BAB 123

Romance Completed 107916

Pulangnya aira ke tanah air tercinta bersama riana dan anak-anaknya.. Selama tiga hari mereka bercuti di Indonesia.. Rianalah yang paling teruja.. Aira senang bila riana ada bersamanya.. Riana sungguh boleh diharapkan menjaga anak-anaknya yang sedang membesar dan semakin aktif kini.

"ana.. Kita makan dulu. Sementara tunggu orang ambil" putus aira..

"oh ya ka.. Ingat kita balik naik teksi.. Jomlah.. Ana pun tengah lapar ni.." riang ucap riana sambil menyorong kereta bayi kembar milik amna dan amran..

Sedang mereka makan di restoran makanan segera.. Datang seorang lelaki duduk di sebelah ammar. Lalu merebut makanan dengannya.. Membuatkan ammar merengus marah.

" bagi pak ngah kentang ni boleh. " ariz mengambil kentang yang masih didalam kotak.. Lalu disuap satu persatu kemulutnya.. Selang seli turut memberi kepada lelaki yang datang bersamanya, emran..

"mama..." jerit ammar. Riana dah membeliakkan mata.. Nak marahkan lelaki yang selamba duduk didepannya.. Bila teringat balik lelaki itu membahasakan pak ngah.. Terus niatnya terbatal.

"ariz.. Sudah la tu mengusik...nanti terjaga pula amran dengan amna.." aira menunjukkan kearah kereta bayi..

"ok.. Pakngah salah.. Nak aiskrim.. Pakngah belanja.." pujuk ariz.. Membuatkan ammar mula tersenyum. Kentang milik ariz diletakkan semula.

"korang duduk.. Biar kak pergi beli.. Korang nak makan apa.." aira sudah bangun dari duduknya..

"aira duduk ja.. Biar kami pergi beli" kata emran.

"yea lah kak.. Tak gentle lah.. Kalau kak yang pergi beli.." tambah ariz.

"tapi kak nak belanja korang.. Sebab tolong jemput kami.." kata aira..

Namun kata aira tak di endahkan mereka berdua.. Aira hanya mampu melihat belakang tubuh mereka berlalu pergi kearah kaunter..

"siapa tu kak" tanya riana..

"adik kak.. Satu lagi tu sepupu" jawap aira..

Seketika datang ariz dan emran. Masing-masing menatang dulang makanan.. Emran memberikan seorang satu cawan aiskrim.. Yang paling suka tentulah ammar.. Terus berhenti makan.. Lalu mencapai cawan aiskrim tersebut.

" kakak ni nama siapa.. Saya ariz, adik kak aira"

"kakak" riana menekan perkataannya. Membuatkan aira tergelak kecil.

"ariz.. Dia muda lagi dari ariz.. Ada hati nak panggil dia kakak.. Dia baya aliya.." terang aira.

Emran menyiku ariz.. Ariz mengangkat bahu memandang emran.

"saya riana.. Pengasuh anak kak aira" riana mengenalkan diri.. Aira angguk menyokong.

"oh.. Ni lah babysitter yang akak citer dekat ibu tu.. Ariz ingat dia ala makcik-makcik.. Tak sangka pula muda belia.." gelak ariz..

Emran disebelah tidak mengendahkan ariz.. Hanya menumpu keatas makan yang berada didepannya. Riana membalas dengan senyuman sebaris..

" makan lah ariz. Mengusik sana..sini. Tengok emran.. Dah nak habis dah dia makan. Kang kak tinggal ariz dekat sini" tegur aira..

Menunjuk kearah makanan ariz yang masih tak terusik.. Kemudian menunjuk pula ke arah emran.. Membuatkan emran hampir tersedak bila namanya disebut. Teguran aira.. Membuatkan ariz mencebik lalu mula menyuapkan makanannya kemulut.

Mereka kemudiannya menghantar aira pulang kerumahnya.. Sebelum ariz dan emran pulang aira memberikan seorang satu beg kertas yang mengandungi ole-ole dari Indonesia..

"kak bagi ni.. Kak tak singgah rumah, bagi la sendiri nanti apa pula kata abah ngan ibu" kata ariz.. Sebaik melihat isi didalam beg kertas tersebut.

"InshaAllah... Nanti kak singgah.. Tapi tak janji bila.." kata aira..

"miss you" ariz mendepa tangannya, mahu memeluk aira.. Aira laju menolak muka ariz.. Membuatkan ariz gelak kuat.. Emran pula berjalan menarik ariz dari belakang lalu mendorongnya terus masuk kedalam tempat duduk sebelah pemandu.

"thanks for the souvenir.." kata emran.. Dengan wajah tersenyum manis. Aira membalas senyuman itu.

" balik terus tau... Hati-hati bawa kereta" pesan aira..

Kereta yang berlalu pergi dipandang.. Sambil membalas lambaian.. Sehingga hilang kereta itu pergi dari situ.. Aira sempat mengerling kearah kereta yang setia menanti diluar rumahnya.. Perlahan-lahan dia menghampiri kereta itu.. Tingkap kaca tersebut diketuk perlahan.. Pintu kereta dibuka.

"yea puan.. Ada apa yang boleh saya bantu" tanya josh..

"saya nak ajak kamu berdua masuk makan..saya belikan makanan untuk kamu berdua tadi.. Jomlah masuk.." ajak aira. Josh memandang qalif, pandangan meminta sokongan diberikan.

"boleh puan..tapi macam biasa.. Kami makan di kerusi luar saja.." qalif dari dalam kereta bersuara..

Aira mengangguk kecil lalu masuk kedalam perkarangan rumahnya.. Dan terus masuk kedalam rumah. Kemudian keluar semula membawa makanan lalu di hidang diatas meja luar seperti yang dijanjikan.. Ramlah pula keluar menatang dulang air, lalu diletakkan ke atas meja bulat itu. Datang qalif dan josh lalu duduk makan disitu..

"aira.. Encik johan ada datang kemarin.. Nak jumpa aira.." kata ramlah..

"oh ya.. Dia ada call.." kemudian aira tergelak kecil..

Qalif dan josh yang asyik makan.. pun turut berhenti menyuapkan makanan ke mulut mereka.
Ramlah kehairanan.

"kenapa aira.." tanya ramlah.

"kesian dia.. Salah aira marah dia aritu.. Mesti dia takut dengan aira lagi.." jawap aira sambil menutup mulutnya dengan tangan.. Masih bersisa ketawanya.

"makcik ingat apa lah tadi" kata ramlah.. Dia mula perasan.. Akan sesuatu.. Aira berubah ceria sejak balik tadi. Tersenyum dan mula ketawa semula.. Taklah dingin seperti sebelum ini.. Betul lah kata orang.. Bercuti boleh membuat mood seseorang berubah.. Ramlah lega.. Dia turut tersenyum.

"esok saya nak ke resort.. Makcik nak ikut tak.. Kita pergi semua.." ajak aira.

"issh aira.. Mana boleh biar rumah tak ada orang" kata ramlah..

"kalau kita pergi semua pun.. Rumah masih ada orang.. makcik" balas aira. Buat kali kedua qalif dan josh terhenti makan.. Cuba menghadam kata aira.. Ramlah terangguk-angguk dan tersenyum..

"kita stay sana dua hari yea.. Boleh qalif, josh" sengaja aira mengusik dua anak muda yang tak senang menjamah makanan mereka.

"boleh.. Boleh puan" jawab qalif..

"pergi sana nanti.. Santai saja.. Tak perlu ikut saya 24jam.. Saya akan sentiasa ada dengan anak-anak.. Makcik dan ana" kata aira lalu melangkah masuk meninggalkan ramlah yang sedang menemani qalif dan josh makan. Ramlah seperti biasa.. Tersenyum sahaja..

Keesokannya mereka bertolak ke Elif Hyri Resort.. Aira senang kemana-mana.. Terasa selamat bila diiringi oleh qalif dan josh.

Sebaik saja aira mengambil kunci.. Aira menyuruh riana dan ramlah naik dulu kebilik mereka yang sudah ditempah oleh aira.. Manakala aira keluar mencari josh dan qalif.

"ini kuncinya.. Tak apa kan kongsi bilik.." tanya aira.. Mereka kedua-duanya mengangguk..

"ambil lah.. Bilik ni sebelah bilik saya.." kata aira.

Tangannya masih menyuakan kunci kearah dua lelaki tersebut. Qalif menggaru belakang kepalanya.. Agak segan nak mengambil kunci yang berada ditangan aira.. Membuatkan aira mengeluh. Kalu diletakkan kunci tersebut di atas badan kereta milik mereka, dan berlalu pergi.

"kau kenapa.. Merah muka bagai" josh bersuara.. Tawanya ditahan agar tidak terlepas keluar.

"gila kau.. Tuan dah beberapa kali pesan kan.. Jaga jarak.. Be professional....." qalif mula beleter..

Mereka berdua mula begerak.. Jauh dibelakang aira.. Aira yang singgah ke kaunter diperhatikan..membuatkan langkah mereka terhenti dibawah pohon rendang yang terdapat kerusi disitu.. Seketika berbual disitu.

" assalamualaikum cik.. Boleh saya nak jumpa dengan encik johan"

"waalaikummusalam.. Maaf yea.. Puan ada hal apa yea.. Puan nak buat aduan.." tanyanya semula.. Memandang aira.. Aira tersenyum.

"tak.. Bukan nak buat aduan.. Saya nak jumpa dia.. Kena buat appointment ke.." tanya aira.. Memaniskan wajahnya. Wanita itu mula memandang aira atas bawah.. Membuatkan aira mengerutkan dahinya..

"kenapa.. Hmmm. Cik hawa.. Pandang saya macam tu.." kata aira sebaik saja dia memandang nama pekerja tersebut yang terpampang di dadanya.

"hmmm... Saya.." hawa mula gelabah bila namanya disebutkan.

"it ok... Nanti saya akan call dia.." kata aira.. Malas menunggu lama.. Lalu pergi dari situ.. Bila aira begerak.. Qalif dan josh pun turut bergerak sama..

Petang itu aira.. Duduk dikerusi berdekatan dengan pantai.. Riana dan ramlah sedang melayan anak-anaknya bermain dengan air laut.. Hanya amran yang berada diribanya.. Kenangan manis bersama Eusoff mula terlayar semula.. Membuatkan aira tersenyum sendiri.. Rambut perang amran dielus lembut.. Amran lebih cenderung mengikut Eusoff berbanding amna. Namun anak mata milik amna.. Serupa anak mata milik Eusoff..perang keemasan..

"assalamualaikum puan.." tegur satu suara.. Membuatkan aira menoleh dari terus memandang kearah laut.

"waalaikummusalam.. Encik johan.." kata aira tersenyum.. Memandang wajah johan.

"duduklah.. Saya tak makan orang" kata aira lagi bila melihat johan tegak berdiri. Johan patuh lalu duduk..

"sebelum apa-apa.. Saya nak minta maaf.. Sebelum ni saya kasar.. Dan marahkan encik johan setiap kali encik johan berurusan dengan saya.. Harap encik johan boleh maafkan saya.. Dan tak simpan dalam hati.." lembut dan tenang bicara aira.. Membuatkan johan mula gelisah.. Peluh mula penuh dimukanya. Berkali-kali aira mendengar deheman dari johan.

" saya.. Saya.. Hmm... Saya tak simpan dalam hati.. "katanya gugup.

" kenapa.. Encik cari saya.. Ada benda penting.. Maaf saya keluar negara tak bagitahu encik .. Tiba-tiba saya kesana.. "kali ini aira tersenyum. Membuatkan johan mengelap peluh didahinya dengan belakang tangan.

" hmm.. Tak apa.. Tak apa.. Tapi ada yang perlukan tandatangan dari puan" katanya..

"saya boleh saja tanda tangan di sini. Kalau encik tak kisah.. Tapi sekarang dah lepas waktu kerja encik kan.." balas aira.

"tak apa.. Boleh.. Boleh saja..kejap saya ambilkan.." johan segera bangun.. Dan melangkah pergi. Aira melihat gelagat johan.. Dia mengeleng.

"mama garang ke sayang.. Muka mama ni..makan orang ke... Hmmmm..." tanya aira kepada amran.. Sambil megeselkan pipinya ke pipi tembam amran.

Sementara menunggu.. Datang seseorang menghidangkan air.. Aira yang mula berasa pelik. Air yang dihidangkan langsung tak disentuh aira..

" puan.. " johan datang dengan beberapa dokumen ditangan.. Lalu diserahkan kepada aira.

"saya tak minta air.. Siapa yang pesankan.." tanya aira. Johan melihat air yang berada diatas dimeja.. Masih berada elok di dalam dulang..

"saya yang pesankan.. Sementara puan menunggu saya.." balas johan.

"duduk.. Minum dengan saya" aira menuangkan air.. Lalu disuakan kepada johan.. Dan satu diletakkan didepannya . Johan duduk lalu meminum air yang dihidangkan aira . Sementara aira meneliti dokumen. Aira melihat johan meminum air tersebut.. Barulah yakin untuk aira minum bersama.

"saya nak minta maaf.. Staff saya agak biadab dengan puan pagi tadi.." kata johan.. Dan kemudiannya memanggil hawa yang berada tidak jauh daripada mereka.

"stop..tak payah panggil dia.. Itu staff encik.. Saya harap.. Encik yang uruskan.. Lagipun saya datang nak bersantai.." balas aira.. Hawa yang sedang berjalan terhenti bila mendapat isyarat dari johan.

"maaf sekali lagi.. Saya harap perkara macam ni tak akan berulang lagi.." johan bangun lalu membongkok sedikit badannya.

"encik johan.. Tak perlu lah layan saya.. Macam saya ni pemilik Elif Hyri.. Pemiliknya akan kembali.. Saya hanya pengganti sahaja" balas aira.

"baiklah.. Kalau tak ada apa-apa lagi.. Saya minta diri dulu.." kata johan.. Aira mengangguk. Johan berlalu pergi.. Dan diekori oleh hawa di belakangnya.

"amran.. Wait for abi.. Ok sayang.." kata aira.. Kepada anaknya.. Amran yang tidak mengerti apa.. Membalas dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience