BAB 57

Romance Completed 107916

Masuk saja ke kereta.. Aira menutup mulutnya sendiri.. Menahan daripada menjerit. Sakit yang amat sangat pingangnya.. Bagai nak patah.
Perutnya mula mengeras dan sakit.

"aira.. Abang rasa kita ke hospital saja lah.." aira hanya mengangguk.. Tangannya memegang dashboard.. Eusoff menolong memakaikan aira tali pinggang.. Jovelyn hanya diam duduk di belakang.

"aira rasa baby dah nak keluar.. Aira tak boleh tahan.." teresak-esak aira menangis menahan diri daripada meneran.. Tanganya terus menekan kuat dashboard..

"aira sabar.. Banyakkan istighfar.. Kejap nak sampai dah ni.." pujuk Eusoff..

"SABAR..." aira menangis lagi.. Lengan kiri Eusoff yang berlapik digenggamnya kuat.. Eusoff hanya membiarkan sahaja..

Sampai saja hospital.. Aira terus ditolak Labour room.. Eusoff membuat panggilan telefon kepada zarina memaklumkan mereka sudah berada di hospital.. Zarina akan tiba membawa barangan bayi nanti..

"encik.. Isteri encik dah selamat melahirkan bayi lelaki.. Sekejap lagi kami akan keluarkan dia dari Labour room ke wad".. Ucap nurse yang baru keluar dari Labour room.

"Alhamdulillah.." Eusoff meraup wajahnya.. Belum sempat dia hendak membetulkan kenyataan nurse tadi.. Yang dia bukan suami kepada Aira.. Nurse itu telah hilang dibalik pintu Labour room.

Hampir sejam menunggu.. Katil aira ditolak keluar dari Labour room.. Wajah aira yang pucat diperhatikan, walaupun pucat bibirnya masih tersenyum.. Disisinya kelihatan seorang bayi yang sedang tidur dibalut dengan kain hijau..

"abang.. Boleh aira minta tolong abang azankan bayi Aira" pinta aira.. Apabila sudah berada di wadnya.

Eusoff mengangguk dengan wajah beseri.. Bayi aira diangkat dengan berhati-hati.. Kedengaran sayup-sayup suara Eusoff mengazannkan bayi tersebut.. Selesai azan.. Bayi itu diciumnya..

"abang terima kasih sebab hantarkan aira ke hospital.. Hmmm lagi satu.. Pasal tangan abang.. Aira minta maaf.. Aira tak sengaja.. Sakit lagi tak" ucap aira.. Eusoff tidak menjawap.. Dia hanya menggeleng dan tersenyum.

"assalamualaikum" zarina serta rombongnnya tiba siapa lagi kalau bukan muizz, ariz dan aliya..

"waalaikummusalam.." jawap aira dan Eusoff.

Zarina mendapatkan aira.. Dielus wajah aira lembut.. Lega dia melihat anaknya yang sedang duduk tersenyum itu.. Aliya dan ariz sedang mengusik bayi yang sedang lena dalam dakapan Eusoff.

"abah nak dukung" tanya Eusoff. Bayi ditanganya disuakan kepada muizz.

Muizz segera mengangkat kedua tangannya keatas.. Mengalah. Sambil menggelengkan kepala..

"takmau.. Takmau..abah tak berani, tunggu dia besar sikit.. Baru abah dukung.." jawap Muizz.

"abah kamu tu memang.. Anak-anak dia pun dia tak dukung.. Dia tengok ja.. Tak berani.. Sebab masih lembik katanya.." bayi itu diambil oleh zarina..

"comelnya cucu nenek..muka macam mama dia lah.. Kan abang.. " kata zarina.. Muizz mengangguk.. Memang macam ibunya. Kulit dan rambut mengikut Nafis..

"dan azankan ke.."tanya muizz.. Eusoff mengangguk.

" kakak baby nama apa "tanya aliya..

Aira memandang bayinya yang didalam dukungan zarina.. Jovelyn sedang bermain dengannya.. Diusap-usap rambut lebat bayi itu.

" Muhammad Ammar Wazif" lancar nama itu keluar dari mulut Aira..

"baby ammar" ariz mula memanggil nama anak buahnya. Bayi itu hanya tidur.. Tidak mempedulikan orang yang berada dikelilingnya.

Zarina bangun meletakkan bayi diatas katil bayi.. Dibukanya perlahan-lahan kain hijau yang membalut ammar.

"jom kita proses dia.. Dia tidur kan.." usik zarina.. Ammar mula mengeliat.. Matanya dibuka perlahan-lahan. Aliya sudah menyusun pakaian bayi di atas katil aira. Dia pula tak sabar nak pakaikan bayi tersebut baju.

"ha tengok dia dah bangun.." masing-masing mereka pakat mendekat ke katil bayi.. Aira hanya senyum.. Badannya dibaringkan.. Bahagia dia melihat wajah-wajah ceria didepannya..

Tiga hari aira tinggal dihospital.. Dia dan bayi dalam keadaan baik.. Ammar pun alhamdulillah..

" jom.. Ammar harini kita dah boleh balik.." zarina memanggil.. Ammar didukungnya.

Beg aira sudah siap dikemaskan.. Eusoff mengangkat beg tersebut. Sampai di kereta aira mengaru kepala..

"aira naik kereta Eusoff.." kata Muizz.

Pintu kereta dibuka oleh Eusoff.. baby car seat sudah tersedia didalam kereta Eusoff.. Zarina meletakkan Ammar dengan berhati hati.

Jovelyn suka apabila aira naik kereta dadynya. Besorak riang dia.. Kaki aira dipautnya..

" Jovelyn be nice tu mama.. Mama still unwell" teguran tegas dari Eusoff membuatkan Jovelyn mencuka.. Kasihan aira melihatnya.

"abang.. Jangan garang sangat.. Kesian dia.. Come my litte princess.." tangan Jovelyn ditarik supaya mengikutnya naik masuk ke kereta.

Eusoff mengaru kepala.. Semua duduk belakang.. Baru dia nak pujuk Jovelyn duduk depan dengannya.. Dia mengeleng.. Nasib badan.

Aira masuk ke biliknya.. Katil bayi sudah siap terpasang ditepi katilnya.. Bakul yang terisi barangan bayi turut tersedia elok atas mejanya.. Cukup lengkap dan selesa.. Dia mula rasa terharu..

"ibu buat ni.. Semua ni" tanya aira.. Air mata mula jatuh dari tubir matanya.. Zarina mengangguk air mata aira disapu.

"aira menangis.. Ke zulaikha yang ada depan mama ni" usik zarina..

"boleh saja ibu nak panggil zulaikha pun.. Still sama.." aira ketawa.. Aira tahu ibunya memang suka dengan nama zulaikha berbanding aira. Itu nama yang dipilih ibunya sendiri.

Aira kini sudah tidak memendam rasa.. Walaupun aura zulaikha masih ada.. Sisi gelapnya.. Aira pulang kali ini berbeza.. Bukan aira yang dahulu.. Abang fateeh yang banyak menolongnya.

"rehatlah.. Ibu dah booking kan orang yang akan urut aira nanti.. Semua dah ready.. Aira just berpantang dengan aman.. Hal-hal nak ke klinik bawa ammar tu semua jangan risau.. Abah akan uruskan dengan ariz.. Eusoff pun ada.." terang zarina..

Ammar diletakkan kedalam katilnya.. Tidur saja kerjanya.. Bila lapar barulah kedengaran suara nyaringnya..

" aira.. Ibu nak tanya ni.. Nafis dah tahu ka.. Tentang ammar" tanya Zarina perlahan..

"lepas pantang aira akan bawa ammar jumpa papanya.. Ibu jangan risau.. Aira dah janji dengan dia.. Aira pun tak gamak nak pisahkan dia dengan anak dia.." terang aira..

"kalau dia ajak aira kahwin semula macam mana aira.. Aira nak ke" keluar sudah soalan cepumas dari Zarina.

"Aira taknak jadi perosak rumah tangga orang ibu.. Aira bahagia macam ni.." tenang jawap Aira.

"aira taknak khawin lain"

"hahahaha" ketawa Aira.

"ibu serius ni.. Dia gelak pula.." marah zarina.

"bukan sekarang ibu.." jawapan Aira sekadar untuk menyedapkan hati Zarina.

Ibu.. Aira ada tanggungjawab yang perlu digalas..mungkin lepas ni aira akan pergi lagi.. Sanggupkah sesiapa menerima Aira dan Zulaikha.. Dengan keadaan Aira macam ni.. Seorang janda anak satu.. Biar masa yang tentukan.. Kalau jodoh tak kemana.. Sama ada cepat atau lambat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience