"Ohhh berdua ajalah ye?"
Aku bertanya lagi. Masing masing hanya membisu, sambil berpandangan antara satu sama yang lain.
"Apalah masalah mereka ni, bila aku tanya diam lah pula. Mengada ngada betul. Aku ketuk kepala sorang sorang baru tau".
Bisik aku sendiri. Terasa pelik bila tengok semua orang. Berperangai pelik, bila aku bertanyakan tentang Hafiz. Kawan aku Lin dan Yana pun nampak pelik. Macam ada rahsia yang mahu disorokkan kepada aku.
"Aku ni paling tak suka benda benda pelik ni.bNanti aku jadi pelik, barulah jorang tau... Ahhhh lantak lah". Bisik aku.
Tiba tiba ternampak kelibat jejaka yang aku kenal. Aku memandang dengan penuh teliti.
"Ya betul lah tu! Dia kelihatan kemas dan bergaya hari ni. Berkemeja kotak dengan seluar pendek jeans".
Aku kembali tersenyum.
"Bolehlah peluk peluk kejap lagi".
Bisik aku sendiri. Tersenyum aku melihat Hafiz berjalan di halayak ramai. Aku mula berdiri, untuk mewujudkan diri dihadapan Hafiz.
"Haffffff".
Baru aku hendak membuka mulut untuk memangil nama Hafiz... Alangkah berkecainya hati aku, bila terpandang Hafiz berpegangan tangan dengan seorang perempuan yang bertudung. Mana kala kawannya Sham juga, berpegangan tangan dengan seorang gadis bertudung juga... Aku betul betul tergamam. Dada aku berdegup kencang. Macam ada angin putung beliung berpusing pusing didepan muka aku. Rasa macam nak tercampak aku ke belakang. Aku betul betul terkejut beruk. Bila tengok Hafiz dengan perempaun lain. Kali ni barulah betul!... Memang aku yang dapat kejutan. Kejutan yang paling besar dalam hidup aku.
Terasa macam gunung berapi yang nak meletus. Tunggu masa sahaja untuk lava nya memancut keluar. Betullah apa yang dikatakan oleh Lin dengan Yana. Aku akan dapat kejutan yang paling besar kejap lagi. So aku dah faham apa maksud kawan kawan aku tadi.
"Cilaka kau Hafiz! Main gila dengan aku...Kau nak sangat agaknya tengok aku mengamuk... Mesti hari itu dia acah acah! nak ajak aku datang sini.
Pada hal, memang dia tidak mahu aku ikut dia. Rupanya dia sudah ada plen lain".
Bisik aku sambil mengetap gigi... Hafiz masih belum perasan kehadiran aku disitu. Macam nana nak perasan! Sebuk berborak dengan gadis disebelah. Tak lah cantik sangat gadis tu. Aku lagi cantik. Tapi dia nampak manis bertudung.
"SIAL punya jantan... Ehhh macam sial lah!"
Berbakul bakul sial yang keluar dari fikiran aku. Kalau aku kira dah jadi bersial sial. Dalam tak sedar, Z juga sudah terperasan, kehadiran Hafiz dengan perempuan lain. Lekas lekas Z menarik tangan aku, agar aku duduk...
"Ehhh si Z ni, boleh pulak tarik aku suruh duduk. Aku ni nak pergi membunuh orang tau".
Aku menurut kehendak Z. Aku duduk, tapi mata masih setia memandang Hafiz. Hafiz berjalan semakin dekat di meja Aku. Bila mata Hafiz terpandang ke meja kami, Aku dapat melihat riaksi muka Hafiz. Bila dia terpandang sahaja aku yang juga ada disitu. Terbeliak matanya sambil membuat muka terkejut beruk. Dengan muka muka beruk dia buat. Kesian beruk dah tidak ada muka lagi... Lekas lekas dia melepaskan gengaman tangan perempuan itu dan bergegas kemeja aku. Tengok tak permainan jantan tak guna ini.
"Ehhh Zie! Kata tak dapat pergi?"
Muka Hafis betul betul berubah dan merah padam.
"Kalau aku tidak dapat pergi, bermaksud kau boleh bawa perempuan lain ya BODOH. Silap silap ada yang terbalik meja ni nanti".
Aku menahan marah didalam hati. Aku hanya mampu tersenyum sinis, sambil memandang tepat kewajah Hafiz.
"Ehhhh tak apa, tak apa Hafiz! Kau jangan terperanjat sangat. Aku tak kesah pun... Comel awek kau"...
Aku memang terbakar, melihat Hafiz. Tetapi aku terpaksa menyembunyikan kemarahan aku. Sakit gila hati ini, bila menahan kemarahan. Naik merah merah muka aku. Nasib telinga aku tak keluar asap...Dua gadis itu menghampiri dekat kepada aku. Kami bersalaman antara satu sama lain. Aku tak tahu apa harus aku buat. Aku yang sebenarnya mahu Hafiz tahu, aku sedang marah.
"Nama korang siapa?"
Aku bertanya nama mereka.
"Saya Ita sis".
Awek bertudung yang bersama Hafis tu bersuara.
"Saya Mimi sis, kawan Sham".
kata Mimi pula.
"Oh ok! Mimi girlfrend Sham. Ita girlfrend Hafiz lah ya hehehhe".
Aku ketawa menganjing Hafiz. Dasar anjing betul. Dekat setahun aku bercinta dengan anjing rupanya. Ingatkan manusia, rupanya bukan.
"Salam kenalan korang! Korang berdua comel. Sesuai untuk Hafiz dengan Sham".
Kata aku kepada Mimi dan Ita. Memang nampak, gadis berdua itu, tersenyum malu. Kelihatan memang mereka ada hubungan yang rapat. Bukan setakat kawan biasa. Kalau sebelum ni, Aku mengunakan bahasa saya, yang sopan terhadap Hafiz. Tapi lepas semua ni terjadi, Dia tak layak, dilayan baik oleh aku. Jiwa ini betul betul sakit... Hafiz juga agak terperanjat.
Bila aku bahasakan diri aku AKU. Dan memangilnya KAU... Ayat kau, aku lebih sesuai untuk orang macam dia... Tapi jauh disudut hati aku masih menunggu penjelasan Hafiz. Aku juga ingin tahu, kenapa dia tidak jujur dengan aku. Kenapa dia main gila dekat belakang aku?
Kenapa dia buat macam ni? Agak bercelaru sikit otak aku, bila melihat Hafiz bersama wanita lain. Aku bangun dari tempat duduk dan aku menarik tangan Z dengan manja.
"Sayang, Jom masuk kereta".
Aku mengajak Z pergi ke kereta... Ehhh tiba tiba tersayang sayang pula dengan Z ni hehehe.
"Jommm, kita tunggu kawan kawan yang belum selesai makan dekat dalam kereta ye".
Aku bersuara lebih manja dan agak gedik kepada Z. Yang sebenarnya, aku betul betul malas nak hadap muka Hafiz. Muka aja nampak baik, tapi aduh...pedihnya hati ini. Z bangun mengikut kehendak aku. Kami berjalan, berpimpin tangan.
Nampak reaksi muka Hafiz macam tidak selesa, bila aku dan Z berpimpin tangan. Lin dan Yana juga bangun dari tempat duduknya, mengikut aku ke kereta Z... Mereka ni nak jadi kepoci lah tu.
"Zie Zie jap tunggu".
Lin dan Yana berjalan pantas mengejar.
"Ye ye kenapa beb". Balas aku.
"Maafkan kita orang beb, sebab tak berterus terang tadi. Aku tahu perasaan ko Zie. Kite orang ada untuk kau. Jangan sedih sedih ya Zie... Satu pergi sepuluh datang". kata Yana.
Aku yang tadinya tengah bersedih, terus ketawa mendengar ayat dari Yana.
"Apalah korang ni! aku ok lah beb. Aku nak merokok, Itu yang aku ajak Z ke kereta... Z ambil kan aku rokok jap".
Aku mengarahkan Z, mengambilkan kotak rokok yang aku tinggalkan di dalam kereta.
"Nah" .
Z menghulurkan kotak rokok kepada aku. Walaupun Z tak merokok. Tapi dia tak kesah aku merokok... Aku mengambil sebatang rokok dan aku berikan pula kepada Lin dengan Yana. Kami berenam, termasuk boyfrend Yana dan Lin, duduk di bawah pokok, Sambil menghisap rokok dan menunggu yang lain selesai makan... Wan, Shah dan Mie keluar dari kedai makan RnR menuju ke kami. Di ikuti Sham, Mimi, Hafiz dan Ita. Keluar dari RnR juga, menuju ke parking kereta. Bila aku nampak Hafiz menuju ke kereta kami, Aku lekas lekas masuk ke dalam kereta. Setiap kali memandang Hafiz dengan perempuan itu, jiwa aku akan terasa pedih, hati aku betul betul merana. Memang aku rasa mahu meraung raung.. Ada juga terasa mahu menjerit sekuat kuat hati. Tapi apakan daya. Aku kena kuat.
"Ok, semua dah ada. Jom gerak".
Arah Sham. Masing masing mula masuk kedalam kereta. Aku dengan Z satu kereta. Yana, Lin, dengan couple jorang satu kereta. Mie, Shah dan Wan satu kereta. Sham, Hafiz dengan couple jorang satu kereta. Jadi 4 kereta sahaja yang pergi.
"Kata 5 biji kereta! Mana lagi sebiji kereta?"
Aku bertanya Sham.
"Ada".
Balas Sham.Tapi bukan datang hari ni. Mereka akan datang pada hari isnin atau selasa". Balas Sham lagi.
"Siapa lagi sebiji kereta tu Sham?"
Z pula bertanya.
"Nani beb, Tapi tak tau Nani bawak siapa".
Jawap Sham lagi... Nani merupakan kawan sekolah aku juga. Tapi tua setahun dari usia aku. Dia sebaya dengan Hafiz.
Share this novel