113

Romance Completed 40494

Hari ke100 pemergian Z, Zie mengadakan majlis tahlil dirumah ibunya. Ramai kawan kawan, yang hadir dan memberikan kata kata semangat buat Zie. Masa berlalu begitu pantas 100 hari sudah pun berlalu... Zie menjalankan hidup tanpa Z disisi. Zie masih belum dapat melupakan saat saat indah bila bersama Z. Zie banyak menghabiskan masanya dirumah, berbanding diluar. Sehingga ahli keluarga Zie dan kawan kawan Zie, risau dengan perubahan Zie... Kalau dulu, Zie akan menghabiskan masa lapangnya dikelab... Tapi Zie sekarang, kerap ada dirumah dan bersendirian. Kerana terlampau rindukan Z, Zie bertekat untuk berubah perangainya. Dia tidak mahu Z terseksa disana. Atas perbuatannya didunia... Kerana sayangkan Z juga lah, Zie mula tidak lagi berpakaian yang menjolik mata. Caranya sekarang lebih sopan, walaupun masih belum bertudung.

"Bib! bib! bib!"
Watsap vedio masuk ditalian. Kelihatan Yana dan Lin ditalian. Lantas Zie menekan sambung talian.

"Haiii korang! Buat apa tu?".Tanya Lin

"Ada dekat rumah" Balas Zie.

"Sama, aku pun dekat rumah". Balas Yana.

"Zie kau macam mana? Ok ke? Tak keluar ke?" Tanya Lin.

"Aku ok je korang! Aku tak rasa nak keluar rumah". Balas Zie.

"Jangan macam tu Zie! Kau kena rawat hati kau. Sampai bila kau nak termenung je macam ni. Tolonglah Zie! Kau muda lagi. Tolonglah move on". Nada Yana sedikit meninggi dan mengerutkan dahinya.

Zie hanya diam dan mandang ke tempat yang lain.

"Sayang! Jangan buat macam ni. Kami semua riasukan kau. Kau kena kuat Zie. Kau kena bangun dari belengu hidup tanpa Z. Z pasti tak suka, bila tengok kau macam ni".

Kata Lin, memberikan kata kata semangat buat Zie.

"Ok lah korang, Aku laparlah. Aku nak makan dulu". Zie cuba mengelak.

"Ok! Next kita vc lagi ya korang?". Balas Lin.

Dan memutuskan talian masing masing. Zie terbaring disofa.

"Kawan kawan aku, orang disekeliling aku, Semua sayangkan aku. Aku kena kuat". Bisik Zie.

Zie bangun dari sofanya dan memasukkan beberapa pakaiannya didalam luggage. Zie terfikirkan Khai. Khai antara seoarang kawan yang sentiasa bermain main dalam fikiranya, sejak pemergian Z.

"Kenapa Khai tidak hadir dikebumian Z? Adakan Khai tidak tahu, yang Z sudah tiada?". Fikir Zie.

Bermacam macam yang bermain difikiran Zie, tentang Khai. Kerana Khai menghilangkan diri begitu sahaja.

"Mana mungkin Khai tak tahu tengang pemergian Z. Yun dan Lee, sudah pasti memberitahu Khai".

Bisik Zie sendiri.

Lantas Zie masukkan barang barangnya kedalam kerata dan memandu terus ke Port Dickson. Lebih kurang satu jam lebih pemanduan. Akhirnya Zie sampai dipekarangan resort. Masuk sahaja dilobi pendaftaran masuk. Kelihatan Nurul dan Amir ada dicounter. Bila melihat sahaja Zie. Amir terus datang kepada Zie dan mengambil luggage Zie.

"Selamat datang Cik Zie" kata Amir sambil terseyum gembira. Zie membalas senyuman Amir.

"Amir saya nak bilik Kahi boleh?".
Tanya Zie.

"Sudah tentu boleh Cik Zie".

Jawap Amir dan terus menggambil kunci bilik Khai, lalu memberikan kepada Zie.

"Amir, Saya nak minta tolong?".
Kata Zie dengan nada layu.

"Nak tolong apa Cik?".

Tanya Amir.

"Amir, Tolong jangan bagi tau Khai, saya disini ya".

Kata Zie, sambil terseyum tawar. Berkerut wajah Amir, bila Zie kata begitu.

"Janji ya Amir".

Kata Zie lagi. Amir hanya menggangukkan kepalanya.

"Kenapa cik Zie berkelakuan pelik. Kelihatan cik Zie agak kurus. Apa yang terjadi? Kenapa Cik Zie, tidak seceria dahulu?".

Hati Amir tertanya tanya sendiri, bila melihat wajah Zie, seperti tiada ceria dan Zie kelihatan tidak sehat... Zie naik keatas dan berehat diatas katil dan terlena sampai kepetang hari. Sedikit ketengan bila Zie disitu. Zie bangun dari tidur petangnya. Dan bersiap untuk ketepi laut... Zie melihat kedalam almari baju Khai. Masih tersimpan baju bajunya disitu. Zie terseyum ceria... Sampai dibawah resot, Zie terus melangkah kesebuah kerusi ditepi pantai. Zie duduk dan termenung dengan wajah yang sugul... Gerak geri Zie, mendapat perhatian dari Amir. Perubahan tingkah laku Zie, membuatkan Amir menjadi tanda tanya. Amir memandang kepada Zie yang duduk keseoarangan ditepi pantai. Zie pula, setia bersendirian, matanya tak putus putus memandang dilaut yang tenang.

"Kalaulah aku tak lari dari masalah, semua ini tak akan terjadi. Z pasti akan berada disisi aku... Kenapalan aku ni bodoh sangat. Semua ini silap aku. Aku tak mengunakan otak yang waras untuk berfikit. Semuanya hanya mengikutkan hati yang panas! Ini lah balasan yang Allah bagi dakat aku. Kerana tak reti menghargai orang yang sayangkan aku".

Bisik Zie. Air mata mula bertakung dikelopak mata. Zie setia memandang ketepian pantai.

"Aku rindu kau Z. Dan akan setia merindui kau. Walaupun dimana sahaja aku berada, kau akan sentiasa disini". Zie berkata sendiri, sambil memegang dadanya.

"Selamat petang Cek Zie".

Tegur Amir, sambil membawakan segelas air tembikai kepada Zie. Tersenyum Zie, bila Amir membawanya segelas air. Zie mengesat kelopak matanya yang berair.

"Awak ni, baik sangat dengan saya Amir". kata Zie.

"Saya memang baik cik Zie. Dengan semua orang, saya mudah mesra". Kata Amir sambil tersenyum.

"Boleh saya tanya?".

"Nak tanya apa Amir?".

"Kenapa Cik Zie, muram je, Cik Zie nak cerita apa apa, dekat saya ke?. Saya sudi mendengar cerita cik Zie".

Zie terdiam dan merenung Amir.

"Maafkan saya, kalau saya jadi penyebok".

"Ehh tak apa Amir. Meh duduk sini."

Zie menyuruh Amir duduk disebelahnya. Amir mengikut arahan Zie.

"Cik Zie boleh cerita apa sahaja, saya sudi mendengarnya"

Zie memandang semula kelaut. Sambil menarik nafas panjang, sebelum menceritakan, kepada Amir. Zie menceritakan, segala galanya kepada Amir. Amir tertunduk kebawah, bila mendengar cerita Zie iti. Zie yang bercerita, mula mengalirkan air mata.

"Maafkan saya Cik Zie. Saya tak tahu Cek Z meninggal dunia. Salam takziah dari saya". Kata Amir dengan nada yang sayu.

"Cik Khai tau ke, tentang perkara ini?".

"Saya tak tahu Amir? Saya rasa Khai tak tahu".

Balas Zie dan memandang kepada Amir.

"Saya doakan Cik Zie kuat dan kembali ceria, seperti dahulu. Saya suka lihat Cik tersenyum. Senyuman Cik, sungguh menawan".

Puji Amir... Terseyum Zie memandang Amir.

"Ada ada sahaja awak ni Amir".

Amir juga terseyum.

"Cik rehatlah dulu. Saya nak buat kerja sikit. Nak apa apa, bagi tau je saya. Hari ini saya belanja".

"Terima kasih Amir".

Amir memberikan senyuman dan berlalu dari situ, meninggalkan Zie sendiri... Beberapa minit pemergian Amir.

"Kalau dah jodoh, tak akan kemana".

Kahi muncul dibelakang Zie. Berpusing Zie memandang kepada Khai.

"Bila laut bertemu pantai,
pasti akan ada geloranya.
Bila hati bertemu Jiwa,
Pasti akan ada penghujungnya.
Kemana sahaja kita berlari,
pasti akan bertemua jua.
Cinta yang suci, tak akan pernah lari jauh".

Khai muncul dibelakang Zie... Berpusing Zie melihat Khai yang hadir bersama puitis yang indah.

"Heii, Mana awak tau saya ada disini?".

Tersenyum Khai melihat Zie.

"Saya dah tau apa yang terjadi... Salam takziah dari saya. Saya tak sangka akan jadi begini. Maafkan saya Zie".

Zie hanya diam dan memandang kembali kelaut. Manakala Khai duduk disebelah Zie dan sama sama pandang kelaut.

"Begitu sukar untuk saya jalani hidup tanpa Z disisi saya. Sudah hampir 4 bulan Z tinggalkann saya seorang diri. Saya rindu segala galanya tentang Z. Saya tak dapatr berfikir dengan tenang. Dihati dan dimata saya, hanya wujud bayangan Z... Mungkinkah saya akan jadi gila Khai".

Kata Zie, sambil menagis dan menutup kedua matanya dengan telapak tangannya.

"Jangan macam tu Zie! Saya pernah lalui perkara yang sama macam awak. Tapi saya masih boleh menjalani hidup tanpa mereka mereka yang sangat saya sayangi.

"Pada mulanya memang begitu sukar Zie. Saya juga hampir gila! Bila kehilangan anak dan isteri. Dua Nyawa sekali, pergi begitu shaja dalam hidup ini".

Khai berpusing memandang Zie. yang masih setia mendengar dan menagis.

"Awak kena kuat macam saya Zie. Lagi pun awak beruntung ada kawan kawan yang rapat bersama awak". Pujuk Khai lagi.

Zie berpusing memandang kepada Kha, air matanya tetap mengalir. Khai menyapu air mata Zie dengan tanganya.

"Dah jangan nangis lagi. Nanti saya pun nangis, baru awak tau... Siap pula nak pujuk saya".

Khai yang cuba membuat lawak. Terseyum Zie, bila Khai kata begitau.

"Haaa kan bagus macam tu".

Lega hati Khai, bila melihat Zie terseyum.

"Khai, Siapa bagi tau awak, Z sudah tidak ada?".
Tanya Zie.

"Malam Z meninggal. Yun call saya Zie. Saya betul betul tersentak hati. Kerana pagi itu, saya ada jumpa Z dan makan bersama sama dia. Sebelum saya balik ke Melaka".

Cerita Khai.

"Tapi kenapa awak tak datang jumpa saya Khai?".

Tanya Zie. Membuatkan Khai terdiam seketika.

"Saya ada alasan saya sendiri Zie".

Balas Khai dan memandang kelaut. Berkerut dahi Zie, bila Khai kata begitu.

"Alasan apa pula ni Khai? Apa yang terjadi antara awak dan Z masa awak jumpa dia?".

Tanya Zie lagi.

"Tidak ada apa yang terjadi Zie... Percayalah! Z cintakan awak hingga keakhir hayatnya. Dia bagi tau saya... Awak akan tetap dihatinya, walau apa pun yang akan terjadi, keatas dirinya Nanti... Pada mulanya saya marah dia, kerana berkata begitu. Tapi dia hanya terseyum... Dia lelaki yang baik Zie, dia tak sukakan Daya. Tapi, dalam masa yang sama sifat kasihankan anak kecil yang dahagakan kasih sayang seorang ayah, membuatkan Z tampilkan diri. Tak ada sedikit pun dalam hatinya untuk Daya. Kerana dalam hatinya sudah penuh dengan nama awak, sehingga tidak ada sedikit pun ruang untuk nama wanita lain".

Cerita Khai, sambil menatap wajah Zie. Zie menangis sepuas puasnya. Bila Khai mula berbicara tentang sifat baik Z.

"Kenapa hati aku fikirkan sebaliknya ya?".

Bisik Zie.

"Saya bersalah sangat terhadap Z, Khai... Kerana serkap jarang saya, terhadap dirinya. Membuatkan dipergi begitu sahaja dalam hidup saya. Padahal dia seorang yang sangat mulia. Saya yang bersalah Khai! Saya yang bersalah! Sampai sekarang, Saya tidak dapat memaafkan diri saya, atas pemergiaan Z".

"Jangan macam tu Zie. Z telah memaafkan segala galannya. Dia tidak pernah marahkan awak. Sebelum dia pergi, dia ada berpesan kepada saya. Dia nak awak bahagia. Walau pun dia sudah tidak ada lagi didunia ni. Tapi dia akan sentiasa ada didalam hati awak".

Kata Khai lagi... Khai tidak akan pernah lupa tentang surat yang setia tersimpan didalam biliknya. Hati Khai berbelah bagi untuk memberi tahu Zie, tentang surat itu. Kerana ada sesuatu amanah dari Z yang dia terpaksa disimpan.

"Zie, awak ingat tak masa kita mula mula berjumpa. Awak jual maha sangat".

Khai terseyum... Khai cuba untuk menukar topik perbualannya. Agar susana sedih bertukar kegembiraan.

"Awak jahat tau! Awak saja nak tukar topik pebualan kitakan". Zie ketawa mandang Khai.

"Indahnya hati ini melihat kau terseyum Zie. Luka yang ada didada ini, terasa terubat. Bila melihat kau kembali terseyum".

Bisik Khai, yang turut ketawa bersama sama Zie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience