BAB 68

Romance Completed 107916

Beg besar sudah selamat diletakkan dibelakang bonet kereta milik Eusoff.. Barang-barang keperluan Ammar pun dah simpan.. Bonet ditutup.

Eusoff melangkah ke halaman rumah.. Aira sedang bersalaman dengan Muizz.. Ammar didukung oleh zarina.. Manakala Jovelyn pula asyik menarik kain aira..

'memang nak kena budak ni.. Kalau nampak aira.. Mesti dia lupa daddy dia' Eusoff menggeleng kepala sambil berjalan kearah mereka.

"ibu, abah jom lah ikut sekali.. Boleh tidur sana sebulan dua" ajak Eusoff.. Sekali lagi.. Dia dari tadi asyik memperlawa ibu dan abah untuk kerumahnya.

"lain kali kami pergi.. Bagi can lah dekat pengantin baru.. Ni nak tinggal ammar dan Jovelyn sini pun kami ok ja.." kata zarina sambil ketawa mengusik..

'tinggal ammar sini.. Bukan takut ammar menangis cari dia.. Takutnya aku yang tak boleh tidur.. Mana boleh.. No.. No.. No' aira mengaru pelipisnya.. Wajahnya bertukar masam.

" ha.. Tengok tu.. Mama ammar dah masam.." usik Muizz.

"hmm.. Tau sangat.. Dia mana pernah berenggang dengan Ammar.." mereka ketawa serentak.. Aira dan Jovelyn sahaja yang tidak ketawa...

Zarina menyerahkan Ammar kepada Aira.. Diciumnya pipi cucunya bersungguh.. Taklupa juga pipi Jovelyn..

Pinn...

Kereta dibunyikan hon sebelum mereka berlalu pergi.. Masing-masing sibuk bebalas lambaian.
Aira memandang kebelakang.. Melihat Ammar yang ketawa mengekek di apabila diacah oleh Jovelyn.. Aira senyum..sekilas memandang Eusoff yang sesang memandu. Dia membetulkan duduknya.

"kenapa.. Tak selesa?" tanya Eusoff. Aira hanya menggeleng.

"jauh tak rumah Hubby " tanya aira.

"bukan rumah hubby .. Tapi rumah kita.." balas Eusoff. Aira mengetap bibir..

"tak jauh pun Qalbii.." kata Eusoff sambil tersenyum.. Memandang aira.

Lima belas minit perjalanan....

Mereka tiba dihadapan rumah dua setengah tingkat. Berwarna kelabu putih.. Pintu pagar terbuka dengan sendirinya apabila Eusoff menekan alat kawalan jauh dari dalam kereta. Kereta masuk ke pekarangan rumah..

"ok kita dah sampai.. Jom turun" ajak Eusoff sambil menekan semula alat kawalan jauh.. Pagar ditutup semula..

Aira turun memandang sekeliling.. Ruang perkarangan rumah tersebut hanya dijadikan tempat parking kereta.. Terdapat sebuah kereta hilux hitam dipakir disitu.

"kenapa.. Tak suka" tanya Eusoff

"tak besar sangat ke rumah ni Hubby duduk seorang" kata aira..Eusoff ketawa.

"tak besar sangat rasanya.. Muat rasanya nak tambah anak sampai sepuluh orang.. Kan.." usik Eusoff.. Aira mencebik..

Eusoff membuka pintu belakang.. Jovelyn melompat keluar dari kereta.. Eusoff mengeluarkan Ammar dan diberikan kepada Aira.

"assalamualaikum" kata Eusoff. Aira terkebil-kebil..

"waalaikummusalam.. Eusoff dah sampai.. Maaflah.. Mak cik dekat belakang.." kata Ramlah.

Eusoff hanya mengangguk.. Aira masih terpacak bediri mendukung Ammar. Eusoff menarik lengan Aira untuk mengikutnya masuk.. Jovelyn sudah hilang sebaik saja pintu dibuka oleh Ramlah tadi.

"makcik.. Ni isteri Eusoff.. Aira.." aira bersalaman dengan makcik tersebut.

"saya makcik Ramlah.. Pembantu rumah ni" katanya.. Sambil tersenyum manis.

"Ammar.. Meh kat tok.." katanya lagi.. Berkerut dahi aira..

"makcik kenal Ammar.." tanya aira.. Ramlah mengangguk.

"kenal.. Eusoff selalu bawa balik sini" membulat mata aira memandang Eusoff.. Eusoff beriak biasa..tak terkesan dengan renungan tajam aira.

"patutlah Ammar comel.. Sebab mak dia pun cantik.. Baru harini makcik boleh jumpa mama Ammar." kata Ramlah.. Aira hanya senyum ammar sudah didukung Ramlah..

"Qalbii.. Jom" tangan aira sudah digengam kemas oleh Eusoff.

"nak kemana"

"tengok ruang atas.." terkebil-kebil aira.. Eusoff segera menarik tangan aira.. Aira terpaksa mengikut Eusoff naik keatas..

Aira sudah sampai ke ruang atas.. Eusoff menunjukkan satu persatu bilik disitu.. Bilik Jovelyn malah bilik Ammar juga sudah disiapkan oleh Eusoff. Terdapat ruang rehat di tingkat itu. Eusoff jadikan ruang solat..

"ni bilik kita" kata Eusoff..

Aira masuk ke dalam bilik tersebut.. Luas sungguh.. Katil yang besar.. Siap ada ruang untuk menonton tv disitu..

"almari ada dekat situ.. Nanti qalbii boleh suruh makcik susunkan baju dalam tu.." kata Eusoff.

"maksud hubby.. Makcik Ramlah.. Masuk bilik ni" Eusoff mengangguk. Aira mengaru pipinya..

"kenapa.. Tak suka" tanya Eusoff.. Aira mengangguk.

"dia buat kerja je sayang. Tak lebih dari tu" kata Eusoff..

"hmm.. Aira tak suka.." aira memusingkan badannya.. Tangan memulas tombol pintu.. Eusoff tercengang.. Terus menarik lengan aira. Pintu ditutup semula.

"kenapa ni.. Jangan macam ni.. Kita boleh bincangkan.." kata Eusoff lembut.

"makcik Ramlah tinggal dalam rumah ni.." Eusoff mengangguk. Aira menelan liur.. Dia berjalan duduk di sofa.

"saya tak suka.. Maaf bukan nak memandai.. Tapi taksuka.. Tambah pula kalau orang sentuh benda dan barang milik peribadi.. Rasa macam nak minta bilik asing.." luah aira.

"marah sungguh.. Sampai nak tidur bilik lain yea.." Eusoff duduk disebelah aira.

"hubby tahu qalbii tak sedia untuk tanggungjawap yang satu tu.. Tapi biarlah kita sebilik sayang... Kita pun dalam proses mengenal hati budi kan.. Kalau tidur lain-lain bilik.. Sampai kebila hubungan kita tak kemana" kata Eusoff lembut.

"ape hubby merepek ni..lain kita bincang.. Lain pulak yang keluar.. Qalbii tak suka.. Orang luar masuk bilik.. Tempat ni peribadi.." aira mengeluh..

'arrrhh..nanti tak ada privasi... Aduh.. Takkan nak pakai tudung dalam rumah sendiri.. Takkan.. Nak pakai baju lengkap sentiasa..malam-malam nak turun dapur.. Mesti makcik tu ada... ' rungut aira sendirian.

"ok.. Ok.. Hubby faham.. Makcik Ramlah akan kemas rumah ruang bawah sahaja.. Kalau nak naik atas.. Kena izin qalbii..boleh macam tu.." Eusoff mengosok lengan aira lembut.

"kenapa kena ada orang gaji.." tanya aira

"sebab hubby sebelum ni busy.. Jarang dekat rumah.. Makcik Ramlah.. Dia dulu keja dekat resort.. Hubby ambil dia kemas-kemas rumah pada mulanya.. Lepastu lekat jadi orang gaji.. Jangan risau.. Dia tak tinggal dalam rumah ni.. Dia tinggal ruang belakang.. Dengan family dia.."terang Eusoff

'apa.. Family.. Macam mana senangnya pecaya orang luar untuk tinggal sekali..' aira menggaru kepala.

" ok lah.. Qalbii nak turun tengok ammar.. Ha lagi satu.. Hubby memang selalu bawa ammar datang sini.. Kenapa tak Qalbii tak pernah tahu pun" Eusoff gelak kecil..

"memang selalu pun.. Mama dia je tak tahu" hidung aira dicuit..

Mereka berdua keluar dari bilik turun ke bawah.. Ammar sedang bermain dengan Jovelyn. Aira mendukung Ammar..

" honey, If you don't mind, can you show mama around the house" pinta aira sambil mengusap kepala Jovelyn.

"sure mama.. Come with me" laju tangan aira ditarik oleh Jovelyn.

Pintu sliding kaca itu ditolak.. Mereka melangkah keluar terdapat kolam renang di depan mereka.. Ammar sudah meronta mahu diturunkan.. Eusoff mengambil Ammar..

"nak mandi kolam yea.. Kejap lagi kita mandi yea.. Biar mama jalan-jalan dulu" pujuk Eusoff.
Aira berjalan melepasi kolam.. Dia lebih tertarik kearah taman.. Kaki melangkah turun anak tangga didepannya.. Kasut selipar yang telah disediakann disitu disarungkan dikakinya.

"HUBBY" aira terjerit..

Aira sungguh gembira melihat bunga-bunga didepannya.. Ya.. Ini bunga-bunga arwah Masyitah... Disusun cantik ditaman belakang.. Aira meraba-raba bunga didepannya.. Senyum lebar terukir dibibir..

"suka" tanya Eusoff yang sudah berdiri di sebelahnya.. Aira melompat kecil terus memeluk Eusoff.. Laju dia mencium pipi Eusoff..

"terima kasih.. Sudi jagakan bunga nenek.. Suka sangat.." kepala dilentokkan dibahu Eusoff.. Ammar ketawa melihat mamanya.

"cuddle me please" pinta Jovelyn berdiri dikaki aira sambil menarik kain aira. Aira segera membongkokkan badannya dan memeluk Jovelyn.

"tu rumah mak ramlah.. Dia tinggal dengan family dia.. Suami dia dan anak perempuan dia" terang Eusoff sambil menunjuk kearah rumah kecil setingkat dihujung taman. Aira mengangguk.

"tu sana.. Bilik apa" aira menunjuk kearah satu bilik bertentangan dengan kolam..

"Why not go see it yourself" kata Eusoff.

Aira masuk kerumah.. Pintu kaca itu ditolak.. Suis lampu ditekan.. 'biar betul.. Mini gym..' di menyelak langsir yang menutup cermin kaca bilik tersebut.. Dapat dia lihat Eusoff berdiri diluar.. Jovelyn melambai kearahnya..

Separuh hari aira menjelajah sekitar rumah.. Cuma bilik atas sekali dia tak naik..

"makcik.. Biar aira yang masak" kata aira... Ramlah serba salah.. Dia mengaru kepalanya..

"makcik dah biasa buat aira.. Lagipun bukan selalu.. Eusoff kerap makan dekat rumah keluarga angkat dia" aira ketawa mendengar kata Ramlah.

"Rumah keluarga angkat tu.. Rumah Aira lah" ramlah mendengar terus menekup mulutnya.

"la..macam tu ka.. Baru makcik tahu.." mereka turut ketawa.

Selesai makan..solat.. Aira nak menyusukan Ammar.. Tertidur aira semasa menyusukan Ammar.. Bila dia terjaga ammar sudah tiada disisinya.. Badannya juga sudah diselimutkan.

"cari siapa" tanya Eusoff.

"Ammar" kata aira sambil membetulkan bajunya..

"tu dalam katil dia.." aira memandang kearah ditunjukkan oleh Eusoff..

"qalbii.."panggil Eusoff sambil menepuk sofa di sebelahnya.. Aira bangun dan duduk di sebelah Eusoff.

" boleh hubby nak tanya sikit " katanya sambil menyandar ke sofa. Aira mengangguk. Eusoff menyelak rambut aira dibawa ke belakang telinga aira.

" qalbii masih ada perasaan dekat Nafis" tanyanya.. Matanya memandang tepat anak mata aira.. Mereka bertentang mata..

"maksud hubby.. Perasaan cinta.. Sayang... Perasaan tu dah lama mati hubby.. Kalau ada pun.. Qalbii dah benamkan serpihan itu dalam-dalam.. Biar perasan tu hilang dari hati ni.." kata aira sambil bertentang mata.

Eusoff tarik senyum diwajahnya.. Eusoff memaut wajah aira.. Wajah mereka kian mendekat.. Sehingga hembusan nafas masing masing terasa dipipi.. Bibir mereka bertaut.. Lama sehingga kedengaran deringan nyaring dari hp aira, ciuman dileraikan.

Tertera nama abang Fateeh di screen hp Aira. Aira menekan butang hijau di screen.

"waalaikummusalam ya.. Abang Fateeh.." aira bagun.. Pintu balkoni dibuka.. Matanya memandang kolam yang terdapat dibawah.. Serta taman didepannya.. Indahnya pandangan.

"ahh.. Susah la macam tu" aira mengurut pelipisnya.

"hmmm... Tak apalah.."

"baik.. Terima kasih abang.. Assalamualaikum" panggilan dimatikan..

'mana aku nak cari kau ni.. Kenapa susah sangat...' aira mengetuk hpnya ditapak tangannya. Aira mengetap gigi..

"kenapa ni qalbii" tegur Eusoff betul-betul disebelah aira..

"Allahuakbar" akibat tergejut terlepas hp aira dari tangannya.. Selamat mendarat di bawah.. Aira memandang sayu hpnya.. Yang sudah bederai nun di bawah sana.

"hubby.. Tengok.. Hp dah jatuh" marah aira. Aira barjalan keluar dari bilik..

"sorry lah.. Tak sengaja.. Tengok muka kelat sangat.. Tak sangka pula tengah berangan" kata Eusoff sambil mengikut langkah Aira.

Sampai dibawah.. Aira mengutip serpihan hpnya.. Kesedihan terpancar diwajahnya.

"qalbii.. Jangan macam ni.. Hubby gantikan yang baru.." pujuk Eusoff.

"takpelah.. Benda dah nak jadi.. Qalbii yang jatuhkan.." aira berusaha memaniskan wajahnya..

"hubby ada extra phone.. Qalbii guna dulu sementara..esok hubby belikan yang baru" putus Eusoff..

"it's ok.. Qalbii ok.. Jom lah masuk.." aira menyimpan simcardnya.. Hai.. Benda dah nak jadi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience