BAB 33

Romance Completed 107916

"YA ALLAH.. apa nak jadi dengan budak berdua ni" laung razita sambil bercekak pingang apabila melihat anak dan menantunya balik dalam keadaan yang basah kuyup.

"kamu berdua pergi bergaduh sampai kemana. Sampai basah macam ni" naim kelam- kabut keluar mendapatkan isterinya apabila mendengar tempikan nyaring isterinya.

Apabila dia sampai didepan pintu.. Dia menggeleng melihat anak menantunya yang basah kuyup.. Nafis tersengih. Aira pula bersembunyi dibelakang Nafis.

"kami terlajak mandi sungai" jawap nafis.. Aira yang malu hanya menunduk.

"macam budak-budak.. Dah pergi masuk ikut belakang...mandi dekat bilik air luar tu.. Nanti mak sangkutkan tuala dekat zink tu" bebel razita.

Mereka berdua berlari-lari anak ke belakang rumah..

"ish awak ni.. Garang sangat.. Takut menantu awak tu.." tegur naim.

"ish kita pulak.. Mau demam si aira tu.. Tak pasal pulak nanti" jawap razita.

Pintu zink bilik air dibuka.. Kedua mereka masuk kedalam.. Terdapat perigi didalam bilik air tersebut.

Razita yang berjalan kearah bilik air luar menyangkut tuala dan kain batik dari luar. Terdengar gelak ketawa dari dalam bilik air.

"mandi.. Bukan main air.. Kang demam aira tu siap nafis.." sempat dia memberi amaran. Mati terus gelak ketawa tadi. Hanya dengar bunyi air yang jatuh kelantai.

Aira berkemban tuala diletakkan diatas kepala menutup kepala dan bahunya.. Nafis hanya memakai tuala yang dililitkan di pingang. Sempat mereka memandang kiri dan kanan sebelum berdesup masuk kedalam rumah.

Malam itu mereka keluar ke pasar malam.. Bebel juga razita kepada nafis.. Baru saja makan malam.. Masih nak keluar juga.

Aira masuk ke dalam rumah sambil menghirup air tebu yang dibeli di pasar malam. Bukan beli apa sangat.. Hanya lebih kepada jalan-jalan.

"aira minum air apa tu" tegur razita.

"air tebu mak".. Jawap aira.

"ish.. Air tebu.. Tebu tu tajam.. Macam mana nak lekat.. Pantang dulu benda tajam-tajam ni" tegurnya. Nafis yang dibelakang sudah menepuk dahinya sendiri.

Aira memandang nafis.. Tidak mengerti.. Bahunya diangkat.. Nafis membalas dengan isyarat jari telunjuk diletakkan dimulutnya.. Aira mengangguk.

"benda tajam-tajam ni.. Pantang dulu.. Lepas ni makan lah balik.. Nak anak kan" aira mengangguk.

"dah la.. Pergi rehat. Kalau tak solat lagi pergi solat.. Esok pagi nak balik kan" razita berlalu. Belakang aira ditepuk manja.

Nafis sudah terlena.. Aira meraba lehernya.. Dahaganya.. Dia bangun.. Bahu nafis digoyang.

"abang... Aira nak keluar minum air kejap.. Abang bangun lah teman.." pinta aira. Nafis bangun duduk.

"abang tunggu sini.. Sayang pergi la" aira mengangguk. Pintu bilik dibiar terbuka luas.

Kaki melangkah ke dapur.. Cawan dicapai air masak dituang. Belum sempat aira melabuhkan pungungnya dikerusi, belakangnya sudah dipeluk.

"kau milik aku malam ni" suara garau membisik ditelinganya. Terlepas cawan ditanganya. Mujurlah cawan plastik.

Aira meronta.. Mulutnya ditutup.. Aira yang tergejut terus mengigit tangan yang menutup mulutnya.

AUUUCHH..

Aira melarikan diri.. Sehingga terlanggar tubuh seseorang didepannya.. Nafis.. Tubuh nafis dipeluk..

"kenapa ni sayang" tanya nafis.. Lengan aira dipaut terasa tubuh isterinya mengigil.

"nafis.." panggil adham.

"kau nak buat apa dengan bini aku" aira sudah bersembunyi di belakang nafis.

"bini kau tu cantik.. Pandai kau cari.. Sesuai kalau jadi ibu kepada anak aku" kat adham angkuh.

"gila lah kau ni.. Pergi matilah" nafis menarik aira untuk pergi.

"jual dia kat aku.. Aku sanggup bayar kau berapa pun harga dia" adham bersuara lagi. Nafis dan aira buat-buat tidak dengar.. Mereka masuk ke bilik.

"abang.." aira memandang wajah nafis yang membengis.

'kau ingat kau kaya.. Semua benda dalam dunia ni kau boleh beli..'

"sayang tunggu sini..abang pergi ambilkan air.." pintu bilik dibuka.. Tak lama lepas itu nafis masuk sambil memengang satu botol air..

"lepas minum sayang tidur.. Jangan keluar mana-mana.. Apa-apa kejut abang.. Esok awal-awal pagi kita bertolak." aira mengangguk setuju.

Esoknya selepas subuh.. Aira mengemas barang-barang.. Siap berkemas.. Mereka terus bertolak pulang.. Tak sempat mereka bersarapan bersama. Nafis memberi alasan kepada mak dan ayahnya mahu sampai awal dirumah.. Nak elakkan kesesakan jalan raya agar Razita dan naim tidak mengesyaki apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience