BAB 107

Romance Completed 107916

Beberapa bulan berlalu...

"ini yang abang bagi aku.." Rasydan menyerahkan satu sampul bersaiz A4 berwarna coklat kepada zulaikha..

Sampul diambil dan diperhatikan isi didalamnya.. Zulaikha mengangguk kecil.. Berpuas hati.. Walaupun dia tak tahu apa rancangan suaminya.. Sekurang-kurangnya dia mengenali musuh mereka..

"suami kau tahu ke kau datang sini" tanya Rasydan.. Melihat zulaikha yang dalam keadaan sarat mengandung.

"kau rasa.. Aku boleh selindung dari dia .. Tak nampak dua orang kat sana tu.. Paham-paham sudah" mata aira melirik kearah josh dan qalif yang berada di hujung jalan. Terangguk-anguk kecil Rasydan.. Sambil bermain dengan janggut sejemput miliknya.

"kalah anak raja..dia jaga kau.. Untunglah.. Orang sayangkan" gelak Rasydan.. Zulaikha menjeling.. Membuatkan Rasydan tertelan air liur lalu memengang kepalanya sendiri.

"aku nak balik.." kata zulaikha .. Namun langkahnya terhenti.. Wajahnya berkerut menahan sakit.. Pingangnya.. Sakit teramat sangat.. Beralih pula ke perutnya..

"kau kenapa zulaikha.. Kau jangan takutkan aku.." Rasydan mula gelisah..

Zulaikha tidak mengendahkan pertanyaan Rasydan.. Tangan ligat mendail nombor Eusoff.. Tidak dijawap.. Dia mula merasa geram tambah pula sakitnya mula menyerang.. Sejak kebelakangan ini Eusoff pula agak sibuk..

"tak payah call Eusoff.. Biar aku hantarkan kau ke hospital.." putus Rasydan.. Sambil memberi isyarat kepada qalif dan josh..

"naik kereta aku.. Semua barang ada dalam tu" beritahu zulaikha..

"yea lah.. Mana-manalah.." Rasydan cuba untuk memimpin zulaikha berjalan terus ditepisnya.. Terangkat dua tangan Rasydan... Dia hanya berjalan dibelakang zulaikha.. Manakala josh dan qalif mengikut dari belakang.

"lepas hantar aku.. Kau balik Rasydan.. Jangan tunggu aku.. Kalau jadi apa-apa dekat aku.. Jangan siapa-siapa pun buat kerja bodoh.. Paham maksud aku" kata aira tegas..

"zulaikha.. Kau jangan risau.. Kau jangan banyak pikir.. Jaga diri kau dulu" Rasydan membalas.

Sampai saja hospital.. Eusoff sudah menunggu di depan pintu kecemasan.. Turut masuk bersama mereka..

Qalif sudah memberitahu Eusoff yang mereka dalam perjalanan ke hospital.. Sudah dia call aira.. Namun aira tidak menjawap panggilannya.

"aku kena balik dulu.. Tak elok aku dekat sini" kata Rasydan..

"terima kasih bawakan aira kesini" balas Eusoff.

"it ok.. Harap semuanya selamat.. Apa-apa call yea.." mereka besalaman dan Rasydan berlalu pergi..

Eusoff mengeluarkan hpnya lalu mendail nombor abahnya.. Lalu dikhabarkan kepada mereka tentang keberadaannya dan aira..

Dari petang sampai lah kemalam.. Aira menahan sakit.. Sampaikan ahli politik keluarganya sudah datang memenuhi ruang menunggu. Eusoff sudah gelisah.. Segala macam ikhtiar sudah dilakukan.. Aira semakin lama.. Semakin lemah.. Air yang dibuat khas untuk aira oleh muizz sudah diminum habis.. Namun tanda-tanda untuk melahirkan belum kelihatan.. Hanya sakit.

"abah.. Ibu.. Eusoff rasa baik ibu dan abah balik dulu.. Apa-apa nanti Eusoff akan bagitahu lain.. Doktor pun kata tadi mungkin lambat lagi...." Eusoff tidak sampai hati melihat dua orang tua aira tidak selesa menunggu dalam waktu yang lama.. berpandangan sesama sendiri pasangan suami isteri itu.. Masing-masing berat untuk pulang.

"betul tu abah.. Ibu.. Ariz ada.. Biar ariz tunggu" pujuk ariz.

"ariz pun balik lah dulu.. Insya Allah tak ada apa-apa.. Biar abang saja yang tunggu kakak"

Hening seketika.. Masing-masing sedang berfikir untuk mencapai kata sepakat.

"baiklah kalau macam tu.. Kami balik dulu.. Eusoff kalau apa-apa bagitahu kami cepat.. Kami tunggu dirumah" muizz akhirnya bersuara..

Selepas Eusoff menghantar mereka keluar dia masuk semula ke wad aira.. Aira yang sedang duduk dikatil mengusap perutnya.. Diselang seli dengan mengengam selimutnya erat menahan sakit..

"hubby tak tahu nak buat apa lagi.. Boleh tak hubby nak solat kejap.. Hubby solat depan qalbii ni je.." kata Eusoff sambil mengurut lembut belakang badan aira. Aira sekadar mengangguk.

Masuk Eusoff ke bilik air yang disediakan di dalam bilik tersebut.. Selesai berwuduk Eusoff keluar dengan senyuman memandang aira... Aira sedang menahan sakit.. Tak mampu membalas senyumannya.. Sejadah dihamparkan tidak jauh dari katil aira..

Aira hanya memandang Eusoff sedang solat.. Setiap bacaan jelas terdengar merdu ditelinga aira.. Aira memandang jam didinding.. Sudah melebihi tengah malam.. Sudah masuk hari baru..

Datang seorang lelaki tua berambut panjang..berpakaian serba putih.. Mendekati aira.. Wajah yang tidak begitu jelas dilindung oleh rambut-rambutnya.. Namun aira senang dengan kehadiran itu. Perut aira yang meninggi itu disentuhnya.. Seperti angin lalu.. Aira hanya diam.. Tak membantah..

"sudah sampai masanya.." suara garau lelaki itu berkata.. Menusuk ke telinga aira..

"qalbii.. Qalbii" panggil Eusoff.. Tersentak aira.. Lalu mencari suara Eusoff..

Eusoff hairan.. Melihat aira seolah-olah kebingungan.. Berkali-kali dia memanggil.. Namun aira tidak membalasnya.. Aira seolah-olah sedang berkhayal.. Bila tersedar.. Dia mula gelisah seperti mencari sesuatu..

"qalbi.." bahu aira digoyang lembut sekadar menyedarkannya..

"jangan sakit.." aira menempis tangan Eusoff.. Tergamam Eusoff dibuatnya.. langkahnya.. Termundur kebelakang..

"sakit.. Nak hubby panggilkan doktor" aira laju mengangguk..

Hampir dua jam aira didalam dewan bersalin..akhirnya kedengaran suara tangisan bayi menangis nyaring..

"alhamdulillah qalbii..." Eusoff yanf berada disebelah aira bersyukur akhirnya bayi kembar mereka dilahirkan..diusap lembut kepala aira..

"suami boleh keluar dulu yea.." jururawat memberi arahan..

"qalbii.. Hubby keluar dulu" ciuman singgah didahi aira..

Selesai semuanya aira ditolak balik kewadnya.. Eusoff memandang wajah pucat isterinya.. Namun aira masih tersenyum kearahnya..

"I think.. Cukup lah.. Tak payah tunggu sepuluh anak.. Hubby tak sanggup tengok qalbii sakit.." suara Eusoff serak.. Lalu membenamkan wajahnya ke bahu aira.. Aira tersenyum.. Lalu menggosok rambut Eusoff.

"tengok lah macam mana" usik aira..

"dah bagitahu abah dan ibu" tanya aira..

"dah.. Selepas azankan si kembar" balas Eusoff.. Aira mengangguk kecil..

Asyik bersembang dengan Eusoff.. Pintu bilik wadnya ditolak dari luar.. Datang dua jururawat menolak dua katil bayi kepada mereka.. Aira memerhati anaknya.. Senyuman tak lepas dari bibirnya.. Dia meminta Eusoff mengambil salah satu bayinya.. Lalu disusukan.. Manakala lagi satu didukung oleh Eusoff.. Eusoff sedang mendodoikan si abang..

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-03-05 22:44:13 

seronoknya dapat baby kembar. bahagia la diorang


NovelPlus Premium

The best ads free experience