BAB 90

Romance Completed 107978

Pemanduannya asyik terganggu dengan godaan dari aira.. Butang bajunya sendiri sudah tercabut apabila bajunya direntap oleh aira.. Pakaian aira sendiri juga sudah tak terurus..

Aira asyik merungut.. Tidak selesa dan panas.. Wajah aira yang memerah penuh dengan peluh.. Eusoff mengeluh sekian kalinya..

Sampai saja rumah dia terus masuk sambil mencempung aira.. Dibawanya ke kawasan kolam.. Dilemparnya aira kedalam kolam.. Dia duduk bertinggung di tepi kolam..

Menjerit aira.. Bila dia dilempar kedalam kolam.. Terkapai-kapai bangun mencari nafas..

"panas lagi.. Berendam lah dalam tu" kata Eusoff.. Aira mengetap bibir.. Berjalan menghampiri tepi kolam..

"jom la mandi sama..." kata aira lembut.. Mengoda.. Dengan senyuman manis.. Dia mula menanggalkan bajunya sendiri..

"ehhh.. Jangan nak buka dekat sini.." kata Eusoff cemas.. Lalu turun kedalam kolam menarik aira keluar..

Kini mereka berdua sama-sama basah.. Eusoff melihat aira.. Tubuh aira jelas kelihatan. Dengan bajunya yang basah.. Eusoff memandang kiri dan kanan.. Lalu mencempung aira dibawa naik keatas.. Aliya yang berada dibalkoni sedang membaca novel hanya memandang tidak mengerti drama apa yang dilakonkan oleh kakaknya dan Eusoff..

Aira terjaga dari lenanya yang meletihkan.. Diraba tempat tidur disebelahnya.. Kosong.. Suis lampu di tepi katil dinyalakan.. Dia menyelak selimut.. Tidak berpakaian.. Dia bangun duduk.. Kaki menjulur kebawah.. Baru dia hendak berdiri.. Kakinya terasa lemah.. Terus terduduk semula diatas katil..

"boleh bangun tak..." Eusoff menengur.

Aira berpaling.. Mencari dari mana suara Eusoff.. Eusoff yang baru selesai solat.. Bangun.. Sejadah disidai ditempatnya..

"ada sakit dekat mana-mana" tanya Eusoff.. Seraya melabuhkan punggung di sofa bertentangan dengan katil. Aira mencapai bantal kecil lalu dibaling kearah Eusoff.. Cekap Eusoff menangkap bantal kecil tersebut.

"ishh.. Hubby.. Tanya je.. Mana lah tau.. Kalau sakit kepala lagi.. Tu.. Hubby dah siapkan air limau madu.." kata Eusoff sambil menunjukkan ketas meja.. Aira mengambil gelas yang berisi air limau madu.. Dan meminum tanpa sebarang bantahan.

"bangun solat dulu.." Eusoff mengangkat aira bangun..

Selesai aira membersihkan diri dan solat.. Eusoff sedia menunggu di sofa..

"mari duduk sini.. Ada benda yang perlu kita bincangkan" kata Eusoff.. Aira mengeluh.. Eusoff memandang aira yang mengeluh berat itu. Aira akur.. Dia duduk di sofa bersebelahan Eusoff.

"now tell me... Who that guy.." tanya Eusoff dengan wajah yang serius.. Memandang tepat wajah aira.

"ok.. Hubby.. Nama dia Adham.. Dia tu suami kepada kakak nafeesa.. Kakak nafis" terang aira..

"so.. Kenapa dia kacau qalbii" aira mengangkat bahu..

"hubby sebenarnya ada dalam kedai makan tu dengan kawan hubby.. Hubby nampak semuanya.. Everything.." membulat wajah aira..

"nampak apa.. Qalbii keluar dengan kak maz.. Bukan dengan dia.. Hubby salah faham ni..tiba-tiba je dia duduk depan qalbi.."kata aira merayu.. Tangan Eusoff dipengang.. Digengam erat..

" I know... Kan hubby cakap.. I was there.. " aira mengangguk..

" hubby nampak dia masukkan something dalam air qalbii.. Time qalbii ke washroom.. " sambung Eusoff.

" ada lagi benda yang hubby patut tahu" tanya Eusoff masih dengan wajah tegang.. Aira menggeleng..

Eusoff bangun.. Aira menarik tangan Eusoff.. Menghalangnya dari berlalu pergi..

"hubby nak buat apa dekat dia" tanya aira..

"that my business.. Dia yang cari pasal.. He on my list " kata Eusoff lalu meleraikan pengangan aira dan berlalu pergi..

"hubby.. Biiiyy..." panggilan aira tak dihiraukan.. Eusoff keluar dari bilik..

"Allahuakbar.. Sebab tu lah qalbi taknak bagitahu.. Entah apa hubby nak buat nanti.." aira bangun.. Hp yang sedang dicas dicabut.. Nombor Rasydan didail..

"assalamualaikum.. Rasydan.. Nak minta tolong.. Esok jumpa dekat pejabat Abang Fateeh.." panggilan dimatikan... Takut dia memandang wajah Eusoff yang sedang marah itu.. Dia mengeluh.. Pasti Eusoff marah dengannya.. Kerana tak berterus terang dari awal..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience