

"Zie, kenapa nak datang tak call dulu".

Tanya Z, yang mula rasa serba salah.

"Ehh sayang, Kau juga yang cakap. Kalau nak datang, datang je terus. Tak payah call call... Kebetulan aku lalu sini tadi, Itu yang aku terus suruh Yana hantar aku. Boleh ke aku tidur sini? Nak peluk kau lah sayang. Dah rindu"...

Kata Zie dengan nada yang berbisik, sambil tersenyum lebar. Z setia berdiri dihadapan pintu utama.

"Ni kenapa ni sayang? Peluh peluh ni... Kau buat apa?". Tanya Zie, sambil mengelap peluh didahi Z.

"Berpeluh pun nampak handsome tau, maaf kalau aku menggangu tidur kau sayang"

Kata Zie, sambil melihat Z yang hanya memakai seluar pendek tanpa baju.

"Woww seksi".

Kata Zie lagi sambil mengelipkan sebelah matanya kepada Z. Z terseyum sambil fikirannya kosong. Z tak tau, apa yang harus difikirkan buat masa ini.

"Heiii! Kau ni dah kenapa? Tak nak ajak aku masuk ke? Atau nak suruh aku duduk depan pintu ni je?".

Zie mula mengerutkan dahinya, bila melihat Z yang kelihatan lain malam ni.

"Apalah yang nak jadi lepas ni?".

Bisik Z di dalam hati. Z menjadi serba salah untuk mempelawa Zie masuk kedalam rumah. Tiba tiba Daya keluar dari bilik Z.

"Siapa tu Z?".

Tanya Daya, sambil berdiri dihadapan pintu bilik Z. Tersentak hati Zie dan matanya membuntang, bila melihat Daya juga berada di situ dan lebih terperanjat lagi, Bila Daya keluar dari bilik Z. Begitu juga Daya. Daya juga terperajat melihat Zie yang berada dihadapan pintu masuk. Membuatkan dada Z berdegup kencang dan bersedia untuk menunggu apa yang bakal berlaku.

"Wow! Woww!"

Kata Zie, sambil mengeleng gelengkan kepalanya, bila melihat Daya keluar dalam bilik Z. Jiwa Zie bagikan ditikam tikam. Bila melihat kejutan begini.

"Korang buat apa ni?".

Sambil tertelan air liur Zie, memandang Daya dan beralih pandangan kepada Z pula.

"Korang buat apa ni?".

Zie mengulangkan ayat yang sama kepada Daya dan Z dengan nada tinggi. Masing masing hanya berdiam diri. Zie menarik nafas sepanjang panjangnya. Menahan marah yang teramat sangat. Fikiran Zie mula berkecamuk. Zie menggengam jarinya sekuat kuat hati. Sambil mengetap giginya.

"Korang buat ape ni?".

Kali ini ayat Zie pelaha dan Zie ketawa sendiri.

"Aku tertipu lagi ya?".

"Zie, maafkan aku Zie".

Kata Daya yang juga serba salah.

"Aku yang goda dia, Aku sengaja nak tumpang tidur rumah dia. Dia tak bagi, Aku yang paksa dia."

Terang Daya lagi. Habis sahaja ayat terakhir Daya, Zie melepaskan satu tumbukan paling padu ke muka Daya. Terjatuh Daya ke lantai dan berdarah mengalir keluar dari mulutnya. Z pula, sedikit pun tidak memperdulikan Daya.

"Maafkan aku sayang! Akuuuu".

Belum sempat Z menghabiskan ayat. Zie memotong ayat Z.

"Cukup tu Z, cukup tu! Aku tak nak dengar satu ayat pun keluar dari mulut kau. Aku dah muak dengar ayat yang sama. Kerana Nafsu, kau sangup bawa perempuan sial ni masuk ke dalam bilik kau". Jerit Zie.

"Heiii, kau dengar ni! Masuk ke dalam bilik kau".

Zie menggulang semula ayatnya.

"Dia tak bawa aku masuk bilik dia Zie! Aku sendiri yang masuk kedalam bilik dia dan mengoda dia".

Kata Daya yang cuba membela Z, dari disalahkan oleh Zie.

"Heiii sial, kau diam. Aku tak tanya kau. Dah dua kali kau buat aku macam ni kan Daya. Dulu aku boleh sabar. Tapi bukan sekarang".

Kata Zie, sambil menggengam penumbuknya lagi. Menahan marah yang teramat sangat. Hatinya betul betul sakit. Sakit yang meluap luap.

"Sayang sayang dengar ni! Tolong dengar aku Zie. Aku sayang kau. Aku tak suka dia. Kau sahaja yang ada di hati aku".

Kata Z lagi, yang cuba memujuk Zie yang tengah dalam kemarahan.

"Ohhhh, cinta untuk aku. Nafsu untuk dia... Sudahlah Z".

Kata Zie, sambil ketawa seperti orang gila didalam rumah Z. Tak terdaya Zie. Hendak menangis didepan perempuan sial itu. Dengan suasana sepi dimalam hari. Bergema suara Zie.

"Aku boleh jadi gila, tengok semua ni Z".

Z lantas memeluk Zie dengan erat.

"Jangan macam tu sayang. Aku minta maaf".

Z hanya membatu... Kerana bising bising didalam rumah, Mie terjaga dari tidur dan terperanjat melihat Zie juga ada di dalam rumah. Mie terpandang Daya dan mulut Daya yang berdarah.

"Zie, kau dah salah sangka ni, bukan Z yang bawa Daya ke sini. Aku yang bawa Daya. Aku yang benarkan Daya bermalam disini malam ni".

Kata Mie, yang cuba menenangkan keadaan. Zie tersenyum, Sambil menarik nafas lagi.

"Oh, kau yang bawak dia, tapi kenapa dia tidur dengan Z?. Kenapa dia tak tidur dengan kau?".

Kata Zie sambil memandang Mie.

"Tadi dia tidur di sofa Zie, Aku tak tau bila masa yang dia masuk ke dalam bilik Z. Aku juga tak sangka dia ada niat tak baik".

Kata Mie yang kelihatan serba salah terhadap Z. Kerana membenarkan Daya bermalam dirumahnya.

"Kau nak Z kan Daya? Kau boleh ambil dia. Aku dah tak nak dia lagi. Hati aku dah hancur. Hancur melihat perangai korang. Bertambah hancur lagi, bila aku tengok kau berada di bilik dia".

Kata Zie sambil memandang Daya yang berdiri disebelah Z

"Tolong Zie! Tolong bertenang! Jangan buat keputusan melulu macam ni". Kata Mie.

"Zie, Tolong aku Zie. Aku tak nak kau tinggalkan aku, kerana perempuan ni. Aku sayang kau!"

Z cuba merayu dan cuba memeluk Zie. Zie berundur ke belakang, beberapa tapak. Tak mahu disentuh oleh Z... Zie Takut, Z pula yang akan makan penumbuknya, akibat amarah yang sangat membara.

"Aku ingatkan, aku datang kesini, untuk berjumpa dengan kekasih hati aku. Tapi aku tak menduga. Kekasih hati aku, bermadu kasih dengan orang lain. Kenapa lah aku mesti kena lihat semua benda bodoh ni?... Hummmmm Sudahlah, bertambah lama aku di sini. Bertambah sakit hati aku. Baik lah aku call grab balik".

"Aku hantar kau Zie"

"Tak payah Z. Kau jagalah bakal isteri kau tu baik baik. Jangan pernah cari aku. Hati aku betul betul terluka, dengan apa yang kau buat. Terluka untuk yang ke dua kali Z. Luka yang lebih parah. Aku ingat, aku sudah cukup kenal kau... Dari darjah enam kita berkawan Z. Hinggalah aku terima kau dalam hidup aku... Tapi ternyata, aku belum cukup kenal kau lagi".

Zie mengambil talifon bimbitnya didalam bag silangnya dan terus membuat link ke grab dan memasukan alamat.

"Zie, dah pukul tiga pagi sayang, bahaya naik grab pagi pagi ni. Aku hantar kau ya?".

Zie hanya mendiamkan diri dan memakai kasutnya semula, lalu membuka pintu rumah Z dan terus keluar dari rumah itu. Z belari mengambil bajunya didalam bilik dan terus berlari menggikut Zie turun ke bawah.

"Zie, tunggu aku Zie. Tolong maafkan aku Zie".
Sambil berlari mengejar Zie.

"Cukup cukuplah tu Z. Aku tak sangup kena tipu! Kau tolong jangan cari aku. Angap je, aku dah mati. Kau boleh hidup bebas dengan dia. Tanpa ganguan dari aku".

Air mata Zie yang ditahan sedari tadi, turun juga akhirnya. Zie betul betul sudah tak boleh menahan air matanya untuk keluar.

"Kali kedua Z, Ini kali kedua kau buat aku menangis. Kerana orang yang sama. Aku tak boleh terima semua ini Z. Aku tak tau, apa yang kau dah buat dengan dia tadi. Kalau kau dah terlanjur dengan dia. Kau jagalah dia baik baik Z. Tolong Jangan cari aku lagi".

"Zie, maafkan aku sayang. Aku bersumpah. Aku tak sempat buat apa apa pun dengan dia. Aku bersumpah sayang... Tolong Zie, Jangan tinggalkan aku seorang diri di sini. Aku perlukan kau, dalam hidup aku. Tolong jangan pergi Zie. Aku rela merana dari aku menerima dia dalam hidup aku. Kau tak kesian dekat aku ke Zie. Kau suka ke tengok aku merana macam ni?".

"Apa Z, Aku buat kau merana?". Heii, sekarang ni siapa yang merana Z. Aku atau kau".

Jerit Zie, bila Z kata begitu. Umpamanya Z yang terinaya dalam hal ini. Menitiskan air mata Zie jatuh dipipi.

"Jangan menangis sayang! Jangan menangis disebabkan perbuatan bodoh aku. Aku tak suka lihat kau bersedih Zie. Kaulah segala galanya dalam hidup aku"...

Zie tidak memperdulikkan Z... Grab tiba dihadapan Zie. . Grab itu dipandu oleh seorang pakcik. Lega hati Z, melihat pakcik yang akan membawa Zie pulang... Tak ada satu ayat pun yang keluar dari mulut Zie. Zie melangkah masuk ke dalam kereta.

"Zie, Maafkan aku sayang".

Sambil Z memegang pintu grab. Zie menarik pintu untuk di tutup. Zie tidak lansung menoleh memandang kepada Z. Z melepaskan pintu kereta dengan perasaan yang sangat cukup hiba. Lantas pemandu itu memulakan perjalaanannya. Zie menangis ketika meninggalkan Z, begitu sahaja.

"Pak cik, boleh hantar saya ke Port Dickson ke?".
Tanya Zie.

"Amboii jauhnya... Saya boleh bawa kesana, tapi mahal sikit. Boleh ke Cik?"

"Boleh pakcik"

Zie memberikan alamat resort Khai kepada pak cik itu. Dalam fikiran Zie, tidak dapat berfikir dengan betul, buat masa ini. Dia hanya memikirkan untuk pergi mencari ketenangkan diri. Dalam pukul 4.20pagi, pemandu masuk ke perkarangan resort dan memberhentikan kereta ditempat menurunkan penumpang di dalam resort itu.

"Cik, kita sudah sampai"...

Kejut pak cik grab itu. Terlelap Zie seketika. Dan terjaga bila pakcik itu mengejutkannya. Zie membuat bayar kepada pakcik itu dan pakcik itu berlalu pergi meninggalkan Zie yang berdiri dipintu utama resort... Zie berjalan ke bahagian pendaftran masuk. Hanya ada 2 orang staff lelaki sahaja yang duduk di kuanter pendaftran, sambil berborak borak... Kedua dua staff itu berpandangan antara satu sama lain, sambil mata salah seorang, memandang ke jam yang berada di dinding ruang lobi. Masing masing betul betul kehairanan. Bila melihat ada orang masuk ke resort di waktu waktu sebegini.

"Ya Cik, Apa boleh saya bantu?".

Tanya salah seorang Staff.

"Boleh bagi saya bilik 202?".

Kata Zie, Masing masing berkerut dahi, bila Zie meminta kunci bilik 202.

"Ehhh itu kan bilik Cik Khai".

Kata salah sorang staff itu kepada staff yang lagi satunya.

"Maaf Cik, bilik itu sudah ada orang punya. Bilik itu, anak sedara tuan resort ni yang punya. Kami tak boleh bagi cik, Bilik tu".

Zie manarik nafas.

"Hurmmm tak apa, bagi saya satu bilik".

Tiba tiba datang seorang lagi staff lelaki. Yang datang dari tepi Zie dan menegur.

"Ehhhh, Macam pernah nampak cik ni! Cik ni girlfriend cik Khai kan?".

Kata staff yang bernama Amir. Yang tertera diname tagnya.

"Man, bagi cik ni kunci bilik Cik Khai. Ini tertamu Cik Khai". Kata Amir kepada dua staff itu.

"Maaf Cik, Mereka ni tak tau!"

Kata Amir, Zie hanya tersenyumm.

"Baju Cik hari tu, saya ada simpan dalam almari Cik Khai".

Kata Amir lagi.

"Thanks Amir".

Balas Zie, sambil mengambil kunci ditangan Amir. Zie naik ke atas dan terus membuka pintu bilik Khai. Bila Zie memasukkan kad diruang kad. Automatik semuanya menjadi terang. Cahaya lampu biliknya yang sungguh romantik, menjadikan jiwa Zie kembali tenang. Zie baring diatas katil Khai dan terlena sampai ke pagi.

"Ding dong! ding dong!".

Loceng Pintu bilik Zie, berbunyi.

"Hurmmm, siapalah yang mengacau pagi pagi ni"

Zie memandang kelangsir bilik yang terbuka separuh. Hari sudah pun terang di luar. Zie bangun dan membuka pintu bilik sambil menguap.

"Huwaaaaa"

"Maaf cik, saya menggangu pagi pagi ni".

"Opss sorry Amir".

Sambil Zie tersenyumm.

"Saya ada bawakan sarapan pagi. Selalunya, kalau cik Khai tak turun bawah untuk sarapan pagi, Kami yang akan bawa makan ke bilik. Jadi saya tak nampak cik turun, saya bawakan makan naik".

Kata Amir, sambil masuk dan terus meletakkan tray sarapan ke atas meja set sofa.

"Terima kasih Amir".

Amir hanya tersenyum dan berlalu pergi. Zie membuka langsir balconi dan membuka pintu kacanya luas luas. keIndahnya pagi di sini. Terus Zie terlupa pada Z dan masalah semalam. Zie masuk semula kedalam bilik. Zie terkejut melihat perubahan didalam bilik Khai... Zie baru perasan, banyak gambarnya berada didalam bilik Khai.Gambar yang di gantung cantik. Dari saiz gambar yang besar hinggalah gambar yang bersaiz kecil . Zie sungguh terpegun dan tersenyum sendiri, bila melihat gambarnya didalam bilik itu. Gambar saat dia berbaju kebaya di balconi. Saat dia menari dengan Khai. Gambar semasa makan malam bersama Khai. Ada juga gambar Khai mengucup pipi Zie dan gambar Khai duduk melutut memegang pehanya.

"Wahh romantik sungguh Khai ni!. Tapi mana pergi gambar Siti, yang banyak banyak sebelum ni?".

Bisik Zie didalam hati, sambil mengerutkan dahinya. Hanya ada tiga sahaja gambar Siti. Yang masih digantung oleh Khai. Yang lain telah digantikan dengan gambarnya.

"Tapi, kenapa aganya Khai tukar gambar Siti kepada gambar aku?".

Bisik hati Zie lagi, sambil mula berfikir sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience