Dikhianati

Romance Completed 40494

"Ring ringggggg"

Wana menggankat pangilan aku, sebaik sahaja dua tiga deringan.

"Dia ni menghadap talifon ke? Pantasnya angkat talifon.

"Haii Khai".

Kata Wana, Tak sempat aku nak say hai dulu. Dia ada save nombor aku lah tu. Mesti nama aku naik di screen handphonenya.

"Haii Wana... Duduk rumah aja ke hari ni?".

Aku memulakan ayat pebualan.

"Ya, duduk rumah je. Nak keluar tak ada kawan. Semua sebuk buat projek kolej". Kata Wana, yang seakan akan faham maksud Khai.

"Ok cunnn, jom keluar? Saya belanja tengok wayang. Ada cerita best tau". Pelawa aku.

"Wahhh, Betul ke ni? Awak ajak saya keluar. Boleh boleh! Nak ambil saya pukul berapa? Nanti saya bagi alamat".

Kata Wana lagi dengan nada keriangnya

"Dalam pukul 1 saya datang ambil awak, Awak share location ya. Nanti saya datang terus".

Kata aku kepada Wana.

"Ok boleh khai, Kita jumpa nanti. Bye Khai".

Wana mengakhiri pebualan.

"Bye Wana".Aku membalas.

"Yehoooooo"...

Aku menjerit sekuat kuat hati. Azam dan Mus terperanjat dan lantas bangun serta bergegas masuk kedalam bilik Aku.

"Apa hal apa hal ni?".

Tanya Azam manakala Mus terpinga pinga. Azam sudah bersiap sedia mahu bersilat, seperti pendekar kundur pinang sebatang. Terperanjat aku bila Azam dan Mus meluru masuk.

"Ehhhhhh tak ada apa apalah koramg. Aku ada dating hari ni. Itu yang aku gembira sangat. Jangan cemburu ok". Kata aku.

"Hurmmmm bodohhh kau ni Khai... Aku ingatkan kau tersampuk jembalang tadi. Bongok punya khai. Terperanjat aku nak tidur". Kata Mus, sambil membuta muka marah.

"Dah dah! Pergi berambus balik bilik masing masing. Kecoh aja datang bilik orang".

Aku ketawa bila melihat kawan kawan aku yang begitu beraksi, bila aku menjerit... Seperti yang dijanjikan. Aku sampai di depan rumah Wana. Aku membawa dua helmet dan membunyikan hon motor aku, dengan megahnya... Ye lah nak keluar dengan awekkan. kenalah megah... Aku terseyum sendiri... Wana keluar dari rumah dan melemparkan senyuman yang paling manis. Aku menghulurkan helmet yang aku pinjam dari Azam. Sebab dia baru beli helmet tu. Sebab tu aku pinjam. Baru sekali dua pakai. Tak adalah berminyak didalam helmet tu.

"Awak pakaikan, saya tak pandai".

Kata Wana dengan nada yang manja.

"Hurmmm, pakai pun tak tau ke? Aku pakaikan terbalik, baru dia tau. Dah jadi minah mentel. Dapat pula kena viral. Tak pasal pasal jadi minah sengal hehehhehe". Aku ketawa di dalam hati.

"Mehh sini saya pakaikan".

Wana datang rapat kepada aku dan aku memakaikannya helmert.

"Cantik sangat kau ni wana. Kalau jadi awek aku, beruntungnya lah aku".

Aku berbisik lagi, bila menatap muka Wana yang comel. Kami merempit menuju ke Mall dan menonton cerita Misteri Dilaila. Mula mula aku inga nak tengok cerita Avengers. Tapi si minah ni tak layan pula cerita orang putih. Hurmmm hampehhh betul. Best tu cerita orang putih. Akhirnya aku layankan juga dia tengok cerita Misteri Dilaila. Yang paling penting aku dapat keluar dengan Wana. Perjumpaan ini bukan perjumpaan terakhir aku. Lepas perjumpaan ini. Aku kerap juga keluar dengan Wana. Makan bersama, pergi kolej sama sama. Kalau dia tak ada transport. Aku lah jadi pengankut dia yang paling setia, bawa di ke kolej... Walaupun jadual kelas dia dan aku tak sama. Terasa macam kuli batak pun ada juga. Akhirnya kami bertambah rapat dan aku membuat keputusan untuk melamar dia menjadi awek aku malam ni. Aku mengajaknya keluar makan malam bersama dan kami duduk di sebuah cofee house. Tempat yang Wana pilih.

"Nak luahkan perasaan pun nak kena ke coffe house ke?. Kalau mamak tak boleh ke? Ahhhhh tak apalah, buat macam filem melayu je. Nak melamar, mesti tempat yang mahal mahal".

Bisik aku.

Aku meluahkan segala isi hati aku kepada Wana. Aku mula menyusun ayat didalam kepala aku, sambil merenung Wana.

"Awak tau, kita dah kerap bersama. Makan bersama, belajar bersama, jalan jalan bersama, tidur aja belum bersama lagi".

Aku ketawa dan Wana juga turut ketawa bila aku menbuat lawak bodoh.

"Sudi tak awak menjadi girlfrend saya. Saya dah mula sukakan awak. Kalau lah, awak sudi. Saya lah lelaki paling bahagia sekali".

Sambil aku mengengam jarinya dan tersenyumm.

"Sudah pasti saya terima awak menjadi boyfrend saya. Saya pun dah mula sayang dekat awak. Cara awak yang gila gila tu, yang buat saya terhibur. Tak kering gusi, bila duduk bersama awak". kata Wana.

"Hurmmm si minah ni ingat aku badut apa! Terhibur terhibur bagai. Ahhh badut pun badutlah janji dia suka aku". Bisik aku.

Bermulalah cinta aku bersama Wana. Pemulaan yang sungguh indah. Tapi, terasa agak sedikit terkongkong. Dia tak bagi aku keluar selalu dan sering cemburu. Sakit otak aku, bila dia cemburu. Siap buat muka lagi, kalau dia tahu aku keluar dengan kawan kawan aku. Kadang-kadang terasa menyesal pula bercinta. Tak ada rasa kebebasa langsung... Dalam perjalanan aku mahu pulang dari kolej. Aku di tegur oleh Lee.

"Oii Khai, mehlah lepak?".
Jerit Lee. Aku melengkah kaki terus pergi kepada Lee yang duduk seoarang diri dikerusi ditaman.
"Khai kenapa dah lama aku tak nampak kau datang ke port kita. Asyik terperap je dekat rumah je, dah macam betina aku tengok. Apa hal, ada masalah ke? Atau kau yang cari masalah?".

Lee ketawa dan aku hanya menyeringai.

"Jom leh lepak dekat kantin Mak Nani. Aku belanja meggi goreng".
Kata Lee lagi.

"Ok, Yang tu aku suka. Meggie goreng tak nak sayur tau".

Kata aku sambil tersenyum. Aku melangkah kaki dan terus ke kantin bersama Lee. Ternampak Azam, baik punya melantak. Dah macam badak, aku tengok dari belakang.

"Woii! Sedap melantak".

Aku menepuk Azam dari belakang. Tersedak sedak azam makan.

"Bodoh lah kau Khai! Kalau aku mati dekat sini macam mana?".

kata Azam. Mengekek ngekek aku denga Lee ketawa.

"Mak Nani nak megi goreng 2 ye? Nanti suruh Nani hantar hhehehhe".

Lee pula, bergurai dengan Mak Nani.

"Nak air sirap tau Mak Nani". kata Lee lagi. Aku hanya ketawa, melihat gelagat Lee.

"Khai malam ni, kau masuk lumba ye. Mus tak ada lah. Dia kena rantai dengan mak dia"
Kata Lee.

"Alamak Lee, kau je lah lumba. Aku ada hal lah malam ni. Atau kau suruh Azam lumba. Mesti dapat nombor last hehhehe".

Kami ketawa, mempesendakan Azam yang setia menjamu makanannya.

"Korang ni sengalkan. Sajakan, nak main main kan aku. Bla lah, tak nak kawan korang".

Azam pura pura merajuk. Macam budak budak lah, si Azam ni.

"Alahhh relexlah Zam, kita orang main main aja. Itu pun nak ambil hati ke?".

Kami memujuk Azam, walaupun kami tahu dia hanya berpura pura...Terseyum Azam.

"Maaf Lee! Aku betul betul tak boleh. Aku ada hal. Kalau aku boleh datang, aku call kau".
kata aku kepada Lee.

"Kalau aku tak boleh datang malam ni. Aku janji esok malam aku join ye".

Aku mula memberi harapan kepada Lee, bila melihat wajah Lee mula sedih. Aku sebenarnya tak nak kecewakan Lee. Sejak aku kenal Wana. Aku sering menolak pelawaan Lee untuk berlumba... Lee kembali terseyum.

"Matilah aku, kalau Wana dapat tau aku keluar. Inikan lagi berlumba. Mesti jadi hal punya. Ahh lantak lahh. Aku dah gian nak berlumba ni". Bisik aku

"Betul ye Khai, malam esok kau join?". Tanya Lee.

"Ya betul Lee, malam esok aku turun. Malam ni aku tak turun ya Lee. Tapi malam esok pasti tak kan hampakan kau".Jawap aku lagi.

"Ok beb, macam tulah kawan. Kau lah member terbaek aku. Nanti ajak yang lain turun sama. Lama tak lepak dengan korang".
kata Lee.

Betul kata Lee, hampir 3 bulan aku tak join Lee berlumba. Asyik berkepit aja dengan wana. Sampai aku lupa kawan kawan aku. Girlfrend memang penting. Tapi kawan kawan pun penting juga. Seperti yang di janjikan, akhirnya aku datang. Datang ke port kami. Aku dengan Lee mula setting motor. Untuk jadikan lebih power. Rindunya aku nak berlumba malam ni.

"Kalaulah Wana tau, mampus aku. Jadi siakap 3 rasa, malam ni...Ahhhh lantaklah! Bukan selalu pun". Bisik aku, sambil tangan memutar skru dienjin..

Perlumbaan lagi 10 minit. Semua yang masuk berlumba, harus duduk di pemulaan perlumbaan. Manakala yang tak berlumba atau jadi penonton duduk tepi pembahagi jalan dan menyaksikan kami yang berlumba...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience