BAB 42

Romance Completed 107916

Deringan dari hp dari milik aira berbunyi nyaring.. Berlari-lari kecil aira masuk kedalam biliknya.. Mata-mata yang memandang menjadi cuak melihat tingkah aira.

"aira.. Jangan lari-lari.." tegur zarina.

"kejap ibu.. Ada orang call" aira sudah meloloskan dirinya kedalam bilik.

Hp yang berada diatas meja solek dicapai.. Digoresnya screen mengenai tanda berwarna hijau..

"hello abang.." dia menarik nafas..

"kenapa mengah ni.." tanya Nafis.. Risau jadinya..

"ha.. Tak de apa.. Hp ni ada dalam bilik.. Aira ada dekat luar tadi." terang aira.

"assalamualaikum sayang.. Ingat apa lah tadi.. Bagi abang risau jelah aira ni. Makan tak lagi ni.." tanya Nafis.

"waalaikummusalam.. Makan dah.. Abang dah makan ke.. We Miss you.. Balik lah cepat.." renget aira manja. Dengar dihujung talian Nafis tegelak mengekek.

"nak balik lah ni sayang.. Tapi sebelum balik abang ingat nak singgah balik rumah mak dulu.. Lepas tu abang balik terus sana.." terang Nafis.

"ala abang niiii.." rajuk aira.

"sayang.." panggil Nafis. Aira masih diam.

"my lovely wife".. Aira masih diam.

"my bidadari syurga.." aira masih diam.

"ibu kepada anak-anakku.. Sayang.. Jangan diam macam ni.. Please.. Abang rindu suara sayang tu.. Tak tentu arah abang nanti.. Sayangggg" pujuk Nafis.

"abang suka tinggal aira.." aira masih dengan nada merajuknya.

"bukan abang lah tu.. Kalau tinggalkan aira.. Abang janji.. Abang tinggal rumah mak sehari je.. Lepas tu abang balik.." aira yang mendengar janji Nafis terus tegelak..

"sayang.. Dia boleh gelak kat kita pulak yea.. Hilang dah ke merajuk" tanya Nafis.

"saja je aira nak test abang.. Boleh ja abang nak duduk lama-lama dekat rumah mak.. Aira ok je.. Bukan selalu nak balik sana kan.. Jangan sampai lupa aira sudah la.. Nanti abang kirim salam aira dekat orang sana" ucap aira.

"suka usik abang yea.. Siap la abang balik nanti.." ugut Nafis.

"alah..tak takut lah dengan ugutan abang tu" aira gelak dihujung katanya.

"ok... Fine.. Kita tengok nanti" Nafis pula ketawa kuat.. Mematikan ketawa aira.

"ok lah sayang. Take care.. Abang ada kerja nak buat ni.." kata Nafis.

"ok abang.. I love u.. Abang pun jaga diri.. Assalamualaikum" ucap aira.

"waalaikummusalam.. I love u moore" panggilan dimatikan.. Bibir aira sudah tersenyum lebar. Rindunya sudah terubat apabila mendengar suara kekasih hatinya.

Kakinya melangkah keluar.. Duduk bersama keluarganya di ruang tamu..

"Nafis ke yang call" tanya Muizz.

"macam mana abah tahu" tanya aira.

"dah senyum sampai ke telinga.. Siapa lagi nak call" usik Zarina.

Aira melabuhkan punggungnya disebelah Ariz.. Ariz sedang asyik memengang hpnya.. Main game online. Aira menggeleng.

"assalamualaikum" suara yang dikenali memberi salam diluar.

"waalaikummusalam.. Eusof.. Masuk lah" ajak Muizz. Aira yang mendengar nama tersebut.. Terus lari masuk ke bilik.

"AIRA" laung zarina..

"degil la budak ni.. Dah pesan jangan lari-lari" bebel zarina.

Eusoff yang baru masuk dengan seseorang tergejut dengan bebelan Zarina.. Aira yang sudah siap bertudung datang dengan wajah terhias senyuman buat Zarina.

"come sayang.. Salam wan dengan atok" Eusoff memanggil.. Aira melihat seorang budak perempuan yang baru muncul di belakang Eusoff.

'comelnya.. Budak ni.. Berambut perang dan lurus.. Berkulit kemerahan.. Bermata bulat, anak mata berwarna biru kristal.. Eeee. Aku bekenan..' jerit hati aira.

"hai..sayang.."tegur aira..

" go sayang.. Salam makcik" suruh Eusoff.. Namun budak perempuan itu masih teragak-agak.

'makcik..' aira mengaru kepalanya.. Bunyi macam tak best saja.. Kenapa tak 'mama'.

"didn't you know.. You are so cute and pretty " pujuk aira. Budak perempuan tadi hanya tersenyum sedikit.. Aira sudah membongkok untuk menyamakan parasnya bersama budak perempuan comel itu, tangannya mengelus lembut pipi merah milik budak perempuan tadi.

"may I know.. What's your name dear" tanya aira.. Masih memujuk.

"Jovelyn" ucap nya. Aira senyum kearahnya.. Jovelyn pun turut senyum.. Aira menyuakan tangannya.. Jovelyn menyambut tangan aira.. Aira pelahan-lahan menariknya keluar dari belakang Eusoff dan dipeluknya erat.

"anak abang" tanya aira mendongak memandang Eusoff. Eusoff mengangguk.

"comelnya anak abang, she got your face" puji aira..

"comel kan.. Tengok lah sapa bapak dia" kata Eusoff yang sudah duduk di sofa. Yang lain sudah ketawa.

Aira menarik Jovelyn ke arah sofa.. Sofa disebelahnya ditepuk.. Memberi isyarat supaya duduk disebelah aira. Wajah Jovelyn ditatap lama oleh aira.

"aira..kamu buat Jovelyn tak selesa lah.." tegur Zarina mengejutkan aira. Aira tayang senyum..

"saja lah ibu.. Manalah tahu.. Kenan dapat muka comel macam ni dekat baby.. Tu aira tenung lama-lama tu" kata aira membuatkan yang lain ketawa.

"how old are you sayang.." aira memeluk Jovelyn.

" 10 years old" sambil tersenyum. Tercengang aira.. Aira membalas dengan anggukan dan senyuman.

Aira mengajak Jovelyn mengikutnya duduk di taman.. Jovelyn kini selesa bersama aira. Rancak mereka berbual..

"rancak berbual" tegur Eusoff. Aira dan Jovelyn hanya senyum.

"abang tak cakap pun abang dah khawin.. Tengok-tengok bawak anak.. Anak perempuan lawa pula tu.." usik aira.

"yang lain semuanya dah tahu.. Aira je yang tak tahu.. Jovelyn dah banyak kali datang sini.. Tapi ni pertama kali dia jumpa aira" aira mengangguk.

"dia datang sorang.." tanya aira.

"dengan ibu dia.. Tapi diaorang dah balik.. Jovelyn stay dengan abang sementara dia cuti.. Spend time dengan abang dekat sini" terang Eusoff.

"ibu dia balik.. Kenapa dia tak tinggal dengan abang.." aira mula hairan.. Pipinya digaru. Eusoff hanya ketawa kecil.

"dia dah ada keluarga aira.. Dia dah kahwin dan ada anak baru" terkebil-kebil mata aira.

"abang berpisah dengan dia" tanya aira. Eusoff menggeleng.

"abang tak pernah kahwin pun.. Jovelyn tu anak abang dengan sepupu abang.. Felicia. Kita orang tak kahwin pun.. Dia lahir masa umur abang 18 tahun.. Sebab ketelanjuran abang.. Waktu tu abang masih muda.." terang Eusoff.

Aira memandang wajah Jovelyn..

" alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya abang bertanggungjawab.. " balas aira. Kepala Jovelyn digosok lembut.

" abang muda waktu tu.. Abang baru kematian ibu abang.. Selepas tu abang diambil duduk dengan ayah abang.. Kehidupan dekat sana terlampau bebas" Eusoff melepaskan keluhan kecil..

"kenapa abang tak kahwin lain.. Abang pun dah berubah kan..itu semua masa silam abang" ucap aira sambil tersenyum... Apabila mata mereka bertembung. Cepat-cepat aira alihkan pandangannya memandang Jovelyn.

"hmmm... Bunga idaman abang tu bunga larangan.. Tumbuh mekar di taman larangan.." Eusoff berkias. Dia melemparkan pandangannya kehadapan.

"bunga bukan sekuntum abang.." usik aira. Masih tidak mengerti.

"insya Allah kalau ada rezeki.. Kalau ada jodoh.. Abang kahwin" jawapan Eusoff. Aira menganguk.

"insya Allah aminnn..." aira mengaminkan ucapan Eusoff yang merupakan doa baginya. Senyuman terukir memandang Jovelyn di depannya.

"malam ni.. Boleh Jovelyn tidur dengan aira" pintanya..

"tak payah la aira.. Nanti susahkan aira.." Eusoff menolak pemintaan aira.

"please.. Boleh la.. Aira suka dia.. Rasa nak buat dia jadi anak aira.." terang aira.

"tanya lah Jovelyn sendiri.. Nak ke tak" alasan Eusoff..

"kita orang memang dah plan nak tidur sekali.. Tunggu minta izin abang je" kata aira mengejutkan Eusoff. Setahunya Jovelyn bukannya mudah mesra dengan orang yang baru dikenali.

"come sayang.. Ikut mama" aira mengajak Jovelyn untuk masuk. Jovelyn senyum kearah Eusoff.

"are you serious sayang" tanya Eusoff. Jovelyn membalas dengan anggukan.

"yes daddy.. Can I stay with mama" pinta Jovelyn. Tangan Eusoff diraih. Mata sudah meminta simpati.

"behave sayang.. Don't bother your mama" pesan Eusoff.

"ok I promise" pipi Eusoff dicium.. Jovelyn berjalan ke arah Aira.

Dua susuk yang berlalu pergi itu diperhatikannya. Jovelyn sempat melambai-lambai kearahnya. Eusoff hanya mengeleng. Anaknya kini sudah diculik oleh Aira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience