BAB 118

Romance Completed 107916

Telenggok lenggok gaya berjalan seorang perempuan dress merah paras dada ke lutut menghampiri kolam mandi yang terdapat dua wanita berbikini terbaring diatas pelampung yang terapung dipermukaan air kolam itu.

"daddy... Nak duit belanja" pintanya sebaik sampai dibelakang ayahnya.. Bahunya ayahnya dipicit-picit lembut.

"bukan baru saja dady bagi kamu minggu lepas.." katanya sambil mendongak memandang anak perempuan tunggalnya.

"alah daddy ni.. Yang tu farah dah buat belanja beli barang make-up, baju.. Ni farah nak makan pun tak ada duit ni.." rengetnya perlahan.. Melabuhkan punggung di sebelah kerusi ayahnya.

"hmm.. Harini daddy senang hati.. Senang sangat.. Nanti ambil saja dari ethan.. One more thing.. Have you done your job.." tanyanya lagi.

"of course la daddy... Ni Farah hanim lah.. Memang tak suka bertangguh.. Kerja harus diselesaikan.. Baru tak ganggu waktu farah bersenang lenang" gelak farah galak.. Sambil meraba sesuatu didalam beg tangannya...kemudian memberikan kepada ayahnya.. Dengan bangganya.

"nice.." ayahnya menyambut benda yang diberikan.

"tak sia-sia ibu lahirkan kamu sebangai anak daddy.. Anak firman hamsyari.." dengan bangga dia berkata.. Pipi gebu anak gadisnya dielus lembut.

"dah.. Pergilah bersenang lenang.. Jangan ganggu daddy.." farah tersenyum lalu bangun..

"bye daddy.. Have fun" farah berlalu.. Mencari ethan..

"tuan.. Saya dah berikan satu lagi kad kredit kepada cik farah" ethan datang memberitahu.

"berikan saja apa yang dia mahukan.." balas firman.. Terangguk kecil.

"Aku nak keluar jumpa jabbar.. Kau siapkan kereta.." putusnya lalu bangun.

"ladies.. Stay at home.. I be back before night.. Wait for me.. Ok.." katanya kepada dua wanita berbikini di dalam kolam.

"ok darling.." serentak dua wanita itu membalas dengan senyuman manis.

Firman melangkah masuk kedalam rumahnya.. Naik ke biliknya.. Jubah mandinya dibuka dilempar ke katil.. Kaki melangkah masuk kedalam bilik pakaiannya.. Diselak satu persatu baju di almarinya .. Tiba-tiba dia terpandang kan seseorang di cermin.. Lalu dia berpaling.. Tiada siapa. Dia memerhati sekeliling.. Tiada siapa.

"kau terlalu berfikir banyak firman" katanya dengan gelak kecil.

Bukkk.. Tersungkur dia jatuh..mukanya tersembam dilantai.. Terasa sakit bahagian belakang tubuhnya..

"really huh" balas satu suara. Mengejutkannya .

"kau siapa.. Berani kat masuk rumah aku.." marah firman yang sedang berusaha untuk bangun.. Namun gagal.. Kerana penyerangnya sudah duduk diatas belakangnya.. Menekan tubuhnya.

"l am M.."

"kau nak apa bodoh.."

"Revenge" seraya itu tapak tangan firman dirodok dengan pisau.. Meraung kuat firman.. Sehingga terlepas sesuatu dari pengangannya.

"sial.. Kau.. " kata firman.

"thanks for this" dia menunjukkan benda yang diambil...benda yang baru terlepas dari tangan firman.

"heii..." marah firman.. Berusaha bangun.. Melihat sipelaku.. Malangnya dia matanya hanya melihat seseorang yang mengenakan topeng rubah putih bercorak jalur cantik berwarna merah dan emas. Membuatkan firman terdiam.. Dia hanya mampu melihat M pergi begitu sahaja.. melalui balkoni biliknya.

"what the hell.." dia tersedar.. Bagaikan dipukau.. Dia hairan kenapa dia hanya terdiam tadi. Tangan yang mengalir darah diperhatikan.

"ETHAN!!! " laungnya..

Berlari ethan dan beberapa orang anak buahnya.. dari bawah bila mendengar firman menjerit melaungkan namanya berulang kali..

"ya tuan.. Tuan.." ethan mula gelabah bila melihat darah mengalir di tangan firman.

"kau tak sedar ada orang masuk rumah ni.. Bodoh" marah firman. Lalu duduk di sofa..dadanya berombak menahan marah. Ethan menunduk.. Dia hairan.. Rumah yang dikawal rapi.. Siapa yang mampu meloloskan diri masuk.

Ethan mencapai kotak kecemasan.. Lalu merawat tangan firman..

"aku nak kau cari siapa tadi tu" kata firman.. Ethan hanya mengangguk...lalu mengarahkan anak buahnya yang lain memeriksa cctv.

"tuan.." datang anak buahnya menghampiri.. Menyuakan telefon bimbitnya..

Ethan mengambil lalu memberikan kepada firman.. Firman melihat video yang ditunjukkan.. Video kejadian tadi.. Sangat memalukan.. Muka firman mula merah menahan marah.. Kelibat yang dicari kelihatan samar-samar.. Langsung tidak membantu.

"tak kira aku nak orang tu" arahnya.. Didalam hati sudah mendidih marahkan orang yang baru menyerangnya.. Dia terpaksa membatalkan rancangannya untuk berjumpa dengan Jabbar hari ini.

Hari berganti hari.. Minggu berganti minggu... Selama Eusoff dikatakan hilang.. Ariz sering menemani aira dirumahnya.. Muizz juga sudah memberi aira cuti yang lama.. Agar aira lebih tenang..aira kerap ke tempat kejadian kemalangan Eusoff .. Kereta yang dinaiki Eusoff jugak sudah aira lihat.. Penuh dengan kesan tembakan.. Kini hal ini sudah pun menjadi kes polis.

Banyak gambar kesan kemalangan tersebut yang keluar di surat khabar.. Namun lama kelamaan berita itu diam begitu saja.. Selepas calvin datang.. Menyelesaikan.. Supaya suasana tidak terus menjadi heboh.. Ahli keluarga Eusoff jugak sering bertandang.. Menenangkan aira..

" Tapi aku tak nak jumpa siapa-siapa pun buat masa ni.. Aku harap kau faham.. " kata aira.. Menjawap panggilan dari Dhani.

"terima kasih Dhani.. Apa-apa info kau call aku ja.. Assalamualaikum" aira mematikan panggilan.. Telefon bimbit dilempar ke atas sofa di sebelahnya.. Amna diambil dan disusukan..

Bunyi loceng rumahnya memenuhi ruang rumah.. Aira yang hampir terlena memangku menyusu amna tersedar semula..

"takpa aira duduk.. Biar makcik yang pergi tengokkan.." kata ramlah yang baru tiba dari dapur. Aira mengangguk.. Lalu melelapkan matanya semula..

"masuk lah encik.." masuk johan dengan beg bimbit di tangan.

"tapi.. Encik tunggu sini sekejap .." arah ramlah.. Membuatkan langkah johan terhenti sebaik saja masuk kedalam rumah.

Johan memerhati ramlah berlalu pergi.. Dia tidak memahami situasinya sekarang.. Mata meliar segenap ruang.. Kemudian terhenti di ruang tamu.. Terdapat satu kepala yang sedang terlentok di sofa.. Dia hanya nampak bahagian belakang kepala itu.. Dengan rambut yang hitam pekat.. Panjang cantik beralun dibiarkan lepas jatuh kebelakang sofa.

Datang ramlah entah dari mana.. Memberikan kain tudung kepada perempuan berambut panjang tersebut.. Rambut panjang yang terlepas itu segera disanggul.. Dan tudung instant disarungkan ke kepala.. Ramlah mengambil amna lalu ditepuk-tepuk belakang bayi itu.

"aira ada tetamu.. Encik johan" seraya ramlah menunjuk kearah belakang aira.. Aira hanya sekadar berpaling.. Kemudian memandang semula ke hadapan. Aira mengangguk membalas kata ramlah.

"silalah encik johan.." pelawa ramlah.

"terima kasih makcik " balas johan dengan senyuman. Lalu berjalan melewati ramlah dan menuju ke ruang tamu..

"puan.. Saya.. Saya johan.. Saya yang mengurus hal berkaitan dengan resort dan hotel milik tuan Eusoff.. Saya datang nak serahkan dokumen yang perlu puan tandatangan.." perlahan-lahan Johan mengeluarkan dokumen dari begnya lalu diletakkan keatas meja kopi dihadapan aira.

" duduk lah.. " pelawa aira..

" makcik.. Bagi amna dekat saya.. Makcik tolong buatkan air.. Untuk encik Johan" kata aira sambil memandang tajam kearah johan yang baru hendak duduk disofa.

"tak apa puan.. Saya hantarkan dokumen untuk puan tandangan.. Lepas tu saya balik.." katanya gugup sambil menelan liur..

"baik puan" kata ramlah.. Amna diberikan kepada aira.. Aira mengambil lalu menepuk belakang amna.. Sehingga amna sendawa.. Sebaik amna sendawa.. Amna diletak diselahnya..

Datang ramlah meletakkan air didepan johan..

"terima kasih makcik"

"sama-sama jemput minum" pelawa ramlah ramah dengan senyuman.. Suka dia melihat johan gelabah didepan aira.

Teringat seminggu yang lepas.. Johan datang dengan seseorang lelaki yang dikatakan peguam Eusoff ..

"saya peguam encik Eusoff.."

"what peguam.." marah aira.

Kecut dibuatnya dua lelaki yang berada didepan aira tika itu.. Ramlah yang turut berada disitu tergejut sama.. Mendengar suara lantang aira.

"puan... Kami datang cuma sampaikan pesan dan amanah.." perlahan nada Daniel selaku peguam yang diupah Eusoff.

"my husband belum mati lagi.. Masih hidup.. Cuma hilang.. Faham" lantang suara aira membidas.

"yea.. Kami faham.. Tapi.. Puan akan uruskan hal berkaitan resort dan hotel milik tuan Eusoff.. Itu pesannya.. Hmmm.." kini johan pula bersuara.

"lagi. Apa yang dia pesan" nada aira mula sekata semula.. Membuatkan dua lelaki itu berpandangan.

"dia pesan jagakan keluarga puan dan anak-anak...." ketawa sinis aira membuatkan kata Johan terhenti.. Ayatnya dibiar tergantung.

"kenapa tak cakap.. Dia suruh awak khawin dengan saya.."sindir aira.. Membuatkan wajah johan bertukar merah padam. Ramlah yang berada disitu menekup mulutnya sendiri..

" makcik.. Makcik.. "panggil aira.. Bila melihat ramlah tersenyum sendirian.

" ya.. Ya... Aira. "ramlah tersentak menjawap panggilan aira.. Di memandang johan dan aira berselang seli.

" puan.. "panggil johan.

" tak perlu.. Awak terus buat kerja awak sendiri.. Seperti mana awak uruskan semasa Eusoff ada.. Sebulan sekali saya nak tengok report.. Kalau apa-apa.. Cari saja saya.. Kalau saya tiada dirumah.. Awak tinggalkan saja kepada makcik ramlah.. "putus aira.. Aira memandang ramlah.. Terangguk angguk ramlah berkali kali.

" Baik.. Puan.. Saya minta diri.. Assalamualaikum" johan mengemas dokumen yang sudah ditandatangani oleh aira.. Disusun elok sebelum masuk kedalam begnya.

"waalaikummusalam" jawap aira.

Ramlah mengiringi johan keluar dari rumah.. Dalam hati terdetik kata yang menyatakan johan selalu tampak gugup didepan aira.. Muka anak muda itu senang bertukar kemerahan.. Namun cara layanan aira kepadanya.. Dingin sekali. Hati kecilnya mula ketawa lagi.. Sekali kepalanya mengeleng sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience