BAB 3

Romance Completed 107916

Sebuah kereta masuk kehalaman rumah masyitah. Aira menjenguk melalui tingkap. Kelihatan Emir keluar dari perut kereta sebelah pintu penumpang.. Kemudia maksu turut kelihatan.

"assalamualaikum" salam diberi.

"waalaikummusalam.." jawap aira. Dia kembali duduk di sofa.

"ha aira.. Pun ada" kata maksu

'memanglah ada.. Aira kan duduk dengan nenek.. Dah tahu buat tanya pulak' bisik hati aira.. Aira hanya senyum paksa buat maksu.. Tangan dihulurkan untuk bersalaman.

"makan dah ke.. Arini maksu hantarkan kamu bedua ke sekolah yea" tambahnya lagi.

"makan dah.." wajah emir dipandang sekilas.

Maksu melangkah masuk kedalam mencari nenek..

"mak ni saya bawakan lauk untuk mak" kata maksu.. Bekas tiga tingkat diletakkan diatas meja makan.

"takpa lah letak situ.. Nanti mak makan" balas nenek di dapur.

Aira bangun melangkah masuk ke dalam bilik.. 'baik aku mandi.. Dari nak tengok muka ketat mamat ni..'

"kau nak pergi mana aira" tanya emir.

"buat apa tanya.. Sibuk saja" balas aira.

"duduk aku nak cakap sikit" arah emir.

"nak cakap apa.. Aku nak pergi mandi lah" aira masih bediri di tengah ruang tamu. Emir bangun mendekat kepada aira.

"aku nak pesan ni.. Nanti dekat sekolah. Aku tak nak sapa pun tahu kau tu sepupu aku.." tegas suaranya.

"macam lah aku nak sangat orang tahu kita ni sepupu" aira menjeling.

"bagus lah macam tu" emir senyum sinis. Dia kembali duduk di sofa.

'perasan bagus.. Belagak. Entah apa apa.' rungut aira.

Setelah siap kami dihantar ke sekolah oleh maksu. Emir membuka pintu dan terus berjalan laju masuk ke pagar sekolah.. Aku bersalaman dengan maksu.. Kemudian keluar dari kereta.. Melambai maksu dari luar kereta.. Berjalan masuk ke dalam sekolah.

"semua form one.. Sila berkumpul di tapak bola keranjang.. Dihadapan kantin.. Pelajar lain sila berhimpun di tapak perhimpunan macam biasa kita akan mulakan perhimpunan." arahan kedengaran daripada pembesar suara.

Aira melangkah menuju ke tapak bola keranjang di hadapan kantin.. Masuk ke kumpulan perempuan.

Kami diberikan ujian untuk menentukan kelas yang bakal kami duduki sepanjang bersekolah disini.. Nama dipanggil seorang demi seorang.

"Muhammad Emir Asyraf" kepala aku mendongak sedikit.. Kelihatan emir bagun menuju kepada cikgu yang memanggil sambil tersenyum.

'huh kelas pertama.. Patut la belagak.' dibelakang kedengaran suara perempuan sempat memuji Emir.

"Nur aira Zulaikha" nama aku pula disebut.. 'akhirnya.. Dipanggil juga.. Walaupun kelas kelima.. Ok lah.. Lima daripada sepuluh kan..' aku bangun memasuki barisan dan naik ke kelas mengikut guru kelas.

Tamat saja sekolah.. Aku berjalan kaki untuk pulang.. Tak jauh mana pun.. Sepuluh minit berjalan.. Sampai lah.

"hoi..." sergah Emir dari belakang.

"kau ni apa hal.. Gila ke" marah aira.

"tu pun nak marah" emir gelak kecil.

"pergi sanalah jangan kacau aku.. Nanti orang tahu pulak kita ni sepupu" sindir aira.

"Kau kelas apa.. Semestinya bukan yang pertama.. Sebab aku dapat kelas A.. A.M.A.N.A.H.." sindir emir. Dia kemudiannya melangkah meninggalkan aira.

"belagak.. Tak heran pun kelas A kau tu" ucap aira.. Entah didengar atau tak oleh Emir.

Sampai saja rumah.. Aira memberi salam.. Dia duduk di kerusi luar.. Membuka kasut.

"waalaikummusalam siapa tu.." usik nenek.

"hmm.. Nak tumpang tidur sini.. Ada bilik kosong lebih tak.." balas aira sengaja.

"alah cucu nenek ni.. Masuk lah.. Pergi mandi.. Kita makan sama" pipi aira dicubit manja.. Aira hanya senyum sebaris. Emir menjeling kearah Aira.

"macam mana sekolah arini" tanya maksu.

"ok mama.. Emir dapat kelas A.. Ujian tu kacang ja ma.." sambil memetik jarinya.

"aira.. Macam mana." tanya nenek.

"boleh la nenek.. Aira masuk bilik dulu.. Nak mandi" nenek mengangguk.

Selepas mandi dan solat aku keluar dari bilik. Sunyi.. Dah balik kot si Emir tu..

"cari siapa aira.. Emir ke" tanya nenek.

"tak lah.. Cari nenek, jom makan" ajak aira. Tangan nenek diraih. Mereka menuju ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience