BAB 97

Romance Completed 107916

"Assalamualaikum.." muizz memberi salam.. Kaki melangkah masuk ke pintu utama rumahnya..

"waalaikummusalam" jawap tetamunya yang duduk elok diruangtamu rumahnya..

"ayah.. Mak.. Apa khabar" katanya ramah.. Disalami dua lelaki yang sudah berumur lalu duduk disamping mereka..

"macam ni lah.. Dah tua-tua.. Batuk demam tu biasalah.." kata zaidi membalas..

"macam ni lah muizz kami datang ni.. Bersebab.. Bukannya nak beramah mesra.. Nak beramah mesra.. Lain kali saja" kata rafiqah dengan angkuh.

"boleh bersopan sikit tak.. Kita datang rumah orang.. Bukannya nak bergaduh.." suara zaidi sedikit meninggi..menegur tingkah isterinya.

"huh.." rafiqah berpaling wajahnya

Muizz dan zarina terdiam.. Menyaksikan dua orang tua mereka saling bertikam lidah dan memasam muka..

"macam ni lah.. Ni ayah kenalkan.. Adik kepada mak kamu rafidah dan suaminya.." muizz mengangguk.. Mengenali.. Kerana beberapa tahun dahulu pasangan tersebut pernah datang kerumahnya merisik aira..

"diaorang ni datang nak bincang hal anak mereka azhar.. Dengan aliya" kata zaidi.. Rafidah dan azlan mengangguk.

"ayah.. Apa masalahnya aliya dengan anak mereka ni..."tanya muizz.

" kami nak mohon untuk tarik balik tuduhan terhadap anak kami azhar.. Ini untuk masa depan anak kami.. Kami datang nak bincang.. " kata azlan..

" maksudnya.. Lelaki yang pukul aliya dan aira tu.. Anak pakcik lah" tanya muizz.. Azlan mengangguk..

"saya tak ada kuasa dalam hal ni.. Sekejap saya panggilkan menantu saya.. Dia lebih tahu.." muizz bangun melangkah keluar rumah..

"Eusoff ikut abah kejap" panggilnya.. Dari jauh.. Tak nak ammar melihat kelibatnya..

"Eusoff.. Dekat dalam ada wan dan tetamu yang lain.. Mereka nak bincang kes budak yang bernama Azhar tu.." kata Muizz.. Eusoff mendengar setiap bait yang dikatakan oleh Muizz.. Lalu mengangguk..

Salam diberikan.. Dia melangkah masuk.. Dipandangnya satu persatu wajah tetamu yang hadir..

" ya.. Ada pa yang boleh saya bantu" katanya tenang.

"kami nak bincang.. Kalau boleh tolong tarik balik hal berkaitan anak kami.." kata azlan perlahan.

"boleh..tapi macam mana nak pastikan isteri saya dan adik ipar saya berada dalam keadaan selamat tanpa gangguan dari anak encik.. Dia pernah pukul adik ipar saya.. Dan cederakan isteri saya.." kata Eusoff dengan tenang.

Berpandangan sesama sendiri mereka seketika.. Dan keluhan dilepaskan.. Wajah murung terpancar diwajah dua orang tua tersebut..

" encik. Saya boleh bertolak ansur.. Tapi apa yang dah anak encik buat kepada adik ipar saya dah keterlaluan... Encik tahu merekap pernah telanjur sebelum ini.." kata Eusoff. Kini mereka masing-masing tergejut dengan kenyataan Eusoff.

"heh.. Kau jangan nak pandai-pandai buat cerita.. Anak saudara aku orang baik-baik..sedap mulut saja becakap" tempik rafiqah nyaring sambil bercekak pingang.

"apa kata encik panggil anak encik datang.. Kita selesai kan masalah ini sekarang.." kata Eusoff masih tenang.

"call azhar suruh datang.. Biar kita dengar dari mulut dia sendiri" putus zaidi..

Azlan mengeluarkan hpnya.. Didail nombor anak lelaki tunggalnya.. Panggilan disambung. Seketika.. Panggilan dimatikan..

"kejap lagi dia sampai" kata azlan..

Setengah jam menunggu.. Rumah yang berhawa dingin itu terasa membahang.. Suasana tegang diantara sudut kiri dan kanan. Masing-masing menanti azhar dengan sabar..

Salam kedengaran diluar rumah... Bangun Eusoff untuk membuka pintu..terpampang seorang lelaki tinggi berbaju kemeja.. Eusoff mempelawanya masuk..

"duduk azhar" kata azlan..

Azhar dengan wajah yang tidak mengerti hanya mengikut arahan.. Dia duduk di kerusi.. Dia sendiri hairan kenapa dia harus datang kesini..

"azhar.. Ini ibu dan abah aliya.." zaidi pula bersuara. Wajah yang tenang azlan sudah berubah pucat.

"kenapa nak azhar datang sini.." tanyanya tak puas hati lalu bangun.

"kita nak selesaikan masalah lah.." kata azlan.

"nak selesai macam mana.." suara azhar mula meninggi.

"kamu kena bertanggungjawab atas apa yang kamu dah buat" kata rafidah..

"azhar buat apa mama.. Azhar taknak.." pintasnya.

"saya bantah.. Lelaki macam dia tak layak untuk adik saya" lantang kedengaran suara aira yang baru keluar dari biliknya..

Kini mata semua tertumpu kepada aira.. Rafiqah mencebik mukanya memandang aira.. Eusoff bangun mendapatkan aira.. Bahu aira ditarik.. Oleh kedua tangannya.

"hubby.. Ini tak adil.." kata aira perlahan..

"hubby tahu... Kita orang baru nak bincang.." bisik Eusoff ditelinga aira.. Ditariknya aira supaya mengikutnya kedalam bilik. Pintu bilik ditutup dan dikunci..

"qalbi stay dalam bilik. Biar hubby yang bincang dengan mereka.." pujuk Eusoff.

"ok... Tapi.. Kalau kahwin dengan aliya.. Qalbii tak setuju... Ini masa depan aliya." kata aira..

"ok.. Ok.." kata Eusoff tersenyum.. Lalu keluar dari bilik..

Aira mengurungkan dirinya didalam bilik sampaikan dia sendiri terlena.. Dia terjaga semula apabila dia mendengar pintu biliknya dibuka dari luar.. Wajah ibunya terpampang di muka pintu..

"bangun aira.. Kejap lagi kita nak ke resort.." aira bangun dengan mamai..

"orang yang tadi dah balik" aira melangkah keluar.. Tiada siapa diruang tamu.

"ibu.. Tadi. Macam mana.. Aliya" katanya termati apabila melihat ibunya berdiri di dapur termenung sedang memikirkan sesuatu.

"ibu.. Ibu" panggil aira.. Tangan menggosok bahu ibunya.. Tersentak zarina bila bahunya disentuh.

"ha aira.. Kenapa"

"aira panggil ibu.. Tapi tak berjawap" kata aira.

"entahla.."

"ibu kenapa.. Apa yang jadi.."

"esok.. Mereka akan ke pejabat agama" kata ibu..

"mereka nak nikah.. Ibu lelaki tu tak baik bu" aira meraih tangan ibunya..

"aira.. Tapi aliya setuju.." terlepas tangan ibunya..

"mana aliya.." aira berteriak lalu kaki laju memanjat tangga keatas.

"aliya.. Buka pintu ni" panggil aira sambil mengetuk pintu bilik aliya kasar.

"sabar aira.. Ya allah anak aku" rayu zarina.. Takut melihat aira mengamuk.. Dengan wajah aira yang membengis..

"ariz.. Ariz.. Mari tolong ibu ni" laung zarina. Ariz berlari keluar dari biliknya.. Bila mendengar suara bising.

"kak kenapa ni.. Ibu.." aira yang sedang mengila mengetuk pintu diperhatikan.

"ya allah kak.. Kenapa ni" ariz menangkap kedua tangan aira..

"sabar kak.." lalu tubuh itu dipeluk..

"sabar.. Sabar apanya.. Aliya memang cari nahas.." marah aira..

"kenapa ni" Eusoff dan muizz baru datang.. Ariz merelaikan pelukannya.. Lalu menyerahkan aira kepada Eusoff.

"maaf bang.. Kakak mengamuk marahkan aliya." terang Ariz.. Eusoff memandang wajah aira.. Anak mata itu sudah bertukar hitam.. Mengertilah dia..

"tak apa.. Terima kasih ariz" katanya lalu memandang tangan aira yang sudah mula kemerahan..

"jom.. Kita turun.." ajak Eusoff.. Aira yang masih membatu disitu.. Dengan nafas yang tak teratur.

"marah... Marah tu sifat syaitan sayang.." pujuk Eusoff.. Mulutnya berzikir lalu dihembuskan ke dahi aira..

Muizz yang memerhati tersenyum.. Begitu juga ariz dan zarina.. Aira membentak.. Lalu turun kebawah dengan sendirinya..

"jom lah kita bersiap.. Kejap lagi nak ke resort.. Tak baik biar orang menunggu lama" kata muizz.

Mereka bersetuju dengan cadangan muizz. Masing-masing ke bilik bersiap untuk ke resort. Ammar sudah dibawa pergi oleh Nafis.. Bermalam bersamanya dan safiyya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience